Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 18, 2016

PANAS!! : KENYATAAN DATO HUSAM MUSA ISU TURKI DAN PARTI ISLAM.

Husam terkejut ada yang mengaku pengikut Qardawi sanggah pendapat ulamak itu berkaitan kejadian di TurkiHusam terkejut ada yang mengaku pengikut Qardawi sanggah pendapat ulamak itu berkaitan kejadian di Turki


Rakyat Turki telah mencipta sebuah keajaiban moden yang hampir tidak dapat dipercayai, mematahkan sebuah rampasan kuasa tentera di subuh hari dengan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri, kata Adun Salor, Datuk Husam Musa.

"Begitu tangkas, cekal dan serentak, sehingga menjadikan rampasan kuasa ini begitu dramatik - seakan sebuah drama.

"Mungkin kerana itu, ramai pimpinan dan penyokong sebuah parti Islam di negara kita memberikan komen senada - 'lakonan Erdogan!', katanya melalui kenyataan hari ini

Komen seperti ini katanya, akibat mereka tidak dapat mengawal 'dendam dan penolakan politik' bagi gerakan Islam selain bentuk dan wadah mereka - sampai ke Turki!

"Erdogan telah digelar berjuang atas jalur sekular. Pemimpin liberal yang telah meninggalkan 'jama'ah Islam'. Tidak ada sedikit pun jasanya kepada Islam dan negara Turki.

"Erdogan bukan lagi dalam senarai anggota 'jama'ah Islam', apa lagi pemimpin gerakan Islam - bila beliau tidak lagi bersama 'jama'ah Islam' asal iaitu Sa'adat Party," katanya.

Beliau mengimbas kembali bagaimana kudeta ini dipatahkan - laungan azan di seluruh masjid secara berterusan, solat subuh memenuhi jalanraya dan dataran, rakyat tanpa senjata meredah tembakan mesingan dan laungan takbir membelah malam.

"Perhatikan reaksi negara Barat pada detik-detik awal rampasan kuasa ini bermula. Mengapa Barat menunggu sehingga rampasan kuasa telah ditundukkan untuk membuat kenyataan menyokong kerajaan demokratik pilihan rakyat?

Mengapa mereka membisu sebelum itu?" soalnya.

dana-100-all

Beliau mengajak kita memerhati pergolakan dalaman dan geo politik tempatan dan antarabangsa yang melatari rampasan kuasa ini. Termasuk elemen Gulen yang tidak difahami atau cuba dilupakan oleh setengah pihak yang tidak biasa dengan politik Turki.

Paling menarik katanya adalah keajaiban teknologi moden - apa lagi di tangan seorang pemimpin yang berhati waja, cekap dan bijak.

"I Phone telah mendapat lonjakan baru.

"Face Time Erdogan menyeru kebangkitan rakyat Turki adalah klimaks drama ini!," kata beliau.
Beliau seterusnya mengajak untuk imbas kembali detik-detik peristiwa ini.

"Tentera merampas stesen tv dan radio (TRT) sehingga jalur komunikasi massa tidak lagi di tangan kerajaan. TV Turki mengumumkan, Majlis Keamanan telah ditubuhkan tentera selepas rampasan kuasa didakwa telah berjaya.

"Tentera mengawal dua airport dan menutup yang ketiga. Menutup jambatan yang menghubungkan Istanbul. Mengebom bangunan Parlimen di Ankara sebanyak sembilan kali.

"Bertempur dengan anggota polis di ibu pejabat risikan Turki atau MIT.

"Meletakkan kereta kebal, tentera ber-mesingan, helikopter dan jet pejuang mengawal tempat-tempat strategik di seluruh negara.

"Mengumumkan tentera telah berjaya mengambil alih Turki," katanya.

Semua ini menurut beliau disambut oleh media Barat dengan propaganda yang selari.

"Naratif mereka adalah kudeta ini berjaya. Erdogan cuba melarikan diri ke German tetapi gagal.
"Laman web Geopolitical Future dalam analisa awalnya telah menyiarkan berita kudeta itu telah berjaya.

"Enam jam kemudian, baru mereka memaklumkan, laporan awal mereka agak tersasar," katanya.
Komen selari katanya, dibuat oleh belasan stesen berita Barat termasuk BBC Arabic adalah kerajaan Erdogan telah berjaya ditumbangkan.

"Pengarang Guardian menyambut baik ketewasan Erdogan - pada detik-detik pertama kejadian," katanya.

Menuerutnya, hanya tiga negara, di awal kejadian, membuat kenyataan menyokong kerajaan demokratik dan menolak rampasan kuasa - Morocco, Sudan dan Qatar.

"Nama Malaysia termasuk antara yang diam membisu bersama negara Barat yang lain!
"Kerajaan Saudi membuat kenyataan rasmi setelah lebih separuh hari kejadian!
"Kedutaan Perancis ditutup dua hari sebelum kejadian - seakan mereka telah mendapat berita risikan kejadian ini,"katanya.

Kenyataan pertama Setiausaha Negara Amerika Sayarikat, John Kerry, katanya tidak menyebut apa-apa mengenai sokongan kepada kerajaan demokratik Turki melainkan berharap wujudnya keamanan, kestabilan dan penerusan.

SEPERTI LAKONAN

Menurut Husam, selain kebangkitan pantas rakyat Turki - membuktikan ini bukan sebuah lakonan - juga solidariti parti bukan kerajaan di Turki bersama Erdogan.

"Ini membuktikan benar-benar bahawa rakyat dan pemimpin politik Turki sangat perit untuk kembali semula 'ke neraka rampasan tentera' - kalimat yang digunakan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi," katanya.

Dalam keadaan ini, beliau hairan bagaimana pejuang Islam yang sering bersandarkan kepada Qardhawi, tidak menerima pakai pendirian Qardhawi dalam isu ini?

"Pendirian parti rival seperti CHP menyatakan solidariti menolak kudeta dan bersama kerajaan - tidak boleh dilakonkan. Mereka adalah musuh AKP, tetapi demi negara, mereka menegaskan pendirian mereka," katanya.

Rakyat juga katanya, mengharungi tembakan mesingan untuk menyekat kemaraan kereta kebal tentera yang mustahil untuk dilakonkan.

Erdogan sekularkan Turki?

Beliau seterusnya menempelak mereka yang menuduh Erdogan telah mensekularkan Turki.

"Tidak ada rakyat Turki - yang terkenal telah ditukar watak dan ruh mereka oleh tokoh sekular Kamal Attartuk - akan memenuhi masjid-masjid di subuh hari sampai melimpah.

"Senjata rakyat adalah azan, ia dikumandangkan di seluruh Turki.

"Ia telah membangkitkan seluruh rakyat Turki dari tidur mereka untuk mengawal negara mereka. Ini yang menyebabkan air mata saya menitis - apa juga yang dikatakan ke atas rakan-rakan perjuangan kita di Turki - niat mereka, ijtihad politik mereka dan usaha gigih mereka - rakyat Turki telah kembali kepada fitrah mereka - Islam.

"Kejayaan mereka merapatkan semula jiwa rakyat Turki dengan azan, takbir, masjid, solat dan pengorbanan jiwa demi negara mereka - perlu kita akui mulai hari ini. Turki telah mula mendapatkan ruh Islaminya yang telah hilang," kata beliau.

ERDOGAN PEMBERANI

Di sudut yang lain katanya, keberanian dan kecekapan Erdogan boleh kita pelajari.
"Rakyat Turki tidak akan menjadi pemberani tanpa pemimpin pemberani seperti Erdogan.
"Selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa di TV, hanya berbekalkan I Phone - menggunakan Face Time, beliau menyampaikan pesannya kepada rakyat Turki yang segera disebarkan.
"Teknik yang mudah mengatasi sekatan siaran TV dan radio. Menewaskan kereta kebal dan kekuatan tentera!

"Rakyat dan pemimpin tidak akan dapat bersatu hati, kecuali di sana ada sentuhan dan ikatan yang telah lama terbina di atas asas kasih sayang antara mereka," katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan mereka yang mengambil sikap sinis kepada Erdogan.
"Siapalah kita untuk menghukum Erdogan?

"Ketika jet pejuang tentera berlegar mengawal ruang udara Istanbul, Erdogan sekali lagi membuktikan keberaniannya dengan menaiki pesawat menuju Istanbul dan mendarat di sana. Lalu muncul bersama rakyat jelata di Istanbul.

"Jika pemimpin itu merasakan dirinya banyak berdosa, beranikah mereka mempertaruhkan nyawanya di tangan jet pejuang tentera di ruang angkasa luas?" soalnya.


Husam melahirkan kesyukuran tidak terhingga dapat menyaksikan 'drama' ini, di abad moden yang sedang memetakan semula perjalanan politik dunia.

mdl

IKLAN PENAJA
Formula Mudah untuk Menjadi Jutawan Online.
ANDA ADA RM55.00...

ANGGAP JE LA RM55.00 NI PERGI BAWA ANAK-ANAK MAKAN KFC...KALAU SATU KELUARGA.. BAHKAN LEBIH DARI RM55.OO...

MARI KITA KIRA..

JIKA ANDA BELI 1LOT PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN

HANYA RM55.00 SEKALI SEUMUR HIDUP...

ANDA AKAN DIBAYAR BONUS RM400.00 PENDAPATAN PASIF.

DENGAN RM400 ITU ANDA ULANGI LAGI BELI LOT DENGAN KAMI...
DENGAN RM400 INI ANDA DAPAT BELI LAGI 7 LOT.
DAN DENGAN 7 LOT INI ANDA AKAN DI BAYAR BONUS PASIF SEBANYAK RM2800.00...

DENGAN RM2800 ANDA BELI LAGI 50 LOT...
DENGAN 50 LOT ANDA DAPAT RM20,000.00

DENGAN RM20,000 ANDA BOLEH BELI LAGI 363 LOT...
DENGAN 363 LOT ANDA DAPAT BONUS RM145,200.00

DENGAN RM145,200 ANDA BOLEH BELI LAGI 2640 LOT..
DENGAN 2640 LOT ANDA DAPAT BONUS

RM1,056,000.00 

TENGOK!!!!

KINI ANDA SUDAH BERGELAR JUTAWAN...BIZ-55...ONLINE....

MAKLUMAT DAN DAFTAR VIP DENGAN KAMI

: http://biz55.lot.my

28 ulasan:

  1. Kat Malaysia ni agak-agaknya siapa pemimpin yang sanggup mempertaruhkan nyawa seperti Erdogan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadi kot sbb hadi ada keris pjg sedepa.kahkahkahkahkah

      Padam
    2. Hadi pengecut.debat pun kecut telor..dgn najib lagi la hadi kecut telor..najib berdehem je hadi dah mengigil kekecutan telor..kikikiki

      Padam
    3. Kahkahkah...pemimpin korang jgn harap la nak menggadai nyawa kerana rakyat,

      Padam
    4. Mereka hanya pandai memperbodohkan rakyat dengan dedak je..sama je dgn umno\bn dan madey..

      Padam
    5. Skrg pas pun mabuk dedak jgk...

      Padam
    6. PAS tak lah sampai jadi perasuah kerana dedak.....kan?

      Padam
    7. Xperasuah dedak hapa nye dah jadi penasihat umno tu hapa nye...sekor lg jg kluster umno..apa plak xdedak nye.dah tersedak dedak pun smpi berani/xnampak isu mdb pun..

      Padam
    8. Korang saja je tak nak terima kebenaran, salah ke bagi nasihat, betul kan? Korang sebenarnya dengki dengan PAS yang bersih dari perasuah, PH dan umno/bn sama je kan?

      Padam
    9. Pas bersih hapa nye smpi licin balak kelantan kena kebas...sampai fitnah2 pil kuda,fitnah larangan azan penang...islam ajar pas buat fitnah ke!?

      Padam
    10. Sila senaraikan individu yang terlibat macam kat Penang dah jelas siapa individu tersebut, tak perlu aku sebut kat sini korang pun tahu siapa?

      Padam
    11. Sebutkanla siapa?xkan xnk sebut kot.xkan pengecut kot walaong

      Padam
    12. Alahai samdul aku tak sebut pun korang dah terbayang dah wajah si perasuah tu....kahkahkah....seluruh Malaysia dah tahu la....Singapore pun tahu...kahkahkah

      Padam
    13. Laaaa.takut nk sebut rupanya..came on la walaon..berani kerana benar..takut kerana salah..skrg walaon plak takut..jelas sgt salah...kahkahkah

      Padam
    14. Tak perlu la sebut nanti bukak aib pemimpin kesayangan korang...

      Padam
    15. Laaa walaon pengecut rupanya.kahkahkahkah

      Padam
  2. Setelah dipecat dari PAS jom lah husam kita bersolidariti bersama para perasuah plk baru padan muka PAS.. siapa suruh pecat husam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala wanrosli kecoh plak..video matsabu pun xda lagi..mau bising2 hal lain plak.kahkahkah

      Padam
    2. Alasan bodo lg wanrosli

      Padam
  3. Husang, elok kau balik ke Kelantan, Teluk Bahang dah banjir, ni semua kerana Kelantan meyondol balak sampai bukit pun jadi botak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu,pas mmg perompak balak kelantan

      Padam
  4. Betul tu Husam cepat2 balik Kelantan amik balik tanah yg dah bg kat kor ming

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xyah fitnah lain.mana video hudud??

      Padam
    2. Teluk Bahang kat Kelantan yer?

      Padam
    3. Spt biasa bila tanya mana video matsabu tolak hudud,wanrosli parawalaun akan senyap atau kasi alasan bodoh.kahkahkah

      Padam
  5. Ulamak2 politik malaysia adalah ulamak celaka ahli neraka. Ramai rakyat dah tak hormati mereka yg jaja agama siang malam utk kepentingan diri dan puak puaknya..demi Allah ikhlas aku benci puak2 celaka ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Igt ko sorg jeke benci.aku smpi tgk org pakai ketayap serban putih tu aku dah menyampah walaupun xsemua jahat tp ni semua salah pas.phuiiii

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...