Pulau Pinang umum RM4.11 juta elaun untuk 1,157 pegawai masjid

Pulau Pinang umum RM4.11 juta elaun untuk 1,157 pegawai masjid
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pemberian elaun bulanan kepada 1,157 pegawai masjid bermula bulan ini sehingga Jun tahun ini.
Insentif yang dianggarkan berjumlah hampir RM4.11 juta itu menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng bakal memberi manfaat kepada 406 imam, 365 bilal dan 386 siak.
“70 peruntukan bagi membayar elaun pegawai-pegawai masjid ditanggung oleh Kerajaan Negeri, manakala 30 peratus lagi ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),” katanya kepada pemberita di Komtar.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, masing-masing imam, bilal dan siak akan menerima elaun sebanyak RM850, RM324 dan RM360 sebulan.
Beliau tidak menolak kemungkinan pemberian itu akan dipolitikkan pihak pembangkang di negeri itu yang sering memainkan sentimen perkauman sempit.
“Apabila Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan hal ehwal pembangunan Islam sebanyak 84 peratus, kita diserang sebagai ‘anti-Cina’, ‘angkat undi Cina tapi bantu orang Melayu’.
“Permainan perkauman ini tidak harus diteruskan, kerajaan negeri perlu bantu semua orang tanpa mengira apa fahaman pun, latar belakang bangsa atau agama,” tegasnya.
Pentadbiran Pakatan Harapan di Pulau Pinang sering ditohmah bersifat perkauman hanya kerana menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Untuk rekod, peruntukan hal ehwal Islam dari tahun 2008 sehingga kini dianggarkan sebanyak RM457.05 juta, meningkat 84 peratus berbanding tempoh sama pemerintahan Umno-BN.
Ekoran itu, pentadbiran negeri yang diterajui DAP di negeri itu sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti anti-Cina oleh parti-parti majoriti Cina dalam BN dan anti-Melayu oleh Umno dan Pas.
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng dilaporkan media pada 7 Feb tahun lalu mendakwa kerajaan negeri diterajui DAP mengambil undi Cina semasa pilihan raya tetapi hanya menjaga orang Melayu selepas menang.
Manakala Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 19 Dis lalu mendakwa pembelaan terhadap orang Melayu dan Bumiputera akan terhakis jika DAP terus memerintah negeri.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

4 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
26 Januari 2018 6:21 PTG delete

Syabas kerajaan dapigs penang!!!
Kenapa kajian terowong dasar laut berpuluh kali ganda berbanding kebiasaan di negara2 lain?
Klepet mcm era mahdey jugak ker???
Hehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 Januari 2018 8:38 PTG delete

Kerajaan Penang banyak duit, hasil banyak, industri perjudian berapa banyak ada, industri pelacuran pun banyak ada, cukai-cukai premis untuk pemabuk tegar alkohol saja berlipat kali ganda lebih daripada elaun untuk pegawai-pegawai masjid, tak hairan la cai.....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 Januari 2018 8:53 PTG delete

Kleptokrat Sial Najib Tun Razak pun ada penyakit mental macam macai Umno dan MCA Penang. Depan Cina cakap lain. Depan Melayu cakap lain. Sakit mental tak berubat. Kehkehkeh...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 Januari 2018 9:31 PTG delete

Yang bijak cakap lain2 depan plbagai kaum nie masih dlm penjara krn salahlaku seks liwat.
Yang suka cakap klepet2 u-tuRn nie tak lain tak bukan...pemegang cop klepet no1...mahdey si mamak kerala...hehehe
Dulu dia kutuk org gila nak jd peeM...skrg dh tua nyanyuk pon msh gila nak jd peeM....hehehe
Mcm takda muka lain ker yg msh muda dlm haprak?Nampak sgt klepetnya.Nak tumbangkan umno/bn...cukuplah sebagai pengerusi haprak...kasi can lah dgn org lain lbh muda.Bodoh!!!Gila kuasa...tak sedar diri si klepet tua bangka!!!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Senarai Blog @ Bisnes