Rabu, Julai 25, 2018

Hadir taklimat punca MP PH tidak masuk dewan

Hadir taklimat punca MP PH tidak masuk dewan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Sebahagian besar wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) tidak berada dalam Dewan Rakyat ketika sidang disambung selepas waktu rehat pukul 2.30 petang semalam kerana mereka menghadiri sesi taklimat untuk ahli Parlimen baharu.
Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kepada pemberita di lobi Parlimen,semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR menambah, sebahagian daripada mereka juga menghadiri majlis pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang berlangsung kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.
“Kami ada di situ. Kita ada taklimat kepada ahli Parlimen baharu dan kami sedang berjalan menuju ke dewan, jadi makan masa sikit.
“Kemudian loceng kedua berbunyi. Bukan boikot, kalau andaian itu dibuat orang lain,” katanya ketika mengulas saranan tokoh politik veteran, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini yang mencadangkan supaya elaun ahli Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat dipotong.
Rais memaparkan saranan itu dalam laman Twitter miliknya berikutan isu sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya disambung semula selepas waktu rehat pukul 2.30 petang tadi terpaksa ditangguhkan sebentar kerana tidak cukup korum.
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan sekiranya ahli Parlimen berkenaan tidak bertanggungjawab, sengaja ponteng tanpa alasan yang kukuh dan menjadikan jawatan wakil rakyat hanya untuk memenuhi kehendak peribadi.
“Tidak datang Parlimen, tidak berbahas, saya rasa ada kemunasabahan untuk parti sendiri ambil tindakan dan kalau ada pemotongan elaun, terpulang kepada peraturan mesyuarat yang mungkin akan ditentukan oleh Parlimen.
“Tapi sekiranya kita tak hadir Parlimen kerana tugas dan ada tanggungjawab seperti mesyuarat ataupun taklimat yang perlu hadir, jadi saya rasa itu perlu difikirkan oleh masyarakat. Jangan hanya keluar gambar pada waktu kosong dan buat kesimpulan, media kena beri juga peluang ahli Parlimen itu menjelaskan keadaan,” katanya seperti dilaporkan Utusanonline semalam.
mdl

Picture

9 ulasan:

  1. jadual bersidang beri pd semua wakil utk adjust meeting yg tak perlu ke tarikh yg lain... sbb bersidang ni ada tempoh... elakkan prog lain dlm tempoh bersidang.. takkan itu pun nak kena bgtau

    BalasPadam
  2. Pemimpin PH ni makan gaji buta je, pemalas...

    BalasPadam
  3. Buat malu pengundi!!!

    BalasPadam
  4. Selama ini mrk selalu kutuk org....hehehehe
    Sejak janji2 dah tggl janji mrk mgkin pakat ramai2 ponteng takut kena soal...hehehehehe

    Mrk nie bergantung kpd ketua penipu mrk klu bab2 menjwb soalan krn dia otai dan kulit muka agak tebal sikit.Slps janji difatwakan bukan kitab...ntah apa lagi jwpn balas dia lps nie.
    Kpd macai yg menunggu minyak rega rm1.50 dan TOLol dimansuhkan...mcm tak ada haprakan aka harapan jer....hehehehehe

    Bukan takat kena kencing...dah kena berak cirit sekor2 macai2 haprak nie...hehehehehe

    BalasPadam
  5. Pencacai2 tahap tadika kemas ke, pasti ke, pra-sekolah ke, apa tah lagi pati, tak kira la dari umno bn , pas malah ph sendiri, tak yah sibuk kalau tak tau sistem pengurusan dan pentadbiran organesasi neh!

    BalasPadam
  6. Nasib baik alasan tugas taklimat. Bagus YB masih bekerja walaupun time makan.

    Kalau alasan hadir jemputan tahnik atau hadir ke Jepun sambil makan ramen, mesti Rakyat akan mengamuk. Membazir bayar elaun YB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tugas taklimat tu alasan je cai, boleh tanggun ke hari lain, kalau dah jenis pemalas makan gaji buta macam2 alasan la.....kehkehkeh

      Padam
    2. Dah panas punggung ex timbalan speaker dari Umno bila YB PH bahas skandal 1MDB dan Altantuya. Asyik bangun minta ruling Speaker.

      Dulu masa jadi Timbalan Speaker rajin halau orang dan ruling berat sebelah. Sekarang jadi karma bila tetap jadi pelindung @ pelingkup Najib. YB PH teruskan grill pembangkang. Rakyat sedang memerhati. Grill sampai hangit. Ex Timbalan Speaker Umno kita kasi rentung bila sidang habis.

      Padam
    3. Najib dh jatuh tersungkur...rakyat tak peduli pon...
      Biar mahkamah yg menentukan nasibnya...

      Yg penting rakyat dah sedar bhw bapak segala penipu telah menipu sekian lama mengatakan negara telah bangkrap wlpun kenyataannya adalah palsu...

      Yg rakyat sedang perhati skrg bapak segala penipu sedang menipu rakyat dgn janji manisnya.

      Betullah kata org tua...klu tak menipu tak akan kaya anak..waris..proksi dan kroni mrk....hehehehehehehe

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng