Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 20, 2017

InsyaAllah : Pakatan Harapan mampu ke Putrajaya

Dr Rosli YaakobDr Rosli Yaakob
Iklan : WWW.GAJIMASYUK.COM
Dengan menguasai kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina serta memecahkan monopoli Umno di kawasan Felda, kebarangkalian Pakatan Harapan (PH) merampas Semenanjung Tanah Melayu dari Umno-BN dalam PRU14 cukup tinggi.
Dalam senario ini, PH sebenarnya tidak memerlukan Pas untuk bersama pakatan pembangkang, bahkan lebih molek seandainya Pas dan Umno-BN cepat-cepat bersatu, kata penganalisis ekonomi dan politik, Dr Rosli Yaakob.
Beliau menjelaskan, daripada 29 kerusi campuran, 10 dimenangi PKR, diikuti DAP (9), MCA (3), MIC (4), Gerakan (1), PSM (1) dan Pas (1).  Ini bermakna Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan kuat di parlimen campuran dengan memenangi 21 daripada 29 kerusi atau 72%.
"Kebarangkaliannya cukup tinggi bahawa dalam PRU14 nanti kesemua kerusi ini boleh ditawan oleh PH terutamanya jika trend pengundi bukan Melayu menyokong PH berterusan seperti mana yang berlaku dalam PRU13 dahulu.
"Malahan jika berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi ini peluang calon PH menang lebih cerah berbanding calon Umno-BN apatah lagi calon Pas," ujar bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat itu.
Menurut beliau,semua kerusi majoriti Cina di Semenanjung dimenangi DAP (22 kerusi) dan parti itu dijangka mengekalkan kemenangan total itu dalam PRU14 memandangkan parti-parti Cina yang lain masih lemah.

Sentimen anti-Cina yang kini menjadi mantera harian Umno dan Pas juga, jelas beliau mendorong pengundi Cina memilih DAP berbanding MCA atau Gerakan.
"Jadi hakikatnya, PH pun ada 'simpanan tetap' – kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran berjumlah 51 kerusi (22 + 29) – hampir sama bilangannya dengan simpanan tetap Umno di kawasan Felda," ujarnya.
Menurut Dr Rosli, di Semenanjung Tanah Melayu Umno-BN menang tipis dengan 85 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (80 kerusi).
"Dalam PRU13, Sabah dan Sarawak penyelamat Umno. Merekalah sesungguhnya 'king maker'. Manfaatnya, cukup banyak pos-pos kabinet yang ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak perolehi," jelas beliau.
Namun beliau yakin Sabah bukan lagi simpanan tetap BN memandangkan Parti Warisan Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Shafie Afdhal mampu melakukan kejutan.
Sentimen anti-Semenanjung di Sabah dan laungan “Sabah untuk Orang Sabah” katanya, menyebabkan status Sabah sebagai simpanan tetap BN sudah pecah berderai.
mdl

peluang

10 ulasan:

  1. Uuuaaahhhhh.. mengantuk, aku baru bangun tidur ni.. laaa dah 9 tahun aku tidur rupanya..

    UMNO dan PAS dah berUG ke belum? Belum lagi! Tak pe lah aku tidur balik.. nanti dah jadi UG aku bangun balik.. 🤓

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha.....dah berapa ramai dah jadi tengkorak tunggu UG PAS dengan umno.....dah keluar dari gua pertapaan pun masih belum ada lagi UG ni....adoiii....jadi ke tak jadi nih?....kahkahkahkahkah

      Padam
  2. Mampu ke putrajaya dan hanya mampu melawat putrajaya membawa bersama angan-angan yang tinggi....kahkahkahkah

    BalasPadam
  3. Insya Allah , Pakatan Harapan akan ke PUTRAJAYA . Kerajaan BN dan PAS mudah mudahan kecundang. PAS sekarang sudah jadi penyokong dan pendokong kepada kezaliman kerajaan UMNO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
      kejam???????
      Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
      Dulu mahdey dilaung2kan oleh hamba kapir dapigs sebagai mahazalim dan mahafiraun TAPI dah sekapal dgn mrk......
      Errrrrr....no komen
      Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

      Padam
    2. Nanti bila NAJIB keluar umno masuk PH semua dosa-dosa NAJIB pulak dilap oleh PH ....kahkahkahkahkah

      Padam
    3. sebenarnya najib pun tak berapa gemar tok2 lebai ni masuk kabinet.. pas nak duit, umno boleh kasi. nak jd menteri sori.

      Padam
  4. Tunggi pengerasnya. Masih runding2 apa habuan. Setakat telur rebus jin khadam tak makan. skrg jin makan telur pindang. Ayam Pun nak ayam KFC barulah seronok habuan . Dah pukuhvtahun tak rasa nikmat2 duniawi ni. Rupanya dgn maki hamun caci maki sumpah seranah kapir munafikkan org untungnya beganda ya. Wow. Ana teliuq ya maulana. Dulu buat ceramah guna tin milo nak balik dapat duit minyak. Tido hotel tong tai. Skrg n tidoq kat hotel 5 bulan bintang. Ana pakai driver lagi. Mana bole tolak ini rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu mahazalim sekarang di mata PH maha alim... entah la.. kena tipu idup2, mati idup balik pun kena tipu mati2 pulak.. jugak oleh org yg sama..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...