Bubarkan Amanah Pembangkang Tenang?
TITM mencadangkan supaya Amanah dibubarkan. Menurut beliau lagi “bubar Amanah dan pembangkang akan tenang”. Mungkin TITM lupa bahawa sebelum wujudnya Amanah sekalipun pembangkang dalam keadaan berbalahan satu sama lain.
Dari sejak 2008 lagi PAS menimbulkan banyak masalah terhadap usaha kerjasama dan kesatuan pembangkang untuk menghadapi UMNO/BN. Kami yang sekarang ini berada dalam Amanah yang telah berusaha mempertahankan kerjasama ini bersama Almarhum TGNA. Dan oleh kerana usaha mempertahankan kerjasama ini jugalah maka kami digelar ‘golongan Erdogan’, ‘Anwarinas’, ‘wala pada PR lebih dari wala kepada PAS’ dan sebagainya. Akhir sekali digelar ‘liberal’, ‘jebon’, ‘pengkhianat’ dan ‘khadam DAP’.
Tidak perlu saya ceritakan satu persatu, ini semua cerita lama yang diketahui umum. Memadai dengan disebut krisis MB Selangor yang merupakan kemuncak perbalahan ini di mana PAS telah sanggup berkerjasama dengan UMNO mempertahankan TSKI sehingga ke peringkat memecat exco-exco PKR dan DAP. Rakyat Selangor bernasib baik dengan adanya dua ADUN PAS yang telah berjaya menggagalkan pengkhianatan PAS! Akhirnya TSKI terpaksa letak jawatan sebagai MB.
Konsep di sebalik pengkhianatan ini jelas terkandung dalam mesej whatsapp Dr. Zuhdi yang telah disebar-luas suatu ketika dahulu. Tiada kekesalan dan permintaan maaf sama dari PAS selepas berlalunya episod ini. Sedangkan ianya tindakan menikam rakan sendiri dari belakang!
Masalah perbalahan antara parti pembangkang ini tidak akan selesai selagimana PAS tidak insaf dan terus ingin menegakkan benang basahnya. PAS sentiasa menyalahkan pihak lain sedangkan dirinya sendiri yang jauh lebih bersalah dan bermasalah. Mutakhir ini ingin menyalahkan Amanah pula! Dengan sikap angkuh sebegini, bagaimana kesatuan pembangkang boleh tercapai?
CADANGAN ‘GENCATAN SENJATA’
Saya ingin nyatakan kepada TITM, lihat sahajalah kepada respon pimpinan PAS terhadap seruan TITM untuk diadakan ‘gencatan senjata’. Saya yakin TITM sendiri kecewa dengan respon yang diterimanya, tetapi itulah hakikat pemikiran PAS dewasa ini. Kecuali pimpinan Selangor, hampir semua yang lain telah menolak cadangan TITM. Mungkin ini yang menyebabkan TITM marah dan dalam kekecewaannya menghalakan kemarahannya kepada saya.
Sedangkan saya sendiri menyokong cadangan TITM. Namun tiada masalah, saya faham dan saya maafkan. TITM perlu faham, walaupun saya diam seperti yang dicadangkan beliau sekalipun, masalah perbalahan PAS dengan pembangkang lain tetap tidak akan selesai. Ini adalah kerana punca masalah itu bukan datangnya dari suara saya tetapi dari sikap Hj. Hadi dan pimpinan PAS yang lain.
PERMINTAAN PAS SELANGOR
Jika difikirkan permintaan PAS Selangor, sepatutnya Hj. Hadi akur kepada kehendak PAS Selangor. Hj Hadi sering sebut “orang Mekah lebih tahu liku-liku jalan di Kota Mekah”. Maka sepatutnya diterimanya bahawa orang Selangor lebih tahu waqi’ di Selangor. Akan tetapi permintaan PAS Selangor akan tetap ditolak. Bukan kerana Hj. Hadi anggap dirinya lebih tahu waqi’ di Selangor, tetapi kerana hala-tujunya sudah berbeza. Jatuhnya Selangor kepada UMNO/BN sekalipun mungkin tiada masalah bagi beliau. Malahan mungkin dianggapnya lebih baik dari Selangor terus kekal bawah PH dan PAS! Maka gencatan senjata akan tetap dan terus ditolak.
Amanah setuju dan sokong supaya diadakan gencatan senjata antara parti pembangkang. Amanah setuju kita perlu bersatu dalam berhadapan dengan UMNO/BN. Itulah sebabnya Amanah ditubuhkan supaya kesatuan itu tercapai. Kerana PAS tidak setuju.
BERKERJA DI BAWAH SESEORANG
Dalam soal berkerja di bawah seseorang, ianya tiada masalah bagi saya. Tuduhan TITM bahawa saya dan rakan-rakan tidak boleh berkerja di bawah orang lain adalah tidak berasas. Sudah pasti dalam Amanah sekalipun bukan semua menjadi pimpinan terkanan. Oleh itu semestinya akan ada di kalangan kami yang berkerja di bawah yang lain.
Isunya bukan berkerja bawah orang lain, tetapi orang yang kita berkerja di bawahnya perlu membawa kita ke arah yang terbaik. Sebelum penubuhan Amanah kami telah berikan tempoh seratus (100) hari untuk melihat hala tuju pimpinan baru. Kami melihat ianya jauh terpesong dari hala-tuju yang dibawa Almarhum TGNA di mana beliau sentiasa menegaskan “kukuhkan PR” dan ‘jatuhkan UMNO’. Terbukti bacaan kami tepat. PAS telah pecah-belahkan PR dan sedang bermesra dengan pimpinan UMNO.
Apabila PAS tidak lagi menganggap perlu semua pembangkang berkerjasama untuk menghadapi UMNO/BN, ia bermakna menjatuhkan UMNO/BN bkan agenda utama. Dalam erti-kata lain kalau UMNO/BN tidak dijatuhkan sekalipun ianya bukan satu masalah. Seperti yang pernah dikatakan Hj. Hadi, “Najib tidak seburuk Firaun”.
Oleh itu terpaksalah kami tubuhkan Amanah supaya hala-tuju yang diusahakan sejak dahulu terus diusahakan. Kami istiqamah dengan usaha tersebut walaupun tidak istiqamah dengan jemaah PAS. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, yang penting risalahnya bukan jemaahnya.
AGIHAN KERUSI
TITM ingin memberikan gambaran bahawa masalah utama pembangkang adalah soal agihan kerusi. Sebenarnya ada masalah yang lebih utama, iaitu kejujuran dan keikhlasan dalam berpakat. Kalau tidak jujur atau ikhlas, maka agihan kerusi akan menjadi masalah. Apa guna diagihkan tetapi selepas itu watiqah tetap dikeluarkan apabila diminta menantu? Atau dipaksanya diserahkan kerusi dengan dituduh secara terbuka calon parti rakan menjual pil kuda? Dan yang lebih teruk, setelah dimenangi kerusi berkenaan secara berpakat, melalui sokongan dari semua parti rakan, mendakwa ianya milik PAS secara mutlak?
Kemuncak segala pengkhianatan ialah apabila dimenangi jumlah kerusi tertentu, dengan sokongan parti-parti rakan, digunakan kerusi-kerusi tersebut untuk berunding dengan UMNO/BN! Bukankah TITM sendiri pernah berkata, sekiranya PAS menang 20 dan pembangkang dan BN menangi jumlah yang sama, PAS boleh pilih hendak dengan siapa?
Dan inilah masalahnya. Tiada kejujuran dan keikhlasan maka rundingan kerusi sudah pasti tidak akan selesai. Jika berjaya diselesai sekalipun, dikhianati. Amanah adalah alterntif kepada pengkhianatan, komited kepada kejujuran, ikhlas dalam persahabatan dan tidak menikam rakannya dari belakang. Itu sebabnya Amanah ditubuhkan. Untuk menzahirkan politik Islam yang adil, ikhlas dan jujur.
NASIHAT PADA PIMPINAN PAS
Saya ingin berikan nasihat kepada TITM dan pimpinan PAS, walaupun saya yakin nasihat ini tidak akan diindahkan. Mereka merasakan mereka sahaja yang betul dan mereka sahaja kononnya yang dipandu Al-quran dan Sunnah. Ini punca keangkuhan mereka. Namun saya tetap bertanggung-jawab menasihati mereka. Terima atau tidak terpulang.
Nasihat saya adalah supaya jangan kita jadi seperti tentera Turki yang terlibat dalam usaha rampasan kuasa tempoh hari. Mereka ingat rakyat bersama mereka, bahawa mereka adalah sebagai pembela nasib rakyat dan apabila mereka melakukan rampasan kuasa, rakyat Turki akan sambut mereka sebagai penyelamat dan perwira negara. Namun amat sangat meleset andaian dan tanggapan mereka!
Kenapa andaian mereka begitu jauh tersimpang dari hakikat sebenar? Kerana mereka diindoktrinasi dengan fahaman dan maklumat yang songsang. Mereka hanya sesama mereka dan termakan dengan propoganda sendiri. Mereka menganggap rakyat bencikan Erdogan seperti mereka bencikannya. Sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
Sememangnya amat benar Islam itu adil dan merupkan agama yang benar. Dan amat benar bahawa Islam apabila terlaksana sepertimana sepatutnya akan menghasilkan keadilan dan manusia akan datang berduyun-duyun untuk bersama Islam. Tetapi adakah benar bahawa pendekatan PAS dalam membawa risalah Islam itu menzahirkan keadilannya? Adakah benar bila rakyat melihat PAS maka dianggap PAS pembelanya? Atau sekadar yang bercakap mengenai Islam tetapi yang dilakukan tidak seperti yang dikatakannya? Lihat bagaimana sokongan bukan Islam telah hampir kesemuanya lari dari PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sedarlah akan keadaan yang telah berubah dan tidak seperti dahulu. Jangan kita seolah berada dalam perigi buta.
Ya benar, Amanah sebaliknya tidak mendapat undi Melayu, kecuali dalam lingkungan 10% - 13%. Sebagai sebuah parti baharu, itu tidaklah menghairankan. Amanah baharu ditubuhkan dan masih belum lagi dikenali. Tambah pula Amanah diserang bertubi-tubi oleh UMNO dan PAS, kedua-dua parti Melayu yang paling berpengaruh dalam arena politik Melayu selama ini. Namun alhamdulillah Amanah tetap mendapat 10% dalam tempoh hayat hanya 8 bulan. Potensi untuk Amanah adalah hanya ke arah semakin betambah banyak, tetapi adakah potensi ini turut dikongsi oleh PAS dalam keadaan semasa?
KESIMPULAN
Saya menyeru TITM untuk teruskan usaha mengubah pemikiran PAS supaya PAS mengakui kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukannya. Biar jujur dalam berkerjasama dan kembali kepada sikap UMNO/BN sebagai musuh utama. Saya sokong usaha TITM ke arah itu.
Tetapi sekiranya jelas bahawa PAS tidak akan kembali kepada pendekatan asalnya, iaitu bersama parti pembangkang dalam menentang UMNO/BN, maka TITM perlu mengakui bahawa usaha tersebut akan tidak ke mana. Pada ketika itu TITM perlu membuat keputusan ia itu untuk terus bersama PAS yang telah hilang hala-tujunya atau bersama PH dalam usaha menjatuhkan UMNO/BN.
Kami di Amanah telah membuat keputusan yang kami yakin dengan kebenarannya. PAS bukan lagi sebuah parti pembangkang dan menjatuhkan UMNO/BN bukan lagi salah satu matlamat utamanya. Itu adalah hakikat dan bukan lagi persepsi.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR
Sertailah Dananiaga sekarang, terbaru
Di Malaysia, kepesatan EKONOMI negara yang semakin berkembang, memberi
impak yang sangat POSITIF kepada Usahawan kecil dan besar. Banyak
peluang perniagaan boleh diceburi, dan masyarakat juga tidak terlalu
berkira untuk berbelanja. Memiliki perniagaan sendiri dilihat sebagai
salah satu cara yang paling mudah untuk menaikkan TARAF HIDUP seseorang
itu. Bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan namun berminat
membuka perniagaan sendiri sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan
hidup yang semakin meningkat.
DanaNiaga2u.com adalah sebuah platform direka khas untuk Rakan Komuniti membantu memberi ilmu dan panduan kepada mereka yang BARU dan ingin memulakan perniagaan secara BERKUMPULAN. Konsep promosi mudah dan senang. Ada handphone dan capaian internet, anda layak menyertai Komuniti DanaNiaga2u.com.
Daftar sekarang hanya RM10.00 sahaja Klik sini

Memandai je Kholid nak suruh TGHA tunduk kpd PAS Selangor semudah G18 tunduk kpd DAP..
BalasPadamKholid tak perlu risau kerana jika PAN dibubarkan, PAN boleh berubah menjadi Dewan Himpunan Penyokong DAP @ DHPD iaitu mirip Dewan Himpunan Penyokong PAS @ DHPP!!
Elok pas je bubar wat bazir je masuk prk utk kalah,bukan nk kejar putrajaya,hanya nk jadi penasihat,uturn jgn ckp sekelip mata blh uturn..baik bubar masuk umno terus jd pencacai umno kan senang xyah nk berselindung nama penasihat.kahkahkahkah
PadamPas akan berpecah lebih teruk lps ni angkara Hadi ulamak pembohong.
PadamPAS FOR DEDAK.
tak habis2 pening mamat ni... kesian betul aku tgk
PadamPAS "berpecah" dpt 50% undi pembangkang
PadamPAN tak berpecah dpt 16.66666667% pembangkang
Laaa.pas dah berpuluh tahun nk banding dgn pan yg baru setahun tu ke...laaaa igtkan pan parti nyamuk jaaa tp kuat juga ya setanding dgn pas yg berpuluh tahun tu..hebat pan baru je setahun dan setanding dgn pas..pas yg berpuluh2 tahun pun menang kerusi prk lepas.kat slngor plak pas kalah undi dgn pan..mana nk letak muka pas ooooi kata aritu pan parti nyamuk tp kalah dgn parti nyamuk ni apa cter pas.kahkahkahakhakh
PadamWalaun ni kalau dah xder modal...maka dia akan mula ratibnya iaitu dap, dap dan dap...dulu ceramah pasal jauhi assobiyyah bukan main, skrg kena atas btg idung sendiri lg kuat assobiyyah mengalahkan umngokkk...kihkihkihh
PadamWanrosli sekolah mana???
BalasPadamFahami betul2 ulasan khalid tu...itu adalah fakta bukan auta mcm ular dlm semak...kalau tak paham jugak, mmg betullah geng pascai jd walaun mabuk buta kayu...
BalasPadamFakta amendenya kalau dulu kononnya benci lah sgt dgn perasuah .. Haaa tgk skrg siap boleh bersolidariti bersama para perasuah.. Agak2 ni auta ke fakta?
PadamWanrosli sekolah mana??
PadamWanrosli takut nk sebut sekolah mana.kahkahkahkah
Padam16.666666667% adalah FAKTA beb..
BalasPadamWow pandainya wanrosli.. Nak tanya wanrosli ni sekolah mana???
PadamKhalid sepatutnya menumpukan perhatian pada masalah dalaman PAN yang berpuak-puak tak perlu lah parti nyamuk nak nasihatkan parti mega yang hebat memperjuangkan prinsip Islam.
BalasPadamSesiapa yang ada hati nak jadi calun pemimpin PH kriterianya mestilah :
1- Pandai bercakap, kurang bekerja dan hebat mencipta fitnah macam Khalid Samad.
2- Perasuah, tak kira kecil atau besar rasuahnya, kepala atau bapak penyamun diutamakan.
3- Pandai membaca doa pembuka atau penutup setiap event yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Awang dan dilarang sama sekali menyebut hudud atau lain-lain perkara berkaitan Islam.
4- Sanggup bersolidariti bersama pimpinan atasan dan bawahan sekiranya ada pemimpin PH ditangkap kerana rasuah.
6- Mesti ada sikap berpuak-puak.
5- Jangan membantah dan mesti sokong LGBT.
6- Jangan membantah dan mesti sokong pesta arak dan judi.
7- Sentiasa bersedia untuk dikhadamkam umpama kuda yang dah siap untuk berperang.
Itu saja kriterianya kalau nak jadi pemimpin PH.....kahkahkahkahkahkahkah.
Laaa.pas kuat fitnah kuat rompak balak xdisebut pulak...
PadamPeliknya sikap seorang bekas pemimpin parti yg ditolak
PadamDijaja kesana kesini kononnya telah dianiaya!
Kata beliau di Kelantan ada sekian banyaknya rasuah balak
Tapi rupanya perasuah Perwaja juga yang disokongnya!
Fitnah matsabu tolak hudud pun xda bukti.lagi mau tambah fitnah ke wanrosli...simpan sikit bodoh tu utk cucu cicit.kahkajkajkaj
PadamPAN hanya gilakan dedak je, mengemis jawatan exco dengan Azmin....dedak oh dedak.
BalasPadam" Solidariti for Perasuah"
Sebelum wanrosli tuduh benda lain, buktikan dulu fitnah matsabu tolak hudud...mana video nya???!
PadamDah lama aku cabar wanrosli tunjukkan video matsabu tolak hudud..smpi skrg masih xda...sgt memalukan pas..aku masih mencabar lagi wanrosli... Tunjukkanla video matsabu tolak hudud....lepastu baru boleh wanrosli fitnah benda lain....(mesti wanrosli kasi alasan bodoh)..kahkahkahkah
BalasPadamPinjam pantun nobody
BalasPadam"Budak-budak kuat bergaduh,
Bila bergaduh menjerit marah,
Ir Anonymous seorang yang bodoh,
Tuduh-menuduh, rupanya fitnah"
Anak itik suka berenang
PadamAnak monyet suka makan buah
Kalau kita nak dilihat cerdik di mata penyokong bangang
Jom lah kita bersolidariti bersama para perasuah
PAS FOR DEDAK
PadamDapatkn tiket ke syorga Pas bila Hadi dan walaun2 bangang dia bekerjasama dgn Najib ketua penyamun duit rakyat a.k.a bapak perasuah negara atas nama agama.
PadamDEDAK FOR ALL.
Senyap terus wanrosli bila Tanya video hudud...islam hapa perangai fitnah mcmtu. Kahkahkahkah
BalasPadamBeli banglo murah di PP,
PadamBersoladiriti bersama perasuah di PD,
Kalau PAS ada DHPP,
DAP pula ada DHPD (baca PAN).
Beli range rover murah di kelantan
PadamBersolidariti bersama perasuah 1mdb
PAS FOR DEDAK.
Kahkahkah.kan dah kata.kalau minta video matsabu tolak hudud wanrosli kasi alasan buduh.kahkahkah
PadamWanrosli sekolah mana???takut nk jwb rupanya.kakakakakaka
BalasPadamGotong royong saling bantu membantu,
PadamSambil memakan kerepek balang,
Kerepek dimasak bersama bunga cengkih,
Mana mamat sekolah pondok Kelantan tu?
Tanya nama sekolah terus hilang!.
Kih kih kih... Kih kih kih... Kih kih kih.
Laaaa.org tanya lain dia jwb lain..ermmmm.nape bebal sgt wanrosli ni ye.sekolah mana bebal mcmni..erm...wanrosli sekolah mana ye???
PadamKalid samat nasihat diri dia sendiri.
BalasPadamKalid xblh lawak hadi si penasihat
PadamWalaon pas kalo besrsuaara mesti bodoh.kahkahkah
Padam