Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mei 16, 2017

PANAS!! : LAGI AHLI PAS TINGGALKAN PAS SERTAI PARTI ISLAM (AMANAH)

Omar menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Dr Mohd Hatta Ramli bagi mewakili orang kampungnya.Omar menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Dr Mohd Hatta Ramli bagi mewakili orang kampungnya.
Setelah selesai muktamar Pas di Alor Setar minggu lalu yang memutuskan parti itu dengan semua parti pembangkang, 36 ahli dan penyokong Pas dari Kampung Perik, Padang Terap, lari meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah.
Mereka menyertai Parti Amanah Negara dalam satu majlis yang telah diadakan di kampung tersebut kelmarin.
Borang permohonan keahlian tersebut telah diserahkan oleh bekas Setiausaha Pas cawangan Kampung Perik, Omar Mohd Noor kepada Pengarah Pilihan Raya, Amanah Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.
Omar berkata, ramai ahli Pas dalam kawasan tersebut semakin hilang keyakinan kepada kepimpinan Pas kini setelah melihat hala taju tidak seperti dahulu lagi.
Malah katanya, ramai ahli Pas kecewa dengan keputusan yang diambil Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR, sebaliknya sanggup pula untuk berbaik-baik dengan Umno yang terbukti semakin menzalimi rakyat miskin.
"Kami juga khuatir hubungan yang begitu intim dengan Umno oleh pimpinan Pas hanyalah untuk meraih sokongan serta kemenangan dalam pilihan raya umum yang akan datang, namun begitu kemungkaran tidak ditentang.
"Yang peliknya kenapa Pas kini semakin menerima perjuangan Umno sehinggakan sanggup untuk menyokong dasar Umno yang ditentang sejak dari dahulu lagi.
"Atas kesedaran itulah, kami mengambil keputusan untuk menyertai Amanah hari ini, " jelasnya.
Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, ramai lagi yang akan menyertai Amanah tidak lama lagi.
"Ramai antara mereka telah sedar bahawa perjuangan yang sedang dilakari oleh Amanah adalah perjuangan peduli rakyat.
"Amanah memberi perhatian serius terhadap kebajikan dan keperitan hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat.
"Kesukaran ini adalah hasil bikinan tangan-tangan serta dasar Umno dan BN yang menekan hidup rakyat termasuklah golongan marhaen dan miskin lagi daif," ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, adalah tidak adil bagi mana-mana parti pembangkang yang mendakwa membela nasib rakyat, sebaliknya bersekongkol dengan parti pemerintah yang terbukti jelas dan ketara kemungkaran yang sedang mereka laksanakan.
Oleh kerana itu katanya, tindakan yang diambil oleh penduduk Kampung Perik dengan menyertai Amanah adalah tindakan bijak yang mendorong untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, khususnya di negeri Kedah.
mdl
peluang

15 ulasan:

  1. PAS dah nafikan bro.. mintak PAN namakan 4 org pun cukuplah dari yg dikatakan 40 org tu.. keh keh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh terima hakikat,ramai dah meluat dgn Parti Audiq7 Samalaysia.

      Padam
    2. Ye ke ramai meluat.. kalau macam tu ratusan ribu berkumpul utk RUU dtg dari mana pulak.. Cer PAN buat pulak perhimpunan, kita tgk melayu ramai ke cina ramai..

      Padam
    3. Ala wanrosli labun lebih.bila minta video matsabu tolak hudud terus menggelupur. Kahkahkah

      Padam
    4. Mat sabu dah tak relevan lagi dalam politik Malaysia, sorry ya.

      Padam
  2. tak sangka parti lebai bulan ni bodoh. pengkhianat. tak pedulikan kehidupan rakyat marhaen yg tertindas. yg dia tau maki sana sini, kafir mengkafir sesama islam, menayangkan kemewahan, mintak derma. ptuihh.! join BN teruslah.. xpayah pusing2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh dan bahalol lagi penyokong Haprak yang menyokong kaki rasuah, kaki betina, kaki clubbing, kaki mabuk, perompak dan penyamun, rakyat dah tertindas pemimpin Haprak masih lagi main betina, minum arak sampai mabuk, pergi club malam samapi lewat malam, merompak dan menyamun harta rakyat, ptttuuuiiiiiiiihhh.

      Padam
  3. Parti PAS yang sinonim dengan tin milo telah berubah menjadi parti kaya raya ! Inilah hasilnya jika sokong umno ahaha. Umno rembat duit rakyat lepas tu dia share dengan parti2 yang sokong dia .MIC, MCA, PAS semua ni jadi parti macai untuk umno ahahaha.

    Bila Umno suruh lompat depa lompat, suruh jilat depa jilat . Cukup bulan account masyuuk juta2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS memang sinonim dengan tin milo yang penuh dengan duit penyokong dan ahli PAS supaya PAS membawa perjuangan Islam untuk kebaikan rakyat.

      Setiap parti mempunyai hala tuju, perjalanan setiap parti dibentuk selari dengan pemberi dana, kalau dana datang dari saku rakyat semestinya kemaslahatan dan kebaikan rakyatlah yang diutamakan,mkalau dana datang dari yahudi semestinya agenda yahudi diutamakan dan kalau dana datang dari John Soh maka parti perlu mengutamakan agenda John Soh.

      Diharap macai yang bodoh dan bahalol faham.

      Padam
    2. PAS terhutang budi dengan rakyat, PAN terhutang budi dengan DAPigs, PKR terhutang budi dengan John Soh dan DAPigs terhutang budi dengan yahudi.

      Padam
  4. Semalam di tiga kawasan, Jerantut, Dungun dan Nilai ada kemasukan ahli baru PAS, difahamkan di Jerantut seramai 117 orang termasuk 18 orang dari Parti Amanah Negara kemasukan mereka kedalam PAS disebabkan Parti Amanah Negara tiada hala tuju perjuangan.

    Di Dungun seramai 57 orang dan 21 orang adalah dari Parti Amanah Negara, mereka juga berpendapat Parti Amanah Negara tiada hala tuju.

    Di Nilai hanya 34 orang dan 9 daripadanya adalah ahli Parti Amanah Negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap kosong belaka, sekadar cakap aku boleh kata 1 juta ahli PAS dan Amanah keluar parti untuk tidak join mana mana parti.

      Padam
    2. Kau cakap je apa yang kau suka.....macam tajuk diatas.......kahkahkahkah

      Padam
    3. Setelah pemutihan dan pengkhianatan, ahli2 PAS masih belum cecah satu juta.. kami perlu jujur dalam hal ini..

      Tapi yg pentingnya PAS sudah tidak terikat lagi dgn mana2 pihak yg selama ini menyangkakan mereka sudah cukup gagah hendak memgharungi liku2 poltik tanpa PAS lagi di sisi..

      Aku amat berharap pd PRU 14 nanti tidak berlaku pertandingan 3 penjuru.. tapi jika ianya masih tak dapat dielakkan angkara PAN, aku tetap tak sabar hendak melihat sejauh mana kekuatan PAN..

      Padam
  5. Dengar cakap enggang, makan buah beluluk, Dengar cakap anak si Awang, ramai-ramai terjun masuk lubuk......Ha ha ha

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...