Mengapa Parti Pas cemburu terhadap Pakatan Harapan?

Pas Kelantan
Membaca tulisan Naib Presiden Pas, Haji Idris Ahmad yang berasa pelik apabila Pakatan Harapan ingin menawan Kelantan, bukan negeri lain yang ditadbir Umno, saya juga turut berasa pelik bagaimana Idris boleh membuat kesimpulan begitu, Pakatan Harapan telah bergerak pantas di setiap negeri termasuk Johor, Kedah, Perlis , dan lain lain negeri dalam usaha untuk merampas kekuasaan kerajaan negeri dari tangan Barisan Nasional.
Disebut "hendak menawan Kelantan" adalah kerana majlis itu diadakan di Kelantan dan dihadiri ramai pengunjung dari negeri Kelantan, maka wajarlah disebut sebut dalam majlis itu, usaha Pakatan untuk menawan Kelantan dari Pas, dan jika majlis itu diadakan di Johor, tentu sahaja kita akan menyebut usaha dan hasrat kita untuk menawan Johor.
Idris juga membuat tohmahan DAP akan menentukan hala tuju Pakatan Harapan berbekal ucapan Lim Kit Siang yang "istiharkan" Husam Musa, bekas orang kanan almarhum Tuan Guru Nik Aziz, sebagai menteri besar yang baru sekiranya Pakatan berjaya menawan Kelantan pada PRU yang akan datang. Hakikatnya "pengistiharan" Husam sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan menang di Kelantan adalah "sihir politik" sebagaimana telah disebut penulis politik terkenal, Mohd Sayuti Omar.
Pengistiharan Husam sebagai menteri besar adalah sama seperti pengistiharan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah jika Umno menangi Kedah pada PRU13, iaitu bertujuan untuk menarik sokongan dan keyakinan rakyat dengan membawakan ikon besar sebagai pemimpin negeri, strategi ini ternyata berjaya di Kedah apabila Umno berjaya menawan Kedah kembali dari tangan Pas, maka bagaimana pembacaan politik Idris begitu cetek untuk membaca tindakan Lim Kit Siang itu?
Tohmahan DAP yang menentukan hala tuju Pakatan adalah tohmahan membabi buta yang dibuat dengan niat jahat demi kepentingan politik Pas dan Umno, DAP adalah kompenen Pakatan Harapan yang meletakkan paling sedikit calon dalam pilihan raya, tiada asas sedikit pun tuduhan itu melainkan ia hanya mengulangi tuduhan Umno terhadap Pakatan Rakyat yang disertai Pas satu ketika dahulu.
Idris turut persoalkan, adakah jika Pakatan Harapan menang di Kelantan, adakah Pakatan akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan adakah semua syiar islam dan program berciri islam akan dikekalkan, atau sebaliknya menjadi seperti Terengganu selepas UMNO merampas kerajaan Terengganu dari Pas pada 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja.
Sebelum menyentuh persoalan itu, satu perkara yang saya ingin Haji Idris dan pimpinan Pas Terengganu jawab, mengapa, apabila Adun Batu Burok, Dr. Syed Azman mengemukakan notis usul supaya DUN Terengganu membincang semula serta meneliti Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan dizaman Pas menjadi Kerajaan Terengganu, mengapa tindakan murni itu dikecam oleh pimpinan Pas Negeri bahkan tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila usul tersebut ditolak? Mengapa yang dimarahi adalah Dr. Syed Azman bukan Speaker Dewan dari BN?
Berbalik pada soalan adakah Pakatan Harapan akan kekalkan Enakmen Jenayah tersebut, katak bawah tempurung pun tahu bahawa wakil rakyat Pakatan Harapan dari parti AMANAH, mereka sendiri berusaha untuk memperkasa mahkamah syariah melalui usul yang dibawa ke parlimen namun ditolak Speaker Dewan Rakyat, jadi tiada isu enakmen itu dihapuskan bahkan penambahbaikan akan terus dilakukan agar mahkamah syariah bukan sahaja akan diperkasa bahkan dilihat adil dan saksama di mata rakyat.
Satu hal yang saya setuju dengan Haji Idris adalah, kita percaya rakyat Kelantan tidak akan rela pembangunan Islam yang dibina selama ini dimusnahkan, pembangunan Islam yang dibina almarhum Tuan Guru Nik Aziz tidak harus dirosakkan dengan kerakusan pihak tertentu yang merosakkan alam melalui aktiviti pembalakan yang melampau, pembangunan Islam yang dicemari dengan penindasan terhadap penduduk kampung, pembangunan islam yang dirosakkan dengan bebanan hutang negeri yang melampau, maka Pakatan Harapan akan membawa agenda, membangun Kelantan dengan islam, bukan hanya pada slogan dan dijadikan tunggangan politik semata mata.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

19 ulasan

Write ulasan
aminsihat
AUTHOR
5 Julai 2017 8:31 PG delete

Dalam keadaan DAP tidak bertanding walau 1 kerusi pun di Kelantan, ia berkuasa untuk menentukan siapa calon MB Kelantan. Hebat kan DAP.?


Dengan pengisytiharan tersebut ia bagaikan menjadi bukti nyata terang lagi bersuluh bahawa PAN hanyalah alat DAP yang perlu tunduk, taat dan patuh kepada tuan kesayangannya.
Apabila PAS memberi reaksi balas terhadap pengisytiharan oleh DAP itu, bangkit pula YB Hanipa Maidin, peguam tersohor PAN membela Lim Kit Siang yang diserang oleh PAS.

Lihat sahaja deretan status Facebook YB Hanipa, kita pun terkeliru, adakah benar dia masih bergelar seorang peguam dan ahli Parlimen Sepang atau sudah mengubah kerjaya sebagai Cyber Trooper PAN.?

Bertalu serangan murahan dia lancarkan terhadap PAS khususnya Tuan Guru Presiden PAS.

Yang lawaknya, nama FB pun dia masih menggunakan nama PAS iaitu "Peguam PAS- Dulu".

PAN terpaksa melaksanakan "control damage" terhadap pengisytiharan DAP itu. Tokoh penglipur lara PAN Kelantan, Cikgu Wan Rahim berkata kenyataan Lim Kit Siang itu hanyalah pandangan peribadi sahaja.

Semalam, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PAN turut mengulangi skrip sama, pengisytiharan oleh Lim Kit Siang itu hanyalah pandangan peribadi sahaja.

Hari ini, calon MB idaman DAP, Husam Musa pula mengadakan sidang media di KL. Husam menyatakan kesediaannya menjadi calon sementara MB Kelantan.

Lawak betul.. Ini dah macam kisah drama Pakatan Harapan yang berbalah dalam menentukan siapa calon PM ke-7?

Tun Mahathir sedia jadi PM lagi, Anwar sedia berundur , Wan Azizah pula sedia jadi PM sementara.
Mereka lebih kalut berebut ghanimah jawatan yang belum tentu dapat.

Silap gaya, Husam Musa akan mengikut jejak langkah Datuk Dr Awang Adek Hussain, 'bekas calon MB Kelantan' yang diisytiharkan oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum tahun 2008 dulu. Bukan sahaja dia gagal bergelar MB, bahkan dia kalah di kedua-dua kerusi DUN Perupok dan Parlimen Bachok yang ditandinginya.

Melihatkan kesungguhan Pakatan Harapan mahu menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan ini membuatkan kita berfikir. Sebenarnya PH mahu melawan PAS atau melawan UMNO-BN.? Di mulut mereka saban hari berkata mahu menjatuhkan Kerajaan pimpinan PM Najib tetapi hakikatnya PH lah yang membantu UMNO untuk menang di Kelantan.

Mengapa tidak pula kedengaran Pakatan Harapan mengumumkan calon MB PH di Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, dan Perlis.?

Bukankah kesemua negeri tersebut sedang ditadbir oleh UMNO-BN?

Apakah PH mampu memberi jaminan bahawa Pulau Pinang dan Selangor akan kekal di bawah penguasaan mereka pada PRU 14 nanti.?

Kepada Lim Kit Siang, saya petik kembali baris terakhir Analisis The Star hari ini yang ditulis oleh Kolumnis Joceline Tan, "Lim’s dream of spending the next Hari Raya with Husam as the Mentri Besar is likely to remain a dream."
Dalam keghairahan PH untuk menawan Putrajaya dan Kelantan, mungkin mereka terlupa kata pepatah Melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran."

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 11:51 PG delete

1- Kelantangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperjuangkan isu kleptokrasi perlu diinterpretasikan juga olehnya terhadap dakwaan rasuah sebanyak USD5 juta yang dilakukan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin kepada Clinton Foundation untuk campur tangan dalam isu 1MDB. Ia sebagaimana rahsia yang ‘dibocorkan’ Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

2. Kit Siang tidak perlu terus berhelah dan berdolak dalih serta mengelak dengan membesarkan isu lain sedangkan perkara itu amat serius yang secara nyata mengundang campur tangan asing. Malah anaknya, Lim Guan Eng juga seakan membayangkan DAP tidak bermasalah sekalipun wujud tindakan ketenteraan ke atas negara ini. Apakah anda sebagai Ahli Parlimen Malaysia rela dengan campur tangan seperti itu?

3. Beliau kini dilihat dalam dilema kerana Mahathir yang pernah menjadi musuh ketatnya dahulu, tetapi kini adalah sekutu akrabnya untuk menerajui dan melayari bahtera Pakatan Harapan (PH). Malah, Kit Siang seakan terkedu apabila hanya mendiamkan diri berhubung skandal matawang asing (forex) yang berlaku pada tahun 1992 atas Bank Negara Malaysia. Sedangkan ketika itu beliau paling menyinga untuk mendakwa Mahathir.

4. Isu itu belum selesai hingga 20 tahun selepas itupun iaitu pada tahun 2012 lalu, Kit Siang masih mengulangi penegasannya untuk siasatan tetap diadakan. Tiba-tiba sekarang beliau bukan sahaja seperti telah ‘mensucikan’ Mahathir, malah sering dilihat bersama termasuk merancang pembahagian kedudukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri andai PH berkuasa memerintah. Bahkan terdahulu, langsung tidak menyatakan sikap terhadap skandal rasuah yang membabitkan Guan Eng.

5. Mungkin kerana Kit Siang juga sepakat untuk melihat campur tangan asing semata-mata halobanya menguasai pemerintahan, maka dia merestui tindakan kleptokrasi Mahathir dan kecenderungan anaknya Guan Eng berkait tindakan ketenteraan itu. Jika demikian, sikapnya tersebut adalah tidak setia dan pengkhianatan kepada negara di mana kecurangan ini perlu diberi perhatian serius oleh rakyat dan pihak berkuasa negara.

6- PANcai yang bebal amat mudah diperbodohkan oleh Lim Kit Sial.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 12:20 PTG delete

Kesian walaun... pandangan dan arahan pun tak boleh beza...
Bnykkan membaca...jgn taksub membuta tuli...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 2:20 PTG delete

awat! bila lobai besaq hang mensucikan ajibol kira ok pulak..hujah dari ayat mana pulak hang nak kilas.

en walaun, dulu pan-pis@pas kata nak jadi penasihat. mana? tak nampak pun nasihat nasihat cerdik dari pan-pis. apa pasai dah tersedak akibat makan dedak kut..alahai en walaun

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 2:28 PTG delete

hanya tok ketua no 2 hang saja yang nampak cerdik sikit..tapi kesian juga kat tn hj tu..kalau bagi nasihat yg kaw kaw sikit kat gomen, nanti tok ketua no 1 hang jeling manja pulak..

last last sekali keluaq la statement statement yg selalu kontradik...
sekali keluaq statement dari suara hati yg ikhlas, tapi bila dah kena jeling terpaksalah keluaq statement sekali lagi untuk jaga hati no 1...kalau ikut kitab pascai kira istiqomah ke ni..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 2:36 PTG delete

ya tuan, yg tu jenis en walaun yg jenis tak suka membaca, berfikir dan mengkaji. apa yg dia tulis tu hanya berdasarkan cakap cakap geng dia ketika mengopi dan juga ucapan ketua ketua depa. tu la ada akai tak mau pakai..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 2:44 PTG delete

90 juta tu hutang. biasa lah gelagat org yg berhutang tp x mampu nak byr balik.. kena ikut ckp pemiutang, agama letak tepi dulu.. kesian pd lebai2 totok pas yg dibodohkan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 3:11 PTG delete

Taksub apa bendanya, mulanya pandangan lepas tu arahan pulak, kan dah biasa PANgan diarah oleh DAPigs.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 3:15 PTG delete

Yang perlu dibaca ialah Al Quran, fikr dan fahami dulu apa maksud Al-Quran dan apa yang ditegah oleh Allah SWT, bukan membaca membabi buta artikel yang belum tentu sahih, Al Quran diturunkan untuk dijadikan panduan dan ikutan bukan artikel murahan yang dijadikan ikutan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 3:20 PTG delete

Masa bila pulak PAS mensucikan ajibol? Kalau tak tahu jangan cakap tanpa fakta ianya nampak bodoh, selama berpuluh tahun kit sial menuduh madey penyamun dan madey menuduh kit sial bapa rasis, oleh sebab mereka satu kapal dalam haprak semua kesalahan dah jadi tak salah, bukan sikit bro RM40 billion tu, bapa rasis dah tak rasis lagi, pancai jangan mudah sangat diperdaya oleh dua individu yang dah hampir nyayuk.
Berfikirlah secara matang dan sejahtera.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 3:25 PTG delete

Kau tak faham strategi politik matang dan sejahtera, bukan macam pemimpin pakatan hampas yang selalu berhempas pulas nak jadi hero cari publisiti, lastnya habuk pun tarak. Banyak fitnahnya dari yang betul. Itulah kehebatan PAS yang tiada pada parti lain.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 3:30 PTG delete

Inilah salah satu fitnah pancai, tiada isu lain yang boleh melibatkan pemimpin PAS, sebabnya PAS meletakkan Al-Quran sebagai panduan hidup bukannya sarawak report. Pemimpin PAS memang terkenal dengan prinsip dan integriti jauh meninggalkan parti2 politik lain diMalaysia ni yang ada saja pemimpinnya disabitkan rasuah dan kerosakan akhlak. Hebat PAS bro.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2017 10:42 PTG delete

Sarawak Report tu kitab suci ph.Tanpa SR maka tiada ceramah politik bagi ph.Tak percaya????

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Julai 2017 3:28 PG delete

Yang dekat dan sasaran mudah tak mau disaman, yang di London nak disaman... betul ke kutip duit dalam tin milo untuk saman SR, atau buat tok lebai mana pi joli di London.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Julai 2017 6:43 PG delete

Bukan macam madey, 1 Syawal pergi enjoy kat luar negara, RM40 billion tu, banyak tu bro, tujuh keturunan belum tentu habis.

SR pun madey petik jari je, berapa banyak dedak SR nak bagi je janji fitnah mesti jadi kenyataan. Inilah politik mahafiraun dan disokong oleh kuncu2 yang taksub dengan dedak.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Julai 2017 7:40 PG delete

3:28,
Waktu macam ni biasanya orang bertahajjud tapi kau sibuk buat fitnah, biasanya waktu-waktu macam nih la LGBT berkeliaran cari mangsa, kau LGBT ke? bukan fitnah tanya je....

Reply
avatar
nick
AUTHOR
6 Julai 2017 8:01 PG delete

PAS bukan cemburu tapi ketaq lutut...takut siot.. Nanti kalau Kelantan hanyut macamana nak dapat songlap duit dan bermewah2? kalau dah takde jawatan mungkin kerja2 songlap dan salah guna akan disiasat dan akan didakwa. Tu ytang buat semua lebai2 dalam kerajaan negeri Kelantan dok menggigil lemah lutut. habislah kali ni...Range Rover mungkin kena rampas, harta benda kena sita dan bini cabut lari... Nik Amar yang paling kecut sebab tawaran PH untuk melantik Husam sebagai MB mengundang bahaya besar kepada PAS Kelantan. Husam tu disayang oleh rakyat Kelantan maka apabila dinobatkan sebagai MB KALAU PH menang maka rakyat kelantan akan berfikir berpuluh2 kali sebelum mengundi PAS. Tapi kalau PAS pulak menobatkan Nik Amar sebagai bakal MB, adakah rakyat Kelantan akan teruja atau ia akan jadi alasan untuk rakyat Kelantan menolak PAS? Fikir2kanlah apa sebabnya PAS pusat dan terutamanya kat Kelantan tengah ketaq lutut. Berapa ramai yang dah terbayang dok dikejar SPRM dan masuk mahkamah? Curi balak? makan angin pakai duit rakyat? Songlap duit guru2 dan rakyat? Dato Husam mesti tahu lebih banyak kes dan kalau dia menjadi MB, penyamun2 boleh selamat? I think not!!!

Nick.
Cape Tiger.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Julai 2017 5:38 PTG delete

Banggang, kehkehkeh......tulis panjang faktanya tiada hanya fitnah je yang mampu pancai gunakan untuk berhujah....kesian la, buang masa je....kahkahkah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
8 Julai 2017 5:27 PG delete

Nick dengan bangganya mendedahkan keinginan pan utk menawan kelantan dari pas.. tapi cukup menyinga jika pas hendak bertanding 100 kerusi.. nampak tak betapa hipokritnya pan?

Lepas tu dituduh2 macam2 fitnah ke atas pas tapi dia lupa pula akan adanya tuduhan org kuat pan kelantan menerima jutaan ringgit dari towkey genting yg sehingga hari ini tak pernah dinafikan di dalam mana2 blog atau di mana2 ceramah.. pasti rakyat kelantan boleh menilai ini semua.. maksud saya samada memilih pilihan arwah tgna ataupun pilihan lim kit siang!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes