Iklan Penaja 1

Jumaat, Mei 04, 2018

Pesona Nik Omar telah ingatkan bukan Melayu kepada Nik Aziz

Nama Ustaz Nik Omar sedang meningkat naik dalam arena politik Malaysia apabila beliau membawa mesej perpaduan dan kasih sayang.
Kemunculan Nik Omar Nik Aziz ke pentas-pentas ceramah di Lembah Klang telah mendapat sambutan hebat orang bukan Melayu sebagaimana mereka menghormati Tok Guru Nik Aziz sebelum ini.
Selepas beliau berceramah di Shah Alam petang semalam dan di Putrajaya malam tadi, media sosial dilimpahi dengan komen-komen mereka terhadap Nik Omar.
Hal itu dapat dilihat pada paparan komentar ketika program itu disiar secara langsung dengan meraih setinggi 62,000 tontonan menerusi Facebook rasmi atas akaun Dr. Mahathir bin Mohamad.Anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Nik Aziz Nik Mat itu dilihat mewarisi karisma kepimpinan ayahnya yang lembut berbahasa dan bersikap terbuka meraikan orang bukan Islam.
Ibarat mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, pesona Nik Omar yang meneruskan perjuangan ayahandanya dalam AMANAH mengundang kekaguman segenap lapisan masyarakat ketika berbaki lagi enam hari untuk 14.9 juta rakyat Malaysia membuang undi.
Mengikuti cara dan pengisian ucapan Nik Omar, ramai yang memberitahu mengingatkan mereka akan Almarhum Nik Aziz sebagai pemimpin yang disayangi dan dihormati banyak pihak.
MESEJ KASIH SAYANG
“May God bless all of us in Malaysia from now n forever. Peace for all. Thank for the inspiring speech Nik Omar,” tulis Fung Fong.
(Semoga Tuhan merahmati kita di Malaysia dari sekarang hingga selama-lamanya. Keamanan untuk semua. Terima kasih atas ucapan yang penuh memberangsangkan Nik Omar)
Christopher Lee pula menulis, “Islam is beautiful through Nik Omar.”
(Islam itu indah melalui Nik Omar).
Chris Cheng Lai Peng pula menulis, “What a speech Nik Omar…You are so like your father TGNA!!! May Allah blessed you!! If your dad was alive he would have been do proud!!! Hidup PH.”
(Ucapan apa ini Nik Omar. Awak saling tak tumpah TGNA!!! Semoga Allah merahmati anda!!! Jika ayah mu masih hidup, dia tentu berbangga dengan mu!!).
Pengguna Facebook, Wilson Wong mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz Nik Omar dan menganggap calon PH yang bertanding di kerusi Dun Chempaka itu antara individu yang dihormatinya.
Sementara itu, Ganesh Raj menulis, “Kami bangga dengan anda. Saya melihat TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dalam diri anda” manakala Erica Phoon berkata, “Nik Omar, anda akan buat ayahmu berbangga.”
Pendapat sama diluahkan Victoria Loh yang menyifatkan Almarhum Nik Aziz sentiasa berada bersama Nik Omar.
“Kami bangga dengan kamu. Semangat Nik Aziz terus hidup selama-lamanya,” kata Loh lagi.
Netizen juga berpendapat Nik Omar seorang pemimpin yang bersifat rendah diri apabila membahasakan diri sebagai ‘ambo’ (hamba iaitu saya) serta menggunakan gelaran ayahanda dan bonda kepada Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.
Pecah rekod penonton siaran langsung malam tadi Putrajaya. Semasa Nik Omar berucap sudah pecah rekod lepas, semasa Tun Dr Mahathir lagi meningkat.
Antaranya, Saravaswaran Gunalan berkata, “Beliau sama seperti ayahnya Nik Aziz. Orang yang merendah diri” juga diakui sama Chan Sp yang berpendapat, “Good father good son.”
Kesemua tulisan ini muncul selepas ucapan Nik Omar di Shah Alam dan Putrajaya malam tadi.
Ketika berucap di Seksyen 8 Shah Alam, Nik Omar mencerita antara memori beliau dengan Allmarhum Nik Aziz.
Antaranya Nik Aziz memberitahu suatu pagi dia demam tetapi mahu berjumpa juga dengan Karpal Singh bagi meraikan harijadinya.
“Pagi ayah beritahu dia demam tetapi nak jumpa juga Karpal Singh untuk raikan harijadinya. Petang saya dapat tahu ayah sudah berada bersama Karpal di Pulau Pinang,” cerita Nik Omar.
Menurut Nik Omar, pilihan raya kali ini bukan soal pilih agama tetapi memilih pasukan mana untuk mentadbir negara.
“Kita bersama-sama berlumba membuat kebajikan – fastabikul khairat.
“Bagi ambo, kita kena pilih pasukan terbaik untuk tadbir negara iaitu Pakatan Harapan,” katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.
KOMENTAR BUKAN MELAYU
Berikut antara petikan komentar lain yang turut memuji pesona kepimpinan Nik Omar ketika menonton secara langsung ucapan anak bekas Mursyidul Am Pas itu di Putrajaya:
Jchanet Tan – God bless you… this May 9th will be the day.
Kogee Sinniah – We must unite, unite, unite… respect each other, work hard together, love each other.
Brian Low – We have found our future Minister of Religion.
Sai Murugan N – My respect to him grows more and more!!
Ken Ken – ISLAM IS GREAT… NIK OMAR CAN BECOME A GREAT LEADER…
Michelle Cheong – Well said Mr Nik. We respect all religion in Malaysia. BN always used religion to create hatred between the races.
Ken Ken – I FEEL HAPPY LISTENING TO THIS MAN TALKING… A GREAT INSPIRATION…
Fung Fong – Best said Nik Omar! Thanks for your encouraging words!
Meggie Teoh – You have all our support Nik Omar.
Valentina E. Pinji-Rajatin – Respect Nik Omar. A true leader!
Sum Km – His DAD must be so proud of him today…for doing the right thing.
Michelle Cheong – Nik Omar, your father will be so proud of you.
mdl

Picture

18 ulasan:

  1. Moga Nik OMAR dilindungi ALLAH hingga hujung nyawa

    BalasPadam
  2. Syabas, Tuan Haji Husam Musa. Atas keizinan Allah SWT, tuan dapat membawa Tuan Haji Nik Omar ke dalam barisan tokoh Pakatan Harapan. Dulu orang PAS memperlekeh Tuan Haji Husam Musa dengan pelbagai gelaran termasuklah Husam Kuasa 10. Sekarang "kuasa" itu kian terserlah. terima kasih, ya Allah, atas kurniaan-Mu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hrp tuan haji husam tak menggelupur jika dipanggil mengemukakan bukti akaun affin bank tahun dpn.

      Padam
    2. Jangan Nik Abduh yang menggelupur sudah. Ana tahu. Ana tahu.

      Padam
    3. Ataupun tuan presiden PANxxx yg menggelupur...hehehehe

      Tak mgkin...senjata msh teguh dan utuh.....hehehehehe

      Padam
    4. Kekeke. Ini kempen lucah dan kempen dalam seluar dalam memang trademark think tank Be End. Kekeke. Tak terkejut langsung. Kekeke. Respon orang ramai pun zero dol. Tapi ada Geng Lebai tiba-tiba menyahut. Kekeke. Kautim ker Kerajaan Campuran macam tomyam? Kekeke. Kazim cakap tak elok tomyam campur. Bawa penyakit. Kekeke.



      Padam
  3. Nik Omar bawa perjuangan yang sama dengan Tok Guru. Tak pelik semua kaum menerima beliau. Berbanding Nik Abduh yang dipengaruhi Hadi Awang. Undi kaum lain pun Geng Hadi tak akan dapat asyik dengan kafir sana kafir sini. Melayu Islam yang taasub dengan Islam gaya Hadi Awang mungkin terpesona. Sampai ponteng sidang Parlimen sebab tahnik bayi pun jadi dapat pahala. Sesat dah Pas Hadi. Pas Tok Guru dah jadi Amanah.


    UNDI PKR [|| (( )) ||] X

    UNDI PAS = UNDI UMNO = KERAJAAN CAMPURAN SYUBHAT MCA+MIC+GERAKAN+CPC

    SOKONG PAKATAN HARAPAN.

    BalasPadam
  4. Tok Mat akhirnya mengaku Pegawai SPR halang calon nak lawan dia ialah bekas Ketua Penerangan Umno. Buat Malu Orang Rembau. Ada maruah lagi tak Tok Mat?

    5 tahun lagi boleh ulang menang tanpa bertanding Tok Mat... sebab halang lawan masuk gelanggang. Boleh terus jadi YB menang tanpa maruah. Kekeke.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Calon paling bodoh yg pernah dicalonkan...
      Org suruh ambik pas sblm pkl 5 ptg.Dia dtg pkl 6.45 ptg.Dia ingat pjbt spr bapak dia yg punya!!!!
      Bodoh dan bangang!!!!

      Padam
    2. Kekeke. Macai panas. Tok Mat kau memang eunuch dol. Kekeke. Kena siasat RO dapat arahan siapa? RO lain boleh lepas. Mungkin RO DUN Rantau dirayu Tok Mat? Dah ada geng. YB Eunuch tanpa maruah. Kekeke.


      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Yang bangang itu kamu, tak tahu maklumat sebenar. Cuba kamu jadi rajin sedikit cari kronologi kisah penipuan pas masuk penamaan calon itu dulu sebelum tulis komen bodoh kamu di sini. Jangan asyik telan propaganda puak BN yang jahat itu sahaja. Pergi cari maklumat itu sekarang, bangang! Pergi!

      Padam
  5. Sombong dan bongkak!!!
    Klu bapak ko tak pernah jd peeM selama 22tahun...ko mgkin penerima Br1m skrg.
    Bersyukur...jgn hina org.
    Itulah dia golongan penyamun yg tak pernah berasa syukur!!!!

    Hapuskan legasi 22tahun!!!!
    Kuburkan legasi sial tu di bumi bertuah ini!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita boleh berbangga dan menjadi seperti juara apabila kita sudah kaya. Kita boleh merasa hebat dengan wang hasil susah payah kita sendiri.

      "Hasil susah payah kita sendiri"

      Klu bapak tak tolong jgn harap ko nak senang...sombong!!!

      Padam
    2. Kalau kaya dapat derma Tok Arab nama Jho Taek Low? Masuk senarai billionaire setahun dua macam Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor. Berjoli beli harta di US dan UK guna nama Anak Sial Riza Aziz.

      Akhirnya, dilucuthak selepas itu dan masuk Hall Of Shame World Top Kleptokrats. Kekeke. Equanimity yang dah dipulangkan FBI apa cerita macai fakenews? Mana pemilik 4 syarikat Cayman yang menang kes di Indonesia? Kekeke.



      Jaga baik-baik macai Equanimity. Jangan kena rampas semula dengan FBI. Nanti berita dunia membusukkan lagi nama Malaysia. Malu dol ada PM pencuri macam Kleptokrat Sial Najib Tun Razak.



      Padam
    3. Kita tggu mahkamah tun klepet...gerenti kapal tu kena rampas....hehehehe

      Sblm rampas kapal tu...kuda2 tun klepet rega juta2 tu perlu masuk mahkamah jugak....hehehehehe

      Bukannya apa...klu ikut gaji dan pencen tun klepet tak mampu beli tanah, rmh dan 40 ekor kuda di argentina.
      Lagipun dia jenguk kuda 2 kali sbulan bukan naik flight komersial tapi naik jet peribadi....ish ish ish

      Kena masuk mahkamah punca kekayaan sbnyk itu....hehehehe

      Lupa...apartment mewah di london serta rmh mewah di canada dan usa....kena siasat jugak tu....hehehehehe
      Belum lagi di negara sendiri...
      Mak oiii...bnyk yg kena siasat nie...hehehehehe

      Tapi mahukah fbi siasat tun klepet nie????

      Belum lagi kekayaan anak2nya.Cucu2 dia yg bermewah dgn harta dibeli dgn wang rakyat????!!!!

      Ish ish ish....kaya sgt rupanya mrk nie tapi malu nak mengaku...hehehehe

      Padam
  6. Nik Omar berlawan dengan Tuan Sabariah di Chempaka demi jawatan MB yang "dioffer" oleh Husang, Nik Omar sanggup membelakangi keluarga dan yang lebih parah lagi Nik Omar membuatkan hati ibunya terguris, kalau tak tarik balik pencalunan maka Nik Omar akan jadi anak derhaka...masih sempat lagi untuk Nik Omar bertaubat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HASAD sifat manusia sejak azali lagi,merasa diri hebat dari orng lain,jika ada sesiapa yg lebih hebat darinya,carilah kelemahan ibunya!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive