Lebih 40,000 hadir, gelombang rakyat bangkit melimpah ke pantai timur

Lebih 40,000 hadir, gelombang rakyat bangkit melimpah ke pantai timur
“Duduk, duduk. Orang belakang tak nampak! Duduklah!” Gamat suasana di Taman Bandar, Indera Mahkota malam tadi sejurus Tun Dr Mahathir Mohamad tampil ke pentas untuk memulakan pidatonya.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Teruja dengan kemunculan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, ramai yang berdiri untuk mengambil gambar mengabadikan kenangan detik-detik lagi berbaki seminggu sebelum membuang undi.
Lambaian Tun Mahathir kepada lebih 40,000 orang yang menghadiri Jelajah Harapan Pahang menyaksikan majoriti daripada mereka membalas lambaian negarawan itu dengan memasang fungsi lampu pada telefon masing-masing.
Tun Dr Mahathir Mohamad membalas lambaian rakyat dalam kempen Pakatan Harapan di Pahang.
Kelip cahaya dari telefon mereka yang ibarat taburan bintang di langit itu bukti gelombang kebangkitan rakyat berbilang kaum kepada PH di pantai barat Semenanjung sudah melimpah ke pantai timur.
Tidak dapat disangkal lagi, rakyat khususnya di Kuantan dilihat tidak sabar-sabar untuk melihat Umno-BN direhatkan di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Semakin banyak gambar Tun Mahathir dipotong dan ditutup daripada muncul di kain rentang kempen PH, semakin ramai rakyat yang terkesan dengan kenaikan melambung kos sara hidup bangkit menyatakan sokongan secara terbuka kepada PH.
“Lebih 40,000 yang hadir. Datang dengan apa? Dengan kereta, motosikal sendiri, berjalan kaki, naik basikal.
“Kami (PH) tidak upah satu sen pun. Sebaliknya kami pula minta duit (derma),” kata Mahathir sempat berseloroh.
Didahului dengan bacaan Bismillahirahmaanirahim, beliau menyifatkan kehadiran sebegitu ramai rakyat di Kuantan menggambarkan hasrat untuk menamatkan mandat BN di Putrajaya.
“Saya fikir pekan Kuantan sudah sunyi, tiada orang. Rupanya semua orang ada di sini. Semua orang di sini menyatakan sokongan untuk menukar kerajaan,” ujarnya yang kelihatan terharu melihat sambutan hangat orang ramai.
Beliau menyifatkan Pengerusi BN, Najib Razak sendiri mustahil untuk mampu menarik kehadiran puluhan ribu orang dalam rapat umum yang dianjurkan kerana segalanya perlu dikerah.
“Saya tidak percaya dia boleh dapat begini ramai orang. Dan untuk 200, 300 orang yang hadir (program), dia sediakan 40 buah bas yang dibawa dari banyak negeri.
“Semua bawa masuk supaya nampak banyak. Kita bukan dengan cara itu. Kita bergantung pada keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan (untuk hadir),” ujarnya serentak disambut tepukan gemuruh rakyat.
Laungan “Selamatkan Malaysia, Selamatkan Pahang” dilihat bakal membuatkan Najib dan Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob, tidak lena sepanjang PRU-14 ini.
Untuk rekod, Pahang mempunyai 825,636 pengundi dengan 71.68 peratus Melayu, Cina (161,081), India (37,304) dan lain-lain 4.29 peratus.
BN menguasai 10 daripada 14 kerusi Parlimen, PKR dua kerusi manakala DAP dan Pas masing-masing memiliki satu kerusi.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), BN mempunyai 30 kerusi diikuti DAP (7), PKR (3), Pas (2).
mdl

Picture
Previous
Next Post »

12 ulasan

Write ulasan
Redmen
AUTHOR
3 Mei 2018 11:37 PG delete

10hb May - Tangkap Najib & Rosmah. Jangan biarkan mereka lari keluar negara !!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 12:03 PTG delete

9 Mei 2018 HARI RAKYAT AKAN BUANG UMNO-BN.

10 Mei 2018 HARI RAKYAT TANGKAP NAJIB, ROSMAH, RIZA AZIZ & JHO TAEK LOW.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 1:13 PTG delete

Insya Allah. Pemimpin yang curi duit negara wajib ditangkap dan didakwa. NGO penyiasat tempatan dan luar negara wajib mula pasang perangkap di setiap pintu keluar-masuk negara.

Jangan benarkan penjenayah yang mencuri harta negara macam Kleptokrat Sial Najib Tun Razak lepas lari bila Kerajaan baru mengambil alih.




Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 1:40 PTG delete

Tok Batin Orang Asal dah tolak BN. Calon PAKATAN HARAPAN Lambang PKR Gua Musang keturunan Orang Asal yang lawan pembalakan haram dan sungai teh tarik. Kalau masyarakat bandar dan Orang Asal dah tolak BN, BN bungkus. Wakil BN = Wakil Undi Pos Awal. Bukan Wakil Rakyat lagi. Kekeke.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 2:16 PTG delete

WAKIL BN = WAKIL BINI NAJIB ? KAHKAHKAH!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 4:02 PTG delete

Idup Bini Najib

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 4:16 PTG delete

berhati hati dengan penipuan secara mega oleh spr dan ubn. sekian dari saya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 4:19 PTG delete

tunM bila nak jelajah ke Perak? udah x sabo teman nk nengok tun. nengok di poster x mandang. udah dipotong..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 4:58 PTG delete

Hehehehe....ayat tangkap2 nie dah jadi basi..cai

Sejak sekian lama haprak nak tangkap tun mamak klepet tu tapi hilang dlm tangki taik jer semangat tu...hehehehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mei 2018 5:04 PTG delete

UNDI HAPRAK = UNDI PUAK KLEPET

Makin kayalah anak2...
Makin luaslah kekayaan waris..proksi dan kroni tun klepet....hehehehehe

HIDUP TUN KLEPET!!!!
KAYA ANAK..WARIS..PROKSI DAN KRONI TUN KLEPET!!!!

Hehehehehehe..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mei 2018 8:38 PG delete

Prof UM pun sokong Tun M bloody hell win this time. Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dimaki Rakyat bila tulis Najib sayang Rakyat semua. Sedarlah Kleptokrat Sial Najib Tun Razak, tsunami Melayu akan menenggelamkan UMNO kali ini. Insya Allah.

UNDI PKR. UNDI PAKATAN HARAPAN.

UNDI PAS = UNDI UMNO = Mimpi UG Hadi Awang yang tak kesampaian.




Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mei 2018 8:49 PG delete

Busuk hati sungguh Hadi Awang dan Dr Kamarulzaman terkucil. Mereka ingat dengan mengangkat isu masalah keluarga Tok Guru, orang Melayu Islam akan ikut mereka? Jauh panggang daripada api. Malah sekarang orang ramai sudah tahu mengapa Pas beriya-iya benar sejak tahun lepas cuba menutup Nik Omar Nik Abdul Aziz daripada pentas politik. Rupa-rupanya Nik Omar Nik Abdul Aziz mempunyai pandangan politik yang mirip perjuangan Tok Guru! Sedangkan mereka yang lain mengagungkan idea kerajaan campuran Pas-Umno yang dibawa Hadi Awang dan pengikutnya. Tidak mustahil ahli Pas akan menolak tindakan UG yang cuba dibuat oleh Hadi Awang selepas PRU14???


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/03/jangan-pelik-pas-bn-bentuk-kerajaan-campuran-kata-hadi/




Undi || (( )) || X PKR

UNDI PAS = UNDI UMNO

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Senarai Blog @ Bisnes