Iklan Penaja 1

Rabu, Januari 03, 2018

Dilema ADUN PAS Selangor - Khalid Samad


My photo

Kebelakangan ini kita membaca ide yang agak kontroversi dikemukakan berhubung kedudukan para ADUN PAS di negeri Selangor. Ide kontroversi ini mencadangkan supaya mereka melompat keluar PAS dan menyertai Keadilan dan seterusnya bertanding kembali kerusi mereka sebagai incumbent atau penyandang tetapi atas tiket Keadilan. Saya yakin ADUN PAS ini sedang dalam sedikit dilema mengenai cadangan ini.

TIDAK SENANG DENGAN SIKAP PAS PASCA MUKTAMAR 2015

Kita semua mengetahui bahawa kesemua ADUN PAS di Selangor, yang berjumlah seramai 13 orang tidak senang dengan pendirian PAS Pusat untuk keluar Pakatan Rakyat (PR) dengan memeutuskan hubungan dengan DAP pada 2015 dan Keadilan kemudiannya. Ini jelas berdasarkan surat yang telah ditandatangani kesemua 13 ADUN PAS meminta supaya PAS Selangor dikecualikan dari dasar PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PR. Malangnya bagi mereka, rayuan mereka telah tidak diindahkan pimpinan PAS Pusat, khususnya Hj. Hadi.

Pada ketika itu, saya yakin sudah ada terlintas di pemikiran sebahagian dari mereka untuk keluar PAS dan bersama AMANAH apabila AMANAH ditubuhkan. Namun mungkin atas sebab keyakinan pihak tertentu bahawa hubungan PAS dan Pakatan Harapan (PH), yang ditubuhkan sebagai pengganti kepada PR, boleh dipulihkan maka mereka kekal bersama PAS. Kemungkinan mereka dimaklumkan bahawa perbincangan antara pihak Keadilan bersama Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali, sedang berjalan dengan begitu positif. Kemungkinan juga akan ada kerjasama antara PAS dan PH digunakan untuk kekalkan mereka dalam PAS dan pada masa yang sama mengekalkan juga ‘kerajaan PR’ di Selangor.

GAGALNYA USAHA KERJASAMA PAS-PH (KEADILAN)

Malangnya bagi ADUN-ADUN PAS ini, kerjasama PAS-PH yang digambarkan sebagai satu kemungkinan besar akan berlaku telah tidak tercapai. Pada masa sama, mereka juga sedar bahawa perubahan sikap PAS telah menjadikan sebahagian dari mereka tidak lagi diperlukan oleh pimpinan PAS. Mereka merupakan golongan pro-kerjasama dengan Pakatan, samada Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan, sedangkan PAS sudah anti pakatan. Dalam keadaan sebegitu, mereka terpaksa memilih untuk samada terus bersama PAS, yang tidak lagi dipersetujui pendekatannya, atau keluar dan bersama PH, khususnya bersama AMANAH.

Sekiranya mereka bersama PAS mereka sedar mereka tidak akan dipilih untuk menjadi calon PRU 14. Sedangkan ada di kalangan mereka yang telah menjadi ADUN calon sejak 2008 lagi dan masih bersemangat untuk terus bertanding. Sambil itu, sekiranya mereka keluar dan menyertai AMANAH, tiada jaminan mereka akan diterima dengan baik atas sebab begitu lambat membuat keputusan untuk keluar PAS. Mereka akan dianggap sebagai golongan yang antara terlewat dan ‘slow learner’. Harapan untuk dijadikan calon juga mungkin dilihat ‘tipis’.

PILIHAN YANG MENAMBAHKAN DILEMA
Sambil mereka menimbangkan segala pilihan mereka, tiba-tiba mereka ditawarkan pula untuk menyertai Keadilan dan dijanjikan akan dilantik sebagai calon atas sebab mereka adalah incumbent atau penyandang. Pilihan ini tidak pernah difikirkan mereka kerana dari awal lagi mereka tidak berminat untuk menyertai Keadilan. Tawaran ini pula dibuat oleh mereka yang pada peringkat awal dulu meyakinkan mereka supaya kekal dalam PAS! Dan bahawa kerjasama PH - PAS, melalui Keadilan, dikatakan pasti berlaku.

Saya rasa tiada yang boleh menafikan bahawa Keadilan bukanlah pilihan pertama mereka kerana dari sejak awal mereka telah memilih untuk bersama PAS. Hampir kesemua mereka menyertai politik pada atau selepas zaman reformasi dan sekiranya Keadilan adalah pilihan pertama mereka maka mereka semestinya akan bersama Keadilan pada ketika mereka menyertai politik. Namun mereka kesemuanya telah bersama PAS kerana mereka, kononnya, pada ketika itu mempunyai wawasan perjuangan politik Islam.

Dengan ditawarkan sebagi bakal calon, walaupun atas tiket Keadilan, saya pasti sebahagian dari mereka masih berdilema. Ada yang tertarik namun pada masa yang sama mereka risau bagaimana tindakan mereka untuk keluar PAS dan menyertai Keadilan semata-mata kerana ingin menjadi calon akan dilihat masyarakat keseluruhannya. Adakah mereka akan dilihat sebagai oppurtunis dan tidak berprinsip?

KEMARAHAN PAS TERHADAP KEADILAN

Bagi Keadilan, penyertaan mereka sebagai ahli Keadilan akan memungkinkan Keadilan menuntut kerusi-kerusi yang dulunya ditandingi PAS. Ini memungkinkan Keadilan memperolehi maksima 13 kerusi tambahan sekira kesemua ADUN PAS bersetuju dengan cadangan mereka. Semestinya ini satu ‘kejayaan’ bagi Keadilan. Namun demikian, justifikasi Keadilan untuk menerima mereka sebagai calon agak kurang jelas. 

Selama ini Keadilan bertindak secara berlembut dengan PAS atas alasan ingin mendapat undi ahli PAS. Hujah Keadilan adalah seakan-akan sama dengan hujah PAS sendiri untuk berlembut dengan UMNO. Tiba-tiba, bila Keadilan ‘mencuri’ bekas calon PAS, tidakkah ianya akan menyebabkan PAS marah? Sudah pasti PAS akan mengamuk dan pertandingan 3 penjuru bersama PAS sudah pasti akan berlaku. Pada ketika itu ahli PAS juga akan marah dengan ‘calon pengkhianat’ dan parti Keadilan yang mencalonkan ‘pengkhianat’ dan dengan itu tiada kelebihan yang akan diperolehi dengan mencalonkan mereka. Tiada kelebihan melainkan kerusi yang ditandingi Keadilan bertambah.

PERSPEKTIF PARTI RAKAN PH

Pada masa yang sama, saya juga khuatir bahawa akan ada yang merumuskan yang mereka ini telah digalakkan untuk kekal sebagai ADUN dan Exco PAS sebagai satu perancangan untuk menjadikan kerusi-kerusi mereka milik Keadilan semasa PRU 14. Kalau itulah yang dirumuskan oleh ahli dan penyokong AMANAH dan PPBM, maka hubungan antara parti komponen parti PH di Negeri Selangor akan tercalar. Sedangkan semangat kekitaan dan kebersatuan amat penting untuk PH berjaya mempertahankan Selangor. 

Tindakan Keadilan akan dilihat sebagai tindakan ‘merampas kerusi-kerusi rakan’ dengan meletakkan calon penyandang dari PAS yang menyertai Keadilan pada saat terakhir semata-mata kerana dijanjikan akan menjadi calon. Ini sewajarnya dielak. Seperti pepatah Melayu, ianya untung secupak rugi segantang. 

SERUAN KEPADA ADUN DAN AHLI PAS


Bagi ADUN-ADUN PAS yang sedang dilema, saya ingatkan supaya mengikhlaskan hati dalam mendukung perjuangan Islam. Jangan jadi seperti Baihara Bin Firas, ketua Bani Amir yang sanggup menyokong Rasulullah (SAW) hanya sekiranya beliau dijanjikan bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua selepas wafatnya Nabi (SAW). Syarat Baihara telah ditolak Rasulullah (SAW) kerana sikap meminta dan mementingkan jawatan adalah bukan dari akhlak seorang pejuang Islam yang tulen.

Bagi ADUN-ADUN PAS ini, yang sudah lama sedar kesilapan Hj. Hadi, saya ingin cadangkan supaya mereka istiqamah dengan perjuangan Islam dan lakukan apa yang sepatutnya dilakukan mereka pada 2015. Keluar PAS untuk bersamalah dengan AMANAH. Sertai AMANAH walaupun tidak dijanjikan apa-apa jawatan mahupun kedudukan. Saya yakin, bukan itu yang diperjuangkan mereka pada ketika menyertai PAS pada asalnya. Sebaliknya yang diperjuangkan mereka, seperti juga kami, adalah untuk membawa risalah politik Islam yang kontemporari, tepat dengan keadaan semasa, demi menyelamatkan negara dari kezaliman dan salahguna kuasa.

Pada masa yang sama, yakinlah bahawa sekiranya seseorang itu ikhlas dan berkemampuan, dia tetap akan dinaikkan Allah sehingga menjadi pemimpin walaupun dia menyertai sebagai ahli biasa pada awalnya. Itulah maksud jawapan Rasulullah kepada Baihara Bin Firas.

Pimpinan dan ahli AMANAH tidak bersifat dendam dan tidak akan menafikan kebolehan seseorang walaupun sekiranya mereka ini pernah terlewat pada satu ketika dahulu.

WaLlahu 'Alam 
KHALID ABD SAMAD

Picture

19 ulasan:

  1. Mereka lebih berminat dengan PKR demi jawatan dan kuasa bukan dengan PAN, jangan perasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas makin punah di bawah Hadi Awang. Ustaz muda yang mentah dalam politik mudah dicucuk musuh. Pas sudah hancur.

      Padam
    2. Dok punoh eh, elok je, semakin kuat adalah, kalau tak kuat takkan madey serang PAS habis habisan sampai dok lena tido malam

      Padam
  2. Nawaitu adun2 PAS ni pun dah terkeluar dari perjuangan Islam, semata-mata yang mereka harapkan ialah jawatan dan kuasa tiada kesilapan pun dari TGHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nawaitu Hadi yang tersesat menyebabkan YB Pas mula beralih arah kepada Pakatan Harapan. Ijtihad yang salah dan takabbur punca pecah-belah dalam Pas.

      Padam
    2. Haprak takut betul dengan PAS, siapa yang nak tinggalkan PAS silakan, sesiapa yang gilakan kuasa dan jawatan Hapraklah tempatnya,

      Padam
  3. Baihara bin Firas aka mahdey mamak kerala...masuk haprak krn ingin meneruskan legasi 22thn demi anak..waris..kroni dan proksi.Optimis sungguh sehingga sanggup berlakon airmata demi menagih simpati dpd pengikut2 haprak.Ptuiihh...dia ingat org bwh tu bodoh mcm pemimpin2 mrk!!!
    Maka satu lagi dilema...
    Dulu bertahun2 mengangkat reformasi demi menjatuhkan pemimpin diktator tapi beruk2 atasan haprak memujuk mengatakan perjuangan mrk adalah sama dan serasi atau beruk2 atasan ini dah disumbat dedak kekayaan tanpa peduli prinsip asas perjuangan.Ingat!!!Rakyat tidak bodoh spt beruk2 atasan haprak!!!
    Maka marilah kita berikrar agar legasi 22thn tidak akan wujud lagi di negara kita.Biarlah kekayaan yg mrk kecapi dulu dan skrg tidak menyusahkan lagi rakyat mll perjanjian berat sblh yg menguntungkan waris..anak..kroni dan proksi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memaki hamun masa lalu tak akan memperbaiki masa depan. Dengan Tun M mula berubah dan bersama kuasa Rakyat, tak mustahil KLEPTOKRAT BN akan disingkirkan.

      Padam
    2. Mahdey berubah???
      Cara dia mengutuk pas tak menunjukkan perubahan.Hanya dia yg betul segalanya.Dia nak kempen anti kronisme atau nepotisme...meludah muka sendiri.Maka klepetokutty digunakan.Malang dia sendiri dulu pon klepet2 juga...hehehe
      Munafik...hanya menganjingkan pengikut haprak demi meneruskan legasi 22thn memewahkan anak..waris..proksi dan kroni..ptuiihhhh!!!!!

      Padam
    3. Habis kau ingat Haprak ni boleh memperbaiki masa depan? Haprak ni merosakkan lagi menyesatkan, longkang je tempat yang sesuai

      Padam
  4. PH jadi pilihan ramai. Sebab hanya PH serius melawan Kleptokrasi. Takkan nak pilih pelawak dan pasu bunga jadi wakil kita di Parlimen. Malu kita nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya ko nie mmg tak paham maksud kleptokrasi.Mahdey lupa..era dia memimpin adalah era klepet2..hehehe
      Keputusan dia tak boleh disanggah dan tak boleh dibangkang.Sukati nak buat perjanjian berat sebelah yg menguntungkan waris dan kroni.Sesiapa yg melawan samada kena kutuk atau dipecat.Sama spt ahli parti bunga yg tak bersetuju dgn keputusan dia yg digelar sampah.Itu adalah klepetokutty.

      Padam
    2. Mereka ni semua dah berjaya diperbodohkan oleh DAPigs dan Madey

      Padam
  5. Berpandukan komen2 yang rasional, pilihan Rakyat pasti berpihak kepada PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau undi non muslim anti islam dan muslim liberal mmg aku akui pendapat kamu... tapi bagi non muslim yg bukan anti islam dan melayu islam syumul aku tak yakin akan berpihak kpd PH kerana takkan non muslim yg bukan anti islam bersetuju dgn DAP yg anti islam, manakala melayu islam pula takkan nak pilih wakil yg memperjuangkan hak golongan lgbt, atheis, sekedudukan dan murtad kut..

      Padam
  6. Undi pas pasti wakil anda akan jd pasu bunga dan berkecuali dlm parlimen.....
    Ki Ki Ki....pikir sendiri....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Undi ph pasti 26 wakil anda akan teruskan amalan ponteng serentak..

      Padam
  7. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    BalasPadam
  8. TOGEL118

    Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga dan dapatkan bonus menarik dari kami :
    - BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 100%
    - BONUS DEPOSIT HARIAN 5.000 - 20.000
    - BONUS REFFERAL 2%
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.50.000,-
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    LIVECHAT TOGEL118.COM 24 JAM ONLINE
    Pin BBM : D8AF7278
    LINE : togel118
    WHATSAPP : +855 92985834
    Prediksi">http://prediksibwin.com/">Prediksi Bola
    Cerita">http://ceritasemi.com/">Cerita Dewasa
    Cerita">http://ceritasemi.com/">Cerita Semi
    Cerita">http://ayocoli.com/">Cerita Sex
    Prediksi">http://newsprediksi.com/">Prediksi Togel
    Judi Online
    Agen Bola

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive