Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 23, 2018

18 gabungan Persatuan Cina Klang sumbang RM3.7juta ke Tabung Harapan

18 gabungan Persatuan Cina Klang sumbang RM3.7juta ke Tabung Harapan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Sebanyak 18  gabungan daripada Persatuan-persatuan Cina Klang telah mengumpulkan dana bagi disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) malam tadi.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima replika cek berjumlah RM3,479,100 untuk Tabung Harapan hasil sumbangan daripada 257 individu dan syarikat di Klang untuk THM.
Replika cek itu disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Gabungan Persatuan-persatuan Klang Selangor Datuk Tony Tan.
Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk memperbaiki keadaan dalam negara yang ditinggalkan oleh kerajaan kleptokrasi Najib.
“Malam ini amat jelas begini ramai yang hadir dalam satu majlis iaitu kempen Tabung Harapan. Kita dapat kutip berjuta ringgit, berbanding (hutang) 1 trilion. Ia tidak banyak tetapi yang utama semangat kita, kesanggupan kita untuk berkorban disebabkan kita sayangkan negara ini.
“Ini negara kita, ini tanah air kita, kita dilahirkan di sini dan membesar di sini dan atas sebab itu kita sayangkan Malaysia.
“Terima kasih banyak kepada mereka yang menganjurkan kempen ini… mereka mengambil inisiatif tanpa mendapat arahan daripada kerajaan. Sungguhpun jumlahnya kecil tetapi sumbangan itu yang penting,” katanya.
Majlis Kempen Derma Tabung Harapan yang diadakan di IDCC Shah Alam itu turut dihadiri, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali; Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.
Tabung Harapan dilancarkan oleh Pakatan Harapan untuk membolehkan rakyat membantu kerajaan menangani hutang negara yang dikatakan mencecah RM1 trilion.
mdl

Picture
      

4 ulasan:

  1. apa angka terkini dana harapan???

    BalasPadam
  2. Kenapa perlu berhutang dgn jepun klu kita msh mampu membayar hutang????
    Hutang negara jepun usd7trillion yg nyata lbh bnyk dpd kita????
    Kenapa bukan menteri kewangan sendiri yg mencadangkan dan menyatakan perlunya hutang tersebut???
    Adakah gone end hanya boneka dan tukang salak jer????hehehehehe
    Hrp ada macai2 haprak yg berkebolehan mmberi ulasan ttg pro n kontra hutang yg dikatakan ansurannya boleh dibyr sampai 40tahun...

    BalasPadam
  3. Tabung Harapan belum cukup untuk bayar hutang Kerajaan Barisan Najib. Nilai hutang dibuat mereka hampir trillion ++12 sifar!

    BalasPadam
  4. Tanpa nama 2.13..takkan kau tak faham tun m jawab soalan zahid.. berkenaan pinjaman ni. Kita membayar hutang negara c dgn interes yg tinggi.. kita buat pinjaman pd negara j.. utk membayar pinjaman yg di buat negara c. Interes rendah.. pinjaman jangka masa panjang..40 tahun..dgn interes rendah jangka masa panjang.. kita ada modal utk buat simpanan..kemakmuran sebuah negara di ukur dr simpanan..bukan hutang..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...