Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 19, 2018

Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik

Pas hanya menjadi pemecah undi, kata ahli akademik
Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat Pas hanya menjadi pemecah undi dalam pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menurutnya, BN dijangka mendapat kelebihan apabila berlaku saingan tiga penjuru tetapi pada masa sama pengaruh Umno di sesuatu kawasan juga menjadi faktor penentu.
Beliau berkata, sejauh mana kawasan terbabit menjadi kubu kuat akan menentukan undi berpihak kepada mana-mana parti dalam pertandingan tiga penjuru di antara Umno, Pas dan Bersatu.
“Pas hanya menjadi pemecah undi. Semuanya bergantung kepada negeri mana benteng BN kuat atau kubu kuat Pas atau PKR.
“Semua bergantung juga kepada kawasan bandar, luar bandar atau pinggir bandar,” dipetik daripada akhbar Berita Harian hari ini.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisomuddin Bakar berpendapat pemimpin Pas berada dalam situasi delusi atau tidak rasional yang bercanggah dengan pertimbangan pengundi.
“Perkiraan pengundi tidak sebegitu. Bagi saya, ini delusi yang dialami pemimpin Pas. Mereka anggap strategi itu (Gagasan Sejahtera) diterima dan pengundi berfikir seperti mereka.
“Mereka (Pimpinan Pas) berada dalam delusi apabila menganggap bahawa jentera Pas masih lagi kuat. Dalam keadaan Pas bergabung ketika Pakatan Rakyat dan sebelum itu Barisan Alternatif, Pas dapat lonjakan kerana gabungan yang kuat, diyakini pengundi dan dibantu oleh kawan-kawan yang lain,” jelasnya.
Hisomuddin ketika ditemubual dalam slot Analisis Awani di saluran 501 Astro Awani baru-baru ini berkata, Pas yang tidak bersama secara rasmi dengan BN mahupun Pakatan Harapan tidak dapat memberikan impak kepada keputusan PRU-14.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Pas memutuskan untuk bertanding di 130 kerusi, iaitu sembilan kerusi melebihi jumlah ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun, parti hijau yang memusuhi Pakatan Harapan dan pada masa sama mesra Umno-BN itu meletakkan sasaran menang paling kurang 40 kerusi Parlimen.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi dalam wawancara panjang disiarkan Mingguan Malaysia semalam berkata, jumlah minimum kerusi yang dimenangi itu menjadikan Pas mempunyai pengaruh untuk menentukan kerajaan dan mencapai matlamat perjuangan Islam.
Ahli Parlimen Marang berkenaan berkata, Pas mahu menang pilihan raya bersama Islam yang didukung sama ada menjadi kerajaan memerintah atau pembangkang yang menasihat.
Abdul Hadi turut memberitahu partinya memiliki kekuatan jentera dengan 196 kawasan daripada 222 kerusi Parlimen dan 7,053 cawangan selain calon berkaliber daripada pelbagai latar belakang.
mdl
Picture

29 ulasan:

  1. Lepas PRU14 Parti Hadi dah tak relevan dah. Yang boleh gugat Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor ialah PH. MUSUH UMNO paling ampuh ialah PPBM dan PKR. Bukan lagi Parti Hadi.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Setel dulu isu fitnah liwat anwar sejak 1998.
      Tak kesian ker pemimpin korang tu mati dgn gelaran peliwat ehsan dpd klepet tun mahdey...hehehe

      Padam
    2. Meroyan lagi ke bang? Sian. Kekeke.



      Padam
    3. Kesian korang cai....
      Satu puak...sokong nuar
      Satu puak lagi...sokong mahdey

      Korang setel dulu isu fitnah liwat anwar baru haprak nampak gah sikit..hehehe

      Nobody..bila lagi nak setel?!!!
      Asyik meroyan dan mggigil jer bila sebut isu fitnah liwat nie...hehehehe

      Padam
    4. Tu bukan meroyan la bro...dia ni tunggu pendirian dari mung......ke mung memang susah nak berpendirian?...kalau cam tu bukan dia yg meroyan mung la yang meroyan sebenonya....kehkehkeh

      Padam
    5. Kesian macai meroyan tak abis lagi. Olololo.. meroyan. Kekeke.



      Padam
  2. Aku tak nampak pulak yang PAS memecahkan undi, undi PAS yang pecah adalah disebabkan PAN, penyokong dan ahli PAS tetap akan undi PAS, apa ke bodoh professor macam ni, sepatutnya professor ni kata kekuatan PAS amat bernilai buat PH untuk menjatuhkan BN bukan saja Jibby dan proffessor ni patut memikirkan cara bagaimana untuk mengelak pergaduhan apabila hendak membahagikan kuasa nanti macam pembahagian kerusi yang sampai kehari ini pun belum mendapat kata putus, move on la proff!, jangan lembab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas dah out of picture. PRU14 Pakatan Harapan TUN & DSAI versus Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor. Sian tengok macai nak kena jilat Parti Hadi yang dah hancur. Di tempat aku setakat bendera sahaja yang jadi pengganti Parti Hadi. Pengundi dah tak berminat nak berborak pasal Parti Hadi kecuali bab Hadi dan masalah peribadinya semata-mata. Yang memuji Parti Hadi hebat di khalayak ramai atau dalam group Whatsapp langsung tak dapat respon (sebab yang dengar atau baca ketawa terbahak dalam hati melihat ada lagi orang yang tak ikut perkembangan politik semasa.) Rasanya mereka pun sedar sebab makin lama komen memuji Parti Hadi makin lenyap. Tiada siapa lagi peduli Parti Hadi Awang, pakar Takfiri dari Marang.



      Padam
    2. Nobody...ko sebok nak buat andaian dan fitnah jer...hehehe
      Haprak yg berantakan antara penyokong abg non dan tun klepet perlu diselesaikan segera....
      Ko ingat senang2 ker otai2 reformis nak maafkan org tua kutuk klepet sial tu!!!!
      Hehehehehe

      Selesaikan dulu isu fitnah liwat!!!!
      Sblm ko sebok dgn tepi kain org lain...

      Org lain tgh kuatkan benteng dan bersedia bila2 masa...
      Korang pulak sebok nak berebut kerusi...hehehehehe
      BODOH!!!!Ada hati nak menyibuk hal rmhtangga org lain...hehehehe
      Biasalah...standard macai klepet...hehehe

      Padam
    3. Penyokong tegar umno dalam group Whatsapp sendiri dah viralkan pujian media Yahudi di atas kejayaan pertama sejak 53 tahun Diplomat mereka menjejak kaki ke Malaysia. Tapi tanpa sebarang komen dan respon. Mungkin mengharap respon group atas pagar? Atau mungkin tak puas hati dengan umno? - Lagu selingan WIND OF CHANGE : SCORPION. Kekeke.



      Padam
    4. Hehehehe...tapi kenapa masih takut pecah undi bro?...jangan ambil kisah la pasal parti yang dah hancur....kan dah tak relevan....biar perpendirian cai...jangan jadi macam LGBT...sekejap jadi mek sekejap lagi jadi awang....kena ada satu je cai....mek ke awang ....meliwat atau memfitnah?...

      Padam
    5. Dah nama beruk tu nobody...manusia tanpa pendirian...hehehehe
      Meroyan dia klu sentuh isu fitnah liwat anwar tu...hehehehe

      Padam
  3. Kahkahkah....tergelak aku baca artikel ni...BA atau PR kuat kerana bergabung dengan PAS bro, bukan PAS jadi kuat bila bergabung dengan BA atau PR....rakan2 dalam BA atau PR hanya tumpang kekuatan jentera PAS....hadam betul2 tu Hisomuddin...PAS sekarang ni dah jadi amat kuat jika dibandingkan ketika PAS berada dalam BA atau PR dulu....sekarang PAS bersama dengan jentera yang sama semasa berada dalam BA dan PR...ringan dan laju...disebabkan tiada lagi beruk-beruk yang bergayut.....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini komen macai Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor yang paling kelakar. Kekeke..



      Padam
    2. Cari kain...bungkus brg2 skrg!!!!
      PANxxx..pgayR dan parti klepet akan bungkus!!!!
      Hehehehe

      Padam
    3. Kehkehkeh.....walaupun kelakar itulah realitinya kan?.......terima saja la

      Padam
    4. Kalau betul BA atau PR kuat kenapa tak kekal sebagai BA atau PR....tanpa PAS terus saja terkubur BA atau PR...tak lama lagi PH pulak.....kita tungggguuuu...kehkehkeh

      Padam
    5. Jgn jeles cai...
      Dulu nak solat mana2 masjid kena hati2...apatah lagi nak pegi kenduri..
      Skrg dah bebas....hehehehe

      Tahniah pemimpin2 umno/pas!!!!
      Demi agama dan bangsa wlpun berlainan fahaman politik.Agar dibalasNya setimpal dgn keikhlasan anda semua!!!

      Nobody...ko jgn jeles...yek!!
      Ko pegi jel tido jer dgn abg non ko tu...hehehehe
      Jgn lupa bawak ky jel...
      Hehehehehehe

      Hati2...jgn org tua kutuk tu tahu..
      Nanti dia jadikan modal lantik anaknya sebagai peeM krn banduan tak tobat2...hehehehe

      Padam
    6. Kekeke.. umno-pas bebas apa? Kleptokrat Sial Najib Tun Razak sampai merangkak-rangkak jumpa Ku Li minta nyawa. Tak layan pulak tu. Lebih 60% undi protes bro. Lebih 60% sahih. Mau tak meroyan nak bubar Parlimen? Kekeke.



      Padam
    7. Elehhh...kuli tu pon musuh ketat mahdey klepet...
      Nak mintak nyawa apa???
      Yg betul2 merangkak minta nyawa dgn pas ialah mahdey klepet...
      Minta nyawa dgn pgayR..
      Minta nyawa dgn dapigs..
      Minta nyawa dgn pas...

      Yg harunya...pgayR dan dapigs jer yg sanggup melutut di tapak kaki siklepet tua tu...
      Tu pon ada perjanjian kaya raya dpd parti klepet dan kroni2 mrk...hehehe

      Tahniah pas krn ada prinsip dan pendirian...TAHNIAH!!!
      Jgn lupa 22tahun penghinaan dan kutukan situa klepet sial tu thdp pas...

      Kita kuburkan legasi 22tahun yg gila memewahkan anak..waris..proksi dan kroni mrk!!!
      Apa!!! Tua kutuk tu ingat negara ini wilayah kerala ker...hehehehe

      Tahniah jugak kpd rakan2 otai reformis yg turut menolak diktator klepet memerintah negara...

      Hanya macai2 BODOH jer yg msh menjilat bontot siklepet tua nyanyuk tu....hehehehe

      Padam
    8. Kekeke. Panjang meroyan bro. Dongeng purba tak boleh jadi persepsi bro. Kena cerita sambil sharing link. Baru sampai. Tengok viral Jerusalem Post. Sampai tergamak penyokong tegar umno sendiri pos? Mesti dia baca komen aku yang hentam macai Kleptokrat Sial Najib Tun Razak sampai meroyan. Kekeke. Jangan lupa komen kat Jerusalem Post tau macai. Link tu dah kena sharing hampir 700 kali! Kalau check berita lain semua bawah 50 sharing saja. WIND OF CHANGE - SCORPION. Kekeke.



      Padam
    9. Dongeng purba...hehehe
      Isu fitnah liwat anwar tak terjwb ada hati sebok hal parti lain...hehehe
      Meroyan tak henti2...masalah dlman haprak tak setel2...hehehe

      Padam
  4. Dari tahun 1951 sehingga ke hari ini 2018, PAS melawan umno, tiba-tiba datang parti yang baharu nak masuk sama nak lawan dengan umno, mereka kata PAS penyebab 3 penjuru, PAS pemecah undi, sedangkan PAS dari dulu lagi consistent melawan umno, kalau nak umno kalah jangan masuk bertanding, biar PAS je yang lawan umno....PAS ada jentera hebat, ahli dan penyokong melimpah ruah kalau betul nak kalahkan umno biarkan saja pertandingan 2 penjuru antara PAS dan umno, baru betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenyataan betul jika diucapkan oleh Allahyarham Ahmad Boestamam Yusof Rawa, Fadzil Nor atau Nik Aziz. Tapi sebab yang ucap ialah Ustad Idris Ahmad jadi kenyataan palsu dan fitnah ke atas perjuangan taawun Hadi Awang dan Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor.


      #UP=UBN=UJTL

      #Undi Pas = Undi be end = undi Jho Taek Low!



      Padam
    2. Hahaha.. Arwah Yusoff Rawa dan Arwah Ustaz Fadhil Nor adalah presiden.. siapa pulak presiden selepas mereka.. ni mesti kamu tak tahu bezakan yg mana satu presiden dan yg mana satu Mursyidul Am.. keh keh...

      Dasar barua DAP..

      Padam
  5. Agak slow dan mandom saja respon pejuang tegar Islam - Melayu - Tok Arab dan Parti Hadi dalam isu Diplomat Israel jejak kaki ke Malaysia kali pertama sejak 53 tahun. Tertelan dedak berlebihan ke? Kekeke.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih menunggu respon LKS dan LGE pasal duit israel Rm1 billion dan pengkalan tentera di PD jika DAP menang di peringkat persekutuan mengetuai pakatan pembangkang ..

      Padam
  6. Sharing is caring. Kekeke.

    https://www.timesofisrael.com/in-first-israeli-diplomats-attend-un-conference-in-malaysia/



    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. PAS terus maju ke depan..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...