Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mei 24, 2018

Pas terpinggir dari arus perdana politik negara kerana gopoh, dakwa AMANAH

Pas akan menang lebih besar jika bersama Pakatan Harapan, kata Khalid.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan Pas semakin terpinggir dari arus perdana politik negara, dakwa AMANAH.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, walaupun akan ada yang berkata bahawa Pas telah berjaya dengan keputusan antara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu.
“Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi,” kata Khalid.
Bagi beliau, cogan kata “Pas for all” kian tidak kedengaran dan Pas kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.
“Kalau kita berhenti sejenak dan meninggalkan alam realiti dan menyelak seketika melalui imaginasi kita, mengintai pada ‘alam mungkin terjadi’, hanya yang beragenda akan menafikan bahawa Pas pasti mendapat kemenangan jauh lebih besar sekiranya ia telah istiqamah bersama Pakatan.
Sepertimana yang diperjuangkan oleh bekas pimpinannya yang akhirnya menubuhkan AMANAH, Pas akan dapat mengecapi kemenangan di peringkat Persekutuan juga.
“Tetapi malangnya bagi Pas, mereka terpengaruh, mungkin dengan keyakinan Najib, bahawa dia akan kekal sebagai Perdana Menteri
pasca PRU ke 14.
“Keyakinan Najib ini terhasil dari poket-poket yang sarat dengan duit rakyat untuk digunakan untuk membeli kembali sokongan rakyat!” kata Khalid dalam tulisannya di akhbar Mingguan Amanah yang bakal keluar Jumaat esok.
Bagi Khalid, sekiranya Pas kekal dalam Pakatan, berdasarkan keputusan yang diketahui sekarang, paling kurang 36 lagi kerusi di Semenanjung yang dimenangi BN akan jatuh kepada Pakatan.
“Ini adalah kerana 36 kerusi ini dimenangi BN atas sebab undi berpecah antara PAS dan PH,” tulis Khalid yang menang di parlimen Shah Alam dengan majoriti lebih besar kali ini.
IKUTI TULISAN PENUH DALAM MINGGUAN AMANAH.
mdl
Picture

6 ulasan:

  1. Kekeke. Pas ONLY for Hadi. Kalau Hadi tiada, yang lain semua tak boleh cari makan. Kekeke. Itulah kesan bila jemaah berpuak-puak dan dipecah-belahkan sesuka hati. Kekeke. Parti Pas sudah jadi parti nyamuk dan kembali ke Pantai Timur macam zaman 80 - 90an. Tapi ramai pimpinan Pas yang ada kebanyakan tak melalui zaman susah. Kekeke.

    Mulut sahaja cerita lawan Be End selama 60 tahun tapi badan baru masuk Pas bila dah pecah tembok di Pantai Barat. Ada pula yang masih dapat derma dan kontrak daripada Be End tapi mengaku lawan Be End. Tak rasa susah-payah kena tekan dan kena penjara.

    Bayangkan, mangsa2 politik Be End yang dah jadi Menteri dan sedia pula memaafkan kezaliman kepada dirinya. Begitulah sifat pejuang Rakyat tak kira Islam atau non Muslim. Kalau setakat tak dapat royalti dan kena potong peruntukan dah nak masuk media macam pemimpin Pas yang ada sekarang ini, jauh panggang dari api. Kekeke.



    BalasPadam
  2. hehehe.. pasu bunga. lobai angguk, kena tipu idup2 dgn arul kandas. dh jd pembangkang lg mau citer pasal royalti. tunm patut gunakan peruntukan bg kel n tganu ni utk byr htg negara. kasi habis langšai dulu..

    BalasPadam
  3. Ada walaun sebelum pru...boleh ckp... PH akan kalah di selangor.. siap ckp ada hilang deposit...agaknya sama mimpi dgn tuang presiden Ä·ot..semua pimpinan amanah di perlekehkan... skg apa jadi..180 darjah.. putarannya..Allah punya percaturan..nape tak cerita lagi
    Kesah baiah...bawa lari kerusi.. agak2nya mesti pimpnan pas ada baca kesah mat sabu pergi kerja naik roti john..agak2nya apa yg terfikir di fikiran pimpinan pas itu.. kenapa bukan aku jadi menteri pertahanan ya..mesti menyesal tak sudah..

    BalasPadam
  4. Walaunta dan waluntit sekarang tengah cucuk jarum Melayu Islam lemah bawah PH. Mana tak Melayu Islam jadi lemah, yang kena rampas, serbu, siasat, tangkap, dedah dalam live, dedah dalam temuramah, semua jenis Melayu Islam yang korup dan rasuah. Kekeke.

    Walaunta dan walauntit sayang dan memuja Kleptokrat Sial Najib Tun Razak ni. Nak jadi penasihat sahaja kenalah sokong pencuri dan penyangak supaya nasihat laku. Sekarang nasihat pun dah tak laku lagi. Kekeke.

    Pas dah mundur. Balik semula ke zaman 80an Lebai suci akan kerja maki hamun dan sumpah seranah Melayu Islam yang tak ikut puak mereka. Kekeke.

    BalasPadam
  5. Shahidan Kassim mencemuh kemurkaan Sultan Perlis. Kekeke. Habislah Melayu Islam. Pemimpin Melayu sendiri dan tidak lagi amalkan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Semua nak isi tembolok sendiri sahaja.

    Tak percaya? Tanya Lebai suci di Kelantan dan Terengganu. Perkara pertama yang mereka tuntut daripada Kerajaan Persekutuan ialah royalti. Kalau ini Kerajaan Negeri Islam sepatutnya perkara pertama dan utama ialah menegakkan syariat Islam dan Hududullah.

    Ada pula Ulama Mereng nasihat pertama yang diberikan ialah jaga-jaga dengan pengampu. Kekeke. Kalau ini Ulama muktabar perkara pertama yang ditegur ialah ammar makruf, nahi mungkar. Umno dan Pas penyebab utama Melayu Islam menjadi semakin lemah dan mundur.



    BalasPadam
  6. Mana Najib pergi? Bekalan air di Pekan asyik terganggu. Kotor pula tu. Mana YB Pekan kita?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...