Panas!! Parti Islam (Amanah) yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Kerajaan Pas di Kelantan

Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan akan dapat merampas Kelantan daripada Pas dalam Pilihan raya Umum akan datang.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub dipetik berkata, beliau dapat merasakan angin perubahan terhadap pengundi akan berlaku di negeri itu.
"Kami amat yakin dan kita dapat merasakan angin perubahan.
"Peranan kami adalah untuk mendidik pengundi mengenai tindakan Pas bersekongkol dengan Umno.
"Jadi adalah lebih baik untuk Pas terus bersama Umno supaya orang boleh melihat warna sebenar Parti itu,"katanya seperti dilapor Singapore Today hari ini.
Salahuddin berkata demikian selepas ditemui media Singapura  itu ketika hadir sebagai panel yang menyampaikan kertas kerjanya bertajuk :"Amanah: A Game-Charger in Malay-Muslim Politics" yang dianjurkan Yusof Ishak Institut (ISEAS) di republik itu pada Selasa lalu.
Salahuddin dalam temubual itu turut menekankan hala tuju Amanah sebuah jenama parti politik baharu ditubuhkan yang memberi fokus kepada tadbirurus baik, beriintegriti dan akauntabiliti.
Ini kerana katanya, ia adalah selari dengan corak politik yang digalakkan oleh pembangkang di bawah gabungan Pakatan Harapan di Malaysia.
Selain Salahuddin turut ditemubual Dr Norshahril Saat dari ISEAS.
Bagaimanapun beliau berpandangan agak mustahil Amanah dan Pakatan Harapan akan berjaya merampas Kelantan dari Pas yang sudah bertapak 27 tahun di negeri itu.
"Kita harus ingat bahawa ia sentiasa menjadi kubu kuat Pas sejak 1990 dan terdapat kubu kuat Umno di Jeli dan Gua Musang," katanya, merujuk kepada kerusi Parlimen yang dipegang oleh Datuk Mustapha Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.
"Amanah memerlukan sokongan dikalangan penyokong luar bandar dan konservatif untuk memecah akar umbi penyokong Pas." ujarnya.
Walau bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Hisomudin Bakar, berkata, ia tidak mustahil bagi Amanah untuk merampas Kelantan.
Ini kerana ujarnya, sudah ada rasa tidak puas hati di di kalangan akar umbi apabila gagal menunjukkan prestasi yang baik selepas kematian Mursyidul Am parti itu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2015.
Kelantan dilihat sebagai kerajaan yang gagal untuk menangani isu-isu seperti pembalakan haram dan banjir yang berlaku setiap tahun.
"Umno Kelantan dilihat sebagai tidak berminat untuk mengambil kesempatan daripada prestasi buruk Pas itu telah ditafsirkan sebagai kedua-dua pihak saling bekerja," ujarnya Hisomuddin.
Sebaliknya, Amanah katanya, menunjukkan perkembangan di kubu kuat Pas sepertidi Kota Baru, Kubang Kerian dan Tumpat, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah diterima dengan baik di Kuala Krai, Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah yang dimiliki Umno.
"Gabungan Amanah dan Bersatu boleh mengancam Pas di Kelantan," tambah Hisomudin.
mdl
peluang
Previous
Next Post »

7 ulasan

Write ulasan
aminsihat
AUTHOR
11 Mei 2017 8:57 PG delete

Satu tinjauan seluruh negara yang dijalankan oleh kumpulan yang kini sudah menyertai PPBM (BERSATU) mendapati PAS parti politik paling popular di negara ini, diikuti Barisan Nasional dan PKR. Responden juga menyukai PAS mengetengahkan lebih ramai calon ulama dan menjadikan hudud sebahagian daripada manifesto parti itu.
Ahli majlis tertinggi PPBM Datuk Rais Hussin berkata tinjauan dipimpin 7 profesor universiti awam, yang tidak didedahkan identiti mereka, dan dijalankan oleh 45 pembanci yang melakukan tinjauan secara bersemuka di kawasan pilihan raya.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
11 Mei 2017 9:26 PG delete

PAN tak boleh terima atau tak percaya tu aminsihat.. lantak lah kat dia.. rakyat boleh menilai.

RUU 355 mereka tal berapa nak sokong dan kini hendak merampas Kelantan dari PAS pula.. sekali lagi.. rakyat boleh menilai.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 Mei 2017 11:35 PG delete

Salah satu kehebatan pemimpin PAN iaitu mereka dapat merasakan perubahan melalui angin.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 Mei 2017 3:54 PTG delete

Mrk berpandu dan yakin pada mimpi husam tugu sambil dibantu lawak mat sabun...
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 Mei 2017 10:51 PTG delete

King Makie kalau menulis tak dpt pahala kalau tak gelar maki hamun sumpah seranah org sabunlah tugulah. Kalau kena kat sendiri mulalah kata kaporlah munafiklah etc. Inilah apabila taksub kpd chief khadam2 dajal yg pentingkan habuan duniawi. Maka jadilah parti Pasik. MENGUNAKAN AYAT2 AGAMA UTK PULANGAN DUNIAWI. NAUZUBILLAH

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
12 Mei 2017 5:35 PG delete

Jangan jadi parti barua kpd kafir yg belek2 fatwa utk muslim macam 10:51 sudah la..

Reply
avatar
Zhuge Liang
AUTHOR
27 Mei 2017 2:28 PG delete

Biar la ustaz2 cai sindir kata pimpinan amanah boleh baca angin, yg penting ana dan keluarga dah dibawa angin ke parti amanah.. parti islam era TGNA..

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes