Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 06, 2017

Panas!! : DAP temui Dewan Perniagaan Melayu

Yeow dan Rizal bertukar tukar cenderahati seusai perbincangan antara DAP dan DPMM.Yeow dan Rizal bertukar tukar cenderahati seusai perbincangan antara DAP dan DPMM.
Walaupun cuba digambarkan sebagai parti cauvinis oleh sesetengah pihak termasuk perdana menteri, ia tidak menghalang DAP Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang berbincang mengenai kerjasama dua hala.
Perbincangan semalam menjurus kepada usaha melaksanakan projek infrastruktur awam serta memartabatkan ekonomi rakyat khususnya orang Melayu di negeri tersebut.
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dalam sidang media bersama Yang DiPertua DPMM Malaysia Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen berkata, cabaran ekonomi Melayu adalah masalah negara termasuk di Pulau Pinang.
“Ini perkongsian (peranan) yang dimainkan oleh DPMM terhadap isu-isu ekonomi negeri Pulau Pinang, mengenal pasti masalah-masalah dan cabaran-cabaran khususnya yang dihadapi oleh orang Melayu daripada segi jurang pendapatan dan peluang ekonomi,” jelas Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Negeri.
Rombongan tersebut turut disertai pemimpin-pemimpin kanan DAP Pulau Pinang termasuk Senator Dr Ariffin Omar, Adun Datuk Keramat Jagdeep Singh, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, Ketua Wanita DAP negeri Lim Siew Khim dan Exco Pelancongan negeri Danny Law.
Kon Yeow juga memberitahu, Kerajaan Negeri turut mengharapkan DPMM boleh menjadi pengantara dan jambatan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat ke arah melancarkan proses kelulusan projek infrastruktur di negeri ini, seperti Pelan Induk Pengangkutan kelak.
“Ada hasrat menjemput anggota dewan jadi ahli dalam apa-apa jawatankuasa dan badan bertindak di Pulau Pinang supaya DPMM boleh memainkan peranan sebagai perantara dan membawa isu-isu yang kemungkinan perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri” jelas beliau.
Dalam sesi dialog selama hampir dua jam, kedua-dua organisasi saling bertukar pandangan tentang isu yang dihadapi oleh orang Melayu di Pulau Pinang dan di Malaysia.
Rizal menyifatkan lawatan DAP negeri itu sebagai bersejarah dan satu permulaan baik untuk hubungan dua hala.
Kepimpinan DPMM juga menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan suara komuniti peniaga Melayu dapat didengar.
“Jangan kita mempolitikkan sangat mengenai jawatankuasa, kita kena tumpu kepada aspek ekonomi Melayu dan melakukan sesuatu yang merentasi kepentingan politik kepartian,” ujar Rizal kepada pemberita.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

15 ulasan:

  1. Apa jua kerjasama yg membawa kpd hasil positif PAS tidak menentang selagi tiada pihak yg ditindas. Cuma nasihat saya kpd DPMM ialah segera menarik diri jika ada unsur2 memghina agama islam spt yg pernah dibuat oleh DAP sebelum ini walaupun tiada kena mengena dgn bukan islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg PAS,untuk orang melayu???

      Padam
    2. PAS tak buat apa pun.

      Padam
    3. Punyalah marah kpd PAS sampai perkataan islam dibaca sbg melayu.. dasar assobiyah betullah PAN ni.. PAN dgn melayunya DAP dgn cinanya.. tapi yg lucunya DAP harap pengundi cina, PAN pun sama.. keh keh.

      Padam
    4. Jasa pas pada melayu.18melayu mati katak ikut amanat hadi.orang2 melayu sembahyang 2 imam.
      Di kelantan tanah2 reserve melayu habis balaknya dicuri.
      orang2 asli di anak tirikan.
      sampai sekarang orang melayu mangsa banjir tinggal dlm kemah.
      Jasa terbesar pada oorang2 melayu ialah:
      Pemimpin2 BRAHMIN mereka:Ada Porshe,Audiq7,range rover.

      IDUP ISLE BERSAMA ULAMA.

      Padam
    5. Jasa pas pada melayu.18melayu mati katak ikut amanat hadi.orang2 melayu sembahyang 2 imam. (TIADA BUKTI INI BERLAKU DISEBABKAN PAS KERANA DI MEMALI PUN ADA KEMATIAN.. CER TANYA TUN M!)
      Di kelantan tanah2 reserve melayu habis balaknya dicuri.(TANAH2 MELAYU MALAH DIKURNIAKAN KPD PENEROKA OLEH ARWAH TGNA DAN BALAK PULA TIDAK DIANGGAP DICURI MASA HUSAM JADI EXCO!)
      orang2 asli di anak tirikan. (BAHKAN BANYAK TANAH DIKURNIAKAN KPD SUKU KAUM ASLI OLEH KERAJAAN NEGERI TERMASUK DI ZAMAN ARWAH TGNA WALAUPUN IANYA TANGGUNGJAWAB PERSEKUTUAN!)
      sampai sekarang orang melayu mangsa banjir tinggal dlm kemah. (IA ADALAH PILIHAN MEREKA SENDIRI WALAUPUN RUMAH GANTIAN SUDAH DISEDIAKAN!)
      Jasa terbesar pada oorang2 melayu ialah:
      Pemimpin2 BRAHMIN mereka:Ada Porshe,Audiq7,range rover.(BAHKAN PEMIMPIN PH ADA BANGLO TANPA KOLAM DAN BANGLO DISNEY!)

      IDUP ISLE BERSAMA ULAMA. (idup kafir bersama ulamak tokong!)

      Padam
    6. Pemimpin kamu tu,menganggap ulamak islam,tapi amalan idup tak macam nabi/sahabat2.semuanya pasal FULUS,

      mUNAFIK TARAF TERTINGGI,Di selangor,pemimpin kamu mendewa2kan ulamak tokkong..selalu cakap tak serupa bikin.Apa hukumnya makan elaun bersama ulama tokkong di selangor????

      Padam
    7. Kamu tak jawab sembahyang 2 imam zaman hadi 1981 dulu.Ingat amanat hadi??umno mengekalkn undang2 penjajah,mati,mati sahid?Kenapa tak saman mahathir,jika kamu suspect dia yg mengarahkan bunuh????KAMU LAHIR TAHUN BERAPA????cUBA TANYA atok kamu???
      Apa dah jadi dgn amanat itu??sekarang boleh sedondon pula??boleh buat ruu355 pula??masa tu DSAI bersama ruu355nya DLM KERAJAAN,kenapa hadi keluarkan AMANATnya??Kenapa tak join DSAI buat ru355(PEMBAIKKAN)??
      Tentang balak kenapa tiada laporan sprm pada zaman husam/tgna?kenapa laporan sprm tahun lepas, sampai sekarang tak DIambil tindakkan?(MUNGKIN bersama umno???)
      Tanah orang asli diANAKtirikan??:kamu tak jawab soalan itu.
      Pemimpin PH,MEREKA BUKAN BERGELAR ALIM /ULAMA,kebanyakkan mereka orang2 biasa,MAKNYA ANDA MEMBENARKAN ULAMA ANDA BERMEWAH-MEWAH YG DITEGAH OLEH AL-QURAN.pemimpin PH Adam tu berasal dari PAS,TAK GITU bro!!

      Anda mengaku parti anda islam,mengikut al-quran dan hadith,tetapi jawapan anda membenarkan ulamak2 anda berkelakuan seperti orang2 yg kurang ilmu agamanya.

      Anda selalu katakan ulamak tokkong yakni bersama dap??apa agaknya parti anda yg berulamakkan di selangor itu,bukankah mereka bersama dap??

      peace no war

      Padam
    8. Yang pasti pemimpin PH ramai yang terpalit dengan rasuah dan kerosakan moral. Perompak dan penyamun berkeliaran didalam PH, kaki betina dan kaki mabuk pun boleh disanjung, yang menyanjung pun terlibat sama dengan penyakit akhlak. Mudah dan jelas.

      Padam
    9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    10. Kamu tak jawab sembahyang 2 imam zaman hadi 1981 dulu.(2 imam sebab dulu pemimpin umno kata politik suku agama suku) Ingat amanat hadi??umno mengekalkn undang2 penjajah,mati,mati sahid? (Masih ingat.. kenapa dgn amanat tu?) Kenapa tak saman mahathir,jika kamu suspect dia yg mengarahkan bunuh???? (Rupanya kamu masih hingusan tak kenal mahathir lagi.. tahun berapa kamu lahir?) KAMU LAHIR TAHUN BERAPA????cUBA TANYA atok kamu??? (Aku sudah sekolah menengah ketika itu.. tapi dulu pun aku terpercaya kpd mahathir tapi kini tidak lagi)
      Apa dah jadi dgn amanat itu??( Setakat ini tiada siapa dapat memetik ayat yg mana satu yg mengkafirkan sesiapa!) sekarang boleh sedondon pula??(Boleh jika utk rakyat dan islam) boleh buat ruu355 pula??(mmg ruu 355 yg berkaitan hudud di kelantan dan terengganu adalah salah satu perjuangan PAS) masa tu DSAI bersama ruu355nya DLM KERAJAAN (ruu 355 anwar tiada kaitan langsung dgn hudud di kelantan dan terengganu) kenapa hadi keluarkan AMANATnya?? (Kerana masa itu pemimpin2 umno banyak sekali keluarkan kenyataan2 yg boleh menggugurkan akidah dan amanat itu hanya sebagai peringatan) Kenapa tak join DSAI buat ru355(PEMBAIKKAN)??(Sebab ruu355 versi DSAI tak ada kena mengena langsung dgn hudud di kelantan dan terengganu)
      Tentang balak kenapa tiada laporan sprm pada zaman husam/tgna? (Sebab ada org pandai sembunyikan kerja kotornya) kenapa laporan sprm tahun lepas, sampai sekarang tak DIambil tindakkan? (Macamana nak diambil tindakan sdgkan PAS Kelantan baru dpt anugerah kerna berjaya menjaga hutan dgn baik.. sila rujuk terengganukite.net) MUNGKIN bersama umno??? (Tidak mungkin dan tidak sebagaimana PAN bergabung dgn DAP lahanat)
      Tanah orang asli diANAKtirikan??:kamu tak jawab soalan itu.(Aku dah jawab sebab mmg ada seorg ketua tok batin mengesahkan sebenarnya tanah sudah dikurniakan oleh kerajaan negeri wpun ianya sebenarnya tanggungjawab kerajaan persekutuan)
      Pemimpin PH,MEREKA BUKAN BERGELAR ALIM /ULAMA,kebanyakkan mereka orang2 biasa,(Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsuddin bukan ulamak ke?)MAKNYA ANDA MEMBENARKAN ULAMA ANDA BERMEWAH-MEWAH YG DITEGAH OLEH AL-QURAN (Selagi tidak salah gunakan kuasa spt di penang dan hanya guna duit sendiri bukan duit yg meragukan spt di ampang apa masalahnya bro?). pemimpin PH Adam tu berasal dari PAS,TAK GITU bro!! (G18 yg khianat pun berasal dari PAS bro!!)

      Anda mengaku parti anda islam,mengikut al-quran dan hadith,tetapi jawapan anda membenarkan ulamak2 anda berkelakuan seperti orang2 yg kurang ilmu agamanya. (Ini andaian anda sahaja dan terpulang kpd individu masing2 bro)

      Anda selalu katakan ulamak tokkong yakni bersama dap??apa agaknya parti anda yg berulamakkan di selangor itu,bukankah mereka bersama dap?? (PAS masih berpegang kpd apa yg dijanjikan kpd rakyat pd PRU13.. tidak spt PKR dan G18 yg tunduk layu bila DAP secara bersendirian kata PR dibubarkan)

      peace no war (peace with islam)

      Padam
  2. Sama mcm BN, dekat2 pilihanraya dedak ditabur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HEHEHE JEALOUS LA TU!!Dia buat tak pe.

      Padam
  3. PRU 14
    KITA PAKAT UNDI PH
    HIDUP TUN M

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan marah jika rakyat masih memgundi najib lantaran takde beza pun najib dan tun mahathir..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...