Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 12, 2019

Husam saran Muhyiddin jadi TPM untuk Anwar



Andai tiba masa Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, anggota parlimen Port Dickson itu wajar membalas budi Bersatu dengan melantik tokoh bukan dari PKR sebagai timbalannya.
Naib Presiden Amanah, Husam Musa, menyarankan Anwar memilih Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menduduki jawatan timbalan perdana menteri.
Kata Husam, langkah itu adalah sebagai tanda menghargai kesudian Dr Mahathir Mohamad menjadikan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya sebelum ini.
Untuk rekod ketika pelantikan itu dibuat Wan Azizah ialah presiden PKR.
"Saya mencadangkan, ambil timbalan perdana menteri daripada Bersatu iaitu Muhyiddin," kata Husam seperti dipetik Sinar Online hari ini.
Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menambah ketika ini ada dua tokoh paling kanan dalam PH, iaitu Anwar dan Muhyiddin.
Katanya apabila tiba waktu yang ditentukan peralihan kuasa akan berlaku apabila ada tokoh lain menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.
Proses itu, kata Husam, mesti berjalan secara teratur dan diserahkan kepada pemimpin paling berpengalaman dan senior.
Dalam keadaan sekarang, katanya, dua pemimpin paling senior dalam PH ialah Anwar dan Muhyiddin.
"Jika Muhyiddin (jadi pilihan Anwar), pasti ia akan menjadi satu kombinasi yang boleh mengamankan peralihan kuasa.
"Dari segi senioriti jawatan, Muhyiddin sangat layak. Malah beliau juga berpengalaman," katanya.
Pada era Malaysia ditadbir BN, kedua-dua tokoh terbabit pernah diberi kepercayaan menjadi timbalan perdana menteri, masing-masing di bawah Mahathir dan Najib Razak.
Mengenai barisan pelapis pula, Husam menyebut dua nama - juga dari PKR dan Bersatu - iaitu Nurul Izzah Anwar dan Mukhriz Mahathir.
Kata Husam semua pihak perlu menjaga agar tiada lagi pertembungan berlaku di antara keluarga Anwar dan Mahathir seperti pernah berlaku sebelum ini.
"Sinergi antara keluarga Anwar dan Mahathir juga mesti dijaga. Kita tidak boleh biarkan dua keluarga ini berperang semula," katanya yang menambah, jika keadaan tersebut belaku, ia akan merugikan negara.
mk

Picture

5 ulasan:

  1. Sedih bila aset2 negara yg msh menguntungkan dijual kpd para kroni.
    Juallah habis2an sblm bertukar kuasa(slps pru15)
    Alasan utk membaiki ekonomi. Apa nak jadi dgn malaysia baru?
    Kroni juga diutamakan.
    Atok dan menteri semburit...semburit betul korang!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nobita dah ngelabah dgn pertahankan diri mengatakan penjualan aset di bwh kuasa jbtn peeM.Dia cuma jaga buku 3lima..hmmm

      Atok..atok

      Janji kpd raykat ko perlekeh..
      Janji kpd kroni di bawa mati...

      Mmg cilaka sial!!!!!

      Padam
  2. Tahniah dengan pendirian tegas pkr untuk terus menyokong TM dan pengambil alihan kuasa pm kpd DSAI dalam tempoh 2 tahun seperti dipersetujui pada 8 Januari 2018.

    BalasPadam
  3. SILA BACA SILA BACA

    Hai, ya yang sebenarnya hanya mendapat kad atm saya kosong, dari MR GEORGE. dia sangat baik pada apa yang dia lakukan. bertemu dengan beberapa orang tetapi mereka melarikan diri dengan wang saya tetapi mr george menghantar saya kad itu dua hari lalu melalui perkhidmatan kurier di negara saya. Kad yang diprogram hanya untuk pengeluaran wang tanpa diperhatikan dan juga boleh digunakan untuk pembelian dalam talian secara percuma. Proses permohonan adalah sangat mudah, saya telah mencuba mesin ATM terdekat dengan saya, untuk mengejutkan saya yang paling besar Ia bekerja seperti sihir. Saya mampu mengeluarkan sehingga $ 3000 setiap hari, saya tidak perlu risau tentang mendapatkan pinjaman lagi. ATM ini benar-benar mengubah hidup saya. Jika anda ingin menghubungi mereka di sini. Di sini ialah alamat e-mel georgeflemming402@yandex.com

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...