Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 29, 2016

SEBARKAN!! : MESEJ JELAS DARI ULAMA PARTI ISLAM (AMANAH)

Abdul Ghani Shamsudin, timbalan penasihat umum AmanahAbdul Ghani Shamsudin, timbalan penasihat umum Amanah
(Dibacakan oleh Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin sempena sambutan setahun Amanah di Muar, Johor pada 24 September 2016)

Marilah bersama-sama kita memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran kehadrat Allah yang telah melimpahkan taufiq dan hidayah serta inayahNya dan memberi kekuatan kepada kita sehingga berjaya menubuhkan Parti Amanah Negara(AMANAH) sebagai sebuah wadah politik Islam yang inklusif di tanah air kita. Dimana, hari ini kita menyambut genap usianya setahun yang setiap hari-harinya dilalui dengan getir, penuh cabaran dan ujian.

Kita bersyukur kerana kehadiran Parti Amanah Negara mendapat sambutan dan penerimaan rakyat yang amat memberangsangkan dari kalangan berbagai peringkat masyarakat, budaya dan kepercayaan, termasuk rakyat dari kalangan Non-Muslim.

Sesungguhnya sambutan dan penerimaan masyarakat Malaysia amat menjanjikan harapan yang tinggi bahawa Parti Amanah Negara(AMANAH), InshaAllah akan segera berkembang dengan pesat dan mempunyai daya saing dalam membawa pergerakan dan perjuangannya bagi menegakkan kebenaran dan keadilan dengan wajah pendekatan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam atau rahmatan lil alamin.

Kita mengambil pendekatan ini sejak dari awal tercetusnya idea dan hasrat kita untuk meneruskan perjuangan melalui gagasan yang dikenali melalui Gerakan Harapan Baru.Kita telah menekankan dan memberikan tanweer pencerahan pemikiran bahawa risalah Islam adalah untuk membawa rahmat kepada semua manusia dan seluruh alam sebagai manifestasi dari firman Allah dalam Surah Al-Anbiya Ayat 107 yang bermaksud: "Dan tidaklah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk (menjadi) Rahmat bagi seluruh alam.

Doa dibaca sebelum kek dipotong sempena setahun Amanah.Doa dibaca sebelum kek dipotong sempena setahun Amanah.Sesungguhnya kita dan mereka yang di luar sana tidak pernah menjangka atau terfikir akan tertubuh sebuah parti politik Islam yang baru di negara Malaysia yang tercinta ini. Tapi segala-galanya telah terjadi dan berlaku dengan kehendak dan takdir serta qadha' Allah SWT yang Maha mengatahui lagi Maha bijaksana.
Ini selari dengan firman Allah dalam Surah Luqman ayat 34:

"Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada dirinya pada besok hari dan tiada siapa yang tahu di ranah mana ia akan meninggal dunia. Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Maha bijak”

Meskipun kelahirannya ke persada politik negara dengan takdir yang Maha Kuasa, namun dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan ini dan perjuangan menuju cita cita murni agamanNya perlu digagas, dirancang dan dikelola dengan cara yang terbaik; berlandaskan segala kaedah berfikir logik, keilmuan, kemahiran dan kebijaksanaan.

Sebab itulah kita telah merancang dan merungkaikan konflik dan perbezaan pendapat dengan cara yang dibimbing oleh syara’ berpandukan nas ayat-ayat Al-Quran dan hadith, kaedah Fiqhiah yang releven serta pemikiran strategik; demi meneruskan perjuangan Islam, memenangkan cita-cita membasmi kejahatan, menumpaskan kebatilan, menegakkan keadilan dan memerdekakan rakyat dari segala bentuk penyelewengan, penindasan, korupsi, kleptokrasi dan sebagainya.

Masa setahun sebenarnya bagi pertubuhan sebagai sebuah parti politik, adalah suatu masa yang relative singkat dan amat muda. Tapi Alhamdulillah dalam masa setahun ini kita telah mampu menyertai pilihan raya negeri Serawak pada bulan April yang lalu dan kira-kira dua bulan kemudian kita berupaya menyertai pilihan raya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Syukur pencapaian yang dapat kita hasilkan begitu menggalakkan. Manakala dari segi prasarana, pembentukan cawangan yang hampir meningkat kepada angka mencecah 200 cawangan dan nisbah keahlian yang terus bertambah adalah membayangkan rahmat Allah dan kasihan belasnya kepada kita yang serba baru dan serba kekurangan, malah dalam keadaan serba terhimpit di segala penjuru.

Jika tidaklah kerana kesungguhan dan keikhlasan para pemimpin para pendokong kita di segenap lapisan; baik peringkat nasional mahupun peringkat negeri dan kawasan serta dengan bantuan sahabat yang simpati sudah tentu kurang sokongan Allah kepada parti baru ini. Parti baru yang sering dilempar dengan tuduhan dan fitnah oleh golongan yang berpolitik tanpa akhlak Islam.

Memang kita golongan baru yang dianggap mustadh’afin fil Ardh, tidak punya harta, tidakpunya pra sarana organisasi yang lengkap. Tapi kasihan belas Allah dan kesayuan hati para pejuang dan pemimpin parti ini dibelai Allah dengan kasihan belas dan ihsanNya kepada golongan tertindas atau mustadh’afin. Allah berfirman dalam surah Al Qasas ayat 5

“Kami mahu menghadiahkan kurnia kami kepada mereka yang tertindas di dunia ini. Kami mahu menjadikan mereka para pemimpin dan menjadikan para pewaris yang sebenar.”

Saudara-saudara

Sebagai ahli dan pemimpin parti yang baru kita mesti melipatgandakan usaha dan tenaga untuk menarik dan mentanweer ahli, meningkatkan mutu organisasi, memilih budaya kerja yang lebih berkesan dan bijak demi mengungguli medan siasah; selaras dengan tuntutan zaman, cabaran dan lapangan tempat kita berkerja dan berperanan.

Juga, sebagai sebuah parti yang inklusif kita mempunyai dua orang anggota pimpinan Nasional yang mewakili Non-Muslim khususnya masyarakat kaum Tionghwa dan kaum India. Kita berharap di semua peringkat Negeri,Kawasan dan Cawangan terdapat warga non-Muslim bersama mendukung parti Amanah.

Kita perlu menguasai selok belok berpolitik yang pelbagai, serta bersifat kontemporari dari segi strategi dan pendekatan. Kita mesti menguasai pendalilan dan penataran hukum berlandaskan perspektif Fiqh Siasah Islam yang terkini. Kita mesti bijak menterjemahkan nas nas yang ideal dengan perlaksanaan amali yang releven dan munasabah.

Kita boleh mempelajari bagaimana gerakan Islam yang lebih dewasa sama ada yang lama atau baru yang berupaya memposisikan matlamat dan gerak kerja perjuangan mereka sesuai dengan reality dan cabaran yang dihadapi. Kefahaman yang umum dan mutlak serta pandangan yang cetek hanya akan membawa kepada kaadaan serba kaku, jumud dan gagal berhadapan dengan reality atau tuntutan zaman.

Dalam masa yang sama kita juga harus tahu batas keanjalan dan sempadan penyimpangan. Segala bentuk Fiqh daripada Fiqh Al Waqi’, Fiqh Taghyir, Fiqh Maratib, Fiqh Sunan, Fiqh Ma’alat, Fiqh Aqalliyat, Fiqh Al Aulawiyat, Fiqh Al Ta’amul, Fiqh Siasah, Fiqh Al Maqasid, Fiqh Al Idariyah, Fiqh Al I’lam wa Al Teknologi dan lain-lain perlu kita garap dengan mentality terbuka tertapi pertimbangan yang cermat.

Realiti kita sangat pelbagai dan rencam, setiap kita mempunyai persediaan untuk mahir dalam lapangan masing-masing. Di sini kita perlu meningkatkan kualiti persefahaman dan kerja berpasukan. Zaman kerja menyendiri telah berakhir. Malah lawan kita sudah sampai kepada kebijaksanaan berpakat antara komponen parti mereka dengan jaya sekian lama.

Kita dan kumpulan yang bersama kita, semestinya meningkatkan kemahiran dan keupayaan untuk berpakat dengan semangat persaudaraan yang kental dan bertamadun. Kita mesti bijak mencontohi negara maju dan para pemimpin dan parti mereka yang terus menempa kejayaan dengan kemahiran memimpin dan bermu’amalah dengan kawan atau lawan dengan pintar dan bijak.

Dengan kesungguhan, dengan ilmu yang tinggi, budaya dan adab sopan serta akhlak mulia kita boleh mendapat anugerah Allah yang disebutkan dalam surah Al A’raf ayat 137:

Lalu kamu warith dan kurniakan golongan yang tertindas dan ditindas di dunia ini dengan tanah tanih di Timur dan Di Barat Dunia, Tanah yang kami berkati itu .

Saudara saudara

Orang ramai yang menyertai sambutan satu tahun Amanah di Muar.Orang ramai yang menyertai sambutan satu tahun Amanah di Muar.Perjuangan kita baru bermula. Oleh itu buatlah persediaan yang cukup dalam berbagai aspek dan sumber dari sekarang. Tingkatkan program tanweer secara teratur.

Begitu juga program usrah, tarbiah dan ibadah, tambahi ilmu agama dan ilmu-ilmu modern, mahirkan lisan kita dengan pelbagai bahasa dunia, kuasai berbagai aplikasi teknologi yang diperlukan dalam kegiatan berkemunikasi dan berpolitik, bernegara serta tidak ketinggalan berumah tangga.

Akhir sekali jangan lupa kita baru sahaja merayakan hari raya Eidul Adha atau hari raya qurban. Oleh itu Jangan lupa tuntutan berkurban dan berbakti . Mari kita buktikan pengurbanan kita kepada jama’ah dan parti. Mari kita menghabiskan umur dan infaq harta kita untuk kebaikan jamaah, umat dan negara. Allah berfirman dalam Surah Muhammad ayat 7

"Hai orang orang yang beriman sekiranya kamu menyokong dan menolong Allah , Allah pasti menolong kalian dan memantapkan langkah kalian."

Oleh itu marilah kita berjiwa besar dan membuktikan kemulian dan ketinggian akhlak kita menghadapi segala karinah kawan dan lawan.

Insyallah dengan sifat mulia dan terpuji seperti sifat amanah, jujur, didikasi merendah diri, tahu menghargai jasa orang lain, banyak bersabar, tawakkal dan terus berbakti kita - insyallah - kita akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Allah berfirman dalam surah al Saf ayat 10-13 yang bermaksud:

10. Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepada kalian suatu perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang pedih?

11. (Perniagaan itu) ialah kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang menegakkan agama Allah dengan membelanjakan harta benda dan malah mengorbankan nyawa kamu sendiri. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui ganjarannya.

12. Dengan pengurbanan itu nescaya Allah akan mengampunkan segala dosa kamu. Allah menempatkan kamu dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, di samping Allah menganugerahkan kamu kediaman yang istimewa di dalam syurga “Adnin”. Itulah kejayaan yang paling besar.

13. Satu lagi limpah kurnia yang sangat kamu ingini ialah pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang semakin dekat. Oleh itu, sampaikanlah berita yang menggembirakan ini kepada orang-orang yang beriman.

Semoga para pengikut dan pemimpin parti Amanah serta seluruh pimpinan parti pakatan harapan terus bijak memposisikan perjuangan mereka dalam persepakatan yang mampan dan semangat kesatuan yang utuh dan gigih ;demi mencari belas ihsan dan rahmat Allah dan sokongan padu rakyat seluruh negara. Innahu Sami’un Mujib.

Sekian, selamat menyambut hari ulang tahun pertama Parti Amanah Negara!

Ustaz Ahmad Awang
Penasihat Umum
Parti Amanah Negara

22 September 2016 ( 20 Zulhijjah 1437 )

mdl

IKLAN BERBAYAR
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT
 BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000


DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 

3000 LOT AKAN DAPAT 

RM1,200,000.00 

BERMINAT layari : http://biz55.lot.my

34 ulasan:

  1. Tahniah parti islam (kununnya)..
    Mana perlembagaannya? Dah siap? Kata dikelola dgn baik.. ye ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh ehhhh....tanya org pulakkkk..kata dlm sebulan pas nk saman SR...mana saman nya?islam pandai tipu ya..mhahahahahaha

      Padam
    2. PAS mana berani nak saman takut nanti kena tarik balik saman tu macam kuasa 10 bo boi boi..

      Padam
    3. Kahkahkahkah.ngaku pun pas xberani saman.Kahkahkahkah. Apa ni kata Islam kuat hebat boboiboi.tetiba xberani saman plak...kata kapir harbi babi tp dptkan rawatan kan kapir harbi tanam kat sana plak tuh.ape cter ni wanrosli oi.kahkahkah.okla sekurang2 nya husam ada failkan saman.tp pas apah takdak.ckp je lebih tp habuk pun xdak.kahkahkahkah

      Padam
    4. Kena dgn kuasa spuluh trus kecut pigs..saman pun tak brani mmg kuat mkn dedak tpi tulur tara,dei mana tulur..

      Padam
    5. Tu dah ada kuasa 10 pun boleh tarik balik saman.. Cuba korang bayangkan kalau dia takde kuasa 10 boboiboi..

      Padam
    6. Bayangkan aje tak rugi apa2 selain dilihat kuat lebung..

      Padam
    7. Ok juga la berani saman.tp pas lebung je langsung xsaman...islam apa pembohong mcmtu. Kalah kapir harbi.kahkahkah

      Padam
    8. Sebab tu lah org dah nasihat jgn tunduk kpd harbi..

      Padam
    9. Sapa plak tunduk pd kapir harbi.xtunduk pun tp bila mati tanam kat negara kapir harbi tu apa cter ya Wanrosli. Kikikiki

      Padam
    10. Pengasas perubatan Islam bila sakit gi berubat jauh2, mahal2 di negara kafir harbi laknatullah kata walaun2 pigs. Cakap tak serupa bikin. Apa komen walaun?

      Padam
    11. Rupa2nya org PAN faham bhw negara harbi tu tidak termasuk dlm senarai milik Allah.. jadi x boleh dikebumikan org islam di sana..

      Padam
  2. Geng pigs dah hantar saman ker pasal isu 90 juta tu? Ari tu janji nak saman...ni ke perangai parti yg mengaku membawa rahmat utk sekelian alam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas tu nak suruh tarik balik saman ke macam husang kuasa 10 lebung tu..?

      Padam
    2. Husam tak makan duit curi 90juta mcm Hadi n the geng lebai parti jual agama. Sampai skrg tk berani saman SR.kahkahkah

      Saman apa yg husam tarik balik tu ye walaun pigs?

      Padam
    3. Aik
      Wanrosli xnak komen pasal jirat wan azizah ke..kak wan kena angkat tangan bila dbentang ruu355,kalau x nt kakwan nk ditanam kat jirat....alahai bodohnya pas ni...xleh bayangkan sampai tahap ini kebodohan pas.kahkahkah

      Padam
    4. Cukuplah PAN shj yg tunduk kpd DAP.. Tak payah nak heret PKR juga..

      Padam
    5. Lari tajuk letew.kahkahkah...ape cter ni xsokong ruu355 Kena tanam kat jirat...yg sokong tp tanam kat negara kapir harbi ape hukumnya plak yea.kahkahkahkah

      Padam
    6. Heret wan azizah...Wanrosli xreti isu semasa ke.membaca la.sikit Wanrosli supaya xnampak bodoh sgt..isu nye ydp pas kata wan azizah nk kena tanam kat jirat kalau xsokong ruu35.. Pas yg heret pkr tetiba kata org lain. Ape jenis bodoh punya walaun Wanrosli ni.xda ke org bijak sikit dlm pas ni.kikikiki

      Padam
    7. Yg tunduk pd kafir harbi tu pengasas perubatan Islam tp menagih rawatan jauh2 di tangan kafir laknatullah. Siap amanat dikebumi di bumi kafir lgbt, sekular liberal, yg buruk2 semua ada kat negara tu. Bekas org kuat parti lebai jual agama pulak. Apa komen walaun Hadi lebai pembohong bersiri?

      Padam
    8. Rupa2nya apa yg org PAN fahami selama ini ialah bhw negara harbi tu tidak termasuk dlm senarai milik Allah.. jadi x boleh dikebumikan org islam di sana..

      Padam
    9. Pas memalukan Islam.

      Padam
    10. Walaun Hadi dah mula faham maksud bumi milik Allah. Islam itu rahmat utk sekalian alam.

      Jgn jd mcm tok ketua lebai Pas yg suka labelkan yg buruk2 pd org spt sekular liberal, kafir harbi, lgbt, penentang Islam, kafir laknatullah dan mcm2 lain.

      Akhir sekali bila sakit, pengasas perubatan Islam sanggup gi berubat jauh2, habis duit byk2 mengharapkan tangan si kafir harbi utk merawat.

      Mtk kebumi di negara sekutu rapat yahudi israel laknatullah (ayat yg suka dilaung2 oleh pemimpin2 Pas dan walaun mrk). Cakap tk serupa bikin. Ada penceritaan di sebalik kejadian yg Allah ingin tunjukkan pd ahli2 parti jual agama ni.

      Padam
    11. Kahkahkahkah.bodohnya wanrosli...sapa kata negara kapir harbi bukan milik Allah.Semua zarah dlm dunie milik Allah.tp ibarat ada tempat sendiri tp pilih tempat org.tempat org yg kapir harbi plak tu sbb pas yg bising2 kapirharbi2 alih2 tanam kat kapir harbi apa cter?ibarat pas kata babi2 last2 parti sendiri jd babi PIGS.kahkahkah tu la jgn suka melabel itu ini.Allah bg cash je cepat je pas dpt alasan...ni terbaru dok kata kakwan nk tanam kat jirat..yg masa nik aziz tolak ruu355 tu dulu nape x kata cmtu plak...

      Padam
    12. Tak payah sensitip sangat terutama kalau parti kita pun hanya harapkan undi harbi..

      Padam
    13. Xsensitipla cume pelik dok riuh2 nk tanam kakwan kat jirat teriba uturn plak.kahkahkah.apa punya turrr pas ni.kahkahka.memalukan kaum btl kahkahkau

      Padam
    14. Amacam dah berapa ramai dah harbi yg peluk islam? Atau PAN yg dah peluk agenda harbi yg sesekali taknak hukum hudud dilaksanakan?

      Padam
    15. Kutuk2 kafir harbi akhirnya buat amanat mtk dikuburkan di tanah kafir harbi laknatullah, lgbt, sekutu rapat yahudi israel, penentang Islam mcm seorg penasihat agama Pas..

      Hidayah itu milik Allah bkn milik agama Pas yg terbukti menyesatkan akidah org Melayu.

      Padam
    16. Dok harbi2 si wanrosli ni tp bila sakit rawat kat harbi jugak....kahkahkah.umpama wanrosli jilat muntah sendiri.kahkahjahkah

      Padam
    17. Tak perlu sentap dgn perkataan harbi..

      Padam
    18. Walaun pigs tak perlu sentap dgn perkataan harbi. Mursyidul am Pas pun berwasiat dikebumikan di negara kafir harbi laknatullah.

      Padam
    19. Tu bhsa pompuan je yg sentap2 ni..mklum je wan rosli kan pondan..saman sr pun tak brani.ni masuk ijn lah,mcm2 lah,,atau takda skrip yg kuat wktu nk bentang..mcam2 alasan bagai,bila mau saman sr? Atau mmg btul pigs mkn dedak dgn najib..kakakaka

      Padam
    20. Pantang sebut harbi terus melenting..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...