KOTA BHARU:
Pendapatan operasi petroleum di kawasan Joint Deveploment Area (JDA)
sempadan Kelantan-Thailand sebanyak RM517.9 juta pada 2013.Dan pada 2014 pula pendapatan meningkat kepada RM691.9 juta dan anggaran bagi 2015 sebanyak RM758.2 juta.
Manakala pendapatan keuntungan petroleum bukan royalti dinikmati Malaysia-Thailand berjumlah RM1.45 bilion.
Adun Salor, Datuk Husam Musa berkata, jumlah hasil petroleum tersebut terdapat dalam buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2015.
Katanya, sekiranya royalti dari kawasan JDA sahaja digunakan sebagai asas sepatutnya Kelantan dibayar royalti berjumlah RM379 juta daripada separuh jumlah diterima kerajaan pusat berdasarkan perjanjian 5 peratus.
“Kerajaan Persekutuan bukan sahaja menganaktirikan rakyat dan negeri Kelantan, sebaliknya menafikan hak rakyat di negeri ini mendapat royalti,” katanya ketika membahas Belanjawan Kelantan 2015 pada persidangan Dun hari ini.


