Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 09, 2019

PH tidak boleh terima parti komponen baharu

PH tidak boleh terima parti komponen baharu, kata Mahathir

Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menerima parti komponen baharu kerana ia akan membawa masalah ketika pemilihan calon pilihan raya, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata ahli parti lain boleh menyertai mana-mana parti sedia dalam PH iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Semua orang nak jadi calon. Kita tak ada banyak kawasan pilihanraya, jadi jika mereka nak sertai kita dengan menyertai parti-parti sedia ada – okay,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini hari ini.
Selain itu, katanya keempat-empat parti komponen PH juga tidak mempunyai masalah dalam hubungan.
Dr Mahathir berkata pelawaannya kepada ahli-ahli parti Melayu untuk menyertai Bersatu bukanlah melibatkan sentimen rasis, sebaliknya beliau mahu orang Melayu bersatu di bawah parti sedia ada berbanding membentuk parti lain.
“Sebenarnya saya terangkan orang Melayu tak pandai politik, dia seronok nak jadi presiden sahaja. Bila seronok dia buka parti, semakin lama semakin banyak parti jadi lama-lama orang Melayu tiada kuasa langsung, semua parti kecil-kecil sahaja,” katanya.
Dr Mahathir berkata cukuplah sekadar empat parti Melayu yang ada ketika ini iaitu UMNO, PAS, Bersatu dan Amanah yang boleh disertai mereka.
“Kalau anda nak sertai UMNO, sertailah; nak sertai PAS, boleh, tapi tapi tak payah la buat parti baru lagi, dah banyak,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menolak pelawaannya supaya orang Melayu menyertai Bersatu, beliau berkata: “Presiden tolaklah, yang lain masuk. Presiden (UMNO) nak masuk pun kita tak bagi.”
Dr Mahathir turut berseloroh apabila mengulas mengenai laporan bahawa beliau akan diserang oleh pemimpin PH pada mesyuarat hari ini berikutan pelawaannya: “Rakan-rakan saya tidak dapati saya bersalah dan tidak sebat saya tadi.”
Dr Mahathir juga berkata tiada masalah dalam kerjasama antara empat parti komponen PH walaupun mungkin terdapat masalah dalam parti masing-masing.
Menurutnya, ahli Kabinet sekarang terdiri daripada semua parti komponen PH dan turut disertai Parti Warisan Sabah walaupun ia tidak menyertai PH.
“Setakat ini lima buah parti ini dapat membuat keputusan dalam Kabinet, kita tidaklah baling botol ke, pukul orang ke, itu berlaku di negara lain. Di Malaysia, kita amat bersopan. Secara umumnya kabinet boleh berfungsi, itu yang sebaiknya,” katanya.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut serta pada sidang media itu, juga ditanya mengenai kebimbangan penganalisis terhadap kesinambungan polisi kerajaan setelah beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
Apabila Anwar secara ringkas berkata “Tun (Dr Mahathir) bertindak berdasarkan kepada dasar-dasar PH dan saya adalah ahli dalam PH”, ia mengundang reaksi Dr Mahathir yang berseloroh: “Ahli PH mesti ikut ketua. Tak ikut, kita belasah.”
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat itu bersetuju supaya sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana kerajaan dapat melaksanakan janji-janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas yang masih belum tertunai.
“Kita sebenarnya dah laksanakan banyak janji-janji kita tapi kita tak pandai untuk promosi atau maklumkan kepada rakyat mengenai kejayaan-kejayaan kita bukan sahaja mengikut manifesto, tetapi juga yang tidak dijanjikan dalam manifesto,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat itu turut bersetuju supaya penglibatan penjawat awam dalam politik akan dikaji semula.
“Perkhidmatan awam ada perkhidmatan yang profesional, sekiranya ia dikaitkan dengan mana-mana parti politik, ia tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik. Mereka (penjawat awam) perlu menjadi neutral, jadi faktor ini akan dikaji sama ada antara mereka ini ada yang boleh menyertai (parti politik),” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata PH akan mengadakan karnival Harapan Rakyat di setiap negeri tanpa menyatakan butiran lanjut berkaitan karnival itu.
— BERNAMA
Picture

7 ulasan:

  1. Selagi ko simpan kaki semburit dlm kabinet...jgn haraplah org nak masuk parti ko.

    BalasPadam
  2. Anwar dlm satu ceramah yg penuh gelak ketawa kata dah ada perjanjian bertulis yg dia akan ganti mahdey slps 2 tahun.
    Mukriz anak mahdey baru2 ini kata dia tak sangap jwtn peeM spt 'individu' yg lain tu. Dan dia menambah tiada perjanjian bertulis siapa yg akan jadi peeM slps mahdey.

    Sampai hati korang buat raykat tertanya2. Sejibik mcm kes liwat 1.0...fitnah atau benar.Hmmmmmm

    BalasPadam
  3. Tapi PH boleh terima pemimpin SEMBURIT, PEROGOL, SKANDAL SEX dan macam2 lagi kerosakan akhlak asalkan mereka tidak merompak......pendirian apakah ini wahai macai PH sekelian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lupa mrk pernah bertekad nak penjarakan penyamun besar yg kaki rasuah dan salahguna kuasa.

      Skrg mrk lantik penyamun besar sebagai pm mrk utk menyamun bersama2 kroni yg rakus.

      Tiada beza dgn kutukan dan dakwaan mrk selama ini yg akhirnya kena lobang hidung mrk sendiri.

      Nobita merompak dan menerima wang rasuah terowong dan banglo tanpa kolam dilepaskan oleh peguam negara yg dilantik oleh mrk. Tiada perubahan dgn malaysia baru yg dicanang2kan.

      Menteri semburit tidak direhatkan bahkan dipertahankan jika berbanding peristiwa liwat 1998.

      Bermakna kita masih ditipu oleh pencuri yg jelas munafik. Ptuiiih!!!

      Padam
  4. SILA BACA SILA BACA

    Hai, ya yang sebenarnya hanya mendapat kad atm saya kosong, dari MR GEORGE. dia sangat baik pada apa yang dia lakukan. bertemu dengan beberapa orang tetapi mereka melarikan diri dengan wang saya tetapi mr george menghantar saya kad itu dua hari lalu melalui perkhidmatan kurier di negara saya. Kad yang diprogram hanya untuk pengeluaran wang tanpa diperhatikan dan juga boleh digunakan untuk pembelian dalam talian secara percuma. Proses permohonan adalah sangat mudah, saya telah mencuba mesin ATM terdekat dengan saya, untuk mengejutkan saya yang paling besar Ia bekerja seperti sihir. Saya mampu mengeluarkan sehingga $ 3000 setiap hari, saya tidak perlu risau tentang mendapatkan pinjaman lagi. ATM ini benar-benar mengubah hidup saya. Jika anda ingin menghubungi mereka di sini. Di sini ialah alamat e-mel georgeflemming402@yandex.com

    BalasPadam
  5. Nama:Teddy Liza
    status perkawinan: janda
    jumlah pinjaman:3.6 miliar rupiah
    tempat tinggal saya:. Palangkaraya
    email ku:::teddyliza2020@gmail.com
    kesaksian yang memotivasi saya whatsapp :;l+ 6281617538564
    tujuan pinjaman saya :Investasi / hutang

    Halo semuanya, sekarang dari (bahasa Indonesia [baˈha.sa in.doˈne.sja])/Malay, . Saya seorang janda dengan dua anak dan sejak Februari 2019 karena kebakaran dalam bisnis yang membanjiri bisnis saya dan saya mencoba mencari pinjaman dari bank saya, bank mengatakan dengan saya memiliki kredit buruk sehingga saya mencobanya dengan pemberi pinjaman lain di mana saya bodoh. Tetapi seperti yang Tuhan kehendaki, saya membaca kesaksian AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM di majalah bisnis, yang membantu bisnis dan individu dengan pinjaman besar. Saya mengajukan permohonan dan saya telah menerima pinjaman 3,6 miliar rupee dengan tingkat bunga sangat rendah 1% dan rencana pembayaran yang lebih baik. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa ada banyak scammer di sini. Ambil permintaan peminjam untuk biaya asuransi, Peminjam tidak memiliki sertifikat bisnis, Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman, peminjam Palsu tidak memiliki alamat kantor fisik. Peminjam palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya pajak, peminjam Palsu tidak memiliki situs web. Jika Anda mencari pinjaman, selalu minta pemberi pinjaman untuk situs webnya, karena banyak pemberi pinjaman palsu tidak memiliki alamat dan situs web. Jika Anda menginginkan pinjaman yang sah,Sukses hanya datang bagi mereka yang percaya pada diri mereka sendiri dan siap untuk menang. Saya tidak mengharapkan apa pun selain yang terbaik untuk Anda. Beralih ke tahap baru dalam hidup bisa menjadi proses yang menantang. Semoga Anda beruntung dalam semua upaya masa depan Anda, Anda akan menjadi hebat. ajukan sekarang.

    Aasimaha adila ahmed kontak pusat aplikasi pinjaman
    E-mail**aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp *********^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^+ 447723553516

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...