Iklan Penaja 1

Selasa, April 03, 2018

Gabungan parti berbeza letak PH Kota Bharu dahului lawan, kata Husam

Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa merasmikan pementapan jentera PH parlirmen Kota Bharu.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Jentera kempen Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kota Bharu berada di hadapan pihak lawan apabila berjaya menggabungkan empat parti yang berlainan latar belakang.
Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa bersyukur kerana proses menyatupadukan jentera kesemua parti dalam PH di Kelantan telah selesai dengan cemerlang, “Di Kota Bharu kita telah selesaikan masalah parti-parti yang bakal bertanding.
“Dun Kota Lama kita peruntukkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) walaupun semua parti lain juga memohon untuk bertanding di situ.
“Dengan semangat tolak ansur dan setia kawan kita perlu bekerja keras untuk pastikan semua calon kita akan menang,” katanya di majlis pemantapan jentera PH Parlimen Kota Bharu di Bilik Operasi Pilihan Raya (BOP) Bunut Payong malam tadi.
AMANAH dan Bersatu katanya, akan mewakili pengundi Melayu yang berlainan ragamnya seperti yang diwakili Pas dan Umno sebelum ini.
“PKR pula mewakili golongan tersendiri dalam masyarakat yang cintakan keadilan dan kebenaran tetapi kurang sempat bergiat sebagai aktivis masyarakat.
“DAP pula walaupun sebuah parti untuk semua jelas ada pengaruh besar dalam kalangan bukan Melayu,” katanya.
Peranan DAP di Kelantan katanya, tetap penting walaupun tiada kerusi yang ditandingi parti itu kali ini.
“Kita sedar percubaan pihak tertentu yang berusaha membuat persepsi kononnya parti lain dalam PH hanyalah kuda tunggangan DAP.
“Kita tegaskan dalam PH tiada siapa kuda tunggangan siapa.
“Kemenangan kita adalah kemenangan rakyat,” katanya.
Memasuki kempen pilihan raya kata beliau, tiada lagi perbezaan antara parti dalam PH.
“Kalau satu kerusi kalah semua kita kalah, kalau kita menang kemengan adalah milik bersama.
Peserta program pemantapan jentera PH Parlimen Kota Bharu.
“Semua kita mesti memahami konsep gabungan yang dulu dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sahaja.
“Sekarang PH berjaya wujudkan keadaan serupa di mana kita turun sebagai satu gabungan bukannya sebagai parti-parti berasingan,” katanya.
Pembahagian kerusi peringkat Dun di Kelantan katanya, telah selesai semuanya dan hanya menunggu pengumuman pimpinan tertinggi.
“Dengan itu pihak kita telah bersiap sepenuhnya untuk berhadapan pilihan raya bila-bila masa.
“Dengan jentera yang telah siap sedia ini, saya yakin dapat turun untuk mendapat keyakinan rakyat dengan cara yang paling berkesan,” katanya.
Lebih 300 pimpinan jentera peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) menjalani simulasi gerak kerja pilihan raya dan memperkemaskan arahan tugas di majlis itu.
mdl

Picture

4 ulasan:

  1. Selesai atas kertas je tu, ahli PKR dah berapa ramai masuk PAS, kelam kabut PH di Kelantan menyebabkab ramai yang beralih arah.

    BalasPadam
  2. Husam tugu lagi...hehehehehe
    Mana bukti ko husam oiiii....

    Di peringkat bawahan dah ada kempen senyap2 menolak perasuah..penyamun dan diktator sebagai peeM recycle di kalangan pengikut haprak.
    Jika benar dan jika kalah harap haprak bermuhasabahkan diri.Meletakkan tun klepet yg nyata dibenci oleh akar umbi haprak adalah risiko besar memandangkan pihak lawan sedikit demi sedikit dah mengukuhkan jentera pasukan.
    Ini bukan dapatan dpd invoke lapiji yg syok sendiri...ini adalah makluman dpd akar umbi haprak yg tidak akan menerima legasi 22tahun wujud lagi di malaysia menyamun..merasuah..menyalahgunakan kuasa dan memimpin secara kuku besi.
    Mrk rela kalah dpd melihat tun klepet diangkat semula sebagai peeM.

    Macai Doj...hrp segera maklum sblm syok sendiri....hehehehehe

    BalasPadam
  3. Mendahului keluar dari PH dan BN, mereka beramai-ramai masuk PAS, itulah situasi sebenar di Kelantan pada masa sekarang ni.....Yes, Yes....hebat sungguh PAS.

    KOTA BHARU: Minggu ini semakin ramai ahli Umno serta PKR meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

    Hari ini seramai 70 ahli Umno dan 30 ahli PKR menyerah borang menyertai PAS kepada Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.

    Mereka diketuai mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd Noor dari Dun Nengiri.

    Beliau berkata hasratnya menyertai PAS tercetus apabila melihat keprihatinan dan komitmen parti itu berterusan berjuang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara.

    Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak lagi mampu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

    “Jauh sekali untuk memartabatkan agama Islam berdasar situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.

    "Kehadiran kami petang ini hanya mewakili ratusan lagi ahli Umno bahagian Gua Musang yang bakal keluar Umno dalam masa terdekat," katanya di sini.

    BalasPadam
  4. Kekeke. Terbaik Pas. Kekeke. Duit dedak dapat. Kekeke. Ahli baru pun dapat. Kekeke. Ana tahu. Ana sumpah enta jadi abu. Kekekeke.




    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive