Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, April 24, 2016

PANAS!! : YB KHALID SAMAD DEDAHKAN CARA JATUHKAN KERAJAAN UMNO/BN.

Deklarasi Rakyat dan Kerjasama Bersama Tun Mahathir
MUQADDIMAH

Terdapat pihak yang mempertikaikan penglibatan AMANAH dan Pakatan Harapan bersama Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat. Mereka sentiasa mengingatkan kami bahawa kesemua masalah Negara, khususnya dari sudut sistem pemerintahan dan kuasa semak imbang telah dirosakkan Dr. Mahathir. Oleh itu, menurut mereka ini, berkerjasama dengan Tun Mahathir adalah satu pengkhianatan dan tidak wajar dilakukan.

Turut ditekankan adalah bahawa beliau hanya ingin menjatuhkan Najib dan bukan kerajaan UMNO/BN. Oleh itu menurut mereka lagi, kebersamaan dengan Mahathir akan hanya menyelamatkan UMNO/BN dan bukan menjatuhkannya. Ini adalah kerana sekiranya Najib dijatuhkan dan diganti dengan pimpinan UMNO yang lain, maka UMNO/BN akan mendapat nafas baru di bawah pimpinan baru.

Saya akan cuba menjawab kegelisahan pengkritik dengan menjelaskan niat dan matlamat di sebalik keterlibatan bersama Tun Mahathir dalam usaha menjatuhkan Najib. Matlamat kami sebenarnya bukan sekadar menjatuhkan Najib tetapi UMNO/BN. Kami yakin matlamat ini pada dasarnya lebih mudah dicapai dengan keterlibatan semua pihak di dalam Deklarasi Rakyat dan bukan sebaliknya.


MASALAH UNDI MELAYU

Majoriti masyarakat Melayu masih belum bersama Pakatan Harapan. Ini satu hakikat yang perlu diakui semua pihak. Berdasarkan PRU yang lepas, perat Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat adalah hanya sekitar 40% secara pukul rata.

Pada ketika itu PAS bersama Pakatan Rakyat menentang UMNO/BN. Apabila sekarang PAS mengambil sikap tidak bermusuhan dengan UMNO/BN dan memberikan gambaran seolah-olah apa yang perlu adalah sekadar memberi nasihat kepada UMNO/BN maka undi Melayu menjadi semakin rumit. Apabila PAS memberikan gambaran “UMNO/BN tidak sezalim” dan “tidak perlu dijatuhkan, sekadar dinasihat”, ada kemungkinan semakin ramai Melayu akan terus menyokong UMNO/BN.

Walaupun mungkin ada yang menafikan bahawa itu adalah mesej terbaru PAS kepada masyarakat, namun itulah yang difahami umum.

Oleh itu perlu diakui hakikat bahawa sehingga ke hari ini, masih ramai dari golongan Melayu yang mempertikaikan samada pertukaran kerajaan adalah sesuatu yang perlu.

Dalam suasana begini, di mana undi dan sokongan Melayu masih ramai bersama UMNO/BN atas berbagai alasan, maka satu usaha untuk merobah keadaan dengan tindakan-tindakan yang akan membuka minda Melayu wajar dilakukan. Supaya Melayu melihat dan memahami bahawa Kerajaan telah selama ini menipu dan menzalimi mereka. Ke arah ini, suara Mat Sabu, Rafizi, DS Wan Azizah mahu pun DS Anwar Ibrahm telah tidak berjaya menyakinkan kebanyakan masyarakat Melayu. Apatah lagi suara LKS dan LGE!

Masyarakat Melayu menganggap mereka semua ini suara pembangkang yang hanya merupakan golongan pengacau dan berkepentingan.

Oleh itu suara lain yang masih berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu, khususnya Melayu yang tidak yakin dengan ‘pembangkang’, adalah amat diperlukan untuk menyatakan apa yang cuba dinyatakan selama ini. Semoga dengan itu golongan yang tidak percaya ini akan mula terbuka minda dan menyatakan bahawa pihak pembangkang selama ini telah menyatakan yang benar! Dan di sini antaranya terletak alasan untuk bersama Tun Mahathir.

MATLAMAT TUN DAN PIMPINAN UMNO YANG BERSAMA

Ya benar, Tun dan pimpinan UMNO lain yang bersama tidak mempunyai matlamat jangka masa panjang yang sama. Matlamat mereka adalah untuk jatuhkan Najib demi menyelamatkan UMNO. Itu tiada yang boleh menafikan. Kalau ada yang menafikan, ianya sekadar membohongi diri. Begitu juga pandangan mereka terhadap reformasi sistem dan pembebasan DSAI juga tetap berbeza. Ini juga tiada yang boleh dinafikan.

Namun demikian, adakah wajar, oleh kerana matlamat jangka masa panjang berbeza, maka tidak boleh berkerjasama dalam mencapai matlamat jangka masa pendik yang sama? Ianya hanya wajar sekiranya matlamat jangka masa panjang akan terjejas dengan tindakan sebegitu. Tetapi adakah ianya akan terjejas?

Adakah dengan didedahkan kebobrokan kerajaan UMNO/BN bawah Najib dan ketidak-mampuan UMNO sebagai sebuah parti menghalang Najib dari terus bertindak melampau akan menambahkan sokongan masyarakat terhadap UMNO? Kalau jawapannya adalah “Ya masyarakat akan bertambah yakin dengan UMNO” maka benarlah bantahan yang dibuat terhadap penglibatan kumpulan ini bersama Deklarasi Rakyat.

Jikalau jawapannya adalah “mungkin ya, mungkin tidak” maka bererti ada kemungkinan sebaliknya. Maka adalah wajar untuk bersama dan usahakan sehingga tercapai apa yang diinginkan kerana kemungkinan itu ada.

Tetapi kalau jawapannya adalah “tidak”, iaitu apabila didedahkan itu semua maka masyarakat TIDAK akan bertambah yakin dengan UMNO, malahan semakin meluat, maka adalah jelas bahawa wajib untuk turut serta menyertai Deklarasi Rakyat!

Bagi kami, berdasarkan pernilaian yang dibuat, adalah diyakini bahawa segala penjelasan dan pendedahan ini tidak akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Ianya memperlihatkan kelemahan dan kerosakan yang wujud dalam UMNO dan dengan itu adalah sesuatu yang pasti menguntungkan. Adalah agak sukar untuk diterima hipotesis yang menyatakan bahawa pendedahan kelemahan UMNO yang didedahkan akan membantu UMNO.

Yang menganggap bahawa UMNO/BN masih mampu mendapat keuntungan walaupun diadakan pendedahan dan penjelasan ini, mereka sependapat dengan Dr. Mahathir. Beliau yakin bahawa setelah dipecahkan segala tembelang Najib dan dengan itu UMNO/BN, bahawa beliau masih mampu menyelamatkan dan mendatangkan kemenangan kepada UMNO. Kami pula sebaliknya.

RISIKO TINGGI ADALAH BAGI TUN

Sebenarnya jika dikaji dengan teliti, risiko yang lebih tinggi adalah di pihak Tun Mahathir. Apabila beliau memberi penjelasan sepertimana sekarang, UMNO berpecah, rakyat naik meluat dengan UMNO dan perangai pimpinan UMNO. Kalau Najib berjaya diturunkan sekalipun, rasa meluat dan marah itu telah dan masih memuncak. Kami yakin tempoh masa untuk hadapi PRU terlalu singkat untuk dipulihkan kembali imej UMNO/BN, walaupun itulah yang ingin diusahakan Dr. Mahathir selepas Najib diturunkan. Itu pun kalau dapat diturunkan.

Kalau Najib tidak berjaya diturunkan, maka UMNO/BN akan hadapi PRU dalam keadaan berpecah teruk. Ini lagi merumitkan UMNO/BN dan menguntungkan pihak kita.

Risiko berpecah di atas sebab penerangan Tun adalah minima dan hanya menjadi sesuatu kemungkinan apabila ianya ‘akibat yang dipilih’. Maksud saya ada yang sengaja ingin berpecah. Saya berkata begitu kerana tiada apa yang dikatakan Tun Mahathir yang dapat merugikan kita. Tetapi atas sebab tidak setuju bersama maka berpecah. Walaupun tiada yang memaksa untuk berpecah, kita memilih untuk berpecah.

Yang saya hairan ialah pihak yang berisiko tinggi berani tetapi yang berisiko rendah takut. Takut mengharungi jalan perjuangan yang semestinya ada risiko tetapi ingin kononnya mendukung perjuangan! Adakah mereka ingin mendapat jaminan bertulis akan ada keuntungan baru sanggup mengambil risiko? Kalau begitulah kehendak mereka, maka mereka tidak sanggup mengambil risiko walau sekecil mana sekalipun. Jika begitu, sila kembali berpelukan dengan bantal tidurmu dan kami kejutkan bila kerjanya sudah selesai.

Apa yang ingin dihasilkan ialah suatu gelombang kemarahan rakyat terhadap Najib dan partinya sehingga gelombang tersebut terus mengganas sehingga rombakan menyeluruh terhadap kepimpinan dan sistem pemerintahan tercapai. Gelombang setelah ianya terhasil, tidak semudah itu dikawal. Agak mustahil dengan hanya berkata “berhenti!” maka ia akan berhenti. Ia akan terus sehingga segala yang menyebabkan ianya terhasil akan dibersihkan, termasuk UMNO/BN.

KHIANAT AGENDA REFORMASI?

Ada yang menuduh mereka yang bersama dengan Tun Mahathir telah khianat terhadap agenda Reformasi. Adakah agenda Reformasi berhubung Mahathir secara peribadi atau terhadap apa yang dia lakukan dahulu semasa beliau memerintah? Kalau ianya terhadap peribadi maka sudah selesai agenda reformasi kerana Mahathir bukan lagi PM! Tetapi kalau ianya terhadap apa yang dilakukannya, maka sila ambil maklum bahawa bukan dia yang melakukannya sekarang tetapi Najib! Beliau sudah lama pencen sebagai PM.

Bagaimana boleh dikatakan khianat terhadap agenda Reformasi sedangkan agenda itu terus dibawa? Lainlah kalau sekarang ini kita mengatakan bahawa Tun Mahathir betul dalam tindakannya semasa beliau PM tetapi setahu saya tiada yang menyatakan begitu.

Dan golongan yang menolak usaha menjatuhkan Najib bersama Tun Mahathir, tidakkah mereka lihat bahawa tindakan mereka menguntungkan Najib? Sedangkan Tun Mahathir sekarang ingin menyatakan keburukan Najib kepada rakyat dan khususnya ahli UMNO/BN sendiri? Dan beliau mempunyai akses kepada ahli UMNO/BN yang tidak ada pada yang lian. Maka adakah perkara ini ingin dihalang?

KESIMPULAN

Benar, ada banyak yang kita marah dengan Tun Mahathir. Samada sudah hilang kemarahan terhadapnya atau sebaliknya tidak releven masa ini. Kita sedang berhadapan dengan masalah yang jauh lebih besar. Iaitu sebuah kerajaan yang komitted kepada jalan penyalah-gunaan kuasa sehingga memungkinkan keadaan Negara rosak dan ekonomi negara hancur. Maka perlu dihadapi ancaman ini bersama dengan penuh waspada akan segala kemungkinan. Namun membenarkan seorang pemerintah untuk terus bermaharajalela; tidak sama sekali!

Paling kurang akan dapat dibuktikan pada semua bahawa rakyat mampu bersatu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang zalim. Ini akan menjadi pengajaran kepada semua pemimpin yang bakal menerajui pemerintahan Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

34 ulasan:

  1. Tetapi hadi/pas mahu mengukuhkan lagi bn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestilah,itulah tugas penasihat bn..mesti membantu mengukuhkan kan umno sbg khodam umno..

      Padam
  2. PAS & Blok Ketiga Akan Hanya Perolehi 3% Undi
    Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

    Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.

    Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.

    Kajian bertajuk "Penerimaan rakyat terhadap kerajaan dan isu semasa (Suku Pertama 2016) itu dibuat antara 1 - 30 Mac 2016 dengan menemubual 1825 responden secara berdepan di seluruh Semenanjung Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sian pas dpt 3% aje undi.Kikikikiki

      Padam
  3. Begitulah sifat khodam.. ketika memerlukan DAP (utk jatuhkan PAS), segala usaha akan dikerah utk membetulkan segala kesilapan DAP bila berdepan dgn PAS.. kini ketika memerlukan UMNO (juga utk jatuhkan PAS), segala usaha akan dikerah utk membetulkan segala kesilapan UMNO bila berdepan dgn PAS..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan budak2 mcm ni umpama budak2 tadika br belajar menulis aje.kikikiki

      Padam
  4. Masyarakat Melayu tidak akan bersama PH selagi PH dibawah kawalan DAP. Rata-rata masyarakat Melayu UMNO mengatakan DAP tidak seperti MCA dan MIC yang mampu dikawal oleh UMNO. Masyarakat Melayu UMNO mengangap DAP sebagai satu ancaman kepada generasi yang mendatang, kepada agama dan tanahair.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wanrosli komen2 wanrosli lagi. Kahkahkahkah. Ulasan budak2 br belajar menulis. Kahkahkahkah sia2 wanrosli minum susu omega. Kahkahkahkah

      Padam
    2. Kahkahkah sakit perot gelak ooo..kahkahkah.cmpur dgn pil kuda bru sel brcntum membentuk swimming pool..kahkahkahkah

      Padam
    3. Di bawah adalah teka teki ringkas..

      Bersama PKR jadi pengacau..
      Bersama PAS jadi pengkhianat..
      Bersama DAP jadi khodam..
      Bersama UMNO jadi khodam bergu bersama DAP..

      Dari jenis apakah 'binatang sesumpah laknat' ini?

      Padam
    4. Die xtulis pulak hadi jadi penasihat najib. Pas Bapak segala kodam umno.kahkahkahkah

      Padam
    5. Dari jenis apakah binatang sesumpah laknat itu?

      Padam
    6. Berapa kali nk jwb ni.Binatang itu wanroslisesumpahlaknat.kahkahkahkah

      Padam
    7. Cube lagi bro.. aku bagi clue.. warna asalnya oren..

      Dari jenis apakah binatang sesumpah laknat itu?

      Padam
    8. Oooo wanroslisesumpahlaknat ske warna oren rupanya. Kahkahkahkah. Kalau suke amanah ckp aje la,xyah kasi2 clue.malu2 kucing plak.kahkahkahkah. Tp amanah xterima penfitnah mcm wanroslisesumpahlaknat ni.kahkahkahkah.

      Padam
    9. Kahkahkah...sesumpah warna tak kekal ikut persekitaran..kejap oren, kejap merah....kahkahkah...jgn jd biru pulak....kahkahkah

      Padam
    10. Huuuu.. yg paling ganas masa tukar warna merah.. dua2 jelmaan boleh.. roket boleh keris telanjang pun boleh..kui kui kui..

      Padam
    11. Kahkahkahkah.macaipas2 semua buduh xtau warna sesumpah. Sesumpah suke warna ijau sbb dok kat daun. Parti pas kan ijau.tepat sekali pas parti sesumpah.kahkahkahkah. Elok sgt wanrosli kasi idea PAS=PARTI AJARAN SESUMPAH. kahkahkahkah

      Padam
    12. Pabila sesumpah bertukar dari oren kpd merah, inilah fasa yg paling ganas! Sbb dia boleh jadi jelmaan roket lepas tu keris togel lepas tu roket lepas tu keris togel lepas tu roket lepas tu keris togel.. begitulah seterusnya sampai binatang sesumpah laknat ni mampos..

      Padam
    13. Betui tu parti ajaran sesumpah

      Padam
    14. Memanglah sesumpah ni dulu hijau.. tapi sekarang sesumpah laknat ni dah jadi oren.. dan fasa yg paling ganas bila sesumpah laknat ni jadi merah..

      Dari jenis apakah binatang sesumpah laknat ini?

      Padam
  5. Haje vongok wanrosli. Warna asal sesumpah tu ijau. Tukar2 wanra lain pun last2 jadi ijau balik.jelas pas sesumpah
    Kahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memanglah asalnya hijau.. tapi sekarang dah jadi oren.. sbb oren lebih mudah nak jadi merah.. jelma jadi roket boleh jadi keris togel pun boleh..

      Padam
    2. Ape ke bebal punya wanrosli xtau pasal sesumpah nk ckp pasal sesumpah. Kahkahkahkah. Kan dah kena,warna asal sesumpah ialah hijau(pas), die blh menyamar pelbagai warna pastu die kembali jadi ijau balik.mcm wanrosli la sesumpah pastu menyamar kejap jd pan la pkr la bn la pastu jadi ijau balik,pastu wanrosli komen wanrosli "terbaek tuan/betul tuan"kahkahkah

      Padam
    3. Apake bebal macai2 sekelian khadam, sesumpah tu blh berubah warna, ddk dgn DAP jadi merah, duduk dgn PKR jadi biru muda...kahkahkah..yg tak tahan tu kalau berpegang tangan dgn umno langsung jd biru...kahkahkah..itulah perumpamaan sekelian khadam yg tiada pendirian...kahkahkah...harapan pun boleh bertukar jadi hancur...kahkahkah

      Padam
    4. Kahkahkahkah. Wanrosli2 buat lawak, die yg sesumpah kata org plak.patutla pesideng ske nyumpah2 br terbongkar rahsia pas sesumpah. Kahkahkahkah

      Padam
  6. Sudah2 la tu Kolik cukulplah memperbodohkan rakyat, lebih baik pergi ke Sarawak jadi hero pulak kat sana, tenteramkan mereka yg sedang bersengketa, tunjukkan kehebatan yang kamu mengaku bahawa kamu adalah profesional. Jgn hancurkan harapan yang dibina oleh kamu dan sekelian khadam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xda la.pas g sarawak utk mengalahkan diri sendiri. Kahkahkahkah. Awal2 ngaku kalah.baik xyah masuk prn sarawak buang masa je,membazir amalan syaitan. Kahkahkahkah. Pas dah jadi parti syaitan. Kahkahkahkah

      Padam
    2. Setiap page macai khadam sesumpah ada...kahkahkah....itu saja...setiap page kalah...itu saja...fakta maner....kahkahkah

      Padam
    3. Kahkahkah.....

      Padam
    4. Kalau masuk prn sarawak nak kalah,nk fakta apa lagi hujah pas mcm taik jela sbb nk kalah. Kahkahkahkah. Yelek yelek.kahkahkahkah. Terbaek tuan.kahkahkahkah

      Padam
    5. Tahu tak kenapa PAN dilarang masuk Sarawak?.. 

      Kerana di Semenanjung mengikut rekod mereka banyak buat hal.. antaranya dikhuatiri jika PAN menang sekalipun dibimbangi mereka pada bila2 masa boleh jadi sesumpah dan bertukar parti atas arahan DAP! Malah bukan itu sahaja; mereka juga akan membawa bersama kerusi DUN pd parti baru tanpa BERANI meletak jawatan utk diadakan pilihanraya kecil.. jadi perangai seburuk ini dibimbangi bisa mengganggu atau mempengaruhi keadaan politik yg sedia aman di Sarawak..

      Kesimpulannya.. masuk Sarawak nak bertanding pilihanraya KUNUNNYA.. tapi bila tukar parti atas arahan DAP, TAK BERANI plk nak letak jawatan DUN mahupun PARLIMEN bagi bertanding pilihanraya kecil.. tapi bukan main berlagak nak bertanding pilihanraya negeri..phuii

      Padam
    6. Ala kopipes. Pemalas punya wanrosli. Xyahla Sibuk2 prn sarawak, pas pun nak kalah.kahkahkahkah.tu sbb adenan xheran masuk la sejuta kali sehari xde hal kalau nak kalah. Kahkahkahkah

      Padam
    7. Mahathir ada buat statement yg lebih kurang berbunyi:

      "Najib mesti letak jawatan sbg PM.. kalau tidak masa PRU14 nanti, Najib akan kalah, BN akan kalah dan UMNO pun akan kalah"

      Mujurlah ada PAN yg senantiasa bersiap siaga membantu Tun M bagi mengelakkan UMNO pupus.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...