Iklan Penaja 1

Rabu, Januari 10, 2018

Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak - Dr Mohd Hatta Ramli

Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak
Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, AMANAH akan menyumbang kemenangan kepada Pakatan Harapan walaupun diperuntukkan dengan hanya 27 kerusi Parlimen.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menurutnya, jentera pilihan raya parti akan bekerja lebih kuat untuk turut memenangi sejumlah besar kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Kita bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak tapi kalah. Jadi, AMANAH mesti menang sebanyak mungkin.
“Itu lebih penting daripada kita bertanding banyak untuk memenuhi keinginan semua orang tetapi kalah dan kecewa akhirnya,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Sehubungan itu, beliau menafikan AMANAH terpinggir dalam Pakatan Harapan sebaliknya berpendapat parti tersebut masih menggalas peranan penting dalam menggantikan Umno-BN di Putrajaya.
“Tidak wujud keadaan AMANAH macam ketinggalan. Tidak sampai begitu. Hanya apa yang kita minta (kerusi Parlimen) tidaklah dapat semua, sama juga seperti parti lain dalam Pakatan Harapan.
“Mesti ada parti yang lebih, dan kurang (dapat agihan kerusi). Peranan penting sekarang, kita harus memenangkan Kelantan, Perak, Kedah dan Johor. AMANAH ada tugas besar walaupun kerusi Parlimen yang diagih paling sedikit.
“Banyak lagi kerusi Dun yang kita akan tandingi. Itu semua tanggungjawab AMANAH yang menuntut gerak kerja jentera parti yang kuat. InsyaAllah,” ujarnya.
Mengulas tentang proses muafakat Pakatan Harapan berhubung agihan kerusi Parlimen di Semenanjung itu, beliau berkata, situasi semasa menjelang PRU-14 berbeza berbanding pada 2013.
“Dulu (PRU-13) agih kepada tiga (parti). Ini pertama kali kita bertanding empat parti. Jadi, kerusi untuk kita tandingi lebih terhad. Bagi PRU-14 ini, semua parti dapat kurang sebab perlu diagih kepada empat parti.
“PRU dulu pun, kita sudah ada pengalaman pada PRU 2008. Jadi, dari situ datang pertimbangan untuk meletakkan calon di mana. Hanya mungkin DAP kali ini tidak banyak terkesan sebab kerusinya masa PRU-13 lepas banyak dia menang.
“Tapi bagi AMANAH, dalam keadaan kerusi Parlimen yang terhad pun, kita masih dapat 27 kerusi. Itulah muafakatnya. Itu baru di Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak, ada lagi kerusi,” jelasnya.
Ditanya tentang AMANAH Wilayah Persekutuan yang tidak mendapat sebarang kerusi, Dr Hatta berkata, keputusan tersebut dicapai selepas mengambil pelbagai pertimbangan.
“Nak buat bagaimana,” jawabnya ringkas.
Beliau juga memberitahu setakat ini, belum ada lagi rundingan semula berhubung pemberian sekurang-kurangnya satu kerusi di Wilayah Persekutuan kepada AMANAH.
“Belum lagi diputuskan,” katanya lagi yang juga Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan itu.
mdl
Picture

22 ulasan:

  1. Eh bukan ke Dr Hatta dah tender jawatan Pengarah Pilihanraya sebab kecewa dengan 27 kerusi hilang deposit dan hilang Titiwangsa?....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpati buat mereka kerana sejak keluar pas mereka selalu menyangka betapa pentingnya mereka itu.. keh keh

      Padam
    2. Saya amat setuju dgn pendekatan yg telah dibuat dgn memilih TM Sabagai PM serta tolak ansur yg dibuat oleh semua party pakatan dan saya amat bersukor kerna party suci ta termasok dlm pakatan kerna salama ini kemenangan ta tercapai kerana party inilah yg selalu membuat onak atau duri dlm daging sikap tamak busuk hati telah sebati dlm jiwa mereka saya pasti jika mereka dlm pakatan kita takan dpt keputusan ini iaitu pembagian kerusi,mereka nampak dari luar aje elok dlm Allah saja ug tahu.

      Padam
    3. Kalau parti suci macam PAS maka lahirlah pemimpin suci, kalau parti pengkhianat macam PANdir maka lahirlah pemimpin pengkhianat, kalau parti penyamun macam parti bunga raya maka lahirlah pemimpin penyamun, kalau parti perompak macam umno maka lahirlah pemimpin perompak, kalau parti kafir macam DAPigs maka lahir lah pemimpin kafir dan kalau parti mempertahan liwat maka lahirlah peliwat, semuanya bergantung kepada dasar dan perjuangan yang dibawa oleh sesebuah parti

      Padam
  2. Masalahnya PANdir ni boleh menang ke?.....kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ni mereka memang pun selalu menang sorak..

      Padam
  3. Alahai PANdir....kesiannya...Abang Mat dan Din Pudu menanggis teresak-esak dalam konvensyen Haprak....menanggis bukan kerana takutkan Allah ...tapi menanggis kerana dapat 27 kerusi je.....ishk ishk ishk...dah tua pun masih berpeel macam kanak2....biasanya kalau dah tua menanggis kerana dosa lalu dan bertuabat...ini tidak...27 kerusi boleh buat orang tua menanggis...Presiden dan Timbalan Presiden tu....malu betul la PANdir ni....kehkehkeh

    BalasPadam
  4. Nampak sgt PANxxx adalah anak tiri dlm haprak.Mgkin ketua dh kena sumbat dgn bnyk dedak sampai sanggup dipijak bukan shj oleh dapigs tapi bekas musuh yg ingin mrk penjarakan...hehehe
    Kpd pengikut PANxxx...ketua dpt komisen dan korang pulak hampir mati berguling2.Berbaloi ker???Baik korang kluar parti jer dpd dilembukan...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang berguling-guling dulu tu kebanyakkannya pengikut PAS...kena cota pengikut PAS...kena water canon pengikut PAS....kena penjara pun ramai pengikut PAS....bukan pengikut Haprak....mereka hanya duduk direstoran minum dan sembang...pasal tu PAS tahu macamana zalimnya Madey.....pengikut Haprak mana nak berguling...sembang je lebih....arahan je lebih...pasal tu mereka tak rasa yang Madey tu zalim....kehkehkeh

      Padam
    2. Setuju dan ianya realistik...

      Padam
  5. Ketawa dalam hati membaca komen yang tak puas hati kepada kepuasan AMANAH dalam berjuang untuk kemenangan. Seperti pujian pula kepada sifat AMANAH yang baik hati dan tawadduk. Jelas sifat takabbur dan tamak haloba bukanlah ajaran Islam sebenar. Tiada pilihan lain lagi.


    #VOTE4PH



    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...takyah nak bermadah wei
      Klu setakat anak tiri dlm haprak dan masih di bwh mahazalim dan dapigs tiada maknanyer...
      Tak mampu berdiri dgn kaki sendiri..
      Suara PANxxx sendiri pon dh kena klepet oleh mahazalim dlm sidang akhbar...hehehe
      Nak mengadu dgn abg long dapigs...mrk pon dah tunduk dgn taburan dedak oleh mahazalim....hehehe
      Nak ckp apa??PANxxx dh kena klepet dah...melutut sekor2 dpn kaki mahdey...hehehe

      Padam
    2. Semua pengikut PAS lebeh terok dari orang kafir Tuan Presedent kaki ponteng tapi semua kerusi mereka na tandingasok Paeliment jadi bisu Islam cuma jadi alat pada mereka jika tidak masakan hinga kini Malaysia majoriti org Melayu tapi dari dulu hinga kini ta menang2 party Pas ashik dok salak mcm a..

      Padam
    3. Bukan ke pan kata nak gantikan pas..?

      Rupanya pan selama ini berpura? Mereka kata nak ganti pas tapi rupa2nya nak jadi a.. dap shj..

      Padam
  6. Semalam perjumpaan para PANdir diselubungi kesedihan.....kahkahkahkah.....mereka menangis beramai-ramai....apa kebenda tuh?......bukan nangis secara jemaah....tiada imam...menangis secara solo.....nak lawan lebih2 tak berani....setakat ketuk meja....kahkahkahkah.....berbelas ribu cai masuk setiap bulan...kerusi GLC...itu yang lebih penting bagi para PANdir....kahkahkah.....bisa sungguh penangan kalau jadi pengkhianat...kehkehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak menang pon tak apa asal dpt kaut untung dpd dana kempen.Almaklumlah pemegang dana dpd waris/proksi/kroni mahdey cukup besar.Tengoklah sendiri betapa memgampunya muka mat sabun duduk sblh mahdey.Dia peduli apa cwgn2 parti dia yg merungut.Yg penting aku kaya....hehehe

      Padam
  7. Sian walaun sendiri komen sendiri balas.kahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sian walaun dap.. nak ganti pas konon.. tapi rupanya nak jadi a.. dap je rupa2nya..

      Padam
    2. Mereka dah terlambat nak serang Amanah. Baru mereka sedar Amanah rupanya yang membantu percepat calon Parlimen PH. Sekaligus memberi kepercayaan rakyat kepada PH. Tiada pilihan lagi.



      #VOTE4PH


      Padam
    3. Kata nak ganti PAS.. tapi bukannya PAS sahaja malah komponen PH lain pun tak yakin akan KEBENARAN dakwaan PAN itu..

      Buktinya?? Buktinya di ibu negara dan negeri paling utara, PAN tak laku..

      Padam
  8. Mohon dimaafkan sebelumnya....!! terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak dan suami di tinggal di kampung. Sy dulu 4 tahun 5 bulan tinggal di Taichung Taiwan.. hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap. tp tdk ada hasilnya sm sekali. Cuman gali lobang tutup lobang trus. dulu.. pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak ada yg tau. Yg penting kita betul-betul yakin dan percaya Pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhanlah yg menentukan. Kebetulan waktu itu sy istirahat di kamar buka facebook dapt nmor telpon Mbah Suroto di halaman tki sukses. setelah sy baca ternyata beliau murid Eyang Guru Jugo dari gunung kawi. dengan adanya Pesugihan Dana Ghaib ini dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 2D sampai 6D pilihan..., sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib saja karna tidak ada tumbal menumbal. alhamdulillah ternyata benar2 terbukti hasil nya dari Mbah. skrg sy bsa buka usaha kecil-kecilan di rumah.. ya allah terima kasih rejekimu ini yg enkau berikan. Mungkin ada teman pengen merubah nasib nya seperti sy. ini nomr nya Mbah Suroto +6282291277145 karna tidak ada salahnya kita berbagi. sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di perantauan. Trmksh

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive