Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, November 29, 2018

Siapa bakal Pengerusi PKR Pulau Pinang?

Siapa bakal Pengerusi PKR Pulau Pinang?
Datuk Mansor Othman dan Nurul Izzah Anwar.
Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan secara rasmi sebagai Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden dan empat lagi Naib-Naib Presiden, maka sudah pasti semua cabang seluruh negara menanti pelantikan Pengerusi Negeri yang dikenali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri atau MPN.
Tidak dapat dinafikan tumpuan semua ketua-ketua cabang ialah siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi MPN Negeri masing-masing.
Pulau Pinang turut menjadi tumpuan kerana Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Naib Presiden dan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menerajui kepimpinan cabang Permatang Pauh setelah menang tanpa bertanding bagi kerusi tersebut baru-baru ini.
Manakala Datuk Mansor Othman yang merupakan Ketua Cabang Nibong Tebal masih menjadi tanda tanya samada ia akan terus dikekalkan sebagai Pengerusi MPN atau digugurkan.
(dari kiri) Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman
Sementara itu Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga merupakan Ketua Cabang Kepala Batas, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman pula turut menerajui kepimpinan.
Muka baru yang turut terserlah kepimpinan ialah Ketua Cabang Tasek Gelugor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Teluk Air Tawar, Mustafa Kamal Ahmad.
Lee Khai Loon yang merupakan Adun Machang Bubok turut menang tanpa bertanding bagi kerusi Ketua Cabang Bukit Mertajam.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang juga Timbalan Menteri Pertanian adalah Ketua Cabang Bayan Baru yang menerajui kepimpinan dalam pemilihan baru-baru ini serta merupakan pemimpin senior dalam kepimpinan cabang
Timbalan Menteri Pelancongan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik pula adalah Ketua Cabang Balik Pulau yang baru setelah menang hanya 1 undi menewaskan Adun Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain.
Baru-baru ini Anwar semasa ditemui media selepas pertemuan tertutup dengan barisan kepimpinan Cabang, Angkatan Muda Keadilan dan juga Wanita di Auditorium MPSP turut menyatakan pelantikan Pengerusi MPN Negeri Pulau Pinang belum lagi dibuat.
Apakah Ketua-Ketua Cabang Bukit Gelugor, Jelutong, Batu Kawan, Bukit Bendera atau Tanjong maupun Bagan akan turut berpeluang untuk menerajui kepimpinan sebagai Pengerusi MPN kali ini.
Boleh dikatakan pelantikan kali ini tidak semudah sebelumnya kerana ramai antara mereka yang menjadi ketua-ketua cabang kini terdiri dari mereka yang menerajui kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri.
Samada perbezaan kem semasa pemilihan parti baru-baru ini akan turut mempengaruhi percaturan pelantikan tersebut juga menjadi persoalan yang belum terungkai.
Apakah Mansor sebagai Pengerusi MPN sebelum ini akan kekal atau muka baru dilantik bagi menerajui kepimpinan PKR Pulau Pinang kali ini masih menjadi tanda tanya.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/siapa-bakal-pengerusi-pkr-pulau-pinang/


Picture

Isnin, November 26, 2018

Pemimpin PAS lemah, benarkan diri diperguna UMNO

Pemimpin PAS lemah, benarkan diri diperguna UMNO
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan PAS kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO, khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).
Ini kerana katanya rancangan UMNO untuk mengadakan demonstrasi mengenai ICERD dan disokong oleh PAS itu hanyalah helah UMNO untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang kini seorang demi seorang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan penyelewengan dan salah guna kuasa.
“Saya pun hairan kenapa pemimpin PAS sanggup membenarkan diri mereka dipergunakan oleh pemimpin UMNO,” katanya pada majlis santai Amanah Sarawak bersama media, di sini hari ini.
Khalid yang juga Menteri Wilayah berkata tindakan kedua-dua parti tersebut yang terus memainkan isu ICERD hanya bermatlamat politik.
Ini kerana katanya segala yang dicanang oleh PAS dan UMNO termasuk negara ini akan hancur dan institusi raja bakal dihapuskan jika Malaysia meratifikasi ICERD adalah satu pembohongan kerana kerajaan persekutuan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut mengulangi penegasan yang dibuat oleh beberapa menteri sebelum ini bahawa keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat.
— BERNAMA


Berita penuh https://malaysiadateline.com/pemimpin-pas-lemah-benarkan-diri-diperguna-umno/


Picture

Isnin, November 19, 2018

Ahad, November 18, 2018

Proses pemilihan PKR akan dikaji semula

Proses pemilihan PKR akan dikaji semula
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e-undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama yang tidak celik teknologi maklumat (IT).
Beliau secara peribadi menyifatkan sistem manual (atas kertas) seperti sebelum ini adalah lebih baik, oleh itu akan membawa perkara berkenaan dalam jawatankuasa khas.
“Anda tanya pandangan peribadi saya, saya fikir kita kena kaji semula. Secara peribadi saya kurang minat tetapi parti ini (PKR) adalah parti demokratik.
“Namun ada anggota di kawasan luar bandar yang tidak begitu mahir komputer. Jadi timbul masalah besar dalam proses itu.
“Ini baik (menukar e-voting kepada kertas undi semula), tetapi (dalam hal) keahlian terus, kita bercakap mengenai kira-kira sejuta pengundi. Saya akan cadangkan kemudian bila mengambil alih, agar sebuah jawatankausa khas mengkaji semula seluruh proses pemilihan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Kongres Nasional PKR ke-13 di sini hari ini.
Pemilihan PKR kali ini mencatat sejarah apabila kali pertama undi dilaksanakan secara dalam talian menggunakan sistem e-undi secara digital berkonsepkan ‘satu ahli satu undi’ dengan 80,000 anggotanya layak mengundi.
Dalam pemilihan itu, 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan lagi membabitkan persaingan di peringkat cabang seluruh Malaysia.
Namun sistem berkenan terpalit dengan pelbagai masalah termasuk gangguan sistem talian, capaian internet, dakwaan penggodaman dan cubaan menggagalkan kelancaran dengan memasang ‘jammer’.
Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati anggota parti dan calon bertanding.
Tempoh pemilihan terlalu panjang selama sembilan minggu pula dilihat ‘tidak produktif’ serta menghalang calon-calon terlibat memberi fokus kepada tugasan hakiki mereka.
— BERNAMA

Picture

Rabu, November 14, 2018

Penyertaan golongan muda bukti sokongan terhadap AMANAH, PH meningkat

Penyertaan golongan muda bukti sokongan terhadap AMANAH, PH meningkat

Penyertaan anggota baru golongan muda bersama AMANAH membuktikan sokongan yang semakin bercambah sejak mulai menerajui kepimpinan kerajaan.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil ketika menerima borang keahlian kemasukan dua puluh ahli baru dari Kampung Sama Gagah semalam.
Malah katanya lagi, sebelum memenangi pilihan raya umum lagi, kepedulian terhadap masyarakat setempat sering mendapat perhatian.

“Kini dengan kemenangan yang telah berjaya diperolehi termasuk bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir baru-baru ini, rakyat semakin yakin dengan gerak kerja yang dipamerkan.
“Pelbagai program disediakan saban hari bagi memastikan mereka tetap mendapat perhatian dalam pelbagai aspek melibatkan kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan seumpamanya.

“Kemasukan dua puluh golongan muda AMANAH bagi kawasan Dun Permatang Pasir hari ini membuktikan bahawa AMANAH tetap mendapat sokongan yang semakin menggalakkan,” tegasnya lagi.
Menurut Faiz lagi, sejajar dengan kemasukan golongan muda tersebut Kelab Sukan Kampung Sama Gagah telah turut diberikan sumbangan jersi.
Tegas beliau lagi, sumbangan jersi tersebut bagi memberikan imej baru dan sokongan padu kepada pemain dan kelab tersebut agar dapat terus menyerlahkan lagi penglibatan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Tambah Faiz, AMANAH kawasan Dun Permtang Pasir khususnya akan bersama-sama dengan pimpinan bagi merealisasikan impian ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan memberi dokongan kepada semua golongan masyarakat.

Read more https://malaysiadateline.com/penyertaan-golongan-muda-bukti-sokongan-terhadap-amanah-ph-meningkat/


Picture

Selasa, November 13, 2018

Sabtu, November 10, 2018

Tengku Asmadi sertai AMANAH

Tengku Asmadi sertai AMANAH
Bekas calon BN Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad akan menyerahkan borang keahlian Amanah pada majlis Makan Malam Amal Pemuda Amanah di Terengganu Equestrian Resort (TER), malam ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika ditemui selepas Konvensyen Amanah Terengganu di Wisma Peladang, petang tadi.
“Ya, bekas calon BN bagi kawasan Kuala Nerus akan hantar borang keahlian malam ini untuk menyertai Amanah.
“Selain beliau, ada beberapa lagi individu terdiri dalam kalangan kumpulan profesional yang turut akan berbuat demikian,” katanya dipetik Sinar Harian.
Tengku Asmadi merupakan pakar motivasi terkenal negara yang pertama kali dicalonkan mewakili BN untuk bertanding dalam PRU14 mewakili BN di kerusi Parlimen Kuala Nerus.
Dalam PRU lalu, beliau yang memperoleh sebanyak 29,527 undi tewas kepada calon Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali dengan majoriti 8,447 undi.
mdl
Picture

Khamis, November 08, 2018

Ahmed al-Raissouni Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia ganti Yusuf al-Qaradawi

Ahmed al-Raissouni  Presiden  Kesatuan Ulama Islam Sedunia ganti Yusuf al-Qaradawi

Foto: Anadolu Agency
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Sarjana Maghribi Ahmed al-Raissouni dipilih sebagai Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (IUMS) yang berpangkalan di Doha, menggantikan Presiden Dr Yusof al-Qaradawi.
Pemilihan Al-Raissouni adalah kemuncak dari Muzakarah Tahunan tiga hari yang diadakan di Istanbul, Turki.
Ahmed Abdulsalam Mohamed al-Raissouni dilahirkan pada tahun 1953 di sebuah perkampungan Awlad Sultan di wilayah Larache utara Maghribi.
Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di kampung yang sama sebelum berpindah ke bandar Fez, Maghribi, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang Islam dari Universiti Al-Qarawiyyin pada 1978.
Al-Raissouni menamatkan pengajian lepasan ijazahnya di Universiti Mohammed V Rabat, yang mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana pada 1989 dan PhD tiga tahun kemudian.
Beliau adalah ahli pengasas IUMS dan ahli lembaga eksekutif kesatuan sebelum dipilih sebagai timbalan presiden pada tahun 2013.
Dari 1996 hingga 2003, al-Raissouni adalah ketua pergerakan Attawhid Wal Islah (Perpaduan dan Pembaharuan) yang berpengkalan di Maghribi.
Beliau juga berkhidmat sebagai penasihat akademik kepada Pemikiran Islam Antarabangsa yang berpusat di Amerika Syarikat dan menjadi ahli Persatuan Maghribi sebelum pembubaran persatuan itu pada 2006.
Al-Raissouni juga berkhidmat sebagai editor Jurnal Ilmiah Pengetahuan Islam dan merupakan ahli pengasas – dan presiden pertama – Persatuan Islam yang berpengkalan di Maghribi.
Dari 1994 hingga 1996, beliau mengetuai Persatuan Masa Depan Islam yang berpangkalan di Rabat, dan dari 2000 hingga 2004 berkhidmat sebagai pengarah Harian bahasa Arab Al-Tajdid.
Karya-karya akademiknya, yang kebanyakannya tertumpu pada tulisan-tulisan ilmuwan hukum Sunni, Imam al-Shatibi, abad ke-14, telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, termasuk bahasa Parsi, Urdu, Inggeris dan Bosnia.
Al-Raissouni berkahwin dan mempunyai lima orang anak.
mdl

Picture

Khamis, November 01, 2018

Hot!! Salahuddin jangka ada pemimpin Pas sertai AMANAH

Salahuddin jangka ada pemimpin Pas sertai AMANAH
Beberapa pemimpin Pas dijangka akan menyertai AMANAH pada masa akan datang, kata Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pihaknya juga sedang berhubung dengan beberapa kepemimpinan Pas di semua peringkat yang mungkin boleh menyertai AMANAH kelak.
“Itu (pemimpin Pas menyertai AMANAH) adalah kemungkinan yang saya rasa akan berlaku pada masa akan datang. Akan ada pimpinan dan ahli bawahan Pas bersama AMANAH apabila keadaan begitu ketara iaitu Pas benar-benar menjalinkan hubungan yang begitu intim dengan Umno.
“Ahli-ahli biasa (Pas) yang bawah sudah ramai (menyertai AMANAH). Cuma kita sekarang ini sedang mengadakan hubungan dengan beberapa kepemimpinan (Pas) di semua peringkat yang mungkin boleh bersama AMANAH,” dipetik dari Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Ke-2 AMANAH Kawasan Bakri di Hotel Muar Traders di Muar kelmarin.
Turut hadir, Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Mohd Huridin Samuri; Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Fadzil Othman dan Naib Presiden 1 AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman.
Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram berkata, pihaknya menyeru ahli AMANAH supaya lebih bersikap positif terutama mengurus kemenangan parti itu dalam konteks dalam mentadbir negara ini.
Menurutnya, segala potensi dan kekuatan yang sudah dibina oleh parti itu harus dijelmakan dalam usaha menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“Dengan kedudukan lima menteri dan empat timbalan menteri (daripada AMANAH) serta kedudukan kita dalam agensi kerajaan, majlis daerah dan peringkat kampung haruslah dapat menjana kepada parti dan kerajaan kita.
“Paling penting sekali, rakyat akan terkesan dengan kedudukan kita yang rapat dengan mereka dan pada masa sama dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat kelak,” ujarnya lagi.
Lebih ramai ahli Pas dijangka menyertai AMANAH apabila pemimpinnya semakin intim dengan Umno.
mdl

Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive