PANAS!! : RAHSIA KEJAYAAN PARTI ISLAM (AMANAH) KEKAL SEHINGGA KE HARI INI TERBONGKAR

Hubungan DAP dan Amanah dibina atas prinsip saling percaya dan hormat menghormati.Hubungan DAP dan Amanah dibina atas prinsip saling percaya dan hormat menghormati.

Ada yang beranggapan bahawa DAP selesa berkerjasama dengan Amanah kerana DAP ‘menguasai’ Amanah dan Amanah sekadar ikut sahaja kehendak DAP. Tanggapan sebegini ditanam oleh mereka yang memusuhi bukan sahaja Amanah tetapi juga DAP.

Ia menggambarkan Amanah sebagai parti yang tidak berprinsip dan DAP pula sebagai parti yang bersifat ‘manipulative’ suka memperalatkan pihak lain. Dalam soal ini kita saksikan Umno dan Pas berganding bahu menanam anggapan atau persepsi sebegini. Ia bertujuan untuk meminggirkan DAP dan Amanah dari masyarakat Melayu khususnya.

Saya ingin menjelaskan sebab-sebab utama mengapa DAP selesa berkerjasama dengan Amanah. Saya yakin apabila ini dijelaskan, lojik sebab mengapa kami selsa berkerjasama dengan Amanah serta kesesuaian hubungan kami akan difahami semua. Ianya bukan sukar untuk difahami kerana ianya bukan atas pertimbangan politik atau strategi semata-mata. Sebaliknya ianya atas perkiraan sikap perhubungan antara parti dan antara manusia yang begitu asasi.

Sikap Amanah bila berbincang

Bila saya bersama pimpinan Amanah, saya tidak merasa diri saya sebagai seorang asing dan dipandang serong. Mereka mempunyai sikap keterbukaan yang jelas ikhlas ingin bersahabat dan bersaudara dengan semua yang bersedia bersama mereka. Saya tidak merasa yang dikatakan kepada saya berlapik-lapik sehingga menyebabkan saya sangsi terhadap kata-kata tersebut. Saya tidak merasakan apa yang dikatakan kepada saya berbeza berbanding apa yang dikatakan sesama mereka.
Cara mereka dan akhlak mereka menyebabkan saya yakin perbincangan kami ikhlas dan terbuka. Saya boleh berikan pandangan walaupun berbeza dan saya tidak ditempelak dengan kata-kata seperti “kamu tak faham, kamu bukan orang Islam”. Sebaliknya mereka berusaha menjelaskan pandangan mereka secara rasional dan intelektual dalam bahasa dan nilai-nilai yang mudah saya fahami.
Dan walaupun kami terus berbeza pandangan, selepas itu kami tetap bersahabat.

Keadaan sebegini amat penting apabila ingin berkawan apatah lagi menjadi rakan dalam mendukung perjuangan bersama. Saya rasa begitu selesa berbincang ‘hati ke hati’ dengan mereka sambil diri saya tidak dilihat sebagai seorang yang ‘jahat’ atau ‘berniat jahat’. Bila kesangsian sebegitu tidak wujud, saya selesa mengatakan apa yang saya ingin katakan dan begitu juga mereka.

Kejujuran dan berpegang pada janji

Setelah membahaskan sesuatu dan akhirnya membuat keputusan, saya melihat pimpinan Amanah jujur dalam usaha mereka melaksanakan keputusan itu. Mereka berpegang kepada janji dan tidak melanggar apa yang dipersetujui bersama. Saya merasa yakin apa yang dipersetujui dan dijanjikan akan tetap mereka pegang bukan sepertimana yang dilakukan oleh pimpinan parti lama mereka. Mereka tidak bersikap ‘kami orang Islam bakal masuk syurga, oleh itu langgar perjanjian demi Islam tidak mengapa’. Oleh itu amat selesa saya bekerjasama dengan mereka.

Mereka pernah sebut pada saya bahawa sifat bercakap benar (sidiq) dan berpegang pada janji (amanah) adalah sifat yang masyhur bagi Nabi mereka iaitu Nabi Muhammad dan beliau dikenali dengan sifat-sifat ini walaupun sebelum menjadi nabi. Ianya sememangnya sifat-sifat terpuji dan itulah sifat-sifat yang mereka dakwa mereka ingin zahirkan. Sekiranya benar, dan setakat ini saya lihat ianya benar, maka itulah pegangan yang paling tepat bagi kita semua.

Tegas dalam berprinsip

Apabila parti lama mereka mengkhianati perjanjian, saya tahu mereka telah membantah dan menegur pemimpin mereka. Ini menyebabkan saya percaya kepada keikhlasan mereka. Apabila mereka meninggalkan parti lama mereka yang telah mereka bina bersama sekian lama, atas prinsip tidak bersetuju dengan pendekatan ‘semakin Melayu’ demi menjaga imej perjuangan islamis mereka, saya bertambah yakin dengan keikhlasan mereka. Mereka bukan calang-calang orang yang sekadar mampu menjadi pengikut setia, menumpang populariti orang-orang tertentu, tetapi mereka pemimpin yang berwawasan dan berprinsip.

Orang-orang seperti ini lebih mudah kami berkerjasama dengan mereka. Tiada u-turn dan tiada pengkhianatan. Berpegang kepada prinsip dan bukan main ikut sahaja apa jua arahan yang diberikan walaupun melanggar janji. Orang sebegini yang saya ingin jadikan rakan dalam berpakat, bukan jenis bertukar sikap setiap kali arus berubah.

Kesungguhan membawa mesej ‘political Islam’

Saya menganggap tuduhan ‘khianat agama’ atau ‘menjual agama’ yang dilemparkan terhadap mereka jauh dari kebenaran. Sebaliknya saya melihat mereka berusaha untuk menghayati ajaran agama mereka, samada dalam soal peribadi mahupun dalam perjuangan politik mereka. Sefaham saya mereka tubuhkan Amanah untuk tujuan itu apabila diyakini parti lama mereka tidak lagi mampu membawa mesej ‘political Islam’ secara tepat atau berkesan.

Ada yang memberitahu saya, perjuangan yang mampu mempengaruhi masyarakat Melayu hanya dua, ia itu kebangsaan Melayu atau Islam. Kedua-duanya ada nilai emotifnya. Dahulu ‘political Islam’ bawaan Pas menjadi check and balance terhadap politik kebangsaan Melayu. Sekarang dengan sikap terbaharu Pas, mereka bersekongkol bersama atas rasuah dan perkauman. Oleh itu, untuk membersihkan imej ‘political Islam’ ini maka Amanah ditubuhkan.

Saya melihat usaha mereka cukup penting untuk mencorakkan minda Melayu Islam ke arah kebaikan dan kemajuan. Wawasan yang ada pada mereka jauh lebih ke depan dan progressif berbanding Pas. Saya tidak tahu Pas sudah ingin ke mana.

Kesimpulan

Sebenarnya saya bukan inginkan yang luar biasa dari rakan-rakan saya. Saya hanya inginkan kejujuran dalam berpakat, berpegang kepada janji dan keikhlasan dalam berbicara. Bagi saya pemimpin-pemimpin Amanah merupakan harapan masa depan bangsa Melayu dan ummat Islam. Ikhlas, jujur, sanggup berkorban dan kuat berkerja. Sambil itu mempunyai wawasan yang jelas dan bersifat ‘untuk kebaikan semua’.


*Penulis Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen Kluang (DAP). Artikel ini telah diterbitkan di dalam Akhbar Amanah edisi 12.

mdl

Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

IKLAN BERBAYAR

Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom

BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

Previous
Next Post »

20 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
10 September 2016 6:11 PTG delete

Rahsia kejayaan hadi mendapat derma 90juta pulak mcmna ya.hahahahaha

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 September 2016 10:38 PTG delete

Wanrosli menangis lagi kan.kahkahahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 September 2016 1:35 PG delete

Kikiki.wanrosli walakuntut lesap terus.xda berani nk komen sini dah.hahahahaha

Reply
avatar
Ramboo III
AUTHOR
11 September 2016 7:18 PG delete

Parti islam ? Haha..kelakarnya..bangun boss, anda bermimpi tu..cif khadam, tolak RUU355

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 September 2016 12:04 PTG delete

Blog basi.

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
11 September 2016 5:53 PTG delete

Langgar sumpah tidak mengapa kerana ia hanya merugikan parti islam.. Jgn sesekali bagi DAP rugi.. keh keh keh..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 September 2016 12:07 PG delete

Yahoo..wan rosli dtg lagi...dia dh mngaum sikit...huhuhuhu..lgi zikir kuat sikit ooiii..kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 September 2016 10:57 PG delete

DAP dan parti2 sekular yg lain takde yg sanggup pertaruhkan institusi perkahwinan ahli2nya utk tujuan politik kecuali Pas (Parti Auta Semalaysia).

Pas @ Parti Gadai Bini @ PASIK @ PIGS memalukan Islam.

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
13 September 2016 3:59 PTG delete

PAS takde bini utk digadaikan.. Yg ada gadai bini adalah yg bawak lari kerusi..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 September 2016 4:37 PTG delete

Satu komen bodoh dr wanrosli.eh...Ada wanrosli...hari ni dah genap sebulan dah hadi kat nk saman sr,xsaman2 pun apa cter?kecut telor ka.kakakakakaka

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 September 2016 4:38 PTG delete

Laaa abis tu pas jadi parti babi(pigs) ape cter. Kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 September 2016 4:39 PTG delete

Lebih ok dr blog pas @ blog tahi

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 September 2016 4:40 PTG delete

Eh..nape wanrosli sebut DAP...bukan selalu sebut dapigs ker?oooo sbb pas dah jadi pigs kan.kahkahkah

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
13 September 2016 6:13 PTG delete

Kih kih.. Prestasi PAN terkini.. "Kekuatan" PAN kini hanya bergantung pada kekuatan org yg telah tiada.. walaupun anak arwah sendiri sudah menafikan.. tapi apakan daya.. masih mengharap benda yg tak pasti dek akal.. apakah kekuatan lagi yg mereka ada selain itu?.. Kesian dan simpati jugak dibuatnya..

Silalah PAN jawab dimanakah lagi kekuatannya? Di keris nya kah? Di huruf fa' nya kah? Di perempuan yg nak tangkap MO1 nya kah? Ataupun di dubur LGBT nya kah?

Bagaimanapun, terima kasih jua buat PAN kerana masih dan terus menerus mengiktiraf tokoh PAS yg sehingga akhir hayatnya istiqamah bersama PAS (selari dgn apa yg disarankan oleh Presiden PAS sendiri yg amat dikasihi iaitu istiqamah bersama islam hingga kemenangan!).

Di harap mursyidul am PAN tidak pula berkecil hati dgn sanjungan2 PAN terhadap tokoh PAS yg telah pulang kerahmatullah itu. Apakan daya, kemungkinan beliau sendiri tidak akan mengakhiri hayatnya di dalam PAS! Kan jauh bezanya tu antara mereka berdua! Satu yg telah tunduk kpd islam manakala yg satu lagi pula mungkin akan terus tunduk kpd harbi!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 September 2016 8:31 PTG delete

Pas parti Islam songsang cagar bini utk politik. Lebai pembohong bersiri dan walaun pigs menipu Allah, rasul, umat Islam dan ahli2 parti tolol dulu, kini dan selamanya utk kepentingan diri.

Pru 14 Pas akan melingkup di Kelantan dan seluruh negeri.

Takbirrr!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 September 2016 8:39 PTG delete

Paspigs dah sama taraf dgn Dapigs.kahkahkah

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
14 September 2016 6:45 PG delete

Islam versi PAN merangkumi:

a. Doa
b. Fitnah

Selain di atas akan dianggap oleh PAN sebagai telah menjual agama dan menipu Allah..

Sebab itu kini harbi pun amat dapat merasai bahawa islam versi PAN memang selari dan sesuai sangat dgn kefahaman harbi itu sendiri mengenai islam.. malah mungkin boleh mencapai sehingga ke tahap harbi sendiri pun merasakan bahawa mereka sudah pun menjadi islam; jika islam versi PAN inilah yg menjadi sandaran harbi..

Patutlah G18 amat marah pabila majoriti ahli PAS tak mahu langsung mengikuti jejak langkah mereka utk masuk PAN! Kerana PAN masih menyangka bahwa semua org perlu tunduk kpd harbi spt mereka! Yg lucunya PAN tak perasan pun bhw sebenarnya selama ini hanya PAN sahaja yg tergamak utk tunduk kpd harbi! kih kih kih..

Sebab tu dalam PAN boleh:

a. Membiarkan tonggang arak secara terang2an spt acara Octoberfest selagi mursyidul am PAN redha dan langsung tidak bersuara!

b. Perjuangkan hak2 pengamal LGBT asalkan PAN boleh meraih sebanyak mungkin akan sokongan bukan islam serta harbi!

c. Perjuangkan hak2 pengamal murtad kerana PAN sedar bahawa ianya adalah amat selari dgn perjuangan harbi yg dikasihinya!

d. Fitnah parti islam dgn melanggar sumpah bai'ah kerana katanya parti islam telah "mengkhianati" rakyat walaupun secara faktanya ialah G18 yg kecewa lantaran tewas dalam muktamar parti islam lalu menubuhkan PAN!

e. Fitnah para pewakaf dgn merampas harta wakaf mereka di mana org2 yg telah wakafkan harta kpd parti islam sejak dulu samada yg masih hidup atau yg telah mati dianggap "sudah pun tahu" bahawa G18 akan keluar parti islam lalu "diserahkan" hak wakaf tersebut kepada PAN!

f. Fitnah dgn membuat ramalan tok nenek mereka jika sipolan2 itu dan ini masih hidup adalah diyakini akan turut serta jadi ahli PAN!

g. Fitnah parti islam berUG dgn UMNO tapi jika PAN dgn parti harbi tidak mengapa!

h. Fitnah ada 10 org ADUN akan lompat parti tapi jika tak menjadi kenyataan PAN hanya perlu buat muka bodo!

i. Membentak seorang mufti kerana menyokong RUU 355 tapi jika harbi MENENTANG RUU 355 tak mengapa kerana ini yg PAN katakan rahmatal lil aalamiin!

j. Fitnah parti islam habis2an dgn hanya bersandarkan berita dari sumber asing SR. Al-maklumlah kini sumber tersebutlah yg kini diimani oleh PAN berbanding sumber dari alQuran yg terang2 perintah org2 beriman agar melaksanakan hukum Allah. Ini juga lantaran PAN amat takut (berbanding takut kpd Allah) jika nak laksanakan hukum Allah kerana pasti mendapat tentangan hebat dari golongan harbi yg dikasihi serta ditunduki mereka!

Sekian seadanya kehidupan terkini para sang pengkhianat!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 September 2016 7:59 PG delete

Walaun pigs bila tulis pjg2 lebih merapunya. Byk auta.kahkahkah.

Pas @ Parti Auta Semalaysia
@ Parti Gadai Bini @ PASIK akhir sekali jadi PIGS (kumpulan babi2 pemakan dedak haram yg istiqomah)

Takbirrr!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 September 2016 12:19 PTG delete

Dah sebulan dah ni.bila pigs mau saman sr????tulurrrrrrr mana tulurrrrrrr

Reply
avatar
16 September 2016 8:27 PG delete

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes