Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Januari 06, 2018

Panas!! 4 Ketua Pemuda Pas sudah keluar parti

4 Ketua Pemuda Pas sudah keluar parti
Dalam kenyataan media Dato’ Mahfuz Omar semalam telah membawa kepada genapnya empat bekas Ketua Pemuda Pas bertindak untuk meninggalkan parti yang mereka paut sebelum ini. Perkara itu berlangsung sekitar tiga tahun kebelakangan ini yang mana ia tanpa disedari telah mencipta suatu polemik bahawa permasalahan di dalam Pas dilihat ketara rekahnya.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Senarai empat bekas Ketua Pemuda PAS itu adalah, Haji Mohamad Sabu (Pemangku 1995-1996), Haji Salahuddin Ayub (2003-2009), Suhaizan Kaiat (2013-2015) dan yang terbaru Dato Haji Mahfuz Omar (1999-2003).
Hakikatnya, kesemua pemimpin pemuda ini adalah pelopor yang mewujudkan generasi di zaman mereka (sekitar 1995 – 2015) dan ini telah membuktikan bahawa Pas hari ini adalah sebuah parti yang dilihat sebagai parti ketandusan pemimpin yang membawa suara pemuda di zaman kebangkitan parti itu.
Apa yang menjadi persoalan, perkara ini adalah sebuah tamparan yang hebat kepada kepimpinan parti Pas hari ini yang ditunjangi oleh Dato Seri’ Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS. Tamparan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan tadbir urus parti yang dipandu beliau boleh dikatakan sebagai pincang dengan berlaku insiden seperti keluarnya mereka yang sebelum ini adalah pemimpin utama anak muda di dalam Pas.
Sememangnya, strategi yang cuba digarap oleh Pas hari ini dilihat seperti tidak berjaya memenangi hati ahlinya apatah lagi hati rakyat. Justeru dari apa yang berlaku ini, ia telah membuktikan bahawa Pas seperti hilang arah dalam membentuk konsep mempertahankan ahli dan perkara ini telah menjadi bukti bahawa PAS sekian hari telah didatangi dengan bayangan pemberontakkan dari ahli mereka sendiri.
Dalam hal ini, Pas perlu muhasabah dalam menilai pencapaian matlamat yang dikejar. Hari ini dapatlah dikonsepkan bahawa cita-cita Pas untuk menjadi ‘king maker’ semakin tipis apabila siri perletakkan jawatan serta keluar ahli mereka dari parti itu telah membataskan segala impian tersebut.
Justeru, apa yang boleh disimpulkan pada hari ini, Pas hanyalah sebuah parti yang akan menjadi pengacau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan membawa pertembungan dua kumpulan dari Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan. Kenapa ianya sebagai pengacau? Jawapannya, kerana Pas sendiri tidak ada strategi yang yakin terhadap rakyat.
Jika benar-benar Pas mempunyai strategi yang mantap sudah tentu dan pastinya ahli Pas atau pimpinan mereka tidak mengambil tindakan untuk keluar parti. Abdul Hadi perlu melihat akan perkara ini sebagai suatu yang utama.
Jangan hanya mengira hari untuk berhadapan dengan PRU sahaja, malah beliau perlu mengira sama ada Pas akan menjadi pengacau yang akan membantu memenangkan Barisan Nasional akibat dari undi yang terpecah.
Dari peristiwa yang membabitkan empat bekas Ketua Pemuda Pas ini bolehlah digambarkan sebagai Pas sudah semakin tidak relevan untuk memimpin negara kerana generasi penyambung kepimpinan telah pun disingkirkan. Apakah tindakan Pas hari ini mengikut adab Islam atau konsep Islam? Tepuk dada tanyalah iman dan akal bukan ketaksuban.
mdl
Picture

50 ulasan:

  1. Hehehehe......4 orang keluar dihebohkan yang masuk 4000 tidak pula dihebohkan dah tentu jadi kegerunan PANdir dan Haprak

    BalasPadam
    Balasan
    1. 40000 ahli jika beli Harakah 10 naskah seorang tentu tak sukar nak bayar gaji pekerja. Tambah lagi jika lebih sejuta ahli yang ada dipaksa beli Harakah. Setakat 10 naskah seorang, takkan ahli sendiri tak mampu?
      Sayangnya jualan Harakah dah merudum, seperti Utusan lidah rasmi Umno. Lidah rasmi parti pun ahli Pas tak sokong, takkan nak harap ahli parti lain beli?




      Padam
    2. Harakah bukannya isu utama PAS, yang jadi isu sekarang ialah bagaimana Haprak nak menghadapi pru 14 tanpa jentera yang mantap, PAS walaupun tanpa harakah tetap gah dimata rakyat

      Padam
    3. Tu lah.. kalau betul2 dapat 90juta.. eh bukanlah 200 juta pulak sekarang ni, pasti boleh selamatkan harakah.. kalau ada lebih boleh buat rumah agam ala disney.. kalau ada lebih lagi boleh beli keta mewah diparkir dlm pagar rumah agam agar org tak nampak.. tapi kalau naik helikopter boleh nampak jugak la.. kalau ada lebih lagi bole mintak tolong anak sedara yg pandai buat bisnes dgn melaburkan dalam rm4 juta ke.. kalau ada lebih lagi boleh selamatkan syarikat kapal anak yg bermasalah.. kalau ada lebih lagi boleh tolong bayar saman rm2 juta presiden.. ntah laa..

      Padam
    4. Malangnya staf Harakah, siang malam memerah keringat dan mencari sesuap rezeki. Niat kerana Allah dan nak tegakkan Negara Islam. Rupanya kebajikan sendiri dan isu gaji pekerjanya, bukan isu parti Pas. Habis madu sepah dibuang. Jagalah kebajikan pekerja. Bayar gaji mereka sepatutnya dan bukan buat beli tanah nak membalas dendam ikut hawa nafsu. Terkini kontrak pekerja Harakah ditamatkan dan ganti dengan kontrak lebih murah? Buat malu saja parti bawa nama Islam. Kebajikan pekerja sendiri terabai dan kata bukan isu parti, bagaimana nak jaga kebajikan 30 juta Rakyat Malaysia sekarang? Isu Rakyat Malaysia lebih mencabar dan perlu penyelesaian pimpinan bijaksana. Rakyat terabai bila pimpinan bebal, malas dan cuai.



      Padam
    5. Staff harakah bekerja secara jujur, ikhlas dan amanah, mereka tidak mengharapkan gaji semata-mata, kalau ada rezeki mereka syukur dan mereka tidak mengharapkan duit dari punca yang haram seperti pemimpin PANdir yang diberi dedak oleh tokong lim go end RM15k sebulan, mereka redha dengan apa yang ada, itulah kehebatan ahli PAS yang tiada pada ahli parti lain

      Padam
  2. Maka yg keluar 4 sekawan tu pun bergilir2 sujud di kaki pemimpin kafir yg menjanjikan undi cina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadilah mrk tu lebai dapigs...
      Tanpa prinsip dan maruah.Tunduk dgn segala arahan dan ugutan demi sesuap dedak...

      Padam
  3. Jika fitnah kepada tokoh pejuang Pas yang lama berterusan, ahli Pas sendiri pun akan protes. Fitnah terhadap tokoh pejuang muda Pas terdahulu bermaksud, fitnah juga kepada mantan Mursyidul Am dan Presiden Pas. Walaupun mereka telah pergi meninggalkan kita, usahlah menjadikan fitnah kepada perjuangan mereka. Akhlak buruk Presiden Pas yang memaki Mahfuz sebagai "mayat lama tak ditanam", sungguh memalukan dan tiada adab pemimpin sebuah jemaah Islam. Sifat mazmumah seperti Hadi Awang tidak patut dijadikan contoh. Parti suci semakin punah akibat akhlak pejuang Islam yang sesat dan menyesatkan.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhlak terpuji hanya ada dalam PAS, segala kerosakan akhlak macam lgbt, mabuk arak, penzina, perasuah, penyamun, judi dan segala macam kerosakan akhlak kini berlambak dalam Haprak, hanya PAS lah satu-satunya parti yang mempunyai pemimpin dan ahli yang reti menjaga akhlak

      Padam
    2. Akhlak Islam dalam Pas? Gila maki mayat lama tak ditanam jadi perumpamaan? Islam tak ajar akhlak maki mayat atau yang telah mati di kuburan. Hanya Presiden Pas Hadi Awang sahaja yang guna istilah begitu. Akhlak Islam melarang mengata mayat dan orang yang telah meninggal dunia, apa lagi buat peribahasa yang biadap macam Hadi Awang. Janganlah mengikut ulama jahat seperti Hadi Awang, ramai lagi ulama muktabar seperti MAZA, Qardhawi dan mufti KL Dr Zulkipli.



      Padam
    3. Perumpamaan pun dikata maki? Tuduhan liwat dan lancap tak pe pulak kan?

      Cuba tanya mufti suci, tak apa ke tuduh liwat dan lancap tanpa 2 atau 4 org saksi?

      Kalau dia senyap takde komen maknanya dia mufti suci lagi menyucikan (si lelaki tak bg bini pakai tudung)..

      Padam
    4. Masya Allah. Ingatkan faham rupanya bebal sangat. Hadi Awang tidak bawa ajaran Islam dengan peribahasa biadap tentang mayat. Taassub sampaikan ajaran Islam pun dibuat jadi mainan? Sabar dan mengucaplah. Jelas dan tepat bila peribahasa mayat itu tidak wajar dan jauh daripada Islam. Mengapa masih pertahankan sampai menolak ajaran Islam sendiri? Syukurlah bab ini bukan bab akidah. Allahu!




      Padam
    5. Cuba bagi satu contoh akhlak terpuji pemimpin haprak, ada? Tak ada kan? Akhlak TGHA jauh lebih tinggi meninggalkan pemimpin haprak, selepas Qardhawi inilah dia ulama muktabar iaitu TGHA, MAZA jauh lagi ketinggalan malah Qardhaqwi pun tidak mengenali MAZA, kehebatan TGHA terserlah dimata dunia, MAZA siapa?

      Padam
    6. Kahkahkah.....yang menolak ajaran Islam ialah golongan lgbt, mereka inilh yang perlu diajak kembali kepada Islam, kalau betul ada perbuatan melancap dan liwat maka si pelaku ini lah yang perlu ditarbiyah

      Padam
    7. Apa masalahnya gunanya perumpamaan mayat tu.. tghh bukannya mengkafirkan org macam tun m tu..? Malah tun m boleh shj dianggap fasik kerana menuduh liwat tanpa 4 org saksi.. tapi itulah pilihan terbaik yg PH ada.. keh keh.. ntah laa..

      Padam
  4. hadi awang ni ada kes... cuma najib x mau bukak. kasi getar telo hadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes apa? Kes rumah agam ala disney? Kes anak sedara 4 juta? Kes pil? Kes apa cakap laaa.. keh keh..

      Padam
    2. Kes masa jadi MB sepenggal dulu. Baru terdedah sekarang.



      Padam
    3. Macai PAN ni nak samakan TGHA dengan pemimpin mereka yang banyak terpalit dengan kes kerosakan akhlak tapi apakan daya TGHA jauh lebih berakhlak jika dibandingkan dengan pemimpin haprak, hebat TGHA

      Padam
    4. Sila dedahkan, jangan nak samakan TGHA dengan pemimpin haprak yang dah rosak

      Padam
    5. Tak dengar pulak kes makan ais krim dlm toilet lelaki dan bg duit rm4 juta kpd anak sedara yg pandai buat bisnes??

      Padam
    6. Kalau tiada kes kenapa gelabah dan tertanya-tanya pula? Belum bubar Parlimen lagi. Masa kempen nanti cari bekas ADUN BN nak kongsi cerita skandal Tok Guru. Kalau setakat skandal DUN boleh Najib tolong lagi. Jangan risau para walaun. Kes Clare Brown pun abang Najib hantarkan adik Hadi Awang spy masuk court. Tapi terlepas juga nama dia dan pimpinan Pas yang jadi kaya-raya tanpa sebab.



      Padam
    7. Mestilah tertanya2 bila pihak musuh cuba nak fitnah pemimpin kami.. kamu pertahankanlah pemimpin baru kamu yg fasik kerana menuduh liwat tanpa 4 org saksi..

      Kalau setakat nak citer pasal london court, mungkin kamu dah lupa bhw pas yg menyaman clara.. so tak payahlah pan berpura tak gentar kononnya... kalau pan tu berani pastilah boleh jadi contoh kpd diva azwan ali bawak bukti pergi sprm.. tapi apa dah jadi?? Azwan yg lebih berani drpd pan rupanya.. malulah sikit.. keh keh

      Padam
  5. tiada berita ka. idea sengal pun nak dilapotkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang sentap ka bro. 4 keluaq pi Amanah. Pganti tadak kualiti pi mai pi mai tang tu. Appa punya turrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr................................

      Padam
    2. Kualiti apa ke bendanya kena buang masa muktamar.. jenis tak boleh terima kekalahan apa bendanya yg kualiti bro?? Ntah laa..

      Padam
    3. Kalau tak ada kualiti takkan ada gelaran Assabiqun? Alahai. Lihat betapa lemau pimpinan Pas sekarang. Mereka tak tercapai tahap isu internasional. Isu 1MDB puas hati. Isu Felda puas hati. Isu bajet berkecuali. Isu GST berkecuali. Isu kenaikan harga barang dan isu pengguna 2 berkecuali 6 menentang. Isu RUU355 tangguh tanpa bahas dan undi. Isu Rohingya duduk stadium bukan bawa ke Parlimen. Isu Palestin sibuk bawa bendera parti. Isu Wisma Tok Guru gila nak pacak bendera. Entahlah. Ustaz2 muda yang dipilih jadi wakil pimpinan memang tiada kualiti. Pas makin hancur di bawah Hadi Awang dan makin jauh daripada perjuangan isu rakyat.



      Padam
    4. Eh! mana ada hancur cai.....PAS bertambah kuat dan semakin matang... bertanding 130 kerusi lebih....ffuuuhhhh....harap2 menang separuh....jentera hebat, ahli dan penyokong ramai....dulu PR bergantung dengan jentera PAS....sekarang PAS bertambah kuat....sebabnya tidak ada lagi parti lain bergayut denga jentera PAS.....ringan cai.....berdesup....hebat PAS leni

      Padam
    5. 8:18,

      Kalau tak ada kualiti takkan ada gelaran Assabiqun? KALAU SETAKAT WALAUN DAP YG GELARKAN TU APALAH SGT IMPAKNYA.. BARU JE TGLGE “SESAT”KAN PAS DAN “ISLAM”KAN PAN, PAN DAH RASA HEBAT SANGAT KUT..!

      Alahai. Lihat betapa lemau pimpinan Pas sekarang. Mereka tak tercapai tahap isu internasional.. YG INTERNASIONAL TU TAK TERMASUK AKTIVITI KESATUAN ULAMAK DUNIA KE? OHH MAKSUD KAMU HANYA AKTIVITI ISLAM YG DIIKTIRAF OLEH DAP SHJ BARULAH DIKIRA BENAR2 ISLAM!! OH GITU..

      Isu 1MDB puas hati. TGHH SEJAK TAHUN 2015 SUDAH MINTAK BUAT RCI 1MDB.. HINGGAKAN SAMPAI SEKARANG PH TAK BERANI NAK SURUH NAJIB BUAT RCI 1MDB KERANA KONONNYA TAKUT DIKATAKAN MENIRU IDEA PRESIDEN PAS!! KEH KEH..

      Isu Felda puas hati. DULU AKTIVITI ANAK YG MENGGUNAKAN PAYUNG PAS BERJUANG UTK FELDA. CUMA KINI BILA PENGKHIANATAN BERLAKU, MAKA SEKARANG ISU FELDA DITANGANI OLEH PAS MELALUI NGO LAIN PULA..

      Isu bajet berkecuali. KALAU GAJI DAN BONUS KAKITANGAN KERAJAAN PUN HENDAK DIBANTAH, ELOK JUGA BAGI DAP PERINTAH NEGARA, BOLEH MINTAK TOLONG PAP DAN NEGARA HARAM SPT YG DINYATAKAN OLEH SI RAZALI TU..

      Isu GST berkecuali. NURUL IZZAH PUN KATA GST PERLU UTK JANA PENDAPATAN NEGARA.. JANGAN INGAT RAKYAT NI BODO MACAM WALUN DAP..!

      Isu kenaikan harga barang dan isu pengguna 2 berkecuali 6 menentang. BILA ADA YG BERKECUALI DAN MENENTANG ITU BERMAKNA PAS INI FLEKSIBEL TIDAK IKUT TELUNJUK UMNO SEBAGAIMANA PAN IKUT TELUNJUK DAP.. “A” KATA DAP, “A” LAH PAN AKUR..

      Isu RUU355 tangguh tanpa bahas dan undi. KITA SENGAJA MENANGGUHKAN RUU 355 SEHINGGA PRU 14 DENGAN HARAPAN PENGUNDI MELAYU ISLAM AKAN MEMILIH WAKIL RAKYAT MELAYU ISLAM YG MENYOKONG USUL RUU 355.. TIDAK SEBAGAIMANA BEBERAPA WAKIL2 RAKYAT MELAYU MENGAKU ISLAM SEKARANG YG TERGAMAK BERSAMA SEKUTUNYA DAP MEMBUAT KECOH DI DALAM DEWAN WALAUPUN BELUM SEMPAT USUL DIBENTANGKAN..!

      Isu Rohingya duduk stadium bukan bawa ke Parlimen. PAN ADA KE BERANI NAK BUAT DI STADIUM?? HARI TU PH BUAT DEMO DI PADANG JLN TIMUR PUN BARU SETAKAT 8,000 ORG!! INIKAN PULA JIKA PAN NAK BUAT SORANG2.. SETAKAT 2,000 ORG PUN DAH KIRA RAMAI.. NTAH LAA..

      Isu Palestin sibuk bawa bendera parti. KALAU TAK BAWAK BENDERA NANTI WALAUN DAP KATA ORG PAS YG RAMAI HADIR TU SEBENARNYA ORG PAN PULA..!!

      Isu Wisma Tok Guru gila nak pacak bendera. EEE BONGOKNYA.. MASA JADI EXCO DULU, HUSAM GUNA DUIT BALAK KE BUAT WISMA TG TU? TANYA JE..

      Entahlah. Ustaz2 muda yang dipilih jadi wakil pimpinan memang tiada kualiti. BILAMASA USTAZ MUDA PAN ADA KUALITI YG BOLEH TEGUR PIMPINAN MUSLIMAT YG MEMPERAGAKAN SUARA DALAM GEGER WAGONZA??..

      Pas makin hancur di bawah Hadi Awang dan makin jauh daripada perjuangan isu rakyat. AIIKK!! TAHUN 2017 SHJ LEBIH 40,0000 ORG BERDUYUN2 MASUK PAS.. UTK TAHUN 2017, BERAPA BELAS PULA ORG MASUK PAN? BERANI KE NAK DECLARE? KALAU DAH SAMPAI LEBIH 40,000 ORG, TU MENUNJUKKAN PAS DEKAT DGN PERJUANGAN RAKYAT.. DAN MEREKA PUN TAK KENA TIPU DGN KEPALA PERJUANGAN REFORMASI DULU (YG MEREKA SOKONG) TAPI AKHIRNYA TERGAMAK PULA SUJUD DI KAKI PENYANGAK ZALIM YG MEREKA BERIA2 TENTANG DULU SBG PEMIMPIN.. HINGGA CEDERA MALAH ADA YG MATI, HILANG SUMBER MATA PENCARIAN, KEROSAKAN HARTA BENDA DAN LEBUR WANG RINGGIT AKIBAT PERJUANGAN SIA2.. KALAU BENAR2 MENENTANG PEMIMPIN ZALIM HINGGA KE AKHIR HAYAT BARULAH DAPAT PAHALA.. CER TGK PAS TU, BUKAN CAKAP SHJ TAPI AKAN MENENTANG BN DALAM SETIAP PRU HINGGA AKHIR HAYAT SELAGI UMNO TIDAK KEMBALI KPD ISLAM SPT YG DISARANKAN OLEH ARWAH TGNA..!

      Padam
    6. Klu PANxxx yg buat demo...mcm puak2 yg berdemo depan mahkamah demi peliwat tua tu jer ramainya...hehehe

      Padam
    7. An Anonymous punya putaq belit sampai kapla butoh Hadi Awang pun terputaq sama. Appa punya turrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr................................

      Padam
    8. papa jarum,

      Sila jawab la bukan buat kesimpulan sendiri utk sedapkan hati.. tlg jaga reputasi hanyir pan.. terutama pan johor yg boikot konvnsyen PH hari ini..

      Padam
    9. Tahniah Pakatan Harapan. Konvensyen PH nampak bersemangat dan bermatlamat. Pendirian anak muda yang tegas dan hujah ada fakta. Tidak meleret-leret kepada maki hamun parti lawan, dan tidak pula rasa takabbur. Misi memperjuangkan isu rakyat menjadi keutamaan dan membantu daya tarikan Konvensyen kepada seluruh Rakyat Malaysia. Isu rakyat memang menjadi satu kelebihan yang menyebabkan pengundi memilih PH. Syukurlah para wakil parti bersedia sebaiknya dan tidak terpengaruh dengan anasir luar yang cuba menentukan tajuk perbahasan dengan hujah dangkal dan predictable. Jelas jika terpilih sebagai Kerajaan Malaysia, Pakatan Harapan akan menjadikan Malaysia kembali disegani dan dihormati seperti sebelum Najib dan Pak Lah. Kita memerlukan generasi muda yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan Kerajaan Malaysia baru.




      Padam
    10. Malaysia disegani dgn kembalinya ketua penyamun??

      Ehh segan segan segan (baca malu malu malu)..

      Padam
    11. Jom pilih,

      Nak pencuri berganding dengan kaki pukul ataupun nak penyangak berganding dengan org yg dituduh liwat oleh si penyangak tu??

      Padam
  6. Demonstrasi hangpa baguih. Tapi kerusi gerenti bungkuih. Tidak syak lagi. Calon biskut kejap ada kejap tak ada. Appa punya turrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr................................

    BalasPadam
    Balasan
    1. 130 kerusi cai........bungkus la haprak kali ni.....kehkehkehkeh

      Padam
    2. Pan hanya dapat dua kerusi parlimen di johor.. apa cittar, apa cittar!!

      Padam
    3. Dah ada kerusi ker????
      Hehehehe....

      Boleh tahan gak PANxxx yea...hehehe
      Tak sabar menanti pru14...

      Padam
  7. Aku ada kawan dlm haprak.Dia kata selagi ada mamak kerala dlm haprak dia anggap haprak adalah lawannya.
    Kenapa???
    Sebab ramai rakan dan sedara yg pernah kena penjara tanpa dibicara krn menentang kepimpinan diktator dia suatu ketika dulu.Sana sini dia mengutuk..mghina org tapi dlm masa yg sama anak..waris..proksi dan kroni dia kaya raya krn mainan silap mata dan putar belit lidahnya selama 22tahun.Skrg dia nak berkuasa kembali dan yg cuba nak mengangkat dia berkuasa adalah beruk2 bodoh dan bangang dlm haprak yg bertahun2 cuba pernah memusuhinya.
    Jadi mainan politik tanpa prinsip pemimpin haprak bolehlah dianggap sebagai mgkhianati akar umbi.Terimalah akibatnya masa pru14 nanti.
    Klu setakat 4 bekas ketua pemuda spt mat sabun...raikanlah...hehehe
    Undi mrk hanya memwakili diri mrk sendiri dan bukan keseluruhan akar umbi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gigih hang duk reka cerita PH noooo. Hang duk merapu pasai tau PH poplar satu dunya. Cerita Pas dan Umno awat tak laku? Appa punya turrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..............................

      Padam
    2. Simpati buat PH dapat pemimpin penyangak.. tu lah lain kali jgn tuduh org berUG dgn pencuri.. kan dah dapat pemimpin penyangak pulak... bukan tahap berUG malah tahap bersekedudukan dah ni... apa agaknya dswa nak citer kat cucu dia pasal tun m gamaknya? Penyangak? Ataupun ulul amri yg wajib dipatuhi oleh datuk dan nenda cucunya? Mesti cucu dia heran ternganga tak faham.. konfius..Ntah laa..
      keh keh..

      Padam
  8. Konvensyen PH yang bagus. Polisi, dasar dan pendirian jelas. Utamakan isu rakyat daripada kepentingan peribadi. Layan provokasi media tentang perkara sensitif supaya dapat jadi bahan berita. Kehadiran PH sebagai pengganti BN sangat dirasai kerana ada faktor gerun. Provokasi media satu advantage untuk kempen percuma. No such thing as a bad publicity!




    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah...hehehe

      Padam
    2. Simpati buat PH dapat pemimpin penyangak.. tu lah lain kali jgn tuduh org berUG dgn pencuri.. kan dah dapat pemimpin penyangak pulak... bukan tahap berUG; malah di tahap bersekedudukan dah ni... apa dswa nak citer kat cucu dia pasal tun m gamaknya? Penyangak? Ataupun ulul amri yg wajib dipatuhi oleh datuk dan nenda cucunya? Mesti cucu dia heran ternganga tak faham.. konfius.. Ntah laa..
      keh keh..

      Padam
    3. Tahniah dan kesian....hehehe

      Setelah berpuluh tahun menyerang mahdey akhirnya beruk2 haprak melutut juga di kaki mamak kerala tu...hehehe

      Sama2 kita senyum pada mrk nie....hehehe

      Padam
  9. Rupa2nya PANxxx johor dh kena klepet masa konvensyen haprak....hehehe
    Dah agak dah PANxxx hanya hamba abdi dlm haprak.Kiranya puak kasta rendah jer...hehehe
    Parti mamak baru setahun jagung dpt bnyk agihan kerusi.PANxxx pula terpaksa melutut menagih simpati.Itupun permintaan langsung tak dipenuhi.Kesian PANxxx..hehe
    Kata2 mamak kerala terpaksa dituruti krn takut digelar sampah....hehehe
    Nampaknya PANxxx kena klepet....hehehehe
    Apa boleh buat...dah tahap korang hanya hamba kpd dapigs dan mamak kerala...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malu lah kalau bendera PAN masih berkibar di Perlis dan Wilayah Persekutuan..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...