Iklan Penaja 1

Khamis, Februari 22, 2018

Panas!! Pakatan Harapan memfailkan saman terhadap RoS

Pakatan Harapan memfailkan saman terhadap RoS
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan permohonan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon beberapa perintah terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk pendaftaran Pakatan Harapan.
Defenden yang dinamakan terdiri daripada pimpinan Pakatan Harapan diwakili Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Setiausaha Agung AMANAH Abang Ahmad Kerde Abang Masagus dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Menurut Tetuan Gobind Sigh Deo yang mewakili defenden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan hari ini, menjelaskan memohon mahkamah agar responden mendaftarkan PH walaupun permohonan secara bertulis mengikut Akta Pertubuhan gagal dilaksanakan.
“Kita mahu Pakatan Harapan didaftarkan walaupun sudah dibuat secara bertulis tiada sebarang maklum balas daripada RoS.
“Kita memohon kepada mahkamah satu perintah agar Ros membalas surat yang dihantar daripada pemohon.
“Tindakan RoS tidak menjawab surat berkenaan adalaah tindakan di luar undang-undang (mala fide).
“Kami juga memohon mahkamah mengarahkan RoS mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai satu pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan,” ujarnya dalam sidang media di ruang legar bangunan Mahkamah Tinggi di Jalan Duta hari ini.
Semalam Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan parti gabungan itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap RoS kerana kegagalan RoS memberikan jawaban terhadap semua pertanyaan berkaitan penubuhan PH.
Gobind turut menjelaskan Pakatan Harapan telah memberikan banyak masa kepada Ros untuk bemberikan maklum balas tetapi gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun dengan tindakan mahkamah ini, beliau mengharapkan RoS patuh kepada perintah mahkamah untuk memberikan penjelasan terhadap semua pertanyaan yang pernah dikemukakan kepada jabatan itu.
“Responden tidak boleh berdiam diri. Kita harap dengan tindakan mahkamah ini RoS akan memberikan jawaban.
“Kita tiada alternatif lain selain memfailkan ke mahkamah kerana pilihan raya semakin hampir,” ujarnya.
Ditanya sama ada defenden meletakkan tempoh kepada respondon untuk memberikan maklum balas, terang beliau, ia tidak terikat dengan masa yang ditetapkan mengikut undang-undang.
“Dalam undang-undang tidak ada tempoh kita kena buat tindakan dalam masa terdekat.
“Kita sudah bagi surat dan berikan masa untuk mereka respon dan masa itu telah berlalu.
“Sekarang mereka kena respon di mahkamah,” ujarnya.
mdl
Picture

24 ulasan:

  1. PH bukan ancaman bagi UMNO kata pemimpin UMNO dan PH bukan menjadi kegerunan UMNO pada pru 14 kata penganalisis politik, ancaman UMNO yang sebenar ialah PAS bukan PH, jangan terlepas pandang dengan BPMS yang dibawa oleh PAS, PAS merancang untuk memenangi 5 negeri pada pru 14 nanti, itu bukan perkara mustahil kata pemerhati politik, semua tahu PAS ada kekuatan luarbiasa yang amat diidamkan oleh UMNO dan PH yang mana parti2 pembangkang sebelum ini menumpang kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh PAS. Tahun ni PAS bersendirian dan mempunyai kekuatan jentera tersendiri. Tiada lagi beruk-beruk yang bergayut pada PAS, hebat PAS tahun ni. Semoga PAS berjaya, aamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bye bye PAS

      Padam
    2. Kah!kah!walaun yg terlebih ketum punya pandangan takpun walauntit tertelan pil khuda..

      Padam
    3. PAS dah lama say bye-bye to PH, sekarang mung baru nak say bye-bye to PAS, OK la, bye-bye PH dan terimakasih banyak-banyak kepada PH kerana tidak lagi menyusahkan jentera kami.

      Padam
    4. Pil kuda dari Salor ke?....kihkihkih

      Padam
    5. PgayR..PANxxx dan parti klepet terpaksa mggunakan jentera dapigs pru14 nanti....hehehehe

      Padam
    6. Itu pon klu dapigs sanggup jadi hamba kpd mrk....hehehehe

      Padam
    7. Babai Pas bersama fakta Mat Jenin. Sayonara Lebai Malang.

      PRU1 - Pas 1 (BERSENDIRIAN)
      PRU2 - Pas 13 (BERSENDIRIAN)
      PRU3 - Pas 9 (BERSENDIRIAN)
      PRU4 - Pas 12 (BERSENDIRIAN)
      PRU5 - Pas (BN)
      PRU6 - Pas 5 (BERSENDIRIAN)
      PRU7 - Pas 1 (BERSENDIRIAN)

      PRU8 - Pas 7 (APU)

      PRU9 - Pas 7 (APU)

      PRU10 - 1999 - Pas 27 (BA)

      PRU11 - 2004 - Pas 7 (BA tanpa DAP)

      PRU12 - 2008 - Pas 23 (PR)

      PRU13 - 2013 - Pas 21 (PR)

      PRU14 - 2018 - Pas 40 (BERSENDIRIAN)????????????

      Mat Jenin atau Lebai Malang?




      Padam

    8. 1 - Dari PRU 1 hingga PRU 9, PAS bersendirian melawan UMNO, menunjukkan PAS dah banyak pengalaman bersendirian.

      2- Dari PRU 1 hingga PRU 9, PAN, PKR dan PPBM belum wujud.

      3- Dari PRU 10 hingga PRU 13, PKR dan DAP bergayut dengan PAS, sebab itu PR ketika itu kuat.

      4- PRU 14, PAS bersendirian dan target menang 40 kerusi dan menang 5 negeri, salah satu sebabnya ialah tiada lagi rakan politik bergayut pada PAS, kini PAS bebas dan digeruni oleh UMNO dan PH, tak tahu apa akan jadi pada PH tanpa PAS, harap2 semuanya baik.

      5- Cuba mung bagi fakta dari tarikh bila PKR atau PAN atau PPBM atau DAP bertanding bersendirian tanpa PAS

      6- Dari fakta diatas boleh disimpulkan bahawa, PPBM, PAN dan PKR adalah pengacau undi atau pemecah undi pembangkang yang menyebabkan 3 penjuru.

      Padam
    9. Hehehehe....
      Statistik yg bakal menimpa parti PANxxx..pgayR dan parti klepet slps pru14 rasa2nya bagaimana?????hehehe

      Hanya mgharap kerusi kuat dapigs utk mengelak keputusan hilang wang pertaruhan....hehehehe

      Tak sabar rasanya melihat beruk2 haprak gila meroyan slps pru14 nanti...hehehehe
      PANxxx...pgayR dan parti klepet...vvip korang gerenti cari kawasan kuat dapigs.....hehehehehe
      Yg sekadar anjeng kurap terpaksa mengalah ikut shj agar tidak kena klepet dan hilang dedak...hehehehehe

      Padam
    10. Kekeke. Baca fakta simple pun gagal. Patutlah Pas jadi hancur macam sekarang. Nanti aku keluarkan statistik jumlah Parlimen ikut negeri dan jumlah kaum yang mengundi, lagi macai meroyan gila. Pengalaman pemimpin Pas yang ada sekarang termasuk bagi ceramah Forum Perdana dan jadi MB Kelantan sahaja ke? Belum cukup 10 tahun tu. Budak baru akil baligh lagi. Kekeke.




      Padam
    11. Bro itu data mentah baru. Data mentah menunjukkan Pas akan KALAH TERUK bila bersendirian. Kalau statistik lagi best, nanti kalau aku rajin aku tunjuk kat macai. Jangan meroyan. Kekeke.

      Padam
    12. Kalah menang..adat bertanding...
      Jgn lps pru14 nanti meroyan salahkan SPR pulak....hehehehe



      Padam
    13. Kekeke. Rakaman suara Ketua Umno PP yang kantoi nak menipu 9000 undi Pos dengan SPR tu amacam? Baru siar sikit terus senyap jentera macai? Husam Musa pun dah bocor sikit ceramah Lebai suci yang menyumpah orang jadi abu. Kekeke. SPR pun dah kena game macai. Naik court SPR malu wooo bukti dah siap bocor.




      Padam
  2. Pas dah jadi barua Umno. Tidak syak wasangka lagi. Umno - Pas gunakan jentera Kerajaan, juga menabur fitnah di FB, Blog dan kedai kopi dan menggunakan nama Sultan Kelantan sebagai modal politik mereka untuk kempen kepada Orang Melayu. Parti terdesak macam umno - Pas yang berkempen dengan modal politik institusi Raja Melayu (menghina hak Sultan dan YDPA) wajib berundur daripada terus merosakkan nilai budaya Orang Melayu dan sistem Raja Berperlembagaan. Parti biadap kepada Raja Melayu macam umno - Pas wajib disingkirkan pada PRU14.


    #Undi Pas = Undi be end = Undi Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor = Undi JHO LOW TAEK = Pencuri.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa la, ikut mung la nok kat apa pun, hakikatnya UMNO/BN adalah musuh PAS, musuh tradisi, musuh sejak kurun temurun, macam biasa tiada yang pelik, PAS akan melawan UMNO/BN dimana sahaja, terpulang kepada PH untuk bertanding atau tidak, kalau rasa nak jadi pemecah undi silakan 3 penjuru.

      Kalau PH menang Kelantan pun itu adalah kehendak Allah SWT jua, tapi mung boleh tengok la langkah Husam, rasanya langkah sumbang apabila nak mengadap Sultan minta perkenan.

      Padam
    2. Kekeke. Nampaknya lawak macai makin hebat. Macai, cuba cari makna TAAWUN yang Hadi Awang suruh ahli Pas ikut dia dan baca balik apa macai komen. Kalau macai tak ketawa, maknanya ada wayar sudah putus. Kekeke.




      Padam
  3. Saman ROS. Terbaeklah. Court akan tolak punya. Tapi target sebenar nak mengenakan Zahid Hamidi sebab calon PM Jawa Pornorogo pertama Malaysia daripada be end akan nampak kecut telur. Bukan macam Pahlawan Bugis yang melabuhkan sauh dan mengembangkan layar. Indeks CPI Rasuah pun dah jatuh ke 47 daripada 55. Macai punya dedak pun kira rasuah tau. Kekeke.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Saman ROS...hehehe
      Cara penubuhan parti pon ada unsur2 rasuah..nepotisme dan kronisme selain dpd kena klepet....hehehehe

      Bekas ahli hantar memo kpd ROS dan akan mencelah pd saman ROS.Belum ke putrajaya dah nak klepet ahli dan rakyat.Hanya beruk2 bangang haprak jer buat2 angguk takut kena klepet...hehehe

      Malang...mrk ternyata menolak peeM recycle...hehehehe
      Ko faham tak nobody!!!!!
      Hehehehehe...

      Padam
    2. be end sudah goyang. Kerusi parlimen pun belum selesai. Pas kacau daun pecah undi. Saman KP ROS kerja lambat dan malas mahu lulus PH pun bertahun-tahun tak siap, jadi macai ikut Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor? Semua diversion sahaja sebab komponen be end sekarang tengah caca merba dan kelam-kabut berebut kerusi Parlimen. Tinggal 3 bulan sahaja lagi. Kempen be end PRU14 pun muka Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor kena ban. Printer mesin fotocopy jadi jem bila ada muka Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor. Kekeke.




      Padam
    3. Rileks lah...jgn meroyan cai..
      Mahdey klepet dh gusar...dia seronok nak jd peeM tapi org bawah tolak mati2an....hehehe

      Nak kerusi sgt ker???
      Takyah la berebut2...mintak jer dgn PANxxx...mrk cuma hamba abdi.Bila2 masa boleh kasi asalkan bagi sedikit dedak...hehehe

      Padam
  4. Undi PH = undi penyamun klepet yg gila memewahkan anak..waris..proksi dan kroni = undi pengamal rasuah dan salahguna kuasa.

    Macai yg ingin penjarakan siklepet tua dah diklepet hidup2...hehehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. #Undi PH = Selamatkan Malaysia.

      #Undi pas dan umno-be end = JUAL Malaysia.




      Padam
    2. Jual kat yahudi zionis....hehehe
      Dah dpt cop mohor jaga keselamatan negara haram israel....hehehe

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive