PANAS!! : USTAZ PAS BUAT FITNAH KEPADA DAP DAN KERAJAAN PULAU PINANG

Status Facebook Ustaz Salehhuddin Nasir yang tidak rasional ketika umat Islam berada di hari kedua bulan Ramadan dibanjiri kecaman pengguna media sosialStatus Facebook Ustaz Salehhuddin Nasir yang tidak rasional ketika umat Islam berada di hari kedua bulan Ramadan dibanjiri kecaman pengguna media sosial
Selepas aksi bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin menampar Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad, 26 Mei lalu, pemimpin Pas Gombak pula mengejutkan banyak pihak dengan kecamannya pada hari kedua umat Islam berpuasa.
Salehhuddin NasirSalehhuddin NasirMeluahkan isi hatinya di Facebook pada 28 Mei lalu, Yang Dipertua Pas kawasan itu, Salehhuddin Nasir jelas tidak menyenangi kehadiran pemimpin DAP dalam majlis berbuka puasa bersama penganut Islam. 
Beliau dalam status di media sosial itu jam 10.59 malam, secara berterus-terang mengakui "meluat (dan) menyampah" dengan keadaan tersebut yang dianggapnya sebagai menyibuk. 
"Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh," katanya merujuk kepada program yang dikaitkan dengan Penang Tourism tetapi sebenarnya tidak wujud seperti disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, 27 Mei lalu.
Tidak cukup itu, Salehhuddin menujukan petikan ayat enam, Surah Al-Kafiruun yang bermaksud 'untukmu agamamu, untukku agamaku' kepada masyarakat Islam.
"Kepada orang Islam, Allah dah sebut lakum dinukum waliyadin," ujarnya yang kemudian mengundang lebih 400 komentar selepas 24 jam dimuat naik dengan majoritinya mengutuk sikap pemimpin Pas kawasan di Selangor itu.
Lanjut memanaskan kenyataan apabila beliau dengan butiran pada profil Facebook, "Mengejar syurga yang telah sedia menanti" mengaitkan Amanah dan PKR pula sebagai 'macai' DAP.  
"Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. Pan (panggilan lazim pemimpin dan penyokong tegar Pas terhadap Parti Amanah Negara), PKR macai DAP!!" kecamnya lagi.
Kenyataan tersebut biarpun memperoleh hampir 200 'likes' pada tempoh sama bagaimanapun menyaksikan komentar pro Salehhuddin atau Pas 'ditenggelami' dengan cemuhan pengguna media sosial atau netizen.
Antaranya mendesak Salehhuddin memperbanyak mengucap dua kalimah syahadah selain menyifatkan tidak memiliki ciri sosial Islam yang dibawa Rasulullah SAW.
Terdapat juga netizen meletakkan pautan laporan berita mengenai Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang turut berdoa bersama penganut Islam di masjid.
Tidak kurang juga sejumlah pengagum Ustaz Salehhuddin sebelum ini lantaran ceramah agamanya yang menarik telah mengisytiharkan menolak pemimpin Pas akar umbi itu ekoran status Facebook tersebut.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

23 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 11:06 PG delete

ni..le padahnya bila sifat ehsan dah takde dlm diri...atau masa belajar tak jumpe kot?mmg kita kena hati2 ngan dap..tp tak le sampai melalut melulu...sampai menbutakan mata...yg kita nampak hanya dap je...mcm mana yg lain2???? tak sedar kah kita.....siape yg ambik mudah syariat islam kat malaysia ni....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 12:05 PTG delete

Masalah ini timbul apabila umat Islam yang tidak peka dan tidak mementingkan ayat-ayat Allah SWT yang melarang umat Islam mengambil kaum kafir sebagai pemimpin.

Apabila pemimpin yang diangkat dari golongan kafir untuk memimpin umat Islam maka akan terjadilah sesutau yang diluar sempadan, kafir yang tidak berpuasa dimuliakan dan diletakkan setaraf dengan umat Islam yang berpuasa.

Jauhilah golongan kafir dari memimpin umat Islam, sebabnya golongan kafir tidak akan sesekali menerima Islam seperti ditegaskan oleh Allah swt didalam Al-Quran.

Jadilah umat Rasulullah saw yang sentiasa berpegang pada Al-Quran, buatlah yang disuruh dan tinggalkanlah apa yang dilarang oleh Allah swt, jadilah mukmin yang sejati.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 12:57 PTG delete

lebai gombak ni macam ada masalah rumahtangga. kesian, bwk bertenang. jgn dok mencarut buat org menyampah..

Reply
avatar
antiug
AUTHOR
30 Mei 2017 2:15 PTG delete

Demo ngaji x habis lg, cuba baca pandangan ulamak Yusof Qardawimengenai isu ini.....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 2:57 PTG delete

Tak perlu la nak guna nama Yusuff Al Qhardawi sedangkan kamu sendiri tak tahu apa yang Yusuff Al Qardhawi perjelaskan selari dengan ayat2 Al Quran yang melarang umat Islam mengambil pemimpin dari golongan kafir.

Kafir amat dilarang oleh Allah swt untuk memimpin umat Islam terutama kafir harbi macam DAP. Faham betul2 dulu.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 3:08 PTG delete

awat! hang faham ke apa yg YAQ katakan tu? kalau faham pi la nasihat tok tok lebai hang tu supaya lebih berakhlak.

tang baik semua kena kat depa, tang buruk pula semua kat orang..ni jenis taksub melulu dan jenis mengaji tak habis.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 4:31 PTG delete

Ooh lebai din, x payahle nak berlagak alim sngt..semakin meluat org pd pas.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 5:33 PTG delete

Baik ke jahat ke memang Allah swt melarang umat Islam mengambil kafir menjadi pemimpinnya....

Jangan kerana habuan dunia dari kafir hang hilang pedoman dan sempadan dengan ayat2 Allah swt hang ada akal hang pikiaq betul2...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 5:36 PTG delete

Alim ke tak alim ke memang Allah swt melarang umat Islam mengangkat kafir untuk memimpin umat Islam.....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 5:41 PTG delete

Nak cerita pasal akhlak, PAS jauh lebih baik dari segi kemuliaan akhlak, PAN pengkhianat yang mencuri, DAP lagi ramai yang rosak akhlak, kaki betina, kaki kelab malam, kaki rasuah , makan babi, minum arak, PKR pun banyak kaki rasuah, ketua amk kaya raya, PPBM ada ketua perompak dan kaki main bini orang orang, berakhlak kah mereka? PAS je yang berintegriti, terima sajalah....

Reply
avatar
Asry SI
AUTHOR
30 Mei 2017 7:10 PTG delete

Akan tetapi jika pemimpin yang kafir tersebut memerintahkan perkara yang diakui dalam syariat islam baik yang wajib atau sunnah, maka hukum mengikuti perintah mereka dalam perkara ini wajib jika diwajibkan dalam islam dan sunnah jika disunnahkan dalam islam. Wajib disini bukan didasarkan perintahnya akan tetapi berdasarkan perintah Allah dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Salam....#Islamitusyumul

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 8:00 PTG delete

Pesta arak, kacau majlis fatwa, pesta lgbt dan segala pesta yang merosakkan akhlak itu diakui dalam syariat Islam ke?

Reply
avatar
Nobody
AUTHOR
30 Mei 2017 10:26 PTG delete

Salam Ramadhan semua,

Lama tak jumpa!!! Saya kembali. Sorry busy sikit sekarang.

Mangkuk di atas, kau sebut pesta arak, kacau majlis fatwa , pesta lgbt dan segala macam pesta tu mana bukti kau???

Hadi sial tu dah ikut perangai syaitan syiah kafir laknat haram jadah kau perogol umat Islam kau pun nak ikut perangai syaitan kafir syiah perogol tu ke???

Syiah je yang menipu membuat fitnah macam ni dapat pahala!!!

Islam mana kau belajar???

Islam babi ke???

Patutlah Allah laknat PAS sebagai PIGS!!!

PERANGAI MACAM BABI!!!

WOI BABI, KALAU KAU NAK TUNJUK PERANGAI BABI LAKNAT SINI MAIN FITNAH2 BAGAI KAU PERGI MAIN JAUH2LAH KALAU TAK ADA BUKTI!!!

KAMI SEMUA NAK YANG HALAL JE. YANG BABI HARAM KAKI FITNAK MACAM KAU KAMI TAKNAK!!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 10:31 PTG delete

Slogan passs baru. KING MAKIE DIDDAHULUKAN POLITIK NATANG DIUTAMAKAN. PUUUUUL LUUUS. Agamawan akhir zaman yg melacurkan agama demi habuan duniawi. Kat spore pemerintah cina tapi kes rasuah kecil kat msia pemimpin dari daerahnya pej tanahnya penguasa keselamtanya majoriti islam tapi yg tiap ari kena tangkap pun islam. Jahanam golongan2 perosak agama.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 10:55 PTG delete

Penfitnah tegar ada lagi ingat dah insaf dah rupanya masih sibuk dengan aktiviti memfitnah.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 11:05 PTG delete

Slogan PH yang baru, maki hamun dilarang, merompak, merasuah, zina, mabuk arak, bermaksiat, berpesta lgbt dihalalkan demi nafsu duniawi, jaga akhlak daripada maki hamun macam mat sabun, baru dikira akhlak mulia. Mat sabun dah pencen, dulu serba serbi maki hamun, mahafiraun sekarang dah cium pipi.....kahkahkahkah!!!!!!

Nak cerita pasal rasuah, siapa yang rasuah?....kahkahkah beli banglo murah ke?....
buat mahligai macam court mamout?......hebat korang menilai pemimpin, kafir pun boleh jadi pemimpin....asal saja duduk bersila berbuka puasa dengan korang.......semuanya ada kepentingan.....undi....undi....biar kita duduk sekali dengan mereka, janji mereka undi kita....kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 11:06 PTG delete

Hang pi duduk Spore la lagi bagus.....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mei 2017 11:21 PTG delete

Orang PAS lah bagi gelaran Ustaz kepada manusia yang tidak berilmu ini...

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
31 Mei 2017 12:15 PG delete

Kenapa org PAN tak boleh terima jika kita kata tak boleh pilih pemimpin kafir harbi?

Reply
avatar
Asry SI
AUTHOR
31 Mei 2017 1:31 PG delete


Kafir terbahagi kepada empat jenis; Kafir zimmi, kafir mu’ahad, kafir harbi, kafir musta’man.

Kafir zimmi: iaitu orang kafir yang meminta perlindungan dari negara-negara Islam untuk melindungi mereka dengan syarat mereka perlu membayar wang perlindungan. Al-dzim bermaksud perlindungan.

Apabila dia meminta perlindungan daripada orang Islam, dia tetap kafir. Orang Islam memberi perlindungan kepadanya dengan syarat yang perlu ditunaikan seperti membayar cukai, ufti dan seumpamanya.

Seperti mana kerajaan Islam di bawah pemerintahan Umar memberi perlindungan kepada kerajaan Spanyol dahulu. Mereka perlu membayar kepada kerajaan Islam setiap tahun sebanyak 10 ribu dinar emas. Maka dengan itu umat Islam haram menyakiti atau mengambil hak-hak orang kafir dzimmi.

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis,

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا فِيْ كُنْهِهِ – أَيْ فِيْ عَهْدِهِ وَأَمَانِهِ- فَلَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ

“Siapa yang membunuh orang kafir yang ada perjanjian dalam kunhi-nya (dalam penjanjian dan jaminan keamanan padanya), maka dia tidak akan mencium bau surga.” (Ahmad dan Abu Dawud)

Kafir mu’ahad: iaitu orang kafir yang ada perjanjian dengan orang Islam, seperti mana orang kafir yang ada di dalam negara kita. Mereka ada perjanjian dengan kita. Mereka merupakan rakyat dalam negara ini.

Selama mana mereka mematuhi perundangan dan perjanjian dalam negara ini maka mereka adalah kafir mu’ahad. Jadi umat Islam dilarang menyakiti mereka, umat Islam dilarang mengambil harta dan hak mereka, hukumnya haram kerana mereka adalah orang kafir yang telah mengikat perjanjian dengan kita. Tidak boleh kita sakiti mereka atau melanggar penjanjian yang dibuat dengan mereka.

Kafir Musta’man: iaitu orang kafir pelarian, contohnya yang datang dari Bosnia, Pakistan, India, China dan sebagainya. Sekiranya dia adalah pelarian, masuk ke negara kita dan meminta perlindungan dari kita dan kita pun memberikan perlindungan kepada mereka. Seperti mana disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran,

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْلَمُونَ

“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” (Surah At-Taubah: 6)

Haram bagi umat Islam menyakiti kafir musta’man, kita beri mereka masuk dan kita berikan perlindungan kepada mereka.

Kafir harbi: iaitu kafir yang kita perangi mereka (dengan mengikut ketentuan Syarak). Mengapa kita memerangi mereka adalah kerana mereka melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan kaum Muslimin, seperti Yahudi di Madinah.

Nabi masuk ke Madinah dan orang Yahudi sudah ada di Madinah. Nabi membuat perundangan Islam di Madinah (Piagam Madinah) yang ada di dalamnya 47 fasal. 21 daripadanya adalah untuk menjaga kepentingan kabilah-kabilah Yahudi seluruh Madinah; Bani Qainuqa’, Bani Nadzir, Bani Quraidzah, dan lain-lain.

Jadi apabila ada perjanjian, Nabi melarang mengambil hak Yahudi dan Nabi melarang umat Islam menyakiti Yahudi. Tetapi apabila Yahudi melanggar perjanjian dan bekerjasama dengan orang kafir Makkah untuk menyerang Umat Islam di Madinah, maka disebabkan mereka telah melanggar perjanjian, hukumnya mereka ini diperangi dan mereka menjadi kafir harbi.

Namun hukum kafir harbi ini bukanlah hukuman yang kecil, ia hukuman yang berat kerana kafir harbi ini sampai ke tahap dia boleh dibunuh. Oleh sebab itu jangan kita sewenang-wenangnya menuduh puak itu kafir harbi atau puak ini kafir harbi....#sekolahpondok#tolakotaksempit

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
31 Mei 2017 7:30 PG delete

salehuddin nasir @ mr onani

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
31 Mei 2017 10:55 PG delete

Kafir DAPigs dah lama dah langgar perjanjian, nak kata kafir mu'ahad mereka langgar perjanjian dan perlembagaan, nak kata kafir zimmi mereka tak bayar pun "jizyah"....mereka adalah penentang Islam, kafir yang menentang Islam adalah kafir harbi.....mereka ni semua dilarang oleh Allah swt menjadi pemimpin kepada umat Islam. Mereka ada agenda kristianisasi....hati-hatilah PANCAI...

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
31 Mei 2017 7:02 PTG delete

Sehari sebelum PRU13, LGE pernah berjanji dgn TGHH utk merelakan PAS berjuang sendirian utk negara islam sebagaimana TGHH berjanji utk merelakan DAP berjuang sendirian utk negara Malaysian Malaysia. Namun dgn terangnya LGE memungkiri atau melanggar janjinya sendiri.

Bukanlah di sini saya hendak mengatakan PAS berhak memerangi DAP kerana PAS bukanlah kerajaan yg memerintah. Cuma ingin memaklumkan memang PAS telah membuat keputusan yg betul dgn memusuhi DAP kerana melanggar perjanjian tersebut. Kami tak perlu peduli pun org PAN bersetuju atau tidak kerana memang DAP sudahpun menghampiri sikap kafir harbi!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes