Semua komponen Pakatan Harapan berkorban demi kemenangan rakyat

Semua komponen Pakatan Harapan berkorban demi kemenangan rakyat
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pengorbanan keempat-empat parti di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) memberi peluang tinggi buat blok pesaing BN itu untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berpendapat, kesediaan kesemua komponen parti dalam PH mengorbankan kepentingan sendiri akan dinilai oleh rakyat dalam PRU14 ini yang dianggapnya sebagai luar biasa.
“Pilihan raya kali ini luar biasa. Peluang Pakatan Harapan mencapai kemenangan adalah amat tinggi kerana setiap anggota parti dalam Pakatan Harapan masing-masing melakukan pengorbanan.
“Bukan satu, dua (parti) tetapi semua berkorban dan pengorbanan PH ini amat jelas dapat dilihat dan dinilai oleh seluruh pengundi,” katanya dalam program Fokus yang disiar secara langsung di Oren TV malam tadi.
Paling terbaharu, jelasnya, DAP apabila parti berlambangkan roket itu sanggup tidak menggunakan logo parti mereka demi menjamin imej Pakatan Harapan yang padu dan utuh.
“Mereka sanggup tidak menggunakan lambang roket yang cukup dikenali rakyat dan telah mereka gunakan kira-kira 60 tahun.
“Jadi, tidak ada sebab mana-mana pengundi berasa risau sekiranya Pakatan Harapan akan berbalah apabila menang nanti,” tegasnya.
Menurutnya, DAP terbukti melakukan pengorbanan besar untuk menggunakan logo PKR pada PRU kali ini walaupun DAP bertanding di kawasan yang jika diikutkan tidak perlu pun menggunakan lambang parti lain.
Pada masa sama, jelasnya, PKR juga terlebih awal melakukan pengorbanan walaupun lambang parti mereka digunakan oleh semua parti termasuk DAP.
“Hakikatnya pemimpin dan pengikut tegar mereka sejak Reformasi lagi terlebih dahulu telah melakukan pengorbanan apabila bersetuju menerima Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi cukup kerusi untuk ke Putrajaya.
“PKR sanggup mengetepikan peraaan marah, dendam, benci dan melupakan perkara lalu yang pahit dan menyayat hati bagi menentukan gabungan PH bersatu dan bersama menghasilkan cabaran cukup berkesan terhadap Najib dan BN.
“Tun Mahathir pun ada menyebutkan hal ini dalam Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam lalu,” ujarnya.
Bahkan, Khalid berpandangan Bersatu juga telah berkorban apabila membentuk parti baharu selepas keluar dari Umno biarpun ada yang sudah puluhan tahun berada di dalamnya serta mendapat kuasa dalam kerajaan.
“Mereka yang daripada parti pemerintah keluar dari Umno hingga terpaksa menempuh ranjau penuh liku untuk membina Bersatu dan menarik sokongan daripada Umno bagi menjatuhkan Najib dan BN pada PRU kali ini
“Ia bukan satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi seorang yang menjadi Perdana Menteri untuk 22 tahun tetapi kemudiannya datang duduk semeja dengan mereka yang pernah menjadi lawannya dahulu.
“Ianya satu pengorbanan, datang berdamping dengan orang yang pernah menjadi musuh dan memohon kerjasama dalam usaha menjatuhkan BN dan Najib,” hujahnya.
Begitu juga AMANAH, jelasnya, turut melakukan pengorbanan besar apabila memutuskan untuk keluar dari Pas meskipun ada yang bersama parti bulan itu sejak zaman remaja lagi.
“Ada yang berpuluh tahun membina Pas, akhirnya keluar tubuhkan AMANAH sebagai parti baharu.
“Sehingga kami berdepan pelbagai ancaman, gelaran menghina, dimaki, solat hajat dan doa laknat oleh agamawan yang sepatutnya menzahirkan akhlak jauh lebih mulia seperti ditunjukkan oleh Rasullullah,” ujarnya.
Sehubungan itu, Khalid menyifatkan semua bentuk pengorbanan oleh keempat-empat parti dalam PH itu hanya bagi memastikan hasrat rakyat untuk melihat perubahan tercapai.
“InsyaAllah, rakyat akan dibebaskan daripada dibelenggu oleh BN. Keempat-empat parti berkorban demi menjamin kemenangan rakyat.
“Rakyat sekarang jelas ditindas dan Umno-BN hanya ingin memaksa kepimpinan mereka ke atas rakyat dengan sedaya upaya menggunakan tipu helah dan salah guna kuasa bagi memastikan mereka tetap akan memrrintah walaupun rakyat sudah tidak mahu,” tegasnya lagi.
mdl

Picture
Previous
Next Post »

20 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 12:47 PTG delete

TOLAK BN. PENCURI. TOLAK PAS. BERKECUALI.

TANGKAP MO1. TANGKAP JHO LOW TAEK.

HAPUS GST! GST HARAM! NO GST!

[(( ))] UNDI PAKATAN HARAPAN [(( ))]

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 12:52 PTG delete

Pengorbanan taik kucing, apa yang mung korbankan?

Rakyat lebih cerdik dari mung, pengkhianat

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 12:57 PTG delete

DAP nk tarik undi Melayu, kalau tak oercaya cuba letak logo DAP, boleh mampus LGE dan LKS sebab mereka sedar mereka lantang menentang Melayu dan Islam, Kolik Samak nk perbodohkan Melayu tapi Melayu awal-awal dah menolak Haprak, berangan aje la Kolik Samak....kehkehkeh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 1:08 PTG delete

Ana tahu. Ana ambil duit Umno. Tok Guru ambil duit Umno. Ana sumpah enta jadi abu. Mana pengkhianatan yang lebih dahsyat?

Tunduknya Pas menjadi khaddam kepada musuh (Umno) selepas diupah ratusan juta?

Buang ego sejak hampir 60 tahun tak pakai lambang roket parti sendiri?

Bertolak ansur sehingga semua kerusi Parlimen dibahagi tanpa perbalahan dan berebut seperti pergolakan Umno dan MCA?

Ahli Pas sedang menilai tingkahlaku pemimpin yang khianat dalam perjuangan. Mereka dah tahu kemuncup yang ATGNA beritahu dahulu ialah pemimpin yang sedang bertaawun dengan musuh demi dedak.



Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 1:24 PTG delete

Undi PAKATAN HARAPAN demi tolak politik perkauman dan merosakkan agama dan sistem raja berperlembagaan seperti parti dinosaur yang wajib pupus.

Bawa politik pembaharuan dan maju supaya rakyat tidak lagi boleh dimomok dengan isu kaum, agama, isu sensitif dan memecah belah keharmonian kita.

[(())] X PAKATAN HARAPAN.

Demi politik baru.

Demi TANGKAP JHO LOW TAEK.

TANGKAP MO1.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 2:41 PTG delete

Haprak pun lebih dashyat dari BN, di Selangor sehingga kehari ini masih lagi belum selesai agih kerusi

Kerusi yang dijamin menang semua nak sampai berbalah sesama sendiri

Kerusi yang dijamin kalah semua tolak, boleh hilang kuasa dan jawatan

Kesimpulannya Haprak ni memang utamakan kuasa dan jawatan, pi mampus la rakyat

Siapa yang jamin kemenangan tu? Kaji selidik lah yang bagi jaminan sebab tu Haprak suka berangan

Kalu betul ikhlas berjuang kerana rakyat letak la kat mana pun....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 2:44 PTG delete

Logo mata lebam terhasil dari kezaliman Madey

Sekarang Madey duduk dibawah logo yang tercpta akibat kezalimannya

Rakyat cerdik dan beriman akan menolak pemimpin PH dan BN yang kerosakan akhlak

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 3:55 PTG delete

Kleptokrat Sial Najib akan bertanding di Langkawi? Kekeke. Macai kasta rendah pun dah mula pandai menyindir Kleptokrat Sial Najib Tun Razak? Kekeke. Berani ke Kleptokrat Sial Najib Tun Razak terima cabaran Tun di Langkawi? Macai kasta rendah pun dah berani cabar cari tempat lain Jib. Kekeke.




Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 4:07 PTG delete

Mata yang lebam dah sembuh. Pakatan Harapan ibarat biduk lalu kiambang kembali bertaut.

Yang masih berbalah dan berebut kerusi ialah Umno, MIC dan MCA. Masing-masing berebut kawasan dan tidak tolak ansur langsung. Zahid maki Cina MCA parti tak cukup wakil. Najib sindir Cina MCA tamak nak jadi Menteri. Pemimpin Umno maki hamun Cina MCA pendatang tak boleh bagi kerusi. MCA maki orang Melayu Umno lembik. MCA kutuk pemimpin Melayu ambil dadah. MCA hina orang Melayu Umno pilih pemimpin lemah bawah Kleptokrat Sial Najib Tun Razak. Cina MCA tuduh Umno tidak lagi sekuat masa Tun. Kekeke. Sudah lemau macam biskut masuk angin. Be End semakin parah dan berebut-rebut nak kejar kerusi selamat. Kekeke.




Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 4:38 PTG delete

https://www.facebook.com/Tansrirafidah/posts/2044816365775820

KES KORBAN TANAH MELAYU ISLAM MILIK TENTERA KEPADA TSR CAPITAL (SYARIKAT SWASTA MILIK 3 ORANG SAHAJA). UNDI KLEPTOKRAT SIAL NAJIB TUN RAZAK HABIS ORANG MELAYU KENA JUAL.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 5:12 PTG delete

Lantak najib la nk bertanding kat mana pun, yang pasti Pepsi akan bertembung dgn Coke yang akan mengakibat buih-buih membanjiri kawasan bertanding dikala itu rakyat akan cari Mineral Water untuk menghilangkan kejijikan buih-buih akibat pertembungan Coke dan
Pepsi....kehkehkeh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 5:17 PTG delete

Memang lah UMNO kan Pepsi tiada beza peelnya dgn Coke, sama2 gila kuasa dan jawatan

Mata lebam tu akibat dari perbuatan Mahazalim yg amat disanjung oleh pemimpin yg gila jawatan, mata lebam dah sembuh tapi logonya masih berdarah lagi...reformasi dah basi...kehkehkeh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 5:19 PTG delete

Itu perbuatan Pepsi dan lebih teruk lagi perbuatan Mahazalim Coke...kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 6:33 PTG delete

Macai2 hingusan ada yg belum hidup lagi ketika itu....hehehehe
Mrk cuma lihat klcc jer...hehehehe

Mrk tak lihat kekayaan hasil rasuah dan salahguna kuasa tun klepet utk anak..waris..proksi dan kroni....hehehehe

Mana ada bekas peeM yg mampu memiliki 8 buah rmh mewah di dlm dan luar negara termasuk ladang kuda bernilai jutaan ringgit....
Hanya tun klepet jer....hehehehehe

Dlm wawancara terkini tun klepet dgn media adalah akan menapis internet spt negara2 diktator lain jika menang pru14...ish ish ish

Nampak sgt tun klepet akan lakukan perkara yg pernah dilakukannya suatu ketika dahulu andai berkuasa...

Internet disekat dan ISA mgkin dihidupkan semula.Pemansuhan ISA oleh kerajaan skrg antara penyebab tun klepet hangin sgt dgn najib...hehehe

Nampak gayanya...regim diktator...rasuah dan salahguna kuasa akan berulang kembali.

Syukur di kalangan penentang perasuah dan salahguna kuasa tun klepet sedang menjalankan kempen tanpa mengira fahaman politik dan akan menolak legasi 22tahun berulang kembali....

KITA KUBURKAN LEGASI 22TAHUN!!!!!
BIAR JADI KENANGAN TERINDAH KITA MELIHAT LEGASI 22TAHUN TERKUBUR TERUS DI NEGARA TERCINTA INI!!!!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 6:39 PTG delete

Klu girlfriend tun klepet tu bercakap serupa bff nya...tak heranlah...hehehehe

Pidah sendiri pon mcm mentornya kaki rasuah dan salahguna kuasa...hehehehe

Klu dia bawa cerita serupa cerita tun klepet...abaikan jer...hehehehehe

Biasalah klu dh menopause...hehehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 6:42 PTG delete

Tangkap tun klepet!!!!

Oopppsssss....dosa2nya dah dihapuskan oleh kit sial....hehehehehehe

Dah tua...biarkan jerlah...
Biar dia mghabiskan usia tuanya menunggang kuda di argentina...hehehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 April 2018 6:47 PTG delete

Berkorban utk penyamun tarbus tun klepet...ish ish ish
Pemimpin2 haprak mgkin seronok krn dpt dedak spt dedak2 yg ditaburkan oleh tun klepet 22tahun jd peeM pada anak..waris..proksi dan kroninya...

Macai2 haprak dan macai2 doj dpt apa???
Dpt bunga dan taik jer...hehehehehe

Silakan berkorban utk penyamun tarbus tun klepet....hehehehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 April 2018 8:11 PG delete

Buruk bebeno macai Kleptokrat Sial Najib Tun Razak berlakon jadi walaun. Kekeke. Hudoh sangat. Kekeke. Macai tak payoh ler nak meroyan meracau konon nyokong Pas. Ahli Pas pun tak sior ke macai jenis kuat meroyan. Kekeke. Elok ler kome buat komen memuji memuja Jho Low Taek. Kekeke. Boleh juga mengubat hati duka lara Kleptokrat Sial Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor dan Anak Sial mereka Riza Aziz. Kekeke.



Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 April 2018 8:45 PG delete

AHLI PAS BERSAMA PAKATAN HARAPAN DAN WARISAN.

AHLI PAS DAN PH TEKAD KALAHKAN BN. BUKAN PECAH UNDI MELAYU MACAM BERLAKU DI KOTA DAMANSARA DAN SUNGAI ACHEH.

AHLI PAS DAH TERKENA PRU13. MEREKA DAH TAHU CALON PAS DIBERI LALUAN PRESIDEN UNTUK PECAH UNDI MELAYU PR. TUJUAN HADI AWANG SUPAYA BN MENANG.

KINI STRATEGI 130 KERUSI PAS DIGUNA UNTUK PECAH UNDI MELAYU PH. TUJUAN YANG SAMA HADI AWANG MENANGKAN BN SEKALI LAGI.

MELAYU ISLAM DITEKAN GST. TANAH HAK MILIK KEKAL DIJUAL KEPADA WARGA ASING. TANAH TENTERA MELAYU ISLAM DIJUAL KEPADA TSR CAPITAL MILIK 3 LEMBAGA MISTERI. TETAPI PRESIDEN PAS MAHU KEKAL BN DENGAN PECAH UNDI PAKATAN HARAPAN.

AHLI PAS YANG ISTIQAMAH LAWAN BN TAK BOLEH BIARKAN PRESIDEN BERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA BN. LAWAN MUSUH DALAM SELIMUT DENGAN UNDI PAKATAN HARAPAN

PKR [(())] X

[(())] LAMBANG TOLAK BN ORI.


JANGAN PILIH FAKE PARTY.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13 April 2018 10:35 PG delete

Baru lagi, Hadi Awang nampak tak puas hati bila Timbalan cuba kecam SPR. Isu hari Rabu pun boleh jadi perbalahan terbuka Tuan Presiden dan Timbalan dalam Jemaah yang konon perjuang Islam. Dalam banyak hal semua ucapan Timbalan disanggah tanpa segan silu oleh Tuan Presiden. Seolah-olah Timbalan yang ada hanya boneka sahaja. Apa salahnya kalau nak bergaduh dan bertumbuk dibuat dalam kelambu sendiri. Jangan buat ahli Pas rasa malu sebab ada Pimpinan yang caca merba dan berpecah-belah. Lagipun Timbalan yang ada itu bila buka mulut sahaja tak sampai 24 jam ditempelak macam macai politik gred E. Jagalah adab dalam berjemaah Tuan Presiden. Malunya Timbalan bila tegurannya dibalas sendiri dengan biadap dan kurang ajar oleh Tuan Presiden Pas.



Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Senarai Blog @ Bisnes