Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 21, 2018

Hot!! Husam dakwa ada bukti rakaman Pas bekerjasama dengan Umno

Husam dakwa ada bukti rakaman Pas  bekerjasama dengan Umno
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pendedahan berkaitan Pas sedang berpakat dengan Umno semakin panas apabila wujud satu taklimat mengenai perkara itu secara tertutup dan sulit.
Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman taklimat berkenaan dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.
“Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya.
“Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok malam tadi.
Dari rakaman itu katanya dapatlah diketahui bahawa Pas sudah bekerjasama dengan Umno.
“Pas sudah ambil duit Umno.
“Termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak, ambil duit daripada Umno,” katanya.
Mengulas pengakuan Presiden Pas bahawa ada “taawun” dengan Umno beliau berkata, ia merujuk kerjasama dalam pilihan raya.
“Caranya adalah Pas bertanding tiga penjuru supaya menang Umno.
“Perkara ini tentu tidak akan diberitahu kepada pengikut bawahan.
“Ini yang orang Pas wajib tahu dan saya wajib sampaikan,” katanya.
Beliau seterusnya mencabar pimpinan berkenaan yang kini tahu ancaman “sumpah jadi abu” ada di tangan beliau menafikan perkara itu.
“Sila buat penafian kalau perkara ini tidak benar.
“Jika jelas perkara ini benar, pilihan raya ini hanya ada dua pilihan antara PH dan Barisan Nasional (BN).
“Ini kerana menyokong Pas dalam pilihan raya ini hanya bertujuan memenangkan BN,” katannya.
Beliau turut mempertikaikan kenyataan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bertanding untuk menyelesaikan masalah-masalah negara.
“Melalui wawancara dalam akhbar mingguan beliau kata bertanding nak selesai masalah negara.
“Tolong selesai masalah Kelantan dululah,”katanya.
Yang terbaru katanya, pelbagai masalah timbul dalam pengurusan Ladang Rakyat.
“Ladang Rakyat melalui koperasinya yang menguruskan dana ahlinya dari golongan miskin membeli sebuah setesen minyak di Tunjong.
“Akibat salah urus, setesen itu telah terhenti operasi hampir setahun.
“Apa yang malang apabila perkara ini didedahkan oleh satu bloh, mereka boleh jawab, apa masalahnya kalau tak operasi,” katanya.
Sikap seperti ini kata beliau telah menyebabkan kerugian demi kerugian kepada wang rakyat.
“Telah banyak yang telah saya dedahkan, dan banyak lagi yang cuba disembunyikan.
“Kalau mengurus Kelantan penuh dengan kegagalan bagaimana nak janjikan untuk selesaikan masalah negara,” soalnya.
mdl
Picture

18 ulasan:

  1. BLEH SEMBANG LER HUSE.KALU BTOI LAGI MAU SIMPAN KER???BUKA JER LER.HUHUHUHU....BILA NK MARAH UMNONYA????DOK ASYIK MEROYAN KAT pAS JE...HUHUHU.....

    BalasPadam
  2. Mak marah umno kenapa pulak? UMNO dah geng dengan PAN, kalau serang UMNO bermakna serang PAN la.

    Dengan UMNO senang berkira, nanti Huse kuasa 10 mudah la dapat kerusi MB, tapi Huse kena lalu depan Sultan dulu minta perkenan.

    BalasPadam
  3. Bukti rakaman urusniaga 90 juta pun dah ke laut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knp pas tak saman husam? Masuk mahkamah baru cerita. Sebab tu najib pun tak berani saman wsj. Takut terbongkar segala2

      Padam
    2. Aku dah jawab ni..

      Tapi x pe aku jwb lgi.. kerana PAS menganggapkan husam ini seorang islam berbanding Clara.. selalunya.. selalunyalah seorang islam bila membuat tuduhan spesifik macam ni akan mengemukakan bukti demi utk tidak dituduh PENIPU..

      Yg keduanya ialah apa ada hal saman si bangkrap polotik macam husam tu.. lebih baik saman individu di luar negara barulah ada ummpphh..

      Padam
    3. Saman je. Banyak benar alasan. Mat Nasha dan TITM dah umum nak saman Husam dan Rafizi sekali. Yang macai pula lebih sudu dari kuah. Kekeke.



      Padam
    4. LKS dan LGE pun nak saman Razali yg dakwa DAP terima RM1billion jika menang dan bg PD kpd Israel utk buat Pengkalan Tentera Israel..

      Mereka juga mahu saman TGHH akan dakwaan DAP anti islam.. namun sehingga sekarang tiada tindakan tandanya dakwaan tu BENAR??

      Mujurlah PAS sdg saman SR isu 90 juta tanda dakwaan SR dan Husam itu fitnah.. Alhamdulillah..

      Padam
  4. Aku tak kesah pon klu pas dan umno bekerjasama demi bangsa dan agama.Yg husam tugu meroyan bermimpi apa pekdah!!!

    Zaman tun klepet dulu kelantan mundur krn org tua nyanyuk tu bersikap pendendam.Nak jejak kaki ke kelantan pon jijik.Skrg dia peluk cium dah dgn musuh tradisinya si kapir dapigs demi kuasa dan harta.

    Errr...yg haprak buat kerjasama perjanjian dgn yahudi zionis...apa cerita????Siap dpt sumbangan derma pulak...hehehehe
    Dan yg busuknya...sibanduan tu sanggup bekerjasama menjaga keselamatan negara haram yahudi zionis????

    Hehehe...haprak buat kerjasama dgn kapir zionis kira halal.Yg pas nak buat kerjasama dgn umno nak dikutuk.Samada husam tugu nie dah gila meroyan atau dah tak ada apa nak dicakap...hehehe
    Elok ko jaga anak ko tu baik2...hehehe

    BalasPadam
  5. Kekeke. Macai Kleptokrat Sial Najib Tun Razak pun tak ada yang menafikan kenyataan Husam? Napok gaye Kelate doh bulih ko Huse mugo gayo politik supo pendekate diguno TGNA. Dok gelujoh dan tahu maso nok kecek gak. Buke supo anjing, bui tule salok. Bui dedok selok. Kekeke. PH Amanoh Kerajae Baru Kelate..PH Kerajae Baru Malaysia. Insya Allah!




    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin... Permulaan era baru kelate. Semoga semua rakyat makin senang hidup, bukan nik amar dan berapa kerat lebai vip saja

      Padam
    2. Kelantan sebuah negeri miskin akibat permainan politik pemerintah di peringkat persekutuan namun punyai bilangan rakyat yg kaya2 melebihi negeri2 UMNO yg lain...

      Padam
  6. Hanya beruk jer yg percaya manusia mimpi karut 15 kali nie....hehehe

    BalasPadam
  7. Mat Nasha terima duit curi 1MDB - Rafizi
    https://www.youtube.com/watch?v=065vYwCkf8g

    Mat Nasha konon nak ambil tindakan udang-udang sebalik batu?
    https://www.youtube.com/watch?v=vLox7L_ZvK0

    TITM pun meludah kahaknya kepada macai yang lebih sudu daripada kuah?
    https://www.youtube.com/watch?v=H35AdgcHFFg

    Wajah berlakon suci Lebai dan Mat Nasha bersama Al marhum TGNA.
    https://www.youtube.com/watch?v=danMi5m1oxQ

    Lebih kurang 10 bulan Al marhum meninggal dunia, Lebai suci mula tunjuk taringnya sambil pakai baju merah jambu bersama Kleptokrat Sial Najib Tun Razak?
    https://www.youtube.com/watch?v=OI37GulL6n0

    #90,000,000 dedak Kleptokrat Sial Najib Tun Razak
    #UP=UBN
    #Undi Pas = Undi Umno
    #Pas Pecah Undi Melayu = Najib Kleptokrat PM?



    BalasPadam
  8. Punca utama Exco Pas Kelantan beramai-ramai melawan Husam Musa seorang diri?
    https://www.youtube.com/watch?v=xCYe9tjnYeQ

    Kekeke. Almarhum TGNA pun tahu Exco Pas yang ada takbley pakai.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Jasa husam atau sesiapa shj yg pernah berkhidmat kpd PAS tak siapa yg boleh menafikan dan hanya Allah yg layak membalasnya.

      Namun walau sebesar atau sekecil mana sekalipun jasa beliau pasti ada org lain lagi yg punyai jasa yg lebih besar atau yg lebih kecil daripada jasa beliau.. pokoknya samada ikhlas atau tidak dan itu hanya individu tersebut dgn Allah shj yg tahu..

      Dan jika sebesar gunung sekalipun jasa beliau, itu tetap tidak memberikan lesen utk beliau sesuka hati memfitnah serta memburuk2kan pemimpin beliau sendiri.. apatah lagi jika tidak punyai bukti yg menyokong..

      Padam
  9. Dengan "Tangga Emas" yang dimiliki oleh PAS yang menjadi mimpi ngeri UMNO dan PH, PAS akan berjaya memerintah 5 negeri selepas pru 14. Inshaa-Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengigau siang hari. Sembang Pak Lebai takbley blah.


      PRU1 - Pas 1 (BERSENDIRIAN)
      PRU2 - Pas 13 (BERSENDIRIAN)
      PRU3 - Pas 9 (BERSENDIRIAN)
      PRU4 - Pas 12 (BERSENDIRIAN)
      PRU5 - Pas (BN)
      PRU6 - Pas 5 (BERSENDIRIAN)
      PRU7 - Pas 1 (BERSENDIRIAN)

      PRU8 - Pas 7 (APU)

      PRU9 - Pas 7 (APU)

      PRU10 - 1999 - Pas 27 (BA)

      PRU11 - 2004 - Pas 7 (BA tanpa DAP)

      PRU12 - 2008 - Pas 23 (PR)

      PRU13 - 2013 - Pas 21 (PR)

      PRU14 - 2018 - Pas 40 (BERSENDIRIAN)?


      Mat Jenin atau Lebai Malang?




      Padam
    2. Alhamdulillah PAS kini ada di 196 Kawasan (Bahagian) dan 7000 lebih Cawangan di seluruh negara.. jom bandingkan dgn berapa jumlah yg dimiliki oleh parti2 dlm PH dan kemudian kita nilai siapakah yg ngigau di siang hari; PAS atau PKR atau PPBM dan atau PAN.. keh keh..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...