Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 29, 2017

PANAS!! : BERITA GEMPAK DARI KELANTAN..WAJIB BACA.

Hisham Fauzi...saya secara terbuka menyatakan saya juga masuk AmanahHisham Fauzi...saya secara terbuka menyatakan saya juga masuk Amanah
Tampil berkongsikan rasa kecewanya terhadap Pas, peguam Hisham Fauzi memberitahu tiga daripada enam Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Persekutuan telah menyertai Amanah.
Hisham Fauzi Hisham FauziBekas penasihat undang-undang Pas itu tidak dapat lagi menerima sikap Pas pada masa ini yang gagal bertindak menyuarakan kesempitan ekonomi rakyat.
"Saya salah seorang enam daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Persekutuan. Kita dalam jawatankuasa membincangkan bagaimana untuk melaksanakan syariah di Malaysia.
"Tapi daripada enam itu, tiga sudah masuk Amanah. Dr Zulkarnain, peguam Tarmizi dan malam ini saya secara terbuka menyatakan saya juga masuk Amanah," ujarnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Pengkalan Chepa, 25 Mei lalu.
Beliau menyifatkan pemimpin Pas termasuk ahli parlimen parti itu hanya seperti "pasu bunga" kerana tidak menunjukkan pendirian jelas membela rakyat dan masa depan negara.
"Negara kita sedang bermasalah, sikap ulamak dan parti Islam macam mana? Apa yang menyebabkan saya sedih dengan Pas, bila Najib bentang belanjawan 2017.
"Bila pembangkang-pembangkang lain membantah, undi tolak bajet tetapi wakil-wakil Pas berkecuali sedangkan kita mahu tunjukkan pada Najib yang kita marah pada BN.
"Tiba-tiba kita pergi Parlimen jadi pasu bunga, pergi duduk saja. Kita dibayar gaji berbelas ribu sebulan, pergi ke parlimen sepatutnya bawa jerih perih, tangis rakyat cakap pada Najib, rakyat susah. Nak undi tolak bajet Najib pun tak berani," bidasnya.
Turut mengecewakan Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) itu apabila Pas enggan turut serta dalam desakan pilihan raya bersih dan adil.
"Apabila dihimpun gerakan Selamatkan Malaysia, kutip sejuta tandatangan kepada Agong, nyatakan bantahan kepada Najib, Pas juga berkecuali.
"Kita bantah pilihan raya yang berat sebelah, Bersih 5 mengadakan bantahan sikap tegas kepada kemungkaran tetapi sekali lagi Pas berkecuali. Ini adalah sikap mengecewakan," jelas bekas timbalan pengerusi lajnah undang-undang Pas Pusat itu.
Mengulas isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), Hisham berkata, usul persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas itu tidak menuruti pendekatan yang sewajarnya.
"Apa yang Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) buat pada sidang lepas, baca tajuk baru. Sebelum ini, tiga kali tangguh. Kalau Speaker kata boleh bahas, baru boleh bahas pada sidang akan datang.
"Kalau tak bahas, undi, bila lepas undi, pada masa itu, usul tersebut akan diberi kepada menteri yang berkenaan iaitu dalam kes ini Jamil Khir.
"Usul Marang akan diberi kepada menteri berkenaan sama ada undi untuk pinda, baiki, tambah atau potong. Serah pada menteri juga, peguam negara buat draf baru," jelasnya.
Beliau memberitahu terdapat 18 anggota jawatankuasa teknikal persekutuan yang dianggotainya termasuk wakil kerajaan pusat, penjara, polis, peguam negara, mahkamah dan Parlimen.
"Kita kena menghadap Raja-raja Melayu terlebih dahulu sebab bidang kuasa mahkamah syariah ini duduk bawah majlis raja-raja. Raja tandatangan, bentang di parlimen, tiada ahli parlimen Melayu bantah.
"Ini kaedah sebenar. Bila Pas bawa kucar-kacir habis. Himpunan (di Padang Merbok di ibu negara) bukan perkara yang dipersetujui (jawatankuasa)," ujarnya.
Sehubungan itu, Hisham mengajak rakyat terus menolak Umno-BN pada pilihan raya akan datang selain menggesa Pas berterus-terang menyatakan pendirian sebenar mereka.
"Kita mahu parti yang jelas sikapnya kepada Umno-BN. Kalau musuh, katakan musuh. Kalau duduk dalam, duduk dalam. Kalau duduk luar, duduk luar.
"Getah harga sekarang berapa? Kena fikir masalah rakyat. Masa depan negara nak letak di mana. Saya merayu kita istiqamah menentang Umno-BN," tambahnya lagi.
mdl
Picture

6 ulasan:

  1. PAS guna kaedah dia sendiri dlm isu RUU 355.. org luar boleh aje tak setuju..

    BalasPadam
  2. Susah nak ckp bila dah walaun2 menjawab tanpa berfikir..kang klu kami bukan org pas ckp walaun2 pas BOD.. kurang cerdik..pandai marah..peguam hisham tu terlibat dlm j/kuasa hukum syariah pusat dan kelantan.. dia menceritakan peraturan.. dan turutan di perlimen sesuatu bil persendiran di bawa di perlimen.. seandainya ia hendak menjadi undang2.setiap negara ada peraturan dan undangnya..aku rasa kaedah parti pas... ada kad ahli..boleh masuk syurga..ini bukan fitnah..penceramah pas yg keluarkan kenyataan ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cermin diri tu dalam2 baru boleh nampak kebenaran.

      Padam
    2. Walau dia peguam dia tak lepas dari terkhilaf.. kenapa dia tak kata usul persendirian elok dimansuhkan aje sebab tidak akan kemana2!

      Elok dia ni cerminkan diri dia dulu.. dia ni lawyer ke loyar buruk?

      Padam
  3. Bukan aku seorg je yg ckp.. termasuk byk pelayar2 blog ckp dan perasan.. walaun2 pas ni.. kalau bg komen..sama dgn bdk darjah 6. Bila dah aku bg komen di artikal peguam hisham.. sepatutnya walaun2 menjawab dr segi fakta.. maksudnya bg jawapan bls jawapan hisham tu..tentang mana ucapan hisham yg salah dan silapnya..kalau itulah walaun pas bg jawapan.. masuk sekolah baliklah..hendak je aku bg jawapan yg kesat dan kasar 2 org walaun kat atas ni...masaalahnya aku takde kad keahlian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kad keahlian tapi pilih kafir harbi sebagai pemimpin pun tetap tak guna sesen pun..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...