Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, April 17, 2018

Dari mana sumber kewangan Pas, 160 kerusi parlimen perlukan RM34.4 juta

Pas sentiasa menafikan kerjasamanya dengan Umno.
Pengumuman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan bertanding 160 kerusi parlimen dalam PRU 14 kini menimbulkan tandatanya, dari manakah parti itu mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pilihan raya kali ini.
Ini kerana, deposit untuk kerusi parlimen sahaja Pas perlu bayar RM15,000 x 160 kerusi iaitu RM2.4 juta.
Belanja untuk kempen pula adalah RM32 juta untuk parlimen sahaja dengan anggaran RM200,000 bagi setiap kawasan parlimen.
Ini bermakna, Pas perlu keluarkan wang sebanyak RM34.4 juta untuk kawasan parlimen sahaja.
Dari manakah Pas mendapatkan duit sebanyak itu?
Inilah persoalan yang ditanya oleh ahli bawahan Pas kepada pimpinan parti itu kerana pada PRU 13 Pas bertanding di 76 kerusi parlimen sahaja.
Pas sentiasa menjawab, sumber kewangan parti itu adalah dalam poket ahlinya yang dikatakan hampir satu juta itu.
Namun bagi pengkritik Pas, wangnya kali ini adalah datangnya dari kawan baru parti itu, Umno.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini mendakwa Pas menerima RM2.5 juta wang dari Umno melalui dua akaunnya pada 21 Mac lalu.
AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh dalam satu audio yang disebarkan sebelum ini mengaku Pas menerima duit Umno termasuk RM2 juta untuk pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini.
Beliau juga mengaku turut menerima wang dari Umno.
Namun begitu para penyokong Pas menuduh ini adalah fitnah dari musuh mereka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang pula berkata, bagaimana parti itu mahu mendapatkan duit dari Umno sedangkan parti itu akan melawan Umno di semua kerusinya.
Naib Presiden Amanah, Husam Musa menjelaskan, Pas mengambil duit Umno ada lojiknya kerana Pas akan bertanding untuk memecahkan undi Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan calon Umno menang.
Ini kerana Pas bertanding di kerusi yang tidak mungkin dimenangi oleh parti itu.
“Apa tujuannya, untuk menangkan Umno,” kata Husam dalam satu ceramahnya di Kota Bharu.
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa, Pas hanya musuh kecil mereka sahaja.
Ini kerana, Pas hanya bertanding untuk memenangkan BN sahaja.
mdl

Picture

23 ulasan:

  1. Jangan jer dpd yahudi zionis mcm puak sblh tu....hehehehehehe

    BalasPadam
  2. Jaga kedai roti pon bangkrap...ada hati nak jaga negara!!!!

    Cukup2lah kehilangan wang rakyat angkara rasuah dan salahguna kuasa selama 22tahun.Bukan sikit..rm300billion.

    Cukuplah...walau utk setahun rakyat tak izinkan diktator memerintah kembali....
    Hehehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berniaga Ada untung Ada rugi,Mana Ada bisnes sentiasa untung

      Padam
    2. Melabur forex rm32 billion rugi kira tak apa lah...hehehehe
      Perwaja rugi...tak apa lah....hehehehe

      Tapi klu org lain...meroyan beb
      Hehehehehe

      Padam
    3. tok lobai gila kuasa pulak dulu kat kuasa bkn matalamat perjuangan dan redha kalah....la ni nak tanding 160parlimen...dah betul lah tu tok lobai mereng ketipung...ahli tlg jerit dan pasang bendera ya tok lobai nk tido ????

      Padam
    4. Ko kena faham politik malaysia...

      Dulu dia kata banduan tu tak layak jadi peeM krn meliwat sambil melancap butuh pasangannya...
      Pernah kata musuhnya(skrg members..hehehe) anti islam..rasis..komunis dsbnya

      Tapi demi politik dan kuasa...jilat balik ludah demi anak..waris..proksi dan kroni...

      Hehehehehehehe...

      Padam
  3. Apa susah, 90juta dedak dah masuk akaun , lepas tolak beli Audi, Alphard, Porsche, BMW, Mercedes.. lebai tambah isteri, bercuti ke london,jerman.. baki lebih kurang 40Juta.. cukup untuk 160 kerusi.

    Tapi kalau ko tanya pak lebai Pas.. gerenti dia kata 'ini duit derma dari tin milo ceramah.. kita kumpul'... KahKahKah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elehhh...PANxxx pon dpt tajaan dpd parti klepet yg terkubur tu lbh rm100juta...
      Tak kecoh pon....hehehehehe

      Sampai ada yg bermasam muka dgn abg mat ttg agihannya....hehehehe

      Padam
  4. Kekeke. Nak tunjuk akaun Affin Bank ada transaksi duit keluar masuk pun tak berani? Kekeke. Mengaku parti Islam? Kekeke. Mengaku ulama besar? Kekeke. Apa takut sangat akaun amanah tiga Lebai terdedah? Ada simpan babi ke? Kekeke.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ker macai2 haprak membuat tuntutan rasmi melihat akaun tersebut????
      Klu tak ada...baik senyap jer dpd jadi mcm tun klepet....hehehehehe

      Padam
  5. Isu beri duit berjuta kepada Pas? Orang Umno nampak okay sebab untung kepada parti. Kekeke. Malah berjaya merosakkan reputasi Pas sebagai parti agama. Kekeke.

    Tapi isu syarikat blacklisted CCCC (tajaan CCP Parti Komunis China) dapat pelepasan GST dalam projek? Kekeke. Sudah mula jadi api dalam sekam. Dah mula marak dalam akar umbi. Kekeke. Ramai Melayu Umno dah tak puas hati. Mengapa syarikat China diberikan keistimewaan? Melayu yang nak berniaga online pun siap kena daftar nak kutip GST? Kekeke.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib bukan tun klepet yg buat perjanjian.Klu tun klepet buat perjanjian mcm perjanjian konsesi tol maka sampai bila2 pon tak selesai hutang....hehehehehe

      Padam
    2. Nasib bukan tun klepet yg buat perjanjian.Klu tun klepet buat perjanjian mcm perjanjian konsesi tol maka sampai bila2 pon tak selesai hutang....hehehehehe

      Padam
  6. Olamak dapat duit terpijak. Walaun kat bawah dok tenganga kena keluar duit lg utk saham akhirat katanya. Yang pemimpin dah kaya raya boleh tambah kereta boleh tambah bini ke2 ke3 ke4. Ahli bawah ni dok walak membuta tuli kononnya kena istiqomah fastakim katanya. Habis semua pakat mabuk ketum... Takbur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kurangnya parti yg dh terkubur atas kebodohan sendiri....hehehehe
      Mrk pon mtk derma bagi menyelamatkan negara...hehehehe
      Musykil...nak selamatkan negara atau nak selamatkan lubuk emas anak..waris..proksi dan kroni
      Hehehehehe

      Padam
  7. Sejak ditubuhkan lebih 60 tahun dulu, dah beratus juta RM duit PAS dibelanjakan...tak mau tanya ka ambik duit mana???...

    PAS adalah parti politik paling kaya dalam Malaysia...hampir setiap cawangan PAS mempunyai hartanya sendiri samada berupa tanah, bangunan dan lain2...ditambah lagi dengan boleh dikatakan semua PAS Kawasan dan Negeri mempunyai pelbagai aset samada dalam bentuk harta tak alih dan harta alih samada tanah., bangunan, kenderaan dan sebagainya...

    umno kaya duit ringgit, tapi di peringkat cawangan masih menumpang bangunan dan harta kerajaan...cuba bayangkan jika umno tidak berkuasa lagi...ke mana depa akan duduk???...insya Allah koi lama koi mereput secara tabi'ie...

    Ada cawangan yg yang mempunyai asset bernilai hampir RM100K sedangkan ahli berdaftar di cawangan tak sampai pun 100 orang.PAS ada bangunan kompleks pentadbiran, ada bangunan perniagaan, ada sekolah sekolah sendiri, ada tanah bendang, getah, kelapa sawit dsb...semua itu diperolehi melalui usaha para ahli dan kepimpinan...PAS tak tunggu jadi kerajaan baru nk ada aset...tapi PAS sudah miliki ratusan juta RM aset walau belum menjadi kerajaan. Mana lagi parti politik dalam Malaysia yang mampu memiliki sekolah sendiri selain dari PAS?

    Justeru, tak perlu lah dok persoal mengenai kewangan PAS nk bertanding....bak kata almarhum Ust Fadzil Noor dulu "duit PAS dok dalam poket orang PAS"....

    BalasPadam
    Balasan
    1. DALAM POKET "ORANG PAS" ATAU DALAM POKET "BARUA NAJIB"?

      Padam
    2. Masuk poket beli ladang kuda di argentina dgn wang pencen peeM..
      Uisshhh...hebat!!!!

      Hehehehehe...

      Padam
  8. rupanya kaya PAS... ok lepas ni dan sampai bila2 aku tak kan bagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg heran...parti yg terkubur terdiri dpd org2 kaya malaysia pon msh mintak sedekah dgn rakyat...hehehe

      Padam
  9. Dulunya bermati-matian menuduh PAS terima duit dari Umno RM90 juta dan meyakininya bahawa ia adalah tuduhan yang benar meskipun gagal kemukakan bukti.

    Tetapi kini, bertanya di mana PAS ambil duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen. Bukankah kamu kata PAS ada RM90 juta? Kenapa bertanya lagi?

    Ertinya, kamu sangat tahu, bahawa RM90 juta itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Kamu create fitnah itu untuk jatuhkan reputasi PAS. Kamu tiada hujah kukuh untuk berdepan dengan PAS. Kali tersadung lagi dek akal yang pendek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah bnyk kali pru...pandai2 lah cari modal....
      Jgn jer mintak dgn yahudi zionis dan gadaikan negara dgn perjanjian2 sulit tanpa pengetahuan rakyat....hehehehe

      Padam
    2. Hujah yg mantop aminsihat..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...