Iklan Penaja 1

Rabu, Jun 20, 2018

Beraya di pondok usang dapat perhatian Adun PH

Adun Kulim, Yeo Keng Chuan yang turun padang menziarahi Zulkipli dan anaknya yang tinggal di pondok usang.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Walaupun sambutan Aidilfitri disambut dengan pelbagai kemeriahan dan kesempurnaan oleh jiran tetangga, namun bagi Zulkipli Zainal, dari Kampung Batu 12, Terap, Serdang, Kulim-Bandar Baharu ia hanya mampu bersyukur dengan apa yang dipunyai.
Dengan ditemani anak bongsunya, Nor Fitri yang berusia 12 tahun, kedua-dua anak beranak tersebut terpaksa beralaskan dinding yang dihasilkan dari kayu hutan yang dijadikan pondok atas tanah milik keluarga sendiri.
Bekalan air pula diperolehi dengan menggunakan pam dengan sumber elektrik ditarik daripada rumah jirannya.
Lebih malang lagi, sekiranya hujan turun dengan lebat mereka terpaksa juga berteduh di dalam pondok tanpa bilik tersebut.
Menurut Zulkipli, beliau hanya bekerja kampung bagi menyara makan dan minum setelah berpisah dengan isterinya.
“Pendapatan saya tidak tetap, kadang-kadang ada dan adakalanya tidak ada pendapatan.
“Samada mahu atau tidak maka terpaksa juga berteduh dalam pondok yang serba kekurangan.
“Sejak tiga tahun yang lalu, saya amat mengharapkan sebuah rumah dapat didirikan kerana tanah ini adalah milik keluarga, ” ujarnya.
Sementara itu Adun Kulim, Yeo Keng Chuan yang turun padang menziarahi Zulkipli dan anaknya berkata tindakan segera akan diambil bagi membantu keluarga ini.
“Beliau telah membuat aduan mengenai kesempitan hidupnya dalam pondok ini sejak tiga tahun yang lalu semasa zaman BN mewakili Dun dan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, tapi tidak ada apa-apa perubahan.
“Saya akan berusaha bersama-sama dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dengan secepat mungkin bagi membantu mereka.
“Keadaan pondok ini amat tidak selesa dan tidak sesuai untuk anaknya yang akan menduduki ujian UPSR tidak lama lagi,” jelas Yeo ketika ditemui.
Oleh kerana itu katanya, perkara ini akan dibawa ke pengetahuan exco kebajikan serta kerajaan negeri supaya masalah yang tidak dapat diselesaikan sejak tiga tahun yang lalu dapat diatasi dengan kadar segera.
Yeo yang juga merupakan Naib Ketua Cabang PKR Kulim-Bandar Baharu telah beberapa kali menziarahi keluarga tersebut bagi menyampaikan sumbangan serta meringankan beban keluarga tersebut.
mdl

Picture

12 ulasan:

  1. Ini yg kita nak...
    Bukannya mencanang satu dunia yg negara kita bangkrap sedangkan realitinya tidak bangkrap.Akibatnya para pelabur di syarikat2 besar mula melarikan diri sehingga berbillion2 ringgit hilang angkara mendukung penyamun tarbus dgn manipulasi dan spekulasi negatif terhadap negara.
    Dah berbillion2 hilang baru nak sedar musim berkempen dah lama tamat.Bodoh dan bangang pemimpin2 haprak yg kononnya pakar dlm ekonomi.

    Janji 100 hari nampak makin hancing bau kencingnya.Begitu juga dgn kajian dan semakan perjanjian konsesi TOLol yg rasa2nya tggl kenangan.Selagi BAPAK SEGALA TOLol gila nak bermanipulasi ttg ekonomi negara maka akan tiada perubahan yg mampu dilakukan kpd rakyat.
    Harga barang makin melonjak tanpa pemantauan yg serius krn sindrom berkempen mencari kesalahan belum lagi reda.Bodoh dan bangang pak2 menteri haprak sebodoh BAPAK SEGALA TOLol yg sebok nak bina keta nasional ke3.Dah nazak keta tu nanti...wang rakyat dijadikan bailout.Cukup2lah...proton pon ko tak mampu nak bawa ke mana ada hati nak keta ke3.
    Hehehehe...kedai roti pon lingkup ada hati nak samun wang rakyat bina keta ke3.
    Ingatkan negara dah bangkrap....hehehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau xbeli barang ke? Mana ada hrga barang naik. Masih sama hrg cuma 0% gst yg xsama. Cuba kau bg tahu negara mana yg melabur projek mega d malaysia 5 thn lepas?

      Padam
  2. Pemimpin Pas yang didapati mengeluarkan resit kutipan zakat secara haram ke mana? Duit zakat yang dikutip patut isytihar kepada Majlis Agama.

    Kuasa mengutip zakat bukan di bawah parti Pas. Ingkar undang-undang Kerajaan Negeri sama seperti melanggar Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam. Pas jangan cuba lari. Resit zakat yang viral melanggar undang-undang dan wajar diambil tindakan tegas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambik jer tindakan...hehehehehe

      Yg pernah berdegar2 nak penjarakan tun klepet dulu kenapa senyap membisu sekarang????hehehehehehe

      Betul ker dia tu mahafiraun sampai terlepas segala dosa2nya yg lalu atau penuduh dah kawtim sama....hehehehe

      Padam
    2. Taraf Jamal Jamban yang cabut lari daripada pengawasan polis boleh jadi calon Ketua Pemuda Umno? Calon Presiden pula ada kes tumbuk calon menantu sampai patah rahang. Apalah nasib parti Umno?

      Dah tak ada calon lain ke wahai ahli Umno? Saudara Armand Adzha tukang calon Jamal Jamban mungkin sengaja nak memalukan parti keramat Umno.

      Sudah jatuh ditimpa tangga, sekarang diludah pula oleh saudara sendiri ke muka. Begitulah nasib parti Umno bila tengok calon pemimpin yang ada.

      #SelamatkanUmno
      #ZahidKomedi
      #KJoker
      #JamalJamban
      #SelamatkanUmno?

      Padam
  3. Kesian anon 12.58... banyak dia rugi pasal pelabur lari. Dalam perniagaan apa2 pun kejujuran no.1... berkata benarlah kamu walau pun pahit.... biarlah pelabur tu cabut. Biar negaraku miskin tetapi jujur...jangan jadi 1mdb... kaya...kaya...untung... rupa2nya hancus...hangus rm42b.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko suruh tun klepet jual jer aset utk byr hutang 1mdb...msh ada rm5billion duit.
      Pelaburan era tun klepet...forex hilang rm33b...perwaja rm10b..proton rm13b..maminco..rm1.3b..mas..bmf..tabung haji..perjanjian air dgn singapore..perjanjian konsesi TOLol..hakim dipecat..ipp..syarikat anak dpt tender kerajaan dan bnyk lagi.
      Jumlah keseluruhan bailout lebih rm100b bersamaan rm300b nilai skrg.

      Ntah...manusia bangang mana ntah pegi letak manusia yg merugikan wang rakyat tu jadi pemimpin...hehehehehe

      Padam
    2. Jual jer aset 1mdb yg jumlahnya lebih rm42b utk selesaikan hutangnya rm36b...habis cerita

      Jgn bodoh mencanang negara akan bangkrap sehingga rm6billion saham kwsp hilang dibawa lari oleh pelabur.Belum lagi syarikat2 besar yg lain yg jumlahnya dijangka berpuluh2 billion ringgit.

      BODOH DAN BANGANG PAK2 MENTERI HAPRAK!!!!!

      Padam
    3. Dijangka rm200b hilang angkara kejatuhan saham dpd 894 syarikat yg tersenarai dlm bursa saham.
      Sibuk berkempen mengaibkan org sehingga negara kehilangan pelabur.
      Bodoh dan bangang menteri haprak

      Padam
    4. Benda yg xda bukti tu dihadam puak2 dedak. Selama ini duit kwsp itu lh yg memperkayakan kroni. Duit kwsp itulah nk diguna beli kapal terbang. Utk apa kapal terbang tu? Dpt ke duit pelaburang berbilion beli kapal tu dikembalikan dlm tempoh 20 tahun? Hadam lah segala kata bos korang cash is king.

      Padam
  4. Agak2nya siapakah yang bertanggung jawab atas kesusahan
    hidup en zul dua beranak ini? Siapa yang harus disalahkan? Agaknya kerana miskin danbterhimpit begini tiada yang sanggup menghulurkan bantuan..? Sudahlah miskin..ditinggal pergi pula isteri.. Siapa yang sanggup dan berhampiran dgn en zul ni terutama jiran2nya diharap sudilah membantu. Sedekah dan amal jariah itu dituntut Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan duit tabung milo guan eng dan tdm.Kejayaan paling besar pemimpin2 ph slps pru14.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive