Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berang, apabila ada pihak tidak
bertanggungjawab sekali lagi menggunakan akaun Twitter palsu untuk
mengeluarkan kenyataan dan mengaitkan dengan dirinya, bagi membangkitkan
kemarahan orang ramai berhubung isu kenaikan kadar tol.
Menerusi kenyataan palsu yang telah
direka itu, Ahmad meminta pengguna kenderaan yang terjejas dengan
kenaikan tersebut, supaya tidak lagi memandu kereta, sebaliknya naik
kereta lembu, sekiranya tidak mahu membayar tol.
Ahli Parlimen Pontian itu kemudiannya menjelaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.
“Orang yang fitnah saya ini muflis idea. Rakyat pun dah tak percaya.
“Saya tidak pernah beri komen bodoh seperti disebut itu!” tegasnya menerusi akaun Twitternya, hari ini.
Ketua
Penerangan Umno itu sering menjadi mangsa Twitter palsu, terutamanya
berkaitan kenyataan melibatkan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST), ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Kewangan.
Pada 1 Julai lalu, Ahmad didakwa
mengeluarkan kenyataan yang mengatakan rakyat tidak terjejas dengan
kenaikan harga petrol RON95.
Kenyataannya itu menjadi viral di media sosial, sebelum beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan itu.
trp
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...