Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 19, 2018

Parti AMANAH, buktikan kamu parti Islam terbaik

Para pemimpin AMANAH kini mendapat tempat utama dalam pimpinan negara.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Islam bermula dari pertengahan abad ke tujuh masihi. Sejak dulu lagi, parti politik bukanlah wacana yang boleh digunakan untuk mendukung cita-cita luhur Islam.
Malah konsep konsep seperti kabilah, kaum, mazhab, malah dinasti, pula yang tidak putus-putus dikaitkan dengan Islam dalam pelbagai acuan. Apa yang ketara dari kesan-kesan ini adalah Islam yang berpecah belah, bukan sahaja dari segi mazhab sahaja tetapi visi kesuluruhannya.
Misalnya konsep ummah. Seharusnya umat Islam harus bersatu, dan berdasarkan penyatuan sebegini membantu umat lain yang mungkin papa kedana, atau mengalami segala malapetaka duniawi, biar dari segi perperangan atau bencana alam.
Tapi realitinya pula agak berlainan. Umat Islam merupakan umat yang kucar kacir. Malah OIC atau “Organization of Islamic Cooperation” langsung tidak bermaya untuk menjadi sebuah organisasi yang boleh membela nasib umat Islam.
Pada saat ini, AMANAH merupakan sebuah parti politik yang berwibawa. Dengan lebih 11 menteri, iaitu menteri (5), timbalan menteri (5) dan ketua menteri (1), AMANAH merupakan satu-satunya parti Islam yang boleh menonjol lagi.
Hamas di Palestin telah tersepit di Israel. Ikhwan Muslimin sedang dikekang oleh Presiden Al Sissi di Mesir serta Saudi Arabia dan sekutunya.
Eh Nahda di Tunisia belum menunjukkan taringnya sebagai sebuah parti yang berkaliber. Malah Jamaat Islami di Pakistan belum matang lagi. Pas di Malaysia kelihatan hilang pedoman sama sekali kerana ingin bersekongkol dengan Umno.
Sekiranya AMANAH menjadi sebuah parti yang kakinya berpijak di bumi nyata, maka peluangnya untuk menjadi simbol Islam yang moden dan berkeupayaan amatlah tinggi sekali.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sopan dan tidak mempunyai perangai yang melulu. Timbalan presidennya Salahuddin Ayub pula amat berbudi bahasa. Khalid Samad pula tegas, dan sedang menangani pemasalahan Kuala Lumpur.
Ketiga-tiganya juga mempunyai hubungan yang akrab dengan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh.
AMANAH juga dihormati Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah, serta suaminya Anwar Ibrahim yang bakal menganti Tun Dr Mahathir Mohammad satu hari kelak.
Tetapi, AMANAH juga berada dalam situasi yang agak berbahaya. Sekiranya para menterinya tidak boleh memimpin kementerian mereka dengan telus, maka ketajaman mereka akan menjadi tumpul pula. Situasi ini boleh menganggu kelancaran pergerakan AMANAH.
Tun Dr Mahathir ingin mencapai hasratnya untuk membangunkan Malaysia dengan secepat mungkin. Pada ambang 93 tahun, kerjaya politik Dr Mahathir mungkin boleh bertahan sepenggal sahaja.
Dalam penggal ini, bukan manifesto 100 hari sahaja yang harus direalisasikan tetapi Visi 2020 juga, di mana Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bermoral dan membangun juga menjadi sasaran beliau.
Intinya, Tun Dr Mahathir tidak boleh mencapai segala gala ini selain daripada bantuan yang boleh diberikan tanpa berbelah bagi oleh AMANAH.
AMANAH merupakan tombak yang bakal menebusi kubu Pas dan Umno juga, dan sekali gus memecahkan monopoli mereka terhadap orang Malayu dan orang Islam yang masih terbawa-bawa dengan arus politik yang menyebelahi puak bangsawan, dan ahli ahli yang menpunyai pemikiran yang kuno.
Sekiranya AMANAH boleh membebaskan orang Melayu, dan umah Islam sejagat dari belenggu pemikiran yang terlalu konservatif, maka AMANAH akan menjadi tunjang pemikiran Islam yang terbaru di Malaysia dan seluruh dunia.
*Phar Kim Beng pernah menjadi pensyarah kanan Asia Timur dan perhubugan antarabangsa di Harvard University. Dia pernah berlajar sejarah, ekonomi antarabangsa dan teori strategi di University Cambridge.
mdl

Picture

15 ulasan:

  1. AMANAH kena lebih menonjol & jelas serta tegas dalam menyatakan hak2 orang islam... JAIS..JAKIM.. & sewaktu dgnnya kena rebranding

    BalasPadam
  2. Nak rebranding???
    Hehehehehe....

    Cukup2lah....tun klepet dgn sinisnya mengaku dh kencing rakyat dgn janji 100harinya.Tolak tepi lah ttg dosa menipu krn dia maksum.Maklumlah dosa2 lalu dan dosa2 akan dtg dh sedia diampuni oleh macai2nya....hehehehehe

    Bukan senang dpt ketua yg boleh keluarkan fatwanya sendiri...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia yg biasa mencuri dan menyamun demi anak..waris..proksi dan kroni akan menganggap janji hanya satu mainan demi kelangsungan hidup mrk.Maka macai kena terima jer lah penipuan dan tegukan air kencing mrk...hehehehehe

      Padam
  3. Daripada ketua pembangkang Wak Zahid Komedi sampai macai fakenews bawa isu janji PH 100 hari. Sampai janji yang tidak wujud pun ada. HAHAHAJIB.

    BalasPadam
  4. Wak Zahid Komedi dan macai fakenews kena teruskan serang isu janji PH 100 hari. Rakyat Malaysia seronok tengok Menteri sibuk bekerja. Tak macam yang dulu. HAHAHAJIB.

    BalasPadam
  5. Duulu maki hamun dan sumpah seranah kat Madey dan umno puak2 ni la sekarang berlakon baik demi untuk menjaga jawatan, kuasa dan dedak, bukan kerana Islam la.....piiiiirrraaahhhh......kehekehekeh

    BalasPadam
  6. Pengkhianat sungguh Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Nik Abduh Nik Aziz. Sampai CIA pun mereka boleh minta campur tangan dalam urusan negara? Jokowi tengah buat apa YB? HAHAHAJIB.

    BalasPadam
  7. Wak Zahid Komedi tolong ikut pesanan Ku Li. Duit parti bukan guna untuk bayar hutang kad kredit anak dan bini. Kena masuk akaun parti. Ada paham? HAHAHAJIB.

    BalasPadam
  8. Kempen pengundi Pas Jom Pangkah BN di Sungai Kandis bila nak mula? Pemimpin Pas mana akan turun kempen untuk BN? HAHAHAJIB.

    BalasPadam
  9. Apakah yang akan mereka buat untuk membuktikan mereka ni parti Islam?.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula mula sekali mereka x akan flip flop mcm presidin pas. Kalu salah cakap atau salah fakta mereka minta maaf.

      Padam
  10. cikgu tahfiz mana yg buat oral sex kpd student aritu? malaon betol! pusat tahfiz dijadikan pusat lgbt. isle pekejadah

    BalasPadam
  11. Parti Islam mana boleh lari dari medan perang? Kalau di Sg Kandis atau Balakong parti Islam cabut lari, ini dah jatuh hukum berdosa. Kalau sokong BN yang sekular / kapitalis / rasis jatuh hukum tidak beriman. Masya Allah besarnya dosa parti Islam lari dari medan perang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti mengaku islam boleh ke berganbung dgn kleptro macam di kedah?

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...