Paca Muktamar PAS Ke-61 dan Pembaharuan Yang Diidamkan
Muktamar
PAS Ke-61 telahpun selesai dengan segala kehebatan dan keajaibannya.
Maka dilihat terpilihnya saff pimpinan yang hampir keseluruhannya baru
kecuali di jawatan Presiden dan beberapa anggota AJK PAS Pusat. Ianya
boleh disifatkan sebagai satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya
telah lama diusahakan oleh pimpinan yang mengelar diri mereka sebagai
‘pro-ulama’ di dalam PAS.
Dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama. Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru. Dalam erti-kata lain, pimpinan ditukar demi memungkinkan pembaharuan dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan, yang tidak mampu atau tidak sedia dilakukan pimpinan lama.
Amat mengecewakan sekiranya setelah berusaha dengan begitu gigih, DAN MATLAMAT TERCAPAI, akhirnya tiada sebarang perbezaan kecuali retorik semata-mata.