Iklan Penaja 1

Ahad, Jun 03, 2018

Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir - Yb Khalid Samad

Tidak halang BN, rakyat lagi teruk dibebani kos sara hidup

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Kalau kita berhenti sejenak dan meninggalkan alam realiti dan menyelak seketika melalui imaginasi kita, mengintai pada ‘alam mungkin terjadi’, hanya yang beragenda akan menafikan bahawa PAS pasti mendapat kemenangan jauh lebih besar sekiranya ia telah istiqamah bersama Pakatan. Sepertimana yang diperjuangkan oleh bekas pimpinannya yang akhirnya menubuhkan AMANAH, PAS akan dapat mengecapi kemenangan di peringkat Persekutuan juga. Tetapi malangnya bagi PAS, mereka terpengaruh, mungkin dengan keyakinan Najib, bahawa dia akan kekal sebagai Perdana Menteri pasca PRU14. Keyakinan Najib ini mungkin terhasil dari poket-poket yang sarat dengan duit rakyat untuk digunakan untuk membeli kembali sokongan rakyat!

Sekiranya PAS kekal dalam Pakatan, berdasarkan keputusan yang diketahui sekarang, paling kurang 36 lagi kerusi di Semenanjung yang dimenangi BN akan jatuh kepada Pakatan. Ini adalah kerana 36 kerusi ini dimenangi BN atas sebab undi berpecah antara PAS dan PH. (Sila lihat pada maklumat di bawah). Ini akan menjadikan jumlah kerusi BN di Semenanjung begitu kecil jumlahnya dan menjadikan BN, dan khususnya UMNO, tidak lagi releven untuk masa depan politik Negara. Sedangkan dengan jumlah yang ada sekarang sekalipun mereka terkapai-kapai, apatah lagi sekiranya dikurangkan lagi dengan 36 kerusi lain.

Pada masa sama PAS akan memperolehi paling kurang 33 kerusi Parlimen. Ini adalah berdasarkan 11 kerusi yang dimenangi AMANAH dicampurkan dengan 18 kerusi yang dimenangi PAS dan ditambah pula dengan sebahagian dari 36 kerusi yang disebutkan tadi. Dalam keadaan itu pimpinan PAS akan menjawat jawatan-jawatan Menteri penuh dan Timbalan Menteri yang akhirnya sekarang ini diberikan kepada pimpinan AMANAH. Dan jawatan-jawatan Menteri Besar beberapa negeri akan turut dipegang PAS, selain Kelantan, Terengganu dan Melaka. Mungkin juga Johor, Perak dan Kedah turut menjadi tuntutan. Kerana sudah pasti apabila PAS dan AMANAH tetap bersama, kuasa rundingan adalah jauh lebih kuat.

Malangnya ianya tidak begitu dan semua ini kekal dalam ‘alam mungkin terjadi’. Ianya semua kerana tidak istiqamah dengan pendekatan yang dipertahankan Almarhum TGNA dan Almarhum UFN. Boleh kita rumuskan bahawa bertindaknya PAS untuk bersendirian hanya berjaya membantu melanjutkan hayat politik UMNO dan pada masa sama menjadikan PAS sendiri kerugian besar.

Mungkin akan ada yang berkata, itu semua tidak penting kerana bukan jawatan yang diperjuangkan kami. Sudah pasti bukan itu matlamat seseorang pejuang, tetapi adalah juga pasti bahawa ianya perlu untuk mencapai matlamat perjuangan. Bagaimana mungkin ingin membuktikan keadilan Islam kalau tidak memegang jawatan dan kuasa? Kata-kata memujuk hati bolehlah diguna untuk menenangkan jiwa yang terganggu, tetapi apabila digunakan untuk menutup silap langkah, ianya proses pembodohan diri.

Kesan kekalahan BN di peringkat Persekutuan juga boleh mendatangkan masalah besar kepada PAS sendiri. Apabila siasatan dilakukan terhadap salahguna kuasa Najib melalui 1MDB, apa jaminan duit sumbangan yang diperolehi PAS tidak akan terkait dengannya? Sudah pasti, sekiranya PAS menerima ‘derma’ dari Najib melalui mana-mana agennya, ianya akan turut terbongkar. Dan sekiranya ianya didapati begitu, maka misteri perubahan sikap pimpinan PAS, khususnya Presidennya, akan dapat dirungkaikan melalui penjelasan yang mudah. Iaitu, semua berubah oleh kerana wang. Ianya bukan kerana kefahaman atau pendekatan, jauh sekali mimpi. Akhirnya kerana wang.

Dan wang yang luar biasa banyaknya telah digunakan PAS pada PRU14 ini. Ianya tidak boleh dinafikan sesiapa. Jumlah kerusi yang ditandinginya, bendera dan posternya, bersama dengan perbelanjaan perang sibernya, semua ini menunjukkan kepada satu jumlah kewangan yang luar biasa banyaknya. Sudah berapa banyak ‘kerusi hilang deposit’ yang dicatatkan PAS kali ini? Semuanya ini menimbulkan kecurigaan. Namun ianya insyaAllah akan terbongkar juga bersama dengan segala kes yang sedang dibongkarkan sekarang.

Maka sekiranya itulah yang terbukti kelak, maka kesabaran mendukung perjuangan risalah Islam yang dibawa selama ini telah dapat digagalkan melalui ujian harta dan keduniaan. Dan ia berlaku kerana tiadanya amalan semak imbang yang diajar Islam atas alasan wala dan thiqah yang melampaui batas syara’. Bersama kita doakan semoga imej Isam tidak akan terpalit dengan peristiwa mendatang ini. 

WaLlahu 'Alam.
Artikel ini telah diterbitkan di dalam Mingguan AMANAH.
 
KHALID ABD SAMAD

Picture

7 ulasan:

  1. Tahniah datuk khalid. Semoga datuk khalid terus berakhlaq mulia.

    BalasPadam
  2. Aslm Wr Wb,

    Yang tidak beristiqamah ialah pemimpin PAN yang bertindak kluar dari parti kerana TIDAK YAKIN dengan arah tuju PAS.

    Apakah boleh dinafikan bahawa PAS keluar dari PAkatan Rakyat dahulu kerana DAP yang enggan menerima gagasan PAS ? Apakah boleh dinafikan bahawa DAP perlu memberikan kata dua kepada PKR - pilih DAP atau PAS ?

    Dengan keangkuhan DAP yang sedemikian, apakah PAS wajar terus bersama dengan PAkatan Rakyat ?

    PAS membuktikan bahawa ia punya integriti dengan enggan mengkompromikan agenda PAS.

    Pakatan Rakyat yang rugi apabila menyebabkan PAS meninggalkan pakatan.

    Jika PAS masih berada di dalam Pakatan, lebih banyak kerusi BN yang boleh jatuh. Malahan Perlis juga sekarang sudah menjadi milik PH.

    Tetapi DAP telah melampau di dalam perangainya yang menentang agenda PAS walaupun Malaysia adalah negara Melayu yang majoriti penduduknya beragama Islam.

    Disini saya ingin ingatkan Khalid Samad bahawa agenda negara Islam PAS adalah INKLUSIF kerana Islam itu sendiri adalah INKLUSIF.

    Atau adakah Khalid Samad lupa apa itu Islam dan yang diajarkannya ?

    Melayu PKR dan Melayu PAN sayangnya mempunyai potensi menjadi pak turut DAP.

    Alhamdulillah, masih ada PAS yang mempunyai jatidiri dan dapat terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jati la sngat..

      Padam
    2. Nampaknya dapigs dpt memegang tengkuk tun klepet....hehehehe
      Tahniah....hehehehe

      Padam
    3. Wlpun pgayR parti dominan tapi suara mcm suara di dun penang jer...hehehehe
      Memperkuda dan diperkuda adalah kehebatan tun klepet...hehehehe

      Yg nyata dia cuma kuda yg diperkuda utk melunas dendam kesumatnya sejak jambatan bengkok dikuburkan...hehehehe

      Habis kelambu dibakar krn sikap dendam sehingga sanggup jadi kuda tua...hehehehe

      Baik tunggang kuda di argentina...hehehehehe

      Padam
  3. Sekarang ni timbul pulak isu perlantikan AG bukan melayu...dah tentulah tak dapat perkenan dari YDPA dan Raja2 Melayu. Boleh ke diharap dia ni nak jaga dan daulatkan agama islam..hak2 melayu dan institusi kesultanan melayu...dan menasihatkan YDPA dalam hal2 di atas???? Makin lama makin pelik pulak keputusan yang dibuat oleh kerajaan PH baru ni...nampak sangat nak melawan arus !!!!!!

    BalasPadam
  4. Semua rakyat malaysia..termasuk blog2.. sering memperkata.. hendak lihat aliran wang najib..pergi ke mana..?. Ianya seperti satu desakkan... walau pun kes 1mdb belum di gerakkan lagi..kita tunggu ya.. kalau tak takkan rafizi berani buat akaun bersumpah..wang sampai ke parti pak lebai... tunggu.. sabar2 ya walaun...tak perlu nak ambik tahu tun m ke..peguam negara ke..tun m ikut ckp dap ke...ambik tahu aliran tunai najib yg akan keluar kemana
    Tidak lama lagi..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive