Kenyataan Media laporan rasuah kait Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang Datuk beralamat di Istana Negara bersangkutan aktiviti pembalakan
Saya mengiringi beberapa teman pengundi Kelantan pagi ini
ke sprm untuk menfailkan laporan sprm dan menyerahkan dokumen bukti
rasuah terkait exco kerajaan negeri kelantan dan seorang datuk yg
menggunakan alamat Istana Negara.
Bayaran rasuah dari seorang tauke cina CEO sebuah sykt balak yg berpengkalan di K.Lumpur.
Dari jam 12tghari td hingga kini Mohd Afiq masih dlm bilik soal siasatan untuk sesi rakaman percakapan aduan SPRM.
Lanjut sila rujuk Kenyataan media.
27 Oktober 2015
Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar
Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai
lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.
Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk
memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang
saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan
· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri
· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya
· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan
· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri
· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai
RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh
sebuah syarikat yang terlibat pembalakan
· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.
· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan
negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat
Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000
(RM4.85 juta)
· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk
berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan
(balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.
Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut
beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik
lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut
melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari
carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan
pusat.
Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan
perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu
bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya
ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang
mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan
Barisan Nasional.
Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan,
jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari
mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami
bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat
khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan
Kelantan harus disingkirkan segera.
Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk
Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti
terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas
serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah
Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari
tindakan undang – undang oleh SPRM.
Sekian.
Sumber : http://chegubard.blogspot.my
Kalau benar2 ada salahlaku saya sokong utk diambil tindakan kpd exco terbabit.. yg betul kita pertahankn.. yg salah kita selongkar habis2an.. jgn jadi mcm penyembah dewata.. dewata yg salah pun nk dipertahankan bagai nak rak.. x cukup dgn itu diserangnya pulak ulamak yg nk perjuangkan hudud.. kan beza tu antara PAS dgn parti tu..
BalasPadamada byk beza lain pas dgn parti lain
Padampas bodoh u turn dan tk pandai mentadbir
parti lain semua pandai
ada lagi perbezaan besar pas dgn parti lain
Padampas penipu hudud yg dia sendiri degar2kan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBujang lapuk kata takkan pak lebai menipu cakap biar betul
BalasPadam