Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mac 05, 2017

Panas!!! Ke mana pergi ratusan ribu penyokong RUU 355?

Suasana dewan di Kompleks Sukan Pandamaran lengang walaupun Ceramah Perdana Pas itu dihadiri pemimpin peringkat pusatSuasana dewan di Kompleks Sukan Pandamaran lengang walaupun Ceramah Perdana Pas itu dihadiri pemimpin peringkat pusat
Lebih banyak kerusi kosong kelihatan walaupun dihadiri pemimpin Pas Pusat. Itu situasi yang berlaku dalam Ceramah Perdana Pas di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang di Selangor malam tadi.
Beberapa foto program itu yang difahamkan setakat pukul 10.30 malam turut tular di media sosial manakala semakan Malaysia Dateline pagi ini di laman rasmi Facebook Pas Kawasan Klang mendapati tiada langsung foto hadirin dimuat naik.
Hanya wajah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan berjumlah tujuh foto kesemuanya disiarkan walaupun poster program turut memaklumkan kehadiran Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.
Walaupun Pas sebelum ini menguar-uarkan ratusan ribu pengikutnya hadir pada himpunan menyokong Rang Undang-undang (RUU) 355 di Kuala Lumpur bulan lalu tetapi sokongan yang sama dilihat tidak wujud pada program Pas di negeri Pakatan Harapan itu.
Pada hari yang sama, suasana Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Selangor di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya pula dilihat jauh berbeza.
Dihadiri ahli dan penyokong Amanah berbilang kaum sesuai dengan demografi pilihan raya di kawasan tersebut, dewan di Jalan Pandamaran Jaya 7 pada pagi semalam dibanjiri warna jingga dalam program yang dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Turut hadir Naib Presiden, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Hatta Ramli; Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim; Pengarah Pilihan Raya Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin serta para pemimpin Amanah negeri berkenaan.
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir bakal menyaksikan penampilan sulung Amanah sebagai parti Islam menggantikan Pas dalam gabungan Pakatan Harapan menentang Umno-BN dan mana-mana parti yang bersekongkol dengan rejim kleptokrat itu.
Amanah sebelum ini memutuskan akan meletakkan calonnya di semua kerusi Pas tandingi pada PRU-14 memandangkan kedudukan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bukan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
Pas yang secara terbuka turut memusuhi DAP dalam reaksinya pula mengecam pendirian Amanah itu dengan menganggap kerusi yang ditandinginya sebelum ini sebagai "kerusi tradisi" walaupun kalah.
Di Selangor, kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (Dun) menyaksikan Pakatan Harapan (PKR-Amanah-DAP) menguasai 30 kerusi manakala Pas 13, BN 12 dan Bebas 1 kerusi.
Amanah di negeri itu mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) serta tiga Ahli Parlimen terdiri daripada Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Khalid Abd Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya dibanjiri warna oren pagi semalamDewan Serbaguna Pandamaran Jaya dibanjiri warna oren pagi semalam
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, sokongan pengundi Cina untuk Pas di Selangor meningkat kepada 70.3 peratus berbanding 42.9 peratus pada PRU-12 (2008) sekaligus menyumbang kepada pertambahan daripada lapan kepada 15 kerusi Dun.
Walau bagaimanapun, banyak pihak menjangkakan senario itu tidak lagi berlaku pada PRU-14 ekoran sikap kepimpinan Pas yang istiqamah mesra kepada Umno-BN tetapi pada masa menyerang Amanah dan Pas yang merupakan gabungan Pakatan Harapan.
Antaranya, analisis akhbar harian Cina, Oriental Daily baru-baru ini meramalkan Pas Selangor bakal kehilangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Dun dengan lapan daripadanya mempunyai jumlah pengundi Cina kira-kira 30 peratus iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
Hanya foto Nasrudin Hasan dan Hashim Jasin disiar dalam Facebook Pas Kawasan Klang tanpa memperlihatkan audiensHanya foto Nasrudin Hasan dan Hashim Jasin disiar dalam Facebook Pas Kawasan Klang tanpa memperlihatkan audiens
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

23 ulasan:

  1. Habis lah PAS, ramai spesis oren....hebat PAN....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah.. tak sabar nak tgk Blok Ke 3 beraksi.. pasti majoriti islam mendominasi berbanding pihak lain yg didominasi oleh kafirun dan munafikun..

      Padam
    2. Hebat lagi aksi balakun lebaikun walataikun merembat balak kelantan. Kahkahkahkay

      Padam
  2. Goblok ke 3 beraksi Pigs didominasi Firaun al balakun dedakun 90jutakun walataikun.kahkahkahkahjah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendokong kafirun dan munafikun dah tak ada hujah ke?

      Padam
    2. Xyah pakai hujah la dedakun.kalau nk hujah tjuk bukti mana video matsabu tolak hudud????? jgn menikus plak.kahkahkahjahjah.dedakun balakun walataikun.kahkahkahjahjay

      Padam
    3. Aku tanya hujah jgn tukar topik.. keh keh

      Padam
    4. Hujah balas hujah.hujah wanrosli kata matsabu tolak hudud mana bukti?MANA VIDEO MATSABU TOLAK HUDUD????? xkan benda tu xfaham.adakah wanrosli terlalu bodoh bebal bangang utk melahami benda mudah.kalau tuduhan tiada bukti bermaksud fitnah. Jgnla lari dr soalan atau menggelupur spt cacing kepanasan.. Tjuk segera Mana video matsabu tolak hudud????? Baru btl hujah balas hujah.ni wanrosli kasi hujah taik xperlu la layan selagi wanrosli xtunjuk bukti video matsabu tolak hudud???? Aku ulang lagi manala tau kan kot wanrosli walataik terlalu bangang...soalan mudah jer MANA VIDEO MATSABU TOLAK HUDUD???????????????!?! (confirm mesti wanrosli walataik kasi alasan bodoh lg)kehkehkeh

      Padam
    5. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua..

      Padam
    6. Fitnah tu dosa besar wahai wanrosli walataik... Sila tunjuk bukti mana video matsabu tolak hudud??????

      Padam
    7. Juga semoga Allah ampunkan dosa sesiapa yg pernah berkata jika majoriti parti dalam PH menolak hudud kami tidak akan teragak2 menolak hudud juga.

      Padam
    8. Fitnah tu dosa besar wahai wanrosli... Mana Video matsabu tolak hudud???

      Padam
    9. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua wahai MOHD NASIR! Keh keh..

      Juga semoga Allah ampunkan dosa sesiapa yg pernah berkata jika majoriti parti (DAP dan PKR) dalam PH menolak hudud, kami tidak akan teragak2 menolak hudud juga! Astaghfirullah!

      Padam
    10. Astagfirullahalal azim.fitnah tu dosa besar walataik wanrosli oi...btlla kan xda video nya kan????

      Padam
    11. Sebab tu kena doakan sesama kita spt di bawah:

      Semoga Allah ampunkan dosa kita semua wahai MOHD NASIR!

      Juga semoga Allah ampunkan dosa sesiapa yg pernah berkata jika majoriti parti (DAP dan PKR) dalam PH menolak hudud, kami tidak akan teragak2 menolak hudud juga!

      Astaghfirullah!

      Keh Keh!

      Padam
    12. Buat pengetahuan wanroslimatnasir. ALLAH Xkan ampunkan dosa penfitnah selagi tidak minta maaf pada org yg difitnah.Dosa fitnah wanroslimatnasir pd matsabu tetap terus sbg dosa fitnah..... Bertaubatlah wahai wanroslimatnasir

      Padam
    13. Tak payah nak menyamar lah Mat Nasir. Daripada menyamar lebih baik Mat Nasir minta Husang Musang bagi video PAS terima RM90 juta tu! Keh Keh

      Padam
    14. pasal plak nak Mintak husang.. Xplak sesiapa sebut husang ada video 90juta.alahai.napa la bodoh sgt wanroslimatnasir ni.kahkahkahjah.dah la tu kalau nk kalih isu guna la cara bijak sikit.ni alahai cara budak tadika. Kahkahkahkah. Mana Video matsabu tolak hudud tu?????

      Padam
    15. 1. Tak payah menyamar lagi lah Mat Nasir Keh Keh! Daripada menyamar kan lebih baik Mat Nasir mintak Husang Musang bagi video PAS terima RM 90 juta tu! Keh Keh

      2. Bagi je video PAS terima RM90 juta tu Mat Nasir! Lembam lah Mat Nasir ni Keh Keh!

      3. Ada ke nama Mat sabu disebut dalam doa aku tu Mat Nasir lembam oi? Jawab le jawab Keh Keh!

      4. Maka dgn itu marilah kita berdoa lagi dan lagi:

      Semoga Allah ampunkan dosa kita semua wahai MOHD NASIR! Keh keh..

      Juga semoga Allah ampunkan dosa sesiapa yg pernah berkata jika majoriti parti (DAP dan PKR) dalam PH menolak hudud, kami tidak akan teragak2 menolak hudud juga! Astaghfirullah!
      Dasar barua DAP! Keh keh

      Padam
    16. Laaaaaa.kan dah kata xda video. Astaga ulang balik.ok xpa kami fhm tahap IQ wanrosli. So kamu ulang balik supaya wanrosli blh membaca perlahan2
      Baca pelan2 wanrosli. Kami fhm wanrosli lmbt nk membaca so xfhm isi kandungan. Kami post lg supaya wanrosli blh baca perlahan2
      Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

      Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

      Padam
    17. Laa.. tapi mana video RM90 juta tu MOHD NASIR? Fitnah macam husang le tew!

      Padam
    18. HUSAM TUNGGU SAMAN DR TERTUDUH... BUKTI CITA DIMAHKAMAH

      NAK BAGITAU KAT LU SINI APA BARANG... SERUPA MCM SAIFOOL AJE

      Padam
  3. Kesian cikgu. Tempat dah target, PResiden cekup.
    Kena cari tempat lain untuk jadi calon. Susah nak menang macam tu.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...