Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mei 14, 2017

Berita Hot!! : Sertai Parti Islam (Amanah) selepas lebih 40 tahun bersama Pas

Mat Deka melipat bendera Pas sambil dibantu Ketua Pemuda Amanah Kuala Kangsar Hasnul Zulkarnain sebagai gimik berakhirnya sokongan terhadap parti yang disertai sejak 40 tahun laluMat Deka melipat bendera Pas sambil dibantu Ketua Pemuda Amanah Kuala Kangsar Hasnul Zulkarnain sebagai gimik berakhirnya sokongan terhadap parti yang disertai sejak 40 tahun lalu
Selepas lebih 40 tahun bersama Pas, seorang ahli tegar parti itu mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Mohd Hamka bersama 41 orang yang lain menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus dalam satu majlis di Kampung Jelian, Manong, Kuala Kangsar hari ini.
Untuk rekod, Kampung Jeliang adalah antara cawangan Pas Kawasan Kuala Kangsar yang paling lama ditubuhkan dan sangat aktif.
Mohd Hamka yang lebih dikenali sebagai Mat Deka oleh penduduk setempat adalah penggerak utama Pas dan telah menjadi ahli parti itu sejak tahun 1977.
Tindak-tanduk dan pendekatan Pas sejak kebelakangan ini katanya, antara faktor pendorong kepada beliau dan rakan-rakannya untuk keluar daripada parti yang telah lama didukung itu.
Lebih mengecewakan beliau apabila Pas mengambil keputusan membatalkan kerjasama politik dengan PKR dan sebelum itu menguburkan pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Mat Deka berkata, beliau mengambil keputusan menyertai Amanah setelah melihat kesungguhan parti itu untuk menumbangkan BN seperti yang dididik oleh Pas sejak sekian lama.
Katanya lagi, kebersamaan Amanah dalam gabungan besar Pakatan Harapan turut menjadi faktor kepada beliau dan rakan-rakannya menyertai parti baharu itu yang turut bertunjangkan Islam itu.
Dalam Majlis Kenduri Rakyat anjuran Amanah Kuala Kangsar itu, Mat Deka telah melipat bendera Pas sebagai gimik berakhirnya kebersamaan beliau dengan parti Islam itu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi; Ketua Amanah Kuala Kangsar, Hasnul Zulkarnain dan Bekas Calon Amanah ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli.
Sementara itu, dalam majlis yang berasingan, bekas Pengerusi Tetap Pas Kawasan Padang Rengas, Kapten (B) Mohd Ali turut mengambil keputusan menyertai Amanah.
Kapten (B) Mohd Ali menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Ketua Pemuda Amanah Kuala Kangsar Hasnul ZulkarnainKapten (B) Mohd Ali menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Ketua Pemuda Amanah Kuala Kangsar Hasnul Zulkarnain
Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Hasnul Zulkarnain yang juga Ketua Pemuda Amanah Negeri Perak dalam program minum pagi yang diadakan di Padang Rengas pagi tadi.
Mohd Ali adalah antara tokoh masyarakat dan telah diberikan amanah memegang jawatan pengerusi tetap Pas kawasan itu itu selama 15 tahun.
mdl
peluang

9 ulasan:

  1. Syabas, Ayahanda Mat Deka. Syabas Pakatan Harapan. Halangan mungkin bertambah, namun pamerkan tutur kata dan budi pekerti yang tinggi sebagaimana yang dipamerkan Rasulullah SAW. Jangan ada kebencian dalam kehidupan.

    BalasPadam
  2. Syabas semua yg terlibat,ahli-ahli pas adalah sahabat kita,jika kita berterusan tunjukkan ahklak yg baik insyallah,anything is possible.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunjuk juga perlembagaan Parti Amanah Negara kepada umum biar umum yang menilai arah perjuangan yang dibawa oleh Parti Amanah Negara.

      Persepsi umum terhadap PAN ialah PAN sama je dengan DAP dan lebih parah lagi umum menganggap PAN adalah barua DAP.

      Oleh itu eloklah Parti Amanah Negara "display" Perlembagaan yang diluluskan oleh ROS pada 2015 agar umum dapat menilai PAN ni sama dengan DAP atau sebaliknya.

      Padam
    2. Itu jealah ratib walaun yg takder modal...dap dap dan dap...mca mic tu melayu kan kan kannn...jom kita ratib sama2...kikikiii...

      Padam
    3. Apa kena mengena mca mic? takkan perlembagaan PAN ikut mca mic?

      Padam
    4. Setakat ini belum ada lagi sebuah perlembagaan rasmi parti PANxxx yg boleh jadi rujukan mana2 pihak.
      Maka klu mrk diwujudkan oleh kapir dapigs jadi tak heran sedikit sebanyak ia akan diceduk dpd bapak mrk...hehehe
      Tak mgkin mrk akan mempunyai perlembagaan yg jauh berlainan krn kewujudan dan periuk nasi mrk diwujudkan oleh dapigs.Klu berlainan mgkin PANxxx akan mati kelaparan dan diterajang kepala pemimpin2 mrk oleh kapir dapigs.PANxxx umpama anak tiri yg dimanjakan oleh kapir dapigs utk dikeldaikan.Suara dan kerja mrk perlu ditapis oleh kapir dapigs jika inginkan dedak yg berterusan...kan..kan

      Padam
  3. Cian walaun 2:03 unta pas ni tulah yg dia tau...jangan butakan mata dan hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal mata tak buta lah perlu nya mata untuk melihat perlembagaan dan kerana hati tak buta lah yang boleh membuat kan hati menilai selepas perlembagaan setelah dilihat oleh mata sampai ke hati.

      Kalau tak tengok perlembagaan macamana hati nak menilai, sama je macam membutakan mata dan hati, menilai ikut sedap rasa bukan menilai ikut perlembagaan, kalau macam ni lah ahli PAN, boleh dikategorikan sebagai ahli yang tidak berprinsip.

      Kesian PAN, macamana nak tolong?

      Padam
    2. Nak tolong apanya.. terimalah akibat menjadi pengkhianat..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...