Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong penuh penganjuran Himpunan Selamatkan Al-Quds oleh gabungan NGO di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat esok.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, atas rasa solidariti dan tanggungjawab sebagai umat Islam, Amanah menyeru seluruh ahli, penyokong khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor untuk bersama-sama NGO dan individu prihatin pada himpunan ini yang dijadual bermula selepas solat Jumaat.
"Al-Aqsa adalah kiblat pertama dan masjid suci ketiga menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia. Pencerobohan dan 'pengyahudian' Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis yang didokong kuat kuasa besar seperti Amerika Syarikat tidak boleh dibenarkan berlaku kerana ia mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
"Sejak beberapa bulan lalu, rejim Israel semakin agresif merempuh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa dan sengaja mencabar kesabaran umat Islam apabila cuba menghalang masuk ke masjid pada bulan Ramadan ini.
"Amanah akan diketuai oleh Presiden, Mohamad Sabu yang turut akan menyampaikan pidato pada himpunan tersebut.
Orang ramai boleh berkumpul di Masjid Tabung Haji sebelum berarak bersama ke bangunan kedutaan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Antara penganjur utama adalah Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) yang dipengerusikan oleh Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
mdl

IKLAN BERBAYAR
Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!



