Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Januari 16, 2017

Edisi Hot!! : Penyokong Pakatan Harapan kecam Tian Chua

Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.
Ketika pemimpin Pakatan Harapan meraikan majlis pelancaran rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua sahih menghadiri program ceramah anjuran Pas Cawangan Seksyen 17 di ibu negeri Selangor itu.
Gambarnya yang sedang berucap di podium tertera logo dan nama cawangan Pas itu kemudiannya tular di media sosial sekaligus mengundang kecaman di pihak penyokong Pakatan Harapan berbilang kaum.
Satu foto lain pula memaparkan Tian bergambar dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan.
Ekoran itu, pengguna Facebook Rosli Abdul Rahman menyelar Tian sebagai "Jenis tak sedar diri. Lupa kot apa Pas dah buat kat PR (Pakatan Rakyat) dulu" manakala Agnes Cheah dipetik sebagai berkata, "This fellow is blind support to Pas".
Netizen juga menganggap sikap Ahli Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu yang masih terus bermesra dengan Pas sebagai bercanggah dengan tingkah laku pengundi di kawasan bandar yang umum menyokong kesepaduan Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan bersama Bersatu.
"Pengundi kawasan bandar seperti di Wilayah dan Selangor tak layan 'mainan wayang'. Kita mahu pemimpin yang tegas, berani dan sungguh-sungguh bersama PH (Pakatan Harapan) dan Bersatu," tegas Kamarul Nazli Basri.
Terus dihujani kecaman, tindakan Tian yang masih sepentas dengan Pas dalam banyak lagi siri ceramah parti yang memusuhi Amanah dan DAP itu termasuk di Kelantan turut mengundang nada sinis netizen seperti Wan Mohd Aman yang menulis "Acap tengok dia dalam ceramah Pas. PKR tak buat ceramah ke?"
Ciri berkaitan Pas seperti Rang Undang-undang (RUU) 355 dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga menjadi bahan sindiran pengguna Facebook ketika mengulas kehadiran Tian dalam program yang dinamakan 'Ceramah Umum Isu Semasa Menjelang PRU-14' itu.
"Tian Chua ini sokong RUU 355 kot," tempelak Ahmad Ridhwan manakala Kimiey Kimieytwo meninggalkan komentar ringkas, "DHPP Pas ni".
Tidak kurang pula ada yang secara sinis menyifatkan Tian yang bakal berusia 54 tahun Disember nanti akan bertanding atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tian Chua ni memang dah sah nak jadi calon Pas di Kelantan. Dia nak tunjuk dia dah tak tahan dok dalam PKR sebab Pas dah janji syurga kat dia," kata Muhd Mufiz.
Bahkan, Norlela Ibrahim mencadangkan penyandang Ahli Parlimen Batu sejak Pilihan Raya Umum 2008 itu bertanding di Parlimen Marang yang kini disandang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sementara itu, Abe Long berpendapat Tian lebih wajar menyertai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga Menteri Besar Selangor yang hadir dalam majlis Bersatu.
"Patut dia (Tian Chua) bersama Kak Wan (Wan Azizah) di Stadium Malawati semalam. Azmin pun ada," ujarnya.
Netizen juga berkongsikan foto yang sama antaranya Annuar Ismail tetapi ditambah dengan peringatan supaya pengundi menolak Tian pada PRU14 iaitu, "Don't support this person. Ravenous on those not interested to down BN".
Turut disertakan ungkapan yang merujuk kepada Pas sebagai "a party that always betray the people's trust".
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

13 ulasan:

  1. Tian Chua ni tahu siapa sebenarnya yang mengkhiati PR, pasal tu beliau tidak seperti pemimpin pakatan haprak yang lain hanya tahu merayu pada PAS je tapi dalam masa yang sama mereka menuduh PAS dengan berbagai tuduhan, satu contoh yang baik dari kalangan kafir haprak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen seekor walaunggas pas yg bodoh xyah layan sbb komen tersangat bodoh.. .

      Padam
    2. kahkahkah,,,,,yang bodoh ialah kamu sebab mudah diperbodohkan oleh kafir najis.

      Padam
    3. semua pasal DEDAK

      Padam
    4. Dedak hanya dari kafir DAPigs

      Padam
    5. Dedak 90juta tu pas melahap apa cter.kahkah

      Padam
  2. politician2 kebanyakkannya hampas ...betul semua lapar dedak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecuali PAS, sentiasa istiqamah.

      Padam
    2. Pas istiqamah merompak balak je walaunggggg

      Padam
    3. Tak, bukan rompak la khodam, rompak ni kita tak tahu siapa yang merompak, ikut SOP secara berprinsip dan bersih dari rasuah, kalau banglo tanpa kolam ada iras-iras merompak dan jelasnya ia adalah rasuah yang dianggap bukan rasuah dari keldai2 DAPigs.

      Padam
    4. Sop kepala pundek mu walaunkontolol smpi kawasan org asli pun membalak...bgtau kat pas Sop tu sop kepala tahik sama mcm hadi kepala tahik pas melahap dedak 90juta...kahkahkahkah

      Padam
    5. Itu pun bukan dipanggil rompak itu standard SOP, mana orang asli ada kawasan yang ada hanya rumah mereka. rumah la bukan kawasan dan balak pulak bukan hak ornag asli tapi hak rakyat Kelantan.

      Kalau rompak macam kat Penag tu semua orang tak tahu sehingga ditangkap baru la rakyat tahu bahawa Lim Go End tu lah perompak sebenarnya.

      Padam
    6. Beli banglo murah jelas kes rasuah! Sebabnya pembeli ada jawatan dlm kerajaan negeri. Kecualilah dibeli pada harga pasaran. Simple!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...