Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 13, 2017

Panas!! : PKR tolak tohmahan majlis syura Pas

Saifuddin Nasution IsmailSaifuddin Nasution Ismail
Dengan nada yang lebih tegas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak tohmahan  Majlis Syura Ulamak Pas kononnya PKR menentang agenda Islam, melanggar adab-adab bekerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan Pas.
Saifuddin turut menzahirkan kekesalan partinya terhadap keputusan Majlis Syura Ulamak Pas untuk memutuskan hubungan dengan parti itu namun menghormatinya atas kebebasan politik.
Menurut beliau, rekod PKR kekal sebagai sebuah parti multiracial, komited memperjuangkan agenda rakyat, membanteras rasuah dan penyelewengan, mendedahkan salah urus dan tatakelola pemerintah dan teguh memupuk dan memelihara kerjasama akrab dan solidariti sesama rakan-rakan pembangkang.
"Pimpinan PKR akan segera berbincang dan mengambil pendirian terhadap keputusan Majlis Syura Ulamak Pas," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam Majlis Syura Ulamak Pas mengesahkan pembatalan kerjasama politik dengan PKR, namun kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat.
Pengumuman dibuat Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam sidang media di Pejabat Agung Pas.
Menurut Zawawi, begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi yang menyebabkan hubungan politik antara Pas dan PKR terbatal.
Antara perlanggaran tersebut, ujar beliau adalah kegagalan PKR untuk menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti usul Rang Undang-undang 355 (RUU 355).
PKR juga, jelas Zawawi telah melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej Pas.
Malah parti itu dianggap mengkhianati hubungan politik dengan Pas apabila bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang Pas dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada jawatankuasa kerja Pas Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat," katanya.
Sidang media Pas itu turut dihadiri Ketua Penerangan Pas Nasruddin Hasan dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Abdul Nik Abdul Aziz yang juga anggota majlis syura parti itu.
mdl
peluang
      

2 ulasan:

  1. Tak payah buang masa.. tumpukan kpd PH dan GS sudahla..

    BalasPadam
  2. Mrk bukan shj menyerang parti lain ttp turut menyerang sesama ahli dlm pgayR.TSKI dijatuhkan krn gagal memberi laba kpd mrk.Maka sipudin jgn berlagak baik sgt...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...