Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Januari 05, 2017

Yb Khalid Samad : Keunggulan Kerjasama Pakatan Harapan Dengan Parti Pribumi Bersatu

Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini mungkin merupakan pilihan raya yang terpenting dalam sejarah Malaysia. Ianya merupakan pilihan raya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dirosakkan oleh kepimpinan rakus dan kleptokratik yang mendatangkan bencana kewangan dan sosial terhadap negara. Imej negara terus merudum dan dengan itu sukar mendapat pinjaman dari sumber yang biasa. Hutang 1 MDB, seperti kepada IPIC, tidak mampu dibayar melainkan dengan mendapatkan pinjaman lain. Korek lubang untuk menutup lubang.

Pada masa sama krisis kewangan turut dialami oleh semua syarikat dan badan kewangan kerajaan yang telah memberi pinjaman kepada atau melabur di dalam 1 MDB. Turut dimaklumkan bahawa ianya melibatkan juga KWSP, Tabung Haji dan badan-badan lain.

Apabila semakin terdesak, kerajaan sediada dijangka akan sanggup menerima apa jua syarat pinjaman dari sumber yang mampu walau atas apa syarat sekalipun. Di antaranya adalah pinjaman dari negara China yang kita semua sudah sedia maklum.

Ramai yang melihat projek pembinaan landasan keretapi ke Pantai Timur yang dikatakan akan menelan belanja sebanyak RM 55 Billion sebagai satu pinjaman dan bukan pelaburan seperti didakwa pihak kerajaan. Ini bererti Malaysia akan meminjam dengan negara China sebanyak RM 55 Billion. Duit ini dijangka akan digunakan untuk membayar sebahagian dari hutang 1 MDB.

IMPLIKASI KEMENANGAN UMNO/BN

Kerosakan yang semakin mendalam dan lebih parah akan melanda Malaysia sekiranya kerajaan yang sediada dikekalkan. Ini adalah kerana mereka melihat kerosakan yang dibawa mereka dapat kononnya dielak sambil diri mereka terus terlepas dari dakwaan. Oleh itu, tiada sebab amalan mencuri, merompak dan menyamun khazanah kerajaan itu perlu dihentikan. Sambil manfaat lumayan yang diperolehi mereka, kesan kerosakan tetap dapat dielak, walaupun untuk seketika.

Oleh itu usaha untuk menukarkan kerajaan melalui PRU ke 14 adalah satu usaha yang amat penting untuk dilaksanakan dengan jayanya. Oleh kerana ianya sesuatu yang amat penting dan luar biasa pentingnya, maka sedang diadunkan satu kerjasama yang juga luar biasa sifatnya.

Selama ini Najib menganggap kedudukannya dapat diselamatkan melalui taktik ‘pro-Islam’. Ini menyebabkan PAS berpecah dari Pakatan Rakyat dan akhirnya menubuh Blok ke 3. Dengan berpecahnya PR maka Najib menganggap peluangnya untuk menang amat cerah. Namun tiada siapa menduga apa yang berlaku selepasnya.

Pada mulanya PAS berpecah dan AMANAH diwujudkan. AMANAH bersama Keadilan dan DAP membentuk Pakatan Harapan untuk menggantikan Pakatan Rakyat. Walaupun AMANAH masih belum sekuat PAS, dari sudut keahlian dan organisasinya, namun kekuatan AMANAH semakin bertambah hari demi hari sambil kekuatan PAS sebaliknya. Namun, AMANAH, Keadilan dan DAP, atau Pakatan Harapan, tidak mungkin mengalahkan UMNO/BN dalam PRU ke 14 kerana sudah pasti sebahagian dari rakyat berjiwa pembangkang akan mengundi PAS. Ini bererti undi Pakatan Harapan tetap kurang dari yang pernah diperolehi Pakatan Rakyat atas kemungkinan PAS tidak mahu bersama.

HADIRNYA PPBM

Dengan kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kekurangan ini akan dapat di atasi! Sambil undi Pakatan Harapan dikurangkan oleh kerana ketidak bersamaan PAS, ianya ditambah kembali melalui kebersamaan PPBM. Samada lebih atau kurang jumlahnya ianya tidak dapat dianggarkan dengan sepenuhnya. Akan tetapi, PPBM bukan sekadar menambah kembali undi PH yang telah dikurangkan oleh PAS, PPBM juga akan menyebabkan undi UMNO/BN turut dikurangkan!

Kalau dibuat congakan mudah, kita boleh lihat kesan kebersamaan PPBM. Katakanlah undi PR dahulu sebanyak 50,000 dan undi BN 45,000. Mungkin undi PH sekarang dikurangkan sebanyak 10,000 oleh kerana ketidak-bersamaan PAS tetapi kewujudan AMANAH bererti 3,000 dari undi tersebut dapat dikembalikan. Dengan itu undi PH menjadi 43,000 berbanding 50,000 asalnya. Ini bererti calon PH akan kalah kerana UMNO/BN mempunyai 45,000!

Namun, dengan hadirnya PPBM pula maka PPBM mungkin mampu mengurangkan 3,500 dari undi UMNO/BN. Jumlah ini ditambahkan kepada jumlah 43,000 yang diperolehi PH. Ini akan menjadikan undi PH sebanyak 46,500.

Walaupun jumlah 46,500 adalah kurang dari 50,000 seperti yang diperolehi PR asalnya tetapi ianya menjamin kemenangan bagi calon PH. Ini adalah kerana dalam senario seperti ini PAS memperolehi hanya 7,000 undi sambil UMNO/BN yang asalnya 45,000 undi, mendapat hanya 41,500 undi. 

Tabulasi seperti di bawah menunjukkan jumlah undi yang diperolehi setiap parti akhirnya.


Angka di atas tidak mengambil kira pertambahan pengundi.

Berdasarkan anggaran mudah di atas, maka calon PH masih boleh menang hasil dari kewujudan AMANAH dan PPBM. Ini adalah kerana kesan kewujudan mereka adalah pertambahan undi pada PH dan pengurangan undi pada PAS dan UMNO/BN.

Perlu juga disebut bahawa berdasarkan anggaran seperti di atas, UMNO/BN boleh menang sekiranya undi PAS beralih menyokong calon UMNO/BN. Ini boleh berlaku dengan PAS tidak bertanding dan sebaliknya memberikan sokongan padu kepada calon UMNO/BN. Akan tetapi adalah dipercayai bahawa sekiranya itu berlaku dan ada arahan yang dikeluarkan pimpinan PAS untuk menyokong calon UMNO/BN, maka kebanyakan dari pengundi PAS dijangkakan akan samada boycott atau mengundi calon PH.

KEUNGGULAN KERJASAMA PH DAN PPBM

Maka keunggulan kerjasama Pakatan Harapan dan PPBM adalah ianya menggabungkan 4 parti yang mempunyai sokongan tersendiri. Golongan yang inginkan perjuangan politik Islam yang bersikap amanah, inklusif dan peduli menyokong AMANAH. Golongan politik Melayu yang mendambakan kepimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah menyokong PPBM. Golongan politik ‘centre-right’ yang mengutamakan keadilan sosial dan keadilan ekonomi menyokong Keadilan. Golongan ‘centre-left’ yang mementingkan prinsip demokrasi dan pertanggung-jawaban menyokong DAP. Gabungan parti ini akan menghasilkan satu corak kepimpinan yang ‘principle-centric’ atau yang mengutamakan prinsip seperti ‘good governance’ atau tata kelola yang baik yang mampu menyelamatkan negara dari terus terjurumus dalam hutang dan insolvensi.

Melalui gabungan ini juga masalah polarisasi kaum akan dapat ditangani dengan jayanya kerana ianya terdiri dari semangat berpakat yang tulus dan ikhlas antara semua kaum dan etnik. Masalah ketidak adilan agihan kekayaan akan ditangani secara bersungguh-sungguh lagi berkesan sepertimana juga masalah pemusatan kuasa dalam tangan segelintir. Dari perbezaan pengalaman dan latar belakang ini akan dihasilkan pendekatan dan dasar yang tepat lagi berkesan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani kembali. 

Mungkin tiada yang berani memikirkan, pada satu ketika dahulu, bahawa gabungan sebegini boleh diwujudkan. Akan tetapi atas sebab keperluan yang mendesak maka gabungan yang satu ketika dahulu dianggap mustahil sekarang ini merupakan realiti politik. Ianya ‘gabungan dan kerjasama luar biasa’, iaitu yang exceptional untuk menghadapi cabaran dan suasana cemas yang luar biasa.


WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Related image

4 ulasan:

  1. PAN adalah punca sebenar huru-hara politik pembangkang, bubarkan saja PAN maka tiada lagi huru-hara selepas ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen bodoh drp macai pas yg tersangat bodoh....apa dah xda org bijak ke dlm pas?????kahkahkahkahkah

      Padam
    2. Dah kurang org bijak dlm PAS skrg. Yg ramai walaun2 samdol. Bagi hujah pun hamPASampah.

      KAH KAH KAH

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...