Iklan Penaja 1

Sabtu, Mei 27, 2017

Kenyatan Panas!! : Melayu berusaha membodohkan Orang Melayu

Khalid SamadKhalid Samad
Saya telah menerima beberapa mesej Whatsapp melalui berbagai grup Whatsapp mengenai isi kandungan buku YB Hanna Yeoh, "Becoming Hanna".
Petikan-petikan yang dikemukakan bertujuan untuk membuktikan bahawa YB Hanna dan parti DAP itu sendiri ingin mengkristiankan Malaysia. Pensyarah Melayu yang bernama Dr Kamarul Zaman Yusoff mendakwa tulisan YB Hanna adalah satu pendedahan agenda DAP sebenar!
Amat sedih apabila 'cendekiawan' Melayu berusaha membodohkan Melayu. Ini yang dikatakan "harapkan pegar, pegar makan padi".
Saya yakin sebagai seorang yang berpendidikan, Dr Kamaruzaman mampu membezakan di antara keyakinan keagamaan seseorang ahli dan dasar parti politik yang disertainya. Namun dia sengaja putar-belit fakta sebenar supaya akan tercapai matlamat politik tertentu. Sedih, tetapi itulah hakikatnya.
Hanya yang terlalu bodoh akan mendakwa DAP sebagai parti politik yang beragenda mengkristiankan masyarakat Malaysia berdasarkan buku kisah hidup Hanna Yeoh! Bagaimana mungkin ada yang tak mampu membezakan agama seseorang ahli parti dan dasar parti yang disertainya boleh menjadi pensyarah universiti? Pensyarah dalam bidang politik pula!
Untuk menangkis dakwaan songsang 'profesor kangkung' ini, kita hanya perlu melihat kepada barisan kepimpinan DAP. Adakah semua pimpinan dan ahli DAP beragama Kristian? Sekiranya ya, harap beritahu saya.
YB Gobind Singh Deo ialah Kristian mazhab apa? YB Sivakumar, bekas Speaker Perak ialah seorang yang beragama Hindu. Adakah wujud mazhab Kristian yang berpegang kepada agama Hindu? Kebodohan yang menakjubkan. Amat malang kebodohan ini ditaja oleh seorang pensyarah Melayu supaya disebarkan di kalangan orang Melayu. Nak jadikan Melayu bodoh, bukan nak tambahkan Melayu dalam kepandaian.
Buku YB Hanna menceritakan mengenai dirinya sendiri, fahamannya, nilai-nili hidupnya, cita-citanya dan liku-liku hidup yang telah dilaluinya. Ia tiada kena-mengena dengan dasar perjuangan politik partinya iaitu DAP.
Biasanya kalau nak faham mengenai dasar perjuangan sebuah parti politik, maka perlembagaan parti tersebut adalah rujukannya. Mengikut profesor ini, untuk mengetahui perjuangan DAP, buku kisah hidup YB Hanna adalah rujukannya! Tidakkah ianya kelakar? Lebih kelakar lagi apabila ada yang percaya dakwaannya.
Islam tidak menghalang orang bukan Islam berpegang teguh dengan agama mereka dan mengamalkan ajaran-ajarannya. Itulah keadilan Islam. Malangnya ada yang beranggapan bahawa bukan Islam yang hidup di 'negara Islam' mesti "mengakui Islam adalah agama sebenar"!
Saya masih ingat lagi semasa bertaraf mahasiswa di universiti, ada 'ustaz-ustaz jadian' yang mendakwa itulah ajaran Islam. Saya tak hairan berdasarkan kupasannya terhadap buku YB Hanna, sekiranya profesor ini beranggapan begitu juga! Sikap dan kefahaman sebegini menjatuhkan imej Islam. Betapa ramai yang menganggap dirinya berkhidmat untuk Islam tetapi sebaliknya meruntuhkan imej Islam.
Melayu seperti 'profesor kangkung' sebegini merosak dan membodohkan Melayu demi kepentingan peribadinya. Mungkin alasan agama digunakannya tetapi amalannya tiada kena mengena dengan akhlak agama Islam. Dia sanggup menipu dan berbohong, sehingga Melayu takut kepada seseorang hanya kerana dia berbeza dan sanggup pula menyokong kepimpinan penyamun dan perompak semata-mata kerana mereka sebangsa! Patutlah bangsa Melayu jauh ketinggalan apabila pensyarah Melayu membodohkan Melayu.
Saya mengenali YB Hanna sebagai seorang wanita yang rendah diri, berkeperibadian tinggi, jujur dan sangat fokus terhadap tanggung-jawabnya sebagai seorang Adun dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Amat malang kalau dia didera semata-mata kerana dia beragama Kristian dan difitnah sesuka-hati dan ini semua dilakukan 'atas nama Islam'. Islam sebeginilah yang menghasilkan ISIS dan IS.
Parti Amanah Negara berpegang kepada kefahaman Islam yang berpaksikan Al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. serta amalan para sahabat dan tabiin. Islam yang dibawa Nabi s.a.w. adalah penuh dengan kerahmatan dan kasih sayang. Ianya membawa persaudaraan dan keamanan yang berpaksikan keadilan. Islam yang dibawa 'profesor kangkung' ini, bersama pengikut-pengikutnya hanya mampu menyemaikan kebencian dan perbalahan. Ianya songsang dan sesat dan hanya menjanjikan kemusnahan masyarakat dan negara seperti mana yang telah menimpa semua negara umat Islam yang terpengaruh dengannya.
Untuk menghadapi kefahaman Islam yang songsang sebeginilah maka Amanah ditubuhkan.
________________
Khalid Samad ialah Pengarah Komunikasi Amanah dan Ahli Parlimen Shah Alam.
mdl
Picture

12 ulasan:

  1. Cuba jawab dulu ulasan yang Dr Kamarul utarakan, jangan nak alih isu sebenarnya, biar Hannah sendiri yang bersemuka dengan Dr Kamarul, kau Khalid Samad tak perlu kehadapan pun rakyat memang dah tahu kau ni memang benteng yang mempertahankan DAP.

    Tiada isu yang melayu membodohkan melayu diantara Hannah dengan Dr Kamarul, melayu bodoh adalah melayu yang mempertahankan apa yang ditulis oleh Hannah, Khalid Samad cukuplah kau memperbodohkan diri sendiri dan jangan heret rakyat sekali dengan kebodohan kamu.

    BalasPadam
  2. Lebih kurang macam kat atas tu lah komen KS ni dulu masa dia mempertahankan LGE.. sedangkan pada hakikatnya LGE yg serang TGHH..

    Kali ni KS komen mempertahankan pula YB HY dari 'serangan' Dr KZY.. sedangkan Dr KZY hanya mengulas sebuah buku, tapi reaksi YB HY ialah membuat lapuran polis terhadap Dr KZY!

    BalasPadam
  3. Masa dia lompat parti langgar sumpah bai'ah takde pulak dia nak mengaku mencemarkan imej islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa PAS itu sajalah Islam..awat hang lembu sangat..PAS sesat bagitu juga ahli2nya...

      Padam
  4. prof.tu...cr makan gak...klu dia rasa yb hannah..nyebar kristian...dia patut komen gak...org islam yg ade kuase dr dulu spai skrg..buat ape??? utk perkuatkan islam...ade..itu pun bab haji ngan zakat...sb ade rm di situ...mcm mana bab2 lain...jd fikir2 .jgn jd zombi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila islam dipinggirkan di bawah pakatan, maka penyebaran kristian tidak lagi dilihat suatu ancaman.. harap para pengundi dapat menilai sikap puak yg mengaku islam tapi tidak terasa kristian satu ancaman kepada anak2 kita!

      Padam
    2. kenapa takut dgn manusia,ALLAH kan ada!!TAUFIK dan HIDAYAH,HAK MUTLAK ALLAH.

      Dalam al-quranpun dah bagi-tahu,siapa bantu agamaku,aku akan bantu.seperti kaum hauwaryin,nabi isa.
      kenapa membawa sifat benci,sesama manusia,hasad yg tak berkesudahan.
      Membantu allah bukan cara kita sendiri,(politik),allah dah tunjuk CARA/IKTIBAQ NABI S.A.W.Nabi tak gundah -gulana dgn orang2 kafir/yahudi,kafir mushrik,nabi hanya menjalankan "dakwah/dakwah/cara yg allah tunjuk ajar pada rasul2 terdahulu/seperti isa/musa..

      agama islam,lahir dari kasih-sayang/bukan secara "kebencian,dgn menganggap bangsa sendiri yg diredha allah..ANAK2 KITA TIDAK BOLEH DIAJAR DGN CARA KEBENCIAN.HANYA ALLAH BERHAK MENENTUKAN MAHKLUKNYA SMADA MJUSI,NASRANI,YAHUDI,ISLAM..SIapalah kita??

      Padam
    3. Kalau dengan kafir kena tunjuk sifat berkasih sayang dan jangan ada hasad dengki tapi kalau dengan sesama Islam contohnya macam najib kenapa ramai orang Islam dan kafir tidak tunjuk sifat berkasih sayang? Apakah hanya dengan kafir kena berlemah lembut?

      Padam
    4. PAN sangka cina adalah DAP dan DAP adalah cina.. inilah masalah yg dah lama PAN hadapi.. sebab tu PAN sanggup tunduk gila kpd DAP kerana menyangka semua undi cina di tangan DAP.. almaklumlah perjuangan hanya berobjektifkan undi non muslim.. tidak seperti PAS yg perjuangannya berobjektikan keredhaan Allah semata2 jua..

      Padam
  5. Bagi le bukti sikit yg PAN tunduk kpd DAP wanrosli. Jgn ambil kes fatwa tu nnt kena pelempang. Kalau betul ada aku nak masuk PAS balik. Ye lah, bukan senang dpt berkawan dgn cerdikpandai mcm wanrosli sekor ni.

    BalasPadam
  6. Bagi le bukti sikit yg PAN tunduk kpd DAP wanrosli. Jgn ambil kes fatwa tu nnt kena pelempang. Kalau betul ada aku nak masuk PAS balik. Ye lah, bukan senang dpt berkawan dgn cerdikpandai mcm wanrosli sekor ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je tu mohd nasir.. bila dap kata ZAKIR NAIK satan, org pan TUNDUK membisu..

      Bila dap kata akta jenayah syariah bercanggah dgn perlembagaan negara, org pan TUNDUK membisu..

      Bila dap kata biarlah pemimpin si kafir belek fatwa utk org islam mcm mohd nasir, org pan TUNDUK membisu..

      Dan pastinya banyak lagi bro!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive