Iklan Penaja 1

Khamis, Jun 28, 2018

Hot!! Peguam Hadi mengakui rakaman suara Nik Abduh sebagai asli

Peguam Hadi mengakui rakaman suara Nik Abduh sebagai asli
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Peguam yang mewakili Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di London melawan Sarawak Report (SR) dalam perbicaraan berkaitan dana yang disalurkan ke parti itu, mengakui rakaman audio suara yang menjadi kontroversi mengaitkan suara Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz, adalah asli.
Memetik laporan SR semalam, peguam yang mewakili Abdul Hadi, Jacob Dean mengesahkan perkara itu di mahkamah London mengatakan Abdul Hadi tidak pasti keaslian rakaman itu, tidak memungkinkan keperluan untuk mengenal pasti pemilik suara itu melalui pakar forensik.
Dalam perbicaraan itu juga menunjukkan bahawa Nik Abduh mungkin hadir pada masa rakaman itu dilakukan, termasuk Zaharuddin Muhammad (menantu Abdul Hadi) yang akan menjadi antara saksi yang akan memberikan keterangan di mahkamah.
Dengan petunjuk baharu itu, Hakim dijangka akan memanggil semua saksi bagi kedua-dua pihak, mulai 1 April 2019 yang akan berlansung selama 11 hari.
“Kami menjangkakan 8 atau 9 saksi untuk disoal berkaitan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan berkaitan dana itu disalurkan kepada pemilik sebuah sekolah agama.
“Tuduhan bahawa setiausaha politik yang menjalankan kempen pilihan raya, mengetahui pembayaran berkaitan kemudian Dr Mohd Zuhdi Marzuki, akhirnya mengakui bahawa Pas telah menerima pembayaran itu.
“Nampaknya dia (Dr Mohd Zuhdi  yang juga Bendahari Pas) perlu memberi keterangan. Juga 3 orang pemegang amanah yang dikatakan telah menerima dana rasuah, sekurang-kurangnya satu mungkin dua dari mereka (pemegang amanah). Ini membawa anda kepada yang ke enam. Ada lelaki di dalam pita rakaman, Nik Abduh.
” Itulah persiapan awal kami untuk saksi mengenai apa yang dipohon anak guam,” ujar Jacob Dean yang mewakili Abdul Hadi.
Dean juga memberitahu hakim bahawa Abdul Hadi berhasrat untuk membawa beberapa orang lain dari Kuala Lumpur ke London untuk meyokongnya atas dakwaan yang dibuat oleh SR melalui laporan mereka.
Sebagai rekod sebelum ini Nik Abduh dalam satu kenyataannya di facebook menafikan suara di dalam audio itu adalah suaranya.
Nik Abduh mendakwa dakwaan ucapan itu yang mengaitkan dirinya adalah karut, marut dan fitnah terhadapnya.
Pada tahun lalu, Pas dihambat kontroversi apabila dikatakan menerima sumbangan wang daripada Umno dan perkara itu dilaporkan Sarawak Report yang juga mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima RM90 juta daripada  Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Rakaman audio Nik Abduh itu pula  dipercayai dirakam dalam satu pertemuan tertutup dengan beberapa pimpinan Pas Kelantan .
mdl

Picture

17 ulasan:

  1. Terjemahan transkrip yang dikeluarkan oleh SR telah menjelaskan bahawa Hj Hadi tidak akan menentang atau tidak ingin meragui kesahihan rakaman tersebut yang bermakna rakaman tersebut telah diterima sebagai asli dan tak perlulah mahkamah menghantar rakaman itu ke pihak pakar audio untuk menjalani ujian ketulenan/kesahehan bagi mengenalpasti pemilik suara2 dalam rakaman itu. Dalam bahasa kasar, HJ hadi mengaku bahawa rakaman tu mmg betul dan Nik Abdul telah berbohong apabila dia menafikan bahawa rakaman itu adalah suara dia. Saja nak memperbetulkan kenyataan yang dikeluarkan oleh SR agar tidak ada lagi bangang2 yang dok sebuk tuduh rakaman tu fitnah. Maka dengan sebab rakaman itu adalah asli dan benar maka orang2 yang terlibat dalam rakaman itu akan dipanggil sebagai saksi2 dalam perbicaraan yang akan berlansung pada 1 April 2019. Antara yang akan dipanggil, peguam Hj hadi menyatakan bahawa Nik Abduh, Zaharuddin dan Dr Zuhdi adalah antara yang akan dipanggil sebagai saksi. So, it's game over for PAS! Dah confirm bahawa rakaman itu adalah asli dan dah confirm mmg PAS dah makan duit UMNO. Cuma jumlah dan kemana duit tu pergi masih lagi misteri.

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarkan mahkamah yg tentukan...
      Cukup2lah rakyat mengetahui betapa meggigilnya SR krn gagal mengemukakan bukti2 yg dikehendaki oleh mahkamah.
      Kena ingat...rakaman suara belum mampu menarik perhatian para hakim dan juri krn ramai yg mampu meniru suara org lain.Mamat bangla pon mampu meniru suara dan ketawa mat sabu...hehehehe
      Hanya bukti video dan pengakuan saksi dan tertuduh shj memungkinkan kes disokong.Nak kata game over...SR perlu bukti lebih kukuh krn mrk diberi peluang sehingga tahun depan mengemukakan segala bukti2 yg lebih kukuh.Harap ada yg faham dpd berguling2 di stesen2 minyak mgharap minyak turun rm1.50 seliter...hehehehehehe

      Padam
    2. Senang cakap Hadi Awang nak bagitahu semua orang bahawa Nik Abduh Nik Aziz ialah seorang pendusta dan suka bersumpah palsu. Itulah kesan pengakuan peguam Pas.

      Padam
    3. Senang cakap SR ada saksi utama iaitu husam tugu.Husam tugu pernah mengatakan wang itu dimasukkan ke dlm affin bank.Hrp husam tugu berlatih berbahasa omputeh jika dia dipanggil jadi saksi.
      Spt sedia maklum...klu dia ada tulur....hehehehehe

      Padam
  2. Buat sumpah laknat lh senang supaya org yg fitnah ditimpa bencana.

    BalasPadam
  3. Biar mahkamah bersidang dengan aman, kita jangan sibuk dan memandai-mandai, hukuman sudah menanti bagi siapa yang salah.

    BalasPadam
  4. Semua penyokong dan pendokong Pas wajib desak pemimpin mereka isytihar harta.

    Buat akuan bersumpah dan isytihar akan hadir ke London semasa perbicaraan. Pemimpin Pas ada rekod buruk dalam kehadiran sampai majlis tahnik pun boleh jadi alasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko suruh tun klepet isytihar harta dia dulu....hehehehehe

      Padam
  5. Kecutnya Nik Abduh......siannya dia telah dikenakan oleh bosnya sendiri. Selamat dipandang hina Nik Abduh....seorang penipu rupanya demi pulus dan duniawi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg kena kencing janji 100hari haprak pon patut dipandang hina....hehehehe

      Kena tipu tahap dewa...hehehehehe

      Yg bertepuk...para kroni yg dah lama kelaparan...
      Yg dpt bunga dan taik...msh menunggu di stesen minyak menunggu minyak rega rm1.50 seliter.Hinanya kena tipu...

      Hehehehehehe....

      Padam
  6. Suara tu memang macam suara saya tetapi bukan saya....hihihihi

    BalasPadam
  7. Skrg ni dah terbukti bahawa kes ni belum pun bicara lagi sedangkan sblm PRU14 sibuk lebai2 PAS berkokok kononnya PAS dah menang dah dalam kes saman pada SR. Kalau dah menang kenapa masih nak adakan perbicaraan lagi? Bukankah ini bukti bahawa lebai2 dan pemimpin2 PAS telah secara nyata dan sedar menipu ahli2nya konon2nya SR telah kalah dalam kes saman dan PAS menang maka konon2nya tuduhan SR bahawa PAS membaham duit UMNO tu fitnah?

    Tuduhan SR terhadap PAS masih belum lagi dibicarakan TETAPI kenyataan pemimpin2 PAS yang mendakwa SR sudah kalah dalam kes (yang masih belum bicara pun) ITULAH SEBENARNYA FITNAH. PAS DAN FITNAH BERPISAH TIADA. Baru2 ni pun seorang lagi ulamak PAS dah kalah kes saman memfitnah Husam. Masih lagi nak berkokok kamu tu parti Islam? Islam itu adalah kemenangan tetapi kalau PAS asyik kalah je, kalah PRU, kalah kes saman, bayar ganti rugi sampai berjuta dan berbillion, adalah lebih baik PAS dijenamakan semula sebagai Parti Fitnah. Asyik fitnah dan bila kena saman, asyik kalah je.

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahkamah tangguhkan krn bukti2 SR bnyk yg merepek...hehehehe

      Padam
    2. Termasuk kenyataan SR melibatkan maklumat dpd ambiga...ntah apa kaitannya....hehehehehe

      Padam
  8. Bukan main masa sebelum ramadhan lalu wala'untas berteriak seluruh kampung memberitahu bhw pas dah menang 5-0 keatas SR, sampai ada yg tumbangkan lembu buat kenduri kesyukuran atas kemenangan ini. Just imagine, how excited that the great great wala'untas & how was the level of ketaksuban mereka terhadap ulamak2 yg diangkat mereka sendiri, tetapi baru cuma sedikit dari perjalanan perbicaraan yg belum pun bermula dah terbongkar akan penipuan, keceluparan bicara, kesonglapan dan pengkhianatan ketua2 lobai yg dianggap suci, bersih, tawadhuk, tapi ghopernya juga hanyalah species2 langsuir yg berjubah labuh dan berserban besor jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Husam tugu patut jadi saksi kpd SR krn dia mengatakan wang itu ada dlm akaun affin bank.

      Itu pon klu husam tugu ada tulur...hehehehe

      Padam
  9. Kita tunggu April 2019 secara rasminya Pas akan jadi parti Islam pertama di dunia disahkan terima duit haram MO1 Kleptokrat Sial Najib Tun Razak.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive