Iklan Penaja 1

Isnin, Mac 20, 2017

Yb Husam Musa : Ahli Pas tak rela bersama BN

Husam melihat  replika meriam di upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian petang semalamHusam melihat replika meriam di upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian petang semalam
Dakwaan timbalan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) kini mendapat kawan baharu yang jumlahnya lebih besar dan tidak hairan kehilangan kawan-kawan lama hanyalah satu umpan politik.
Naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Zahid Jumaat lalu.
"Ini hanya umpan untuk memerangkap Pas," katanya kepada pemberita selepas majlis menaikkan bendera Amanah di cabang 4 Binjai, Kubang Kerian, petang semalam.
Menurutnya pendirian tidak menentu pasti lamanya itu mengundang pelbagai spekulasi daripada pihak luar dan menyebabkan keresahan dalam kalangan ahli mereka sendiri.
"Ketika presiden Pas begitu berkeras tidak mahu menyertai gabungan parti-parti pembangkang dan dilihat begitu mesra dengan Umno, pendirian ahli-ahli parti mereka semakin celaru.
"Masing-masing bertegas kononnya tiada hubungan dan tiada cadangan untuk bersama Umno," kata bekas naib presiden Pas itu.
Dengan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), gabungan pembangkang kini semakin mantap.
"Kehadiran begitu ramai di majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis ceramah umum di Cherang dua hari lalu memberi isyarat jelas penerimaan rakyat.
"Sebelum ini walaupun rakyat benar-benar tidak tahan dengan kezaliman kerajaan Najib, mereka masih ragu dengan pasukan pengganti.
"Kini gabungan mantap Bersatu, PKR, DAP dan Amanah, rakyat semakin berkeyakinan penuh untuk membina masa depan negara tanpa BN," katanya.
Ahli Pas tak rela bersama BN
Ditanya sama ada Pas masih ada harapan bersama gabungan pembangkang, beliau berkata sepatutnya itulah yang paling baik.
"Demi membela rakyat sepatutnya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru kali ini.
"Tetapi kalau Pas berkeras untuk bersendirian, mereka tentu akan dilihat janggal dan ditolak rakyat.
"Saya yakin di kalangan sebahagian pemimpin dan ahli Pas sendiri mereka tidak rela bersama BN dan mahu bersama gabungan pembangkang," katanya.
Menurutnya, parti Amanah sebagai parti yang terbuka dan sentiasa positif untuk membela nasib rakyat, tidak menolak sesiapapun jika mereka mahu bersama menentang BN.
"Tetapi pihak Pas kelihatan begitu berharap untuk bersama Umno dan sentiasa mengadakan syarat-syarat pelik untuk menyertai gabungan pembangkang," katanya.
Sebelum itu dalam ucapannya, Husam mahu parti-parti dalam pakatan harapan mengadakan strategi rentas sempadan untuk melebarkan pengaruh.
"Saya sebagai ketua Amanah kena berziarah ke rumah-rumah orang Umno.
"Cikgu Pin (Arifin Osman) sebagai ketua Bersatu pula perlu berziarah ke rumah orang Pas untuk sama-sama menerangkan kepada mereka kepentingan menjatuhkan kerajaan Najib," katanya.
Beliau kemudian mengetuai upacara menaikkan bendera di sebuah kawasan tanah lapang milik persendirian berhampiran masjid Binjai yang akan dijadikan pusat kegiatan Amanah di kawasan berkenaan.
Husam mengetuai upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian semalam Husam mengetuai upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian semalam
Turut hadir di majlis berkenaan ialah ketua PPBM bahagian Kubang Kerian Cikgu Ariffin Osman, naib pengerusi Amanah Kelantan Datuk Prof Dr Abdul Halim Yusof serta pimpinan Amanah dan Bersatu parlimen Kubang Kerian.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

17 ulasan:

  1. Mana wanrosli ni.smpi skrg xda video matsabu tolak hudud apa cter fitnah org ni... Islam ka kapir nih wanrosli walataik oi.kahkahjah

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAN suka kapirkan org le tew?!

      Padam
    2. Pas yg mule kapir harbikan org letew....?
      Kehkeh

      Padam
  2. Betul tu husang, ahli PAS tak mahu bersama BN.. sebab tu kami terajang pimpinan yg nak bersama2 UMNO utk rampas Kelantan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum wbt. Alangkah baiknya jika saudara-saudara berhujah dengan akal yang waras dan bahasa yang baik. Berhujah dengan emosi dan kata-kata yang buruk tidak akan memberi apa-apa natijah yang baik. Yang berlaku hanyalah timbul sifat saling membenci. Kita ini hamba Allah. Maka itu, eloklah kita ingat bahawa setiap patah perkataan kita dinilai pada hari pengadilan. Harap maaf atas nasihat ini. Semoga Allah SWT mengampuni kita. Amin.

      Padam
    2. Waalaikumussalam wbt.. Saya amat setuju tu.. terima kasih tuan..

      Padam
    3. Aiiii seronok wanrosli menfitnah nampak??

      Kehkeh

      Padam
  3. Memang husang 10 kali musang suka dengan benda-benda asas nih, teritama meriam kat atas tu.....boleh tembak 15 kali ATGNA......kahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik wanrosli. Tak payah maki ala hadi syiah dan tak payah fitnah ala wanrosli walataik ..

      Bagi je video bukti2 matsabu tolak hudud .. keh keh keh..

      Padam
  4. Mana wanrosli walataik ni. Smpi skrg xda video matsabu tolak hudud tu apa cter? Fitnah tu dosa besar wahai wanrosli walataik.... Byk2 igt Tuhan

    BalasPadam
  5. pas hancur ditangan hadi.

    siapa agaknya di belakang hadi?

    seringnya hadi ke iran bertemua syiah.

    kini pas satu2 parti islam yg hebat sebelum ini sudah hancur.

    sebaiknya hadi seorg keluar pas dan masuk umno utk dpt jawatan.
    at least dpt jawatan pengerusi tengok anak bulan jadilah. hadi
    pun presiden parti bulan berbentuk telur penyu.

    hadi membina sikap was2 dlm perjuangan. ahli keliru dan tktau hala tuju. ke PH tidak, ke BN tidak..... agaknya hadi nk bawa pas ke laut laah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana mau nya hadi sorg.kalau hadi sorg masuk umno dah lama umno tendang hadi.umno nk hadi bwk sekali pengundi2 pas membantu kemenangan umno..tugas pas mudah je.pastikan ptandingan 3 penjuru dan umno akan menang besar.tugas hadi selesai dpt dedak lg byk..

      Padam
  6. Kini sudah terserlah parti mana nanti yg akan bekerjasama dgn UMNO utk merampas Kelantan daripada PAS!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik wanrosli. Tak payah maki ala hadi syiah dan tak payah fitnah ala wanrosli walataik ..

      Bagi je video bukti2 matsabu tolak hudud .. keh keh keh..

      Padam
  7. Diharap husam meriam akan kekal dgn replika meriam tersebut agar akan dilihat berani berdebat dgn ustaz nasaruddin daud yg tak perlukan meriam dan tak memetik nama sesiapa sebelum berdebat yg boleh mengakibatkan debat dibatalkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik.seronok wanrosli walataik menfitnah nampak
      ..kehkehkeh

      Padam
    2. Apa khabar siti kasim sekutu PAN?

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive