Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 24, 2019

DSAI PM8 YANG SEWAJARNYA, BERDIRI TEGUH BERSAMANYA MEMANTAPKAN KEADILAN

Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) yang dianggotai majoritinya pengasas parti KEADILAN, merakamkan tahniah atas pendekatan yang diambil oleh Presiden KEADILAN DS Anwar Ibrahim dalam menangani kemelut yang membabitkan beliau dan DS Azmin Ali. Kenyataannya yang tetap menyatakan beliau dan Azmin adalah satu pasukan yang dipilih oleh anggota KEADILAN, walaupun beliau diserang secara terbuka membuktikan pendekatan kepemimpinan berhikmah yang diambilnya dalam menyatupadukan KEADILAN.
RAPAT berpendirian bahawa DSAI adalah PM8 yang sewajarnya dan tetap relevan dalam membina semula negara Malaysia setelah asas-asas utamanya dimulakan oleh Tun Dr Mahathir. Kami yakin, ini jugalah hasrat majoriti rakyat Malaysia yang mahukan sentuhan DSAI dalam memenuhi manifesto PH sewaktu PRU14 lalu. Peralihan ke PM8 yang teratur sebagaimana yang dijanjikan amatlah dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Tentunya kenyataan terbaru Tun Daim dan Dato Kadir Jasin yang amat hampir dengan Tun M, bahawa DSAI adalah PM8 sebagaimana yang dijanjikan juga melegakan banyak pihak.
RAPAT sebagai NGO yang tujuan utamanya mengembleng serta menghargai pengasas-pengasas KEADILAN, mengajak semua pimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh bersama DSAI dalam menyatupadukan dan memantapkan Parti KEADILAN sekaligus meneruskan agenda membina semula negara Malaysia tercinta.
MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden
Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT)

Picture

Selasa, Julai 23, 2019

Khamis, Julai 18, 2019

Saya yakin Anwar akan jadi PM, kata Kadir Jasin

Saya yakin Anwar akan jadi PM, kata Kadir Jasin

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin percaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir.
Menurut Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri itu, Dr Mahathir juga telah berkata akan menepati janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
“Saya sangat yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri,” katanya disambut tepukan gemuruh peserta majlis Diskusi Buku bertajuk Anwar PM Ke-8, Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati di Vista Alam Seksyen 14, Shah Alam, semalam.
A Kadir berkata, walau bagaimanapun beliau mengakui takdir Tuhan juga yang akan menentukan hal tersebut tetapi kedua-dua tokoh itu telah dikenalinya sejak tahun 1982.
“Mungkin saya tidak berkuasa untuk menentukannya. Takdir di tangan Tuhan. Saya telah melihat dua watak ini dari tahun 1982 sampai hari ini terutama di saat-saat kritikal wujud atau tidak, Pakatan Harapan.
“Dan perjumpaan mereka yang membawa kepada kejayaan PH. Saya tidak menjangka atas apa sebab sekali pun akan membinasakan apa yang telah dibina selama ini,” ujarnya.
Beliau berpendapat apa yang mungkin menimbulkan kerisauan dan sensasi berkaitan peralihan kuasa itu ialah bila akan berlaku.
“Dua tahun atau dua tahun lebih sikit,” katanya dalam nada berseloroh kepada Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Datuk Dr Mahammad Redzuan Othman yang menjadi salah seorang panel pada program itu.
Hadir sama, bekas Presiden Transperancy International Malaysia (TI-M) Datuk Seri Akhbar Satar dan penulis buku, Shahbudin Husin manakala editor Astro Awani Nazri Kahar sebagai moderator.
A. Kadir yang mengaku pernah menyokong Anwar selama 16 tahun dan menggelarnya sebagai Putera Mahkota yakin pemimpin berkenaan tidak akan menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir memandangkan faktor pengalaman yang banyak ditempuhi.
Walau bagaimanapun, A Kadir dalam masa sama mengingatkan perkara paling penting sebenarnya adalah apa yang berlaku selepas penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
“Sepatutnya kita beralih kepada isu apa yang kita hendak selepas ini. Yang lebih penting adalah, apa berlaku selepas ini.
“Tak perlulah lagi kita sekarang nak menghebohkan hal peralihan kuasa ini. Yang lebih penting adalah masalah sekarang masalah ekonomi yang teruk bagaimana hendak bayar hutang 1MDB.
“Ahli ekonomi pun sudah meramalkan setahun dua tahun lagi ekonomi lebih sukar,” tegasnya lagi.
Picture

Rabu, Julai 17, 2019

Azmin perlu letak jawatan jika terbabit video intim, kata Anwar

Azmin perlu letak jawatan jika terbabit video intim, kata Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu meletakkan jawatan sekiranya video intim yang tersebar beberapa bulan lalu, didapati sahih.
“Pada awalnya saya katakan Azmin tidak perlu bercuti kerana ia peluru tembakan rambang. Sekarang ini Perdana Menteri sudah beri kenyataan baharu bahawa terpulang kepada Azmin sendiri.
“Sekiranya video tersebut sahih, maka sepatutnya dia meletakkan jawatannya, tetapi kita masih tidak dapat pengesahan. Kalau tidak sahih, saya tidak fikir Azmin patut meletak jawatan, bergantung kepada hasil siasatan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, di Majlis Beyond Paradigm Summit 2019, Dr Mahathir berkata, terpulang kepada Timbalan Presiden PKR itu jika beliau mahu mengambil cuti atau meneruskan tugas sementara menunggu siasatan polis ke atas video tersebut.
Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador memaklumkan, dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang mirip menteri telah dikenal pasti.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut berkenaan dalang itu, beliau berkata pihaknya telah mempunyai ‘bayangan’ dalang yang terlibat kes itu, dan telah membuat beberapa tangkapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Siasatan kes ini tertumpu kepada dua siasatan, iaitu kami menyiasat mereka yang terlibat dalam pembikinan video itu, dan mereka yang menyebarkan video berkenaan,” katanya.
Picture

Jumaat, Julai 12, 2019

Husam saran Muhyiddin jadi TPM untuk Anwar



Andai tiba masa Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, anggota parlimen Port Dickson itu wajar membalas budi Bersatu dengan melantik tokoh bukan dari PKR sebagai timbalannya.
Naib Presiden Amanah, Husam Musa, menyarankan Anwar memilih Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menduduki jawatan timbalan perdana menteri.
Kata Husam, langkah itu adalah sebagai tanda menghargai kesudian Dr Mahathir Mohamad menjadikan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya sebelum ini.
Untuk rekod ketika pelantikan itu dibuat Wan Azizah ialah presiden PKR.
"Saya mencadangkan, ambil timbalan perdana menteri daripada Bersatu iaitu Muhyiddin," kata Husam seperti dipetik Sinar Online hari ini.
Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menambah ketika ini ada dua tokoh paling kanan dalam PH, iaitu Anwar dan Muhyiddin.
Katanya apabila tiba waktu yang ditentukan peralihan kuasa akan berlaku apabila ada tokoh lain menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.
Proses itu, kata Husam, mesti berjalan secara teratur dan diserahkan kepada pemimpin paling berpengalaman dan senior.
Dalam keadaan sekarang, katanya, dua pemimpin paling senior dalam PH ialah Anwar dan Muhyiddin.
"Jika Muhyiddin (jadi pilihan Anwar), pasti ia akan menjadi satu kombinasi yang boleh mengamankan peralihan kuasa.
"Dari segi senioriti jawatan, Muhyiddin sangat layak. Malah beliau juga berpengalaman," katanya.
Pada era Malaysia ditadbir BN, kedua-dua tokoh terbabit pernah diberi kepercayaan menjadi timbalan perdana menteri, masing-masing di bawah Mahathir dan Najib Razak.
Mengenai barisan pelapis pula, Husam menyebut dua nama - juga dari PKR dan Bersatu - iaitu Nurul Izzah Anwar dan Mukhriz Mahathir.
Kata Husam semua pihak perlu menjaga agar tiada lagi pertembungan berlaku di antara keluarga Anwar dan Mahathir seperti pernah berlaku sebelum ini.
"Sinergi antara keluarga Anwar dan Mahathir juga mesti dijaga. Kita tidak boleh biarkan dua keluarga ini berperang semula," katanya yang menambah, jika keadaan tersebut belaku, ia akan merugikan negara.
mk

Picture

Selasa, Julai 09, 2019

PH tidak boleh terima parti komponen baharu

PH tidak boleh terima parti komponen baharu, kata Mahathir

Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menerima parti komponen baharu kerana ia akan membawa masalah ketika pemilihan calon pilihan raya, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata ahli parti lain boleh menyertai mana-mana parti sedia dalam PH iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Semua orang nak jadi calon. Kita tak ada banyak kawasan pilihanraya, jadi jika mereka nak sertai kita dengan menyertai parti-parti sedia ada – okay,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini hari ini.
Selain itu, katanya keempat-empat parti komponen PH juga tidak mempunyai masalah dalam hubungan.
Dr Mahathir berkata pelawaannya kepada ahli-ahli parti Melayu untuk menyertai Bersatu bukanlah melibatkan sentimen rasis, sebaliknya beliau mahu orang Melayu bersatu di bawah parti sedia ada berbanding membentuk parti lain.
“Sebenarnya saya terangkan orang Melayu tak pandai politik, dia seronok nak jadi presiden sahaja. Bila seronok dia buka parti, semakin lama semakin banyak parti jadi lama-lama orang Melayu tiada kuasa langsung, semua parti kecil-kecil sahaja,” katanya.
Dr Mahathir berkata cukuplah sekadar empat parti Melayu yang ada ketika ini iaitu UMNO, PAS, Bersatu dan Amanah yang boleh disertai mereka.
“Kalau anda nak sertai UMNO, sertailah; nak sertai PAS, boleh, tapi tapi tak payah la buat parti baru lagi, dah banyak,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menolak pelawaannya supaya orang Melayu menyertai Bersatu, beliau berkata: “Presiden tolaklah, yang lain masuk. Presiden (UMNO) nak masuk pun kita tak bagi.”
Dr Mahathir turut berseloroh apabila mengulas mengenai laporan bahawa beliau akan diserang oleh pemimpin PH pada mesyuarat hari ini berikutan pelawaannya: “Rakan-rakan saya tidak dapati saya bersalah dan tidak sebat saya tadi.”
Dr Mahathir juga berkata tiada masalah dalam kerjasama antara empat parti komponen PH walaupun mungkin terdapat masalah dalam parti masing-masing.
Menurutnya, ahli Kabinet sekarang terdiri daripada semua parti komponen PH dan turut disertai Parti Warisan Sabah walaupun ia tidak menyertai PH.
“Setakat ini lima buah parti ini dapat membuat keputusan dalam Kabinet, kita tidaklah baling botol ke, pukul orang ke, itu berlaku di negara lain. Di Malaysia, kita amat bersopan. Secara umumnya kabinet boleh berfungsi, itu yang sebaiknya,” katanya.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut serta pada sidang media itu, juga ditanya mengenai kebimbangan penganalisis terhadap kesinambungan polisi kerajaan setelah beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
Apabila Anwar secara ringkas berkata “Tun (Dr Mahathir) bertindak berdasarkan kepada dasar-dasar PH dan saya adalah ahli dalam PH”, ia mengundang reaksi Dr Mahathir yang berseloroh: “Ahli PH mesti ikut ketua. Tak ikut, kita belasah.”
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat itu bersetuju supaya sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana kerajaan dapat melaksanakan janji-janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas yang masih belum tertunai.
“Kita sebenarnya dah laksanakan banyak janji-janji kita tapi kita tak pandai untuk promosi atau maklumkan kepada rakyat mengenai kejayaan-kejayaan kita bukan sahaja mengikut manifesto, tetapi juga yang tidak dijanjikan dalam manifesto,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat itu turut bersetuju supaya penglibatan penjawat awam dalam politik akan dikaji semula.
“Perkhidmatan awam ada perkhidmatan yang profesional, sekiranya ia dikaitkan dengan mana-mana parti politik, ia tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik. Mereka (penjawat awam) perlu menjadi neutral, jadi faktor ini akan dikaji sama ada antara mereka ini ada yang boleh menyertai (parti politik),” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata PH akan mengadakan karnival Harapan Rakyat di setiap negeri tanpa menyatakan butiran lanjut berkaitan karnival itu.
— BERNAMA
Picture

Jumaat, Julai 05, 2019

PH tidak terjejas walau Zahid kembali terajui Umno

PH tidak terjejas walau Zahid kembali terajui Umno, kata Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pakatan Harapan (PH) tidak terjejas walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali memegang jawatan sebagai Presiden Umno.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, keputusan Ahmad Zahid itu menunjukkan Umno belum mantap.
“Pemimpin yang diserahkan menjalankan tugas Presiden juga tidak mendapat dukungan kuat.
“Saya bukan ahli Umno. Ya saya pernah menjadi Timbalan Presiden Umno pada 1998.
“Pada saya, Ahmad Zahid kembali daripada cuti itu adalah keputusan dalaman Umno. Ia tidak menjejaskan PH,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim; Naib Presiden, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Ahad lalu, ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di Kompleks Umno Bagan Datuk, Ahmad Zahid mengumumkan kembali menjalankan tugas sebagai Presiden Umno.
Beliau kembali menjalankan tugas itu selepas bercuti selama enam bulan daripada jawatan itu sejak 18 Disember tahun lalu.
Pada 18 Disember lalu, Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri mengumumkan akan bercuti daripada jawatan Presiden Umno dan menyerahkan tugas itu kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.
Picture