Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, Ogos 30, 2019

Jumaat, Ogos 16, 2019

KENYATAAN MEDIA PIMPINAN UTAMA PAKATAN HARAPAN

15 Ogos 2019
Lipatganda Usaha Untuk Pastikan Negara Kekal Makmur, Bersatu Padu, Dihormati Semua
Mutakhir ini pelbagai isu menjadi perbualan rakyat Malaysia. Dari cabaran ekonomi, kepada persoalan persepsi kaum atau agama, kepada pendidikan khat, kepada isu pembangunan amnya - rakyat Malaysia kini jelas lebih mudah menyuarakan pandangan melalui media sosial mahupun media arus perdana.
Tatkala kita bakal menyambut Hari Merdeka ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 tahun ini, seharusnya kita mengambil kesempatan yang ada untuk bermuhasabah akan kejayaan yang telah kita capai bersama serta cabaran-cabaran yang masih perlu ditempuhi demi membina sebuah negara yang bersih, adil dan berjaya.
Apa yang rakyat Malaysia nikmati pada hari ini sudah pasti akan dapat terus dinikmati bilamasa rakyat terus bersatu padu, mengukuh muafakat, serta menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menegak negara hukum.
Semua rakyat Malaysia, tidak kira pangkat mahupun latarbelakang, perlu sentiasa memupuk perpaduan dan meningkat persefahaman sesama kita.
Kita perlu ketepikan retorik yang merosakkan perpaduan. Kita perlu sanggah polemik yang berniat membinasakan negara. Kita perlu menolak politik yang hanya mementingkan kelompok kecil dan bukannya kemaslahatan umum.
Kita perlu terus yakin bahawa membina negara adalah usaha yang memerlukan iltizam yang kukuh, niat yang ikhlas, kepercayaan yang tinggi terhadap masyarakat itu sendiri, dan wawasan yang jelas untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat ke tahap yang lebih tinggi.
Malaysia, sebuah negara yang majmuk amat memerlukan keharmonian dan kerukunan hidup antara satu sama lain.
Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya, maka kepelbagaian ini semestinya dipertahan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Kami percaya rakyat Malaysia kesemuanya cintakan keamanan dan keharmonian untuk terus bersama menikmati hidup dalam suasana aman.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyahut seruan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melipatgandakan usaha untuk memastikan negara kita yang tercinta ini akan terus kekal sebagai sebuah negara yang makmur, dihormati dan disegani oleh semua.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden KEADILAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden PPBM
Sdr Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
Tn Hj Mohamad Sabu
Presiden AMANAH

Picture

Khamis, Ogos 15, 2019

Azizah tolak jadi PM - Anwar

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak jawatan Perdana Menteri seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sebelum ini.
Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sultan Muhammad V menitahkan selepas proses penjumlahan undi, Wan Azizah dicadangkan sebagai calon perdana menteri.

"Lepas kira undi, Azizah selaku Presiden PKR dapat jumlah kerusi terbanyak dan semua bertanding bawah simbol PKR maka beliau (Azizah) dicadangkan Yang di-Pertuan Agong, ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi perdana menteri?
"Azizah jawab patik tidak bersedia sebab kita (Harapan) dah buat perjanjian dalam Pakatan Harapan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai Perdana Menteri," katanya dalam Himpunan Merdeka Rakyat di hadapan 5,000 penyokong Harapan.
Anwar menambah, Sultan Muhammad V bertitah jarang ada orang politik apabila ditawarkan peluang besar ini namun menolak atas dasar berpegang pada janji.
"Tapi Azizah minta satu perkara kepada Tuanku, iaitu patik pohon kiranya suami patik dibebaskan segera. Agong bertitah baginda akan melaksanakan permohonan itu dengan segera," ujarnya.

"Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebab setelah pegang jawatan telah segerakan proses pengampunan.
"Tapi saya nak ulang, paling berjasa dalam semua ini ialah kebangkitan rakyat Malaysia. Apalah saya tanpa anda. Siapalah saya tanpa saudara saudari, saya tak akan saya kekal, ini sejarah bagaimana rakyat bangkit tentukan hak mereka," katanya.- Sinar Online

Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive