"Saya mengajak Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya merujuk kepada kembaran yang saya sertakan iaitu surat dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengenai kelulusan penanaman DURIAN KUNYIT dan menguruskan tanaman kelapa sawit dalam HSK Ulu Galas dan Batu Papan, bertarikh 20 April 2016," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kepala surat Pengarah Perhutanan kepada Syarikat AA Pavilion Mining itu katanya, berbunyi:
‘PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN’.
"Jumlah keluasan kawasan yang diluluskan bagi kedua-dua maksud itu adalah 1,697 ha atau bersamaan 4,192 ekar!
"Mungkin SUP terlupa ilmu campur dalam matematik, sehingga kelulusan lain selain 100 ha kepada Gunung Basor tidak diambil kira.
"Angka ini membuktikan saya tidak berbohong, bahkan saya telah meletakkan angka keluasan yang lebih rendah dari yang sebenar.
"Juga membuktikan bukan hanya ada satu kelulusan penanaman durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan!
"Kenapa SUP tidak memasukkan kelulusan ini dalam penjelasan beliau? Niat berbohong?" soal Datuk Husam.
Memang benar katanya, durian disenaraikan sebagai spesis hutan dalam Enakmen Perhutanan.
"Namun, seingat saya, durian tidak disenaraikan sebagai spesis untuk tanaman Ladang Hutan walaupun ia adalah spesis hutan.
"Ini adalah dua perkara yang berbeza.
"Apa lagi Durian Kunyit," katanya.
Sebab itu kata beliau, sekali pun getah disenaraikan sebagai tanaman Ladang Hutan, tetapi getah untuk susu semata-mata tidak termasuk dalam senarai.
"Getah yang disenaraikan adalah Timber Latex Clon.
"Perkataan "timber" itu sendiri membezakannya dari getah biasa," katanya.
Menurutnya, Durian Kunyit adalah spesis klon yang mempunyai batang yang kecil.
"Penanamannya bertujuan mendapatkan buahnya dan bukan batangnya sebagai kayu.
"Sedangkan jika Ladang Hutan adalah tujuan, keutamaannya adalah untuk penghasilan kayu dan bukan buahnya," katanya.
Ladang durian kunyit katanya, sudah bermakna ladang komersial buah-buahan dalam Hutan Simpan Kekal.
"Bagi tujuan perladangan, sudah pasti semua pokok hutan yang ada akan ditebang.
"Kawasan ini yang asalnya adalah Hutan Simpan Kekal, akan berubah menjadi ladang komersial dalam Hutan Simpan Kekal," katanya.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Durian Kunyit dan hutan simpan kekal negeri Kelantan
Saya merujuk kepada penjelasan oleh SUP YAB MB bertarikh 19 September 2016 meliputi isu:
- Kawasan yang diluluskan untuk Durian Kunyit di HSK adalah HANYA 100 ha dan bukan 1,000 ha. Perbezaan 900 ha dari apa yang saya sebutkan dalam ucapan saya pada 16 September lalu di Wisma Tok Guru.
Maka dengan itu saya menyimpang dan berniat jahat.
Durian Kunyit
Saya petik semula penjelasan SUP MB:
“3. ……… semenjak YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, tidak terdapat kelulusan bagi projek ladang TLC atau ladang-ladang yang lain dalam hutan simpan kekal dan hanya meneruskan aktiviti pembalakan biasa sepertimana yang telah diluluskan pada pentadbiran yang lepas.
4. Tuduhan YB Dato’ Haji Husam Musa dengan mengatakan kawasan hutan simpan ditebang dan ditanam dengan tanaman Durian Kunyit sebanyak 1000 hektar juga merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan berniat jahat. Kerajaan Negeri Kelantan hanya meluluskan sebanyak 100 hektar sahaja bagi tujuan tersebut dengan dikenakan syarat-syarat yang sangat ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Jika dilihat kepada angka ini, ia jelas berbeza dengan dakwaan YB Dato’ Haji Husam Musa iaitu sebanyak 1000 hektar. Perlu dimaklumi bahawa dibawah Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan, durian diklasifikasikan sebagai tumbuhan hutan dan digalakkan untuk dijadikan sebagai spesis pokok bagi tujuan penanaman semula bagi kawasan hutan yang terjejas”.
Jawapan saya:
a. Dalam kenyataan SUP MB, tidak disebut syarikat mana telah diluluskan HANYA 100 ha HSK untuk ditanam dengan Ladang Tanaman Durian Kunyit.
Andaian yang boleh saya buat adalah, ada kemungkinan kelulusan seluas 100 ha yang disebut oleh SUP MB seperti di atas merujuk kepada permohonan Syarikat Gunong Basor Enterprise, berdasarkan surat arahan untuk permohonan syarikat ini untuk diangkat ke mesyuarat JKuasa Kecil Perhutanan dan ‘langkahan selanjutnya pihak tuan’, dari pejabat MB kepada Pengarah Perhutanan bertarikh 31 Mac 2016.
Surat sokongan Pejabat MB itu bermakna hanya LAPAN hari selepas syarikat ini didaftarkan dengan SSM. (Salinan surat Pejabat MB kepada Pengarah Hutan dikembarkan).
Permohonan asal syarikat ini, mengikut surat Pejabat MB itu adalah 404 ha/ 998 ekar, tetapi ada kemungkinan ia hanya diluluskan sebanyak 100 ha/400 ekar sahaja.
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan Negeri selepas surat pejabat MB ini ialah pada 6 April 2016.
Jika syarikat ini mendapat kelulusan berkenaan menerusi mesyuarat pada 6 April itu, bermakna dalam tempoh EMPAT BELAS HARI SAHAJA dari tarikh syarikat ditubuhkan, ia sudah mendapat DURIAN RUNTUH dengan permohonan DURIAN KUNYITNYA!
Hebat!
Syarikat Gunong Basor Enterprise, mengikut carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dimiliki oleh Tuan Ali Omar.
Tuan Ali Omar telah memuat satu posting dalam FBnya bertarikh 20hb September 2016 mendakwa kelulusan yang beliau perolehi untuk penanaman durian kunyit dalam hutan simpan tidak melibatkan tebangan balak kerana kawasan ini telah diteroka oleh peneroka haram. Beliau menulis : ‘permohonan yang melibatkan syarikat saya’.
Salinan posting ini dikembarkan.
Ini mengukuhkan andaian bahawa syarikat yang mendapat kelulusan 100 ha atau 400 ekar hutan simpan itu adalah Syarikat Gunong Basor yang telah disokong permohonannya oleh Pejabat Menteri Besar.
Apa kelayakan syarikat ini sehingga permohonannya boleh diluluskan secepat kilat?
b. Soalnya, adakah satu ini sahaja kelulusan berkait dengan penanaman durian kunyit dalam HSK?
Saya mengajak MB dan SUPnya merujuk kepada kembaran yang saya sertakan iaitu surat dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengenai kelulusan penanaman DURIAN KUNYIT dan menguruskan tanaman kelapa sawit dalam HSK Ulu Galas dan Batu Papan, bertarikh 20 April 2016.
Kepala surat Pengarah Perhutanan kepada Syarikat AA Pavilion Mining berbunyi: ‘PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN’.
Jumlah keluasan kawasan yang diluluskan bagi kedua-dua maksud itu adalah 1,697 ha atau bersamaan 4,192 ekar!
Mungkin SUP terlupa ilmu campur dalam matematik, sehingga kelulusan lain selain 100 ha kepada Gunung Basor tidak diambil kira.
Angka ini membuktikan saya tidak berbohong, bah kan saya telah meletakkan angka keluasan yang lebih rendah dari yang sebenar.
Juga membuktikan bukan hanya ada satu kelulusan penanaman durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan!
Kenapa SUP tidak memasukkan kelulusan ini dalam penjelasan beliau? Niat berbohong?
c. Memang benar durian disenaraikan sebagai spesis hutan dalam Enakmen Perhutanan.
Namun, seingat saya, durian TIDAK disenaraikan sebagai spesis untuk tanaman Ladang Hutan walau pun ia adalah spesis hutan.
Ini adalah dua perkara yang berbeza.
Apa lagi DURIAN KUNYIT.
Sebab itu, sekali pun getah disenaraikan sebagai tanaman Ladang Hutan, tetapi getah untuk susu semata-mata tidak termasuk dalam senarai. Getah yang disenaraikan adalah TIMBER LATEX CLON. Perkataan TIMBER itu membezakannya dari getah biasa.
Durian kunyit adalah spesis klon yang mempunyai batang yang kecil. Penanamannya bertujuan mendapatkan buahnya dan bukan batangnya sebagai kayu. Sedangkan jika Ladang Hutan adalah tujuan, keutamaannya adalah untuk penghasilan kayu dan bukan buahnya.
Ladang durian kunyit sudah bermakna ladang komersial buah-buahan dalam Hutan Simpan Kekal.
Bagi tujuan perladangan, sudah pasti semua pokok hutan yang ada akan ditebang.
Kawasan ini yang asalnya adalah Hutan Simpan Kekal, akan berubah menjadi ladang komersial dalam Hutan Simpan Kekal.
Inilah yang berlaku di negeri ini pada hari ini.
Status di atas kertas adalah hutan simpán kekal tetapi hutannya sudah tidak ada lagi.
Saya sangat berbesar hati jika SUP MB Kelantan dapat menunjukkan saya bahagian Enakmen Perhutanan Kelantan yang menyatakan DURIAN KUNYIT adalah sangat digalakkan untuk tanaman dalam Ladang Hutan dan tarikh kemasukan DURIAN/DURIAN KUNYIT dalam gazet Enakmen berkenaan.
d. Kawasan yang dipohon oleh Syarikat Gunung Basor adalah dalam HSK Sg Brok.
Semakan kami ke tapak berkenaan menunjukkan masih terdapat 7 hingga 8 tan hasil kayu se ekar. Hanya 20% sahaja dari kawasan ini yang telah diteroka secara haram meninggalkan kawasan tidak berkayu.
Saya yakin, laporan renjer Pejabat Hutan yang baru disiapkan Rabu lalu, selari dengan jumlah yang saya sebutkan. Menunggu laporan renjer disiapkan terlebih dahulu adalah antara sebab saya sedikit lambat memberikan respon kepada kenyataan SUP MB.
Bermakna terdapat sejumlah 2,240 tan kayu berbaki atas kawasan seluas 100 ha ini, berdasarkan 20% dari kawasan adalah diteroka haram seperti didakwa.
Dakwaan sesetengah pihak bahawa kawasan ini langsung tidak berkayu adalah bohong dan berniat melindungi kedudukan yang sebenar atas tujuan mengaut keuntungan darinya.
Ini bermakna, Syarikat Gunung Basor akan menikmati DURIAN RUNTUH sebelum DURIAN KUNYIT.
Beranikah YAB MB melawat kawasan ini bersama saya, media dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk membuktikan ianya tidak berkayu?
e. Alasan terokaan haram telah digunakan untuk meluluskan permohonan AA Pavilion, termasuk menguruskan apa yang dikatakan tanaman kelapa sawit oleh peneroka haram untuk selama dua puluh lima tahun, seperti surat kelulusan yang dikembarkan.
Soalnya, kenapa kawasan ini bersama tanaman kelapa sawitnya tidak ditender?
Mengapa peneroka asal tidak diberi peluang dengan terma yang sama?
Benarkah alasan ini?
Beranikah kerajaan melantik satu pihak bebas memeriksa kesahihan maklumat dan alasan ini?
f. Adakah kebetulan, semua syarikat ini - AA Pavilion dengan kelulusan 1,697 ha, Syarikat Gunong Basor dengan kelulusan 100 ha (berdasarkan kenyataan SUP yang tidak menamakan secara jelas syarikat yang mendapat kelulusan tetapi Tuan Ali Omar mengaku beliau mendapat kelulusan tanaman durian kunyit) dan satu lagi, Taman Astakona Timber Solutions dengan kelulusan pengeluaran saki baki kayu kayan atas kawasan seluas 250 ha - semuanya berkait dengan pemilik yang sama. Juga surat kelulusan dari Jabatan Perhutanan kesemuanya bertarikh April 2016.
Saya sertakan cetakan dari Suruhajaya Syarikat (SSM) berkait pemilik berkenaan bagi ketiga-tiga syarikat itu.
Saya pohon YAB MB memberikan penjelasan.
g. Saya difahamkan, orang yang sama telah diluluskan LAPAN BELAS kelulusan semuanya, dari 44 buah syarikat beliau yang berdaftar di SSM pada mesyuarat terakhir Jkuasa Kecil Perhutanan, iaitu pada 6 April yang lalu.
Saya pohon YAB MB mencari satu kaedah untuk membolehkan dokumen mesyuarat berkenaan disemak oleh pihak-pihak yang berwibawa untuk mengesahkan kedudukan ini.
ADUN Kerajaan dan Pembangkang termasuk saya, boleh menjadi pihak menyemak dokumen mesyuarat berkenaan.
Saya difahamkan, dokumen-dokumen kelulusan bagi 18 syarikat itu telah beredar di pasaran untuk tujuan mencari pembeli.
PAC Kelantan boleh diminta menyemak dokumen mesyuarat pada 6 April itu untuk mengetahui kedudukan yang sebenar dan saya diizinkan untuk sama menyemaknya.
YAB MB sepatutnya tidak keberatan berbuat demikian jika prinsip ketelusan menjadi prinsip pentadbiran beliau.
Ini juga yang diajar oleh Islam.
h. Surat kelulusan kepada Taman Astakona ini juga menunjukkan orang yang sama telah mendapat kelulusan perlombongan, sehingga membolehkan beliau memohon kelulusan pengeluaran saki baki kayu atas kawasan perlombongan yang diluluskan itu.
Rujuk dokumen kelulusan kepada Taman Astakona itu, di mana kepala surat dari Pengarah Perhutanan kepada Taman Astakona berbunyi: ‘PERMOHONAN MENGELUARKAN SAKI BAKI KAYU DALAM KAWASAN YANG DILULUSKAN PAJAKAN MELOMBONG DI HUTAN SIMPAN NENGGIRI SELUAS 250 HEKTAR’
i. Saya tidak tahu ini semua satu skandal atau tidak.
Nampaknya, paling kurang, ia menuju kepada amalan kronisma yang kronik yang menghanguskan kekayaan bumi Kelantan.
j. Ketelusan YAB MB sangat diperlukan.
Hanya dengan ketelusan yang diyakini, kejujuran dapat dibuktikan. Khazanah negeri dapat dilindungi.
k. SUP MB perlu menyemak fakta-fakta dengan lebih teliti sebelum menggunakan kata-kata tuduhan menyimpang dan berniat jahat.
Amalan demokrasi dan juga berkerajaan secara Islam memerlukan tegur menegur dan ketelusan, bukan kata-kata kesat dengan sewenang-wenang.
l. Demi ketelusan, YAB MB mesti tampil menjelaskan ini semua.
Rakyat Kelantan berhak mengetahui kedudukan sebenar secara keseluruhan. Termasuk asas-asas yang digunakan untuk mempertimbangkan kelulusan kepada mana-mana pihak dan had kelulusan kepada pihak yang sama secara berulang-ulang.
Lebih penting lagi adalah isi kayu yang ada dalam kawasan-kawasan berkenaan didedahkan kepada umum dan jumlah kerugian dari pendapatan isi kayu berikutan ketiadaan sistem tender dalam penganugerahan-penganugerahan berkenaan.
Ia belum lagi mengambil kira kesan ekologi yang berpanjangan yang diakibatkan oleh kelulusan-kelulusan ini termasuk kesan kepada tadahan hujan dan lain-lain.
Juga apa jaminan kemampuan syarikat dari orang yang sama ini melaksanakan semua kelulusan yang diberikan kepadanya.
m. Saya menunggu kelulusan YAB MB untuk saya menyemak dokumen-dokumen mesyuarat berkenaan bersama PAC Kelantan.
n. Saya berterima kasih kepada team penyelidik Pusat Aduan Rakyat Kelantan yang telah berjaya mengumpulkan maklumat berkaitan.
Husam Musa
26 September 2016/24 Zulhijjah 1437
mdl
IKLAN BERBAYAR
BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.
BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM
HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT
PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM
BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM
HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT
PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000
JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH
3000 LOT AKAN DAPAT
RM1,200,000.00
BERMINAT layari : http://biz55.lot.my
BERMINAT layari : http://biz55.lot.my
Apa pas ni kata islam tp perangai setan...inikah yang walaung agung2 kan???
BalasPadamPas dh tukar jdi perompak n penyamun..
BalasPadamPercaya je lah kelebungan kuasa 10..
BalasPadamKasi bongkar lagi penyelewengan2 parti jual agama ni. Biar umat Islam msia tahu. Kesian pd walaun tolol pigs cuba tegakkan benang yg basah.kahkahkah
PadamAura Husam kuasa 10 buatkan tok ketua pembohong bersiri dan geng lebai pemakan dedak duit curi 90juta tk lena tidor mcm cacing kepanasan.
Parti Auta Semalaysia.
hukuman terbaru dri lebai parti auta semalaysia...
Padamsesapa x sokong ruu355..maka jatuh iman dia..
dan klu mati sblm sempat angkat tangan utk undi ruu355..maka blh tanam kat jerat cina..
kahkahkah..
tu ayat ayat lebai jual ugama ke...lebai jual belacan??
sblm ni dh ada sekoq yg buat statement bodoh..
x padan dgn janggut panjang berjela...tp bangang..
tunjuk dan baca no keahlian pas dh di kira layak masuk syurga...
memang parti sesat la..bwh kepimpina hadi biawak..
Islam versi PAN merangkumi:
Padama. Doa
b. Fitnah
Selain di atas akan dianggap oleh PAN sebagai telah menjual agama dan menipu Allah..
Sebab itu kini harbi pun amat dapat merasai bahawa islam versi PAN memang selari dan sesuai sangat dgn kefahaman harbi itu sendiri mengenai islam.. malah mungkin boleh mencapai sehingga ke tahap harbi sendiri pun merasakan bahawa mereka sudah pun menjadi islam; jika islam versi PAN inilah yg menjadi sandaran harbi..
Patutlah G18 amat marah pabila majoriti ahli PAS tak mahu langsung mengikuti jejak langkah mereka utk masuk PAN! Kerana PAN masih menyangka bahwa semua org perlu tunduk kpd harbi spt mereka! Yg lucunya PAN tak perasan pun bhw sebenarnya selama ini hanya PAN sahaja yg tergamak utk tunduk kpd harbi! kih kih kih..
Sebab tu dalam PAN boleh:
a. Membiarkan tonggang arak secara terang2an spt acara Octoberfest selagi mursyidul am PAN redha dan langsung tidak bersuara!
b. Perjuangkan hak2 pengamal LGBT asalkan PAN boleh meraih sebanyak mungkin akan sokongan bukan islam serta harbi!
c. Perjuangkan hak2 pengamal murtad kerana PAN sedar bahawa ianya adalah amat selari dgn perjuangan harbi yg dikasihinya!
d. Fitnah parti islam dgn melanggar sumpah bai'ah kerana katanya parti islam telah "mengkhianati" rakyat walaupun secara faktanya ialah G18 yg kecewa lantaran tewas dalam muktamar parti islam lalu menubuhkan PAN!
e. Fitnah para pewakaf dgn merampas harta wakaf mereka di mana org2 yg telah wakafkan harta kpd parti islam sejak dulu samada yg masih hidup atau yg telah mati dianggap "sudah pun tahu" bahawa G18 akan keluar parti islam lalu "diserahkan" hak wakaf tersebut kepada PAN!
f. Fitnah dgn membuat ramalan tok nenek mereka jika sipolan2 itu dan ini masih hidup adalah diyakini akan turut serta jadi ahli PAN!
g. Fitnah parti islam berUG dgn UMNO tapi jika PAN dgn parti harbi tidak mengapa!
h. Fitnah ada 10 org ADUN akan lompat parti tapi jika tak menjadi kenyataan PAN hanya perlu buat muka bodo!
i. Membentak seorang mufti kerana menyokong RUU 355 tapi jika harbi MENENTANG RUU 355 tak mengapa kerana ini yg PAN katakan rahmatal lil aalamiin!
j. Fitnah parti islam habis2an dgn hanya bersandarkan berita dari sumber asing SR. Al-maklumlah kini sumber tersebutlah yg kini diimani oleh PAN berbanding sumber dari alQuran yg terang2 perintah org2 beriman agar melaksanakan hukum Allah. Ini juga lantaran PAN amat takut (berbanding takut kpd Allah) jika nak laksanakan hukum Allah kerana pasti mendapat tentangan hebat dari golongan harbi yg dikasihi serta ditunduki mereka!
Sekian seadanya kehidupan terkini para sang pengkhianat!!
Pas parti penjual agama menipu Allah, rasul, umat Islam dan ahli2 parti dulu, kini dan selamanya.
PadamMaksudnya selain doa dan fitnah kira jual agama lah tu?
PadamJual agama, merompak hasil negeri, jual nama Allah dan Islam utk habuan duniawi geng lebai kaki lebong Pas.
PadamParti jual agama tak malu makan hasil duit curi terbesar dunia 90juta sampai skrg tk berani saman SR.
PadamBila pas nk saman ni...telooooo mana telooooooo
BalasPadamPAS tak berani saman sebab takut nanti saman kena tarik balik macam kuasa 10 bo boi boi..
PadamKahkahkahkah.ngaku pun pas xberani saman.Kahkahkahkah. Apa ni kata Islam kuat hebat boboiboi.tetiba xberani saman plak...kata kapir harbi babi tp dptkan rawatan kan kapir harbi tanam kat sana plak tuh.ape cter ni wanrosli oi.kahkahkah.okla sekurang2 nya husam ada failkan saman.tp pas apah takdak.ckp je lebih tp habuk pun xdak.kahkahkahkah
PadamTu dah ada kuasa 10 pun boleh tarik balik saman .. Cer korang bayangkan kalau takde kuasa 10..
PadamBayangkan aje.. tak rugi apa2 pun selain dari dilihat kuat lebong.. Boboiboi..
Hadi and the gang lebai pemakan duit curi 90juta pengecut takdak tulurrr.kahkahkah
PadamLebong kuat itu ini hudud dudud lutut...tp sr pun pas xberani nak saman..apa daaaa memalukan kaum je.kahkahkahkahkahkah
PadamBerani tapi risau juga nanti nak kena tarik balik saman mcm mr lebung kuasa 10 tuh.. Malu wooh.. Boboiboi..
PadamPas parti lebai penjual agama dah pandai mencuri dan merompak hasil negeri. Walaun dpt saham akhirat sekali krn bersubahat dgn geng lebai kaki lebong.Malu woohh..kahkahkah
PadamAla husam tarik sbb nk ubahsuai saman tu.apa wanrosli xreti membaca ke.kikikikiki..hadi plak lg pengecut tikus smpi nk failkan saman pun xberani.ckp berdegar2 tp berak merata gelegar.kahkahjahjahjah
PadamJom tarik balik saman 1mdb.. Tang pengikut senang je kita nak lebung kuasa 10.. Boboiboi..
PadamHadi dan geng lebai makan hasil duit curi terbesar di dunia bila nak saman SR?boboiboi..kahkahkah
PadamHusam tarik balik saman pasal apa ye? Soalan utk walaun Hadi dan lebai2 pemakan dedak..
PadamPemakan dedak mana tau apa tau melalak je pastu nganga mulut disuap dedak pastu sambung melalak.gitu lah perumpamaan wanrosli....heboh2 nk saman2 tp smpi skrg xsaman2.kahkahkah.adoi lawak betoi.kahkahkahkah
Padam