Iklan Penaja 1

Rabu, Februari 07, 2018

‘Berpecah tiga pun, undi akan pergi kepada Pakatan Harapan’

‘Berpecah tiga pun, undi akan pergi kepada Pakatan Harapan’
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pertembungan tiga penjuru ekoran tindakan Pas yang turut meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tetap akan menyaksikan undi berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).
Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, pertandingan tiga penjuru sama ada di peringkat Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dapat tidak akan berlaku.
“Pengumuman demi pengumuman dibuat oleh Pas yang hari ini mereka merupakan kumpulan ketiga akan meletakkan calon di 133 Parlimen dan banyak lagi kerusi Dun.
“Walaupun dua atau tiga penjuru, hasrat kita (PH) masih menentang Umno-BN. Itu merupakan musuh politik PH pada asalnya sama ada dari DAP, PKR, Bersatu dan AMANAH.
“Untuk itu, kita akan berhadapan tiga penjuru dengan Pas dan Umno-BN,” ujarnya menjawab satu soalan penonton dalam slot Fokus yang disiar secara langsung di Oren TV malam tadi.
Beliau berkata, beberapa tindakan dan strategi telah diatur PH dalam konteks menentang Umno dan Pas secara berperingkat daripada hari penamaan calon hingga hari mengundi pada pilihan raya kali ini.
Mengulas dakwaan perpecahan pengundi Melayu, Nizar berpendapat undi Melayu memang sudah lama berpecah dalam siri pilihan raya sebelum ini.
“Bukan satu fenomena baru yang menganggap pengundi Melayu berpecah kepada tiga. Sebenarnya tidak ada untuk dibuktikan bahawa pengundi Melayu memang pernah bersatu.
“Memang pengundi Melayu berpecah daripada mula pilihan raya lagi. Kalau berpecah tiga seperti diteorikan, kebaikannya InsyaAllah akan pergi kepada PH.
“Pengundi bukan sahaja daripada pengundi Melayu tetapi daripada pengundi bukan Melayu dan bukan Islam,” jelas bekas Menteri Besar Perak selama 11 bulan tersebut.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering berkenaan berkata, PH khususnya AMANAH amat bersedia untuk berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru pada PRU-14.
“InsyaAllah, mereka akan memberikan undian kepada PH. Kajian-kajian telah dibuat pengundi bukan Melayu memberikan sokongan yang kuat dan jitu kepada PH.
“Sudah tentu apabila mengambil kira pengundi bukan Melayu dan pengundi Melayu yang dikatakan berpecah tiga itu PH akan mendapat manfaat daripada gabungan (pengundi) tersebut,” tambah Nizar lagi.
mdl
Picture

6 ulasan:

  1. Itu baru kenyataan anak jantan, jangan nak salahkan PAS pula kalau ada 3 penjuru, kalau kuat 10 penjuru pun boleh menang, boleh menag ke? tapi rasanya amat berat, ditambah pulak Nizar ni bekas MB kayuapi dan boneka DAPigs, perjanjian Pangkor 2 pun rakyat dah dapat menilai siapa Nizar ni sebenarnya, Perjanjian Pangkor 2 diantara kafir dan syaitan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haprak yg kecoh berebut kerusi pon klu berani bertanding sekali lah...hehehe
      Dpd kutuk mengutuk...klepet mgklepet sesama sendiri...baik bertanding.Alang2 masuk gelanggang....hehehe
      Ada berani????
      Hehehehe

      Padam
    2. di tempat aku ada seorang en walaun yg cakap sebijik mcm en walaun...berapi pasal perjanjian pangkor 2 tu. tapi bila tanya butiran terperinci dan fakta en walaun tu hanya mampu tersengih mcm kerang busuk...harap harap en walaun ni tak jadi mcm tu..jadi silalah en walaun terangkan fakta perjanjian tu..teringin juga teman nak hadam perjanjian tu.

      Padam
    3. Ternyata kamu mash lagi hingusan dalam berpolitik, perjanjian Pangkor 2 pun tak tahu.....kehkehkehkeh

      Inilah yang dikatakan sokongan membawa rebah....mung cari sendiri la kalau rasa nak hadam dengan perjanjian tu....jangan jadi pemalas...kehkehkeh

      Padam
    4. Dia tak pernah dengar abang nizar kut.. tapi maafkan dia..

      Padam
  2. TOGEL118

    Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga dan dapatkan bonus menarik dari kami :
    - BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 100%
    - BONUS DEPOSIT HARIAN 5.000 - 20.000
    - BONUS REFFERAL 2%
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.50.000,-
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    LIVECHAT TOGEL118.COM 24 JAM ONLINE
    Pin BBM : D8AF7278
    LINE : togel118
    WHATSAPP : +855 92985834
    Prediksi">http://prediksibwin.com/">Prediksi Bola
    Cerita">http://ceritasemi.com/">Cerita Dewasa
    Cerita">http://ceritasemi.com/">Cerita Semi
    Cerita">http://ayocoli.com/">Cerita Sex
    Prediksi">http://newsprediksi.com/">Prediksi Togel
    Judi Online
    Agen Bola

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive